Sunday, October 28, 2018

NAJIB DIPENJARA LEBIH AWAL (?)

Sebelum PRU rakyat mahu Najib membersihkan dirinya di mahkamah,  peluang itu dilepaskan,  dipandang remeh dan tidak rasa tergugat kerana yakin menang,  yakin pada cash in hand, cash is king, yakin pada king in and out side... ( akhirnya kena kick offside) 

Ramai yang cuba mengheretnya ke mahkamah, gagal dan kalau ada pun sekadar satu dua yang masih dalam proses hingga kini.. .

Lebih lucu,  sendiri saman,  sendiri batal,  sendiri minta runding tepi.. 

Lari dan elak dari mahkamah undang² menjadikan rakyat tiada pilihan,  mengheretnya,  menuduhnya di mahkamah rakyat,  rakyat jadi juri,  apa keputusannya.. Juri membuat keputusan bersalah dan hukumnya dikalahkan di PRU14 ..

KINI PULUHAN TUDUHAN DI MAHKAMAH,  TIDAK KESEORANGAN,  ROSMAH DAN ZAHID IKUT RAPAT,  YANG LAIN WAITING LIST... 

Anwar dari penjara ke istana,  sebaliknya mereka?  Anwar dari penjara tunggu ke Puterajaya, sebaliknya mereka. 

Belumpun pendakwaan,  belumpun perbicaraan,  belum pun pembelaan dengan belasan  dan mungkin puluhan peguambelanya ..najib sudah kantoi dengan soalan di aljazeera..

Kini apa lagi hujahnya sudah tidak relevan,  kosong, hambar,  rakyat melihat dirinya kali ini terhukum lagi, hukuman awal,   dipenjara emosi. 

18 comments:

  1. Najib kelihatan takut benar kepada penjara manusia sedang ia sangat berani berdusta dan terus berdusta dan terus berdusta demi untuk menutup pendustaannya yang terdahulu, dan menyangka sekiranya dia berterusan berdusta, dia akan terus mendapat sokongan daripada orang-orang yang telah 'dideakkannya' dan juga orang-orang yang bingung dan demikian dia mungkin akan selamat dari penghukuman sekiranya berjaya menjatuhkan kerajaan ini menggunakan pintu belakang melalui sokongan orang-orang yang berkepentingan dan orang-orang yang kekal dalam kebingungan.

    Di dalam melakukan pendustaan yang berterusan dia sebenarnya sedang melakukan satu dosa yang lebih dahsyat daripada dosa berdusta, iaitulah merasa aman dari kemurkaan Allah. Inilah satu-satunya dosa yang pembalasannya disebut secara jelas akan berlaku semasa masih di dunia lagi iaitulah 'kebinasaan'.

    Kelak dia akan dilepaskan daripada apa yang ia takuti sedang ia akan berhadapan dengan apa yang ia kelihatan amat berani sekali, dan manusia akan berkata 'sesungguhnya Allah tidak menganiayai manusia sedikitpun tetapi manusialah yang menganayai diri mereka sendiri'.

    Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAK WAT CAMNER APEK PUN GAY LGBT
      TERBURAI GAMBAR APEK COMOLOT BAGAI
      NAIK KEMBANG TEKAK HENDAK TAHAN GELI
      MENTRI AGAMA KENA TEPIS SANA SINI SMPI TERBARAI

      KIKIKIKI...!!

      APEK APEK CINA BOROI GAY TUA BERCOMOLOT
      MELAYU LGBT TUNGGU MASA JADI PEDANA MINTRI
      DAH PADAN SSGT DAH TPM DAN PIDANA MINTRI KOT
      MALAYSIA BARU DARUL GAY LGBT ATOK BANGANG SEPI..

      KIKIKIKI... JAHANAM MALAYSIA LEPAS NI... BALA JANGAN DI CARI ATOK OOII..

      Delete
    2. Darah bugis pun Dah luruh. Tu Jgn Tanya darah Pahlawan lagi. Ni baru la imej yg dikata betul2 mencerminkan ditanya. Siapa boleh lupa, sauh dilabuhkan, layar dikembangkan... Kui kui kui kui.

      Delete
    3. TAK PERLU TAKUT DNG PANJARA DONIA
      TAKUT KAN FITNAH JIJIK YG SEADANYA
      TAK GUNA UMO PANJANG AKHIRNYA SIA2
      TELO DICLAMPING SMPI MATI AKHIRNYA


      JKN DOE TAK PERLU NAK TAKUT PENJATA DOONIA TAKUT LAH DENGAN DOSA FITNAH JIJIK WALAU UMO PANJANG YG SIA SIA NGILU TELO DICLAMPING SEADANYA..

      Delete

  2. Jika UMNO DIHARAMKAN, bukan ROS, Salah Kita Juga-Zahid Hamidi

    JANDA BAIK: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan Umno bakal diharamkan di negara ini.

    Namun katanya, perkara itu bukan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) semata-mata sebaliknya disebabkan juga oleh ahli Umno itu sendiri.

    “Kita harus ingat parti kita mahu diharamkan dengan tujuan supaya parti kita dibubarkan. Daripada 21,000 cawangan yang telah diminta mengadakan mesyuarat bagi tahun 2018, hanya 19,000 cawangan yang buat mesyuarat.

    “Seharusnya 19,000 cawangan hantar borang 9 ke Bahagian dan dihantar ke Perhubungan Negeri sebelum ke Pusat. Yang sampai kira-kira 8,000 sahaja.
    “ROS guna alasan ini untuk mengharamkan dan surat tunjuk sebab telah kita terima. Kalau kita mahu salahkan ROS seratus peratus, bagaimana kesalahan yang kita lakukan?,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Pemukiman (Retreat) Pemuda di Pusat Latihan Umno, Janda Baik.

    Dalam ucapan sama beliau turut menjelaskan soal masalah kewangan yang dihadapi parti selepas akaun Umno dibekukan.

    “Harus diketahui semua dana yang didepositkan ke akaun Umno Malaysia dibekukan 100 peratus. RM116.7 juta yang dirampas di bawah Amla (Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram) masih lagi dibekukan.

    “Tidak ada akaun lain yang boleh membiayai aktiviti ibu pejabat, perhubungan dan bahagian-bahagian apatah lagi di peringkat sayap kerana kita tak ada dana. Itu hakikatnya,” katanya.
    Malah katanya, parti juga berdepan masalah untuk membayar gaji pegawai dan kakitangan parti hingga terpaksa meminjam.

    “Bukan sahaja pembekuan dilakukan terhadap kita malah untuk membayar gaji pegawai dan kakitangan pun saya terpaksa meminjam wang daripada Bendahari Umno Malaysia. Itu hakikat.

    “Kita terpaksa kurangkan sehingga 40 peratus jumlah kakitangan kerana kita tak mampu dan bayaran gaji pun kurang 40 peratus. Gambaran diberikan seolah aset Umno berbilion,” katanya.

    Menurutnya lagi, nilai semasa saham dan aset-aset Umno cuma RM867 juta dengan dividen kira-kira RM12 juta setahun.

    “Berapa perbelanjaan minimum Umno sebulan? RM5 juta sebulan atau RM60 juta setahun.

    “Kita ada PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), Dewan Merdeka, Hotel Seri Pasific. Pendapatan semuanya RM12 juta setahun. Itu lah yang boleh kita gerakkan.

    Wang itu sebahagiannya juga dibekukan.

    “Saya terpaksa berkongsi ini semua bukan sahaja mahu memohon simpati, saya mahu menjelaskan kedudukan sebenar kewangan kita,” katanya.- Sina

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit dia..duit jibon..duit ku nan..kan banyakkk

      Delete
  3. Tidak perlu mendahului keputusan mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan keputusan dan biar proses perbicaraan berlangsung dengan seadil2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu proses keadilan akan berjalan seadilnye...najib dan zahud tidak dinafikan hak mendapat peguambela...

      Tapi bukti dokumentasi transaksi bank tiada peguambela boleh nafikan..

      Delete
    2. Tp Najib sendiri dah sibuk tweet dalam media sosial dia teraniaya. Bagaimana tu? Kalau dia boleh bercakap, kenapa rakyat tidak? Dan soalan terakhir, apa hak macai utk menyuruh rakyat diam. Lu sapa??????

      Delete
  4. Najib didakwa...zahid didakwa...

    umno mereka citer ini bermotif politik kerana berpuluh pertuduhan yg memecahkan rekod dunia...

    Kerana wang umno punah ranah..

    ReplyDelete
  5. Najib terlalu yakin cash dan bantuan pas 3 penjuru umno masih menang dan beliau dgn konco2 nye akan selamat...aku dah cakap brim secotek tak de kesan sangat...pengundi bukan melayu bukan bergantung kpd brim...melayu dibandar tak pandang brim yg tak bantu ape2 kehidupan mereka...brim hanye sesuai untuk orang kampong dan peneroka felda yg sentissa harapkan bantuan.....

    Najib tidak gunakan sepenuhnye wang 116 juta yg di rampas polis...

    Najib silap percaturan politik...punahsihat tidak menjalankan kajian yg detail...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib jugak yakin boleh sekat tun madey dan pembangkang dgn gantung Bersatu seblm pru dan persempadanan semula...

      Helah najib gagal..

      Delete
  6. Pasport diplomatik Shafee ditarik balik

    29 Okt 2018, 2:37 tengahari (Dikemaskini 29 Okt 2018, 2:37 tengahari)

    A A
    PARLIMEN | Kerajaan sudah membatalkan pasport diplomatik yang diberikan kepada peguam kanan di negara ini, Tan Sri Shafee Abdullah.

    Menurut Kementerian Luar pasport tersebut ditarik balik dan dibatalkan pada 19 Sept lalu.

    Keputusan tersebut dinyatakan oleh Kementerian Luar dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (HARAPAN-Labis) yang inginkan penjelasan mengenai status pasport diplomatik Shafee.

    Kata Pang isu itu perlu dijelaskan kerana Shafee tidak pernah dilantik sebagai diplomat.

    Kata Kementerian Luar pasport diplomatik itu dikeluarkan kerajaan kepada Shafee atas kapasitinya sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan untuk tempoh 2009 hingga 2015.

    Shafee yang turut dikenali sebagai peguam bela Datuk Seri Najib Razak juga dilantik kerajaan BN menjadi Duta Besar Tugas-tugas Khas mengenai Hak Asasi Manusia antara 2016 dan 2018

    ReplyDelete
  7. Yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Disangka panas hingga kepetang rupanya hujan lebat ditengah hari.

    ReplyDelete
  8. bagi 'jet setters' perampasan passport sudah cukup utk membuat mereka 'sewel' - serupa mcm berstatus 'restricted resident' juga.

    ReplyDelete
  9. Timb Pengerusi PAC: Laporan audit 1MDB telah diubah

    Kow Gah Chie
    29 Okt 2018, 8:51 malam (Dikemaskini 29 Okt 2018, 8:52 malam)

    A A
    DEWAN RAKYAT | Anggota Parlimen Ipoh Timur yang juga timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Wong Kah Woh memberitahu Dewan Rakyat bahawa laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah diubah.

    Beliau membuat dakwaan itu ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (KSP RMK-11) hari ini.

    Menurutnya, beberapa agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan pejabat peguam negara "dilumpuhkan" oleh pentadbiran BN terdahulu ekoran skandal 1MDB.

    Jawantakuasa Kira-kira Awam dan Jabatan Audit Negara turut terjejas, katanya lagi.

    "Laporan audit (berkenaan 1MDB) diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972. Malah, ada salah guna kuasa apabila laporan audit asal dipinda atas arahan orang tertentu.

    "Mujurlah ada pertukaran kerajaan pada 9 Mei. Selepas itu barulah ia boleh dilihat semula," dakwanya.

    Sementara itu, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas dakwaan itu.

    "Tiada komen dari saya, terima kasih," katanya.

    Ketika dihubungi kemudian, Wong enggan mengulas lanjut berhubung kandungan laporan audit yang menurutnya dipinda kerana terikat dengan peraturan mesyuarat.

    Bagaimanapun, sumber yang tahu tentang perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa kandungan yang "hilang" itu akan menjejaskan imej pentadbiran lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja tipu menipu kerja najib lah...Hassan pin ikut arahan saja..

      Delete