Monday, October 29, 2018

WHO IS FORMER MINISTER OVER CLAIM HE SEXUALLY ASSAULTED 15-YEAR-OLD GIRL (?(

Apakah masih ada "bulu" di bawah kerajaan PH (?)

14 comments:

  1. Yg pelik kenape budak yg dah besar tarik balik repot...ade dalang ker yg suruh repot dan suruh tarik balik?....

    Spy leman ato mat bond perlu siasat ni..

    Kes jenayah walo repot ditarik balik polis masih kena siasat..

    ReplyDelete
  2. https://www.amenoworld.org/2018/10/shahidan-kassim-skandal-cabul-remaja-15.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Takkan pembangkang masih dlm bulu PH kot...tak tau lah kalau2 Bersatu ade hajat nak menjerat Shahidan supaya masuk Bersatu...

    Kalo dah tersebar cerita cabul ni Bersatu akan di pandang serong jika terima Shahidan pak kassim dan kes shahidan ditutup....

    ReplyDelete
  4. POLITIK

    Tok Pa disiasat terima wang?

    WARTAWAN SINAR HARIAN
    20 SEPTEMBER 2018
    Annuar Musa
    Annuar Musa
    A- A+ (Ubah saiz teks)
    KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed kini sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan menerima sejumlah wang.

    Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada perkara itu sebagai punca Mustapa meninggalkan parti.

    “Apa yang saya boleh sahkan Umno Kelantan termasuk Mustapa disiasat beberapa hari tentang sejumlah dana yang diterimanya daripada pihak tertentu.

    “Adakah sebabnya itu awak kena tanya dia,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette.

    Annuar turut memaklumkan bahawa siasatan terhadap Mustapa berlaku lebih kurang 10 hari yang lalu.

    Dalam pada itu, Annuar menolak dakwaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa kerjasama Pas-Umno sebagai punca Mustapa keluar parti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adekah tok pa akan selamat bila masuk Bersatu?...sama2 kita akan dapat lihat permainan politik Bersatu dan madey....

      Delete
  5. Polis: Bekas menteri akan disiasat walaupun dakwaan cabul ditarik balik

    Predeep Nambiar, Mohamad Fadli - October 29, 2018 4:50 PM
    717
    Shares

    Siasatan juga akan dilakukan sama ada pengadu dibayar untuk menarik balik laporan tersebut.
    GEORGE TOWN: Polis berkata pihaknya akan meneruskan siasatan ke atas seorang ahli politik kanan yang juga bekas menteri yang dituduh mencabul seorang gadis berumur 15 tahun.

    Dalam mesej ringkas kepada FMT, Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd berkata kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

    Di bawah Seksyen itu, mana-mana individu yang bertujuan melakukan seks dengan menyentuh mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000

    --------------------------

    Akhirnye senyap begitu sahaja...mcm kes pegawai kanan polis bukit aman disiasat kerana ade kaitan dgn judi haram dan rumah urut haram...

    ReplyDelete
  6. Ini salah faham, kata MP didakwa cabul remaja 15 tahun

    30 Okt 2018, 12:14 pagi (Dikemaskini 30 Okt 2018, 12:33 pagi)

    A A
    Anggota parlimen yang didakwa mencabul remaja berumur 15 tahun dilapor berkata kejadian itu berlaku kerana salah faham.

    Bercakap kepada Harian Metro, anggota parlimen berkenaan dilaporkan memaklumkan bahawa dia tidak berniat menyentuh remaja itu sehingga menyebabkan keluarganya membuat laporan polis.

    “Saya sudah kenal mereka lama, sudah hampir dua tahun dan kejadian yang kononnya ‘cabul’ itu bukan berlaku di tempat sunyi, tetapi di khalayak ramai.

    “Saya tak mahu panjangkan perkara ini kerana kasihan kepada pelajar itu dan dia ada masa depan cerah,” katanya dipetik sebagai berkata.

    Beliau dilaporkan enggan mengulas perkara itu ketika dihubungi akhbar berkenaan, namun memaklumkan akan memberikan kenyataan esok.

    Wakil rakyat itu juga menegaskan tidak memberi tekanan kepada keluarga remaja itu untuk menarik balik laporan terhadapnya.

    “Mereka kata saya sogok, saya pun tak tahu keluarga mangsa tarik balik laporan polis yang dibuat sehingga mereka sendiri maklumkan kepada saya,” katanya.

    Awal hari ini, Malaysiakini memetik Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd sebagai berkata bahawa polis akan menyoal siasat anggota parlimen itu, yang juga dikatakan bekas menteri, esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlaku dalam kereta ...Dalam kereta kira depan khalayak ker?...

      Kalau masuk Bersatu boleh selamat laa...Bersatu dan madey sedang di spekulasi perlukan mp umno untuk kukuhkan kekuatan madey seblm tarikh penyerahan baton kpd anwar.. ...

      Delete
    2. Kadir Jasin sudah buat spekulasi 40 mp umno sudah jumpa madey dan muhyiden untuk lompat ke Bersatu...muhyiden sudah sahkan berita ni...

      teori mp umno akan disiasat jika tidak masuk Bersatu mcm ade kebenarannye..

      Teori untuk kuatkan madey bagi bolehkan madey tidak serah baton kpd anwar pon makin jelas...ini yg dibimbangi oleh rafizi dan Dollah sani yg mungkin akan jadi kenyataan dgn sejarah kelicikan putarbelit madey...

      Delete
    3. Sunday, October 28, 2018
      40 A/Parlimen Umno Sertai Bersatu -Kadir Jasin

      40 ahli Parlimen Umno berkemungkinan keluar parti
      Kadir ketika merasmikan Perwakilan Bersatu Bahagian Tebrau di Bricks Cafe Kampung Maju Jaya, Skudai, di sini, hari ini.

      JOHOR BAHRU - Bersatu mendedahkan terdapat kemungkinan 40 lagi Ahli Parlimen Umno akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyertai mereka selepas ini.
      Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin berkata, kesemua mereka itu juga telah beberapa kali bertemu Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara itu.
      “Buat masa ini, mereka yang bertemu dengan Tun dan Tan Sri Muhyiddin belum sampai tahap seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai kita semalam.
      “Belum lagi ada kepastian, cuma mereka ini telah berjumpa dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin untuk berbincang mengenai perkara ini,” katanya.
      Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perwakilan Bersatu Bahagian Tebrau di Bricks Cafe Kampung Maju Jaya, Skudai, di sini, hari ini.
      A Kadir berkata, sehingga kini, kesemua ahli parlimen itu juga difahamkan sedang berfikir lebih lanjut terutama mengenai situasi mereka sekiranya tidak diterima di dalam Bersatu.
      “Polisi kami ialah jika ada daripada wakil rakyat yang mahu sertai Bersatu, mereka kena tinggalkan parti (Umno) dan perkara seterusnya akan ditentukan.
      "Jadi ahli Parlimen Umno ini masih berfikir lagi, apa akan berlaku selepas itu (selepas sertai Bersatu). Ini kerana ada antara mereka mempunyai isu atau terdedah untuk siasatan," katanya.
      Katanya, sekiranya bersama Bersatu sekali pun, tiada jaminan untuk kesemua mereka tidak disiasat kerana parti tidak mahu ada sebarang wakil rakyat yang terlibat dengan salah laku. (SH)

      Delete
  7. Impian Anwar Jadi PM Berakhir? -Gambaran A. Kadir Jasin


    Lihat sambungan siri ini..
    E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

    ADAKAH dakwaan kononnya 40 lagi Ahli Parlimen UMNO bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan isyarat berakhirnya impian Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri?

    Sekiranya mengikut pandangan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, begitulah jangkaannya. Ahli Parlimen Ketereh itu menerusi hantaran dalam akaun Twitter beliau percaya kenyataan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin itu memberi gambaran karier politik Anwar menuju pengakhirannya.

    “Kenyataan terbaru sahabat saya DAKJ (A. Kadir) adalah bertujuan memberi isyarat kepada DSAI (Anwar) bahawa dengan ini, anggaplah `Game Over’ (tamat permainan) untuk Anwar,” kata beliau.

    Semalam, A. Kadir memberitahu media bahawa kira-kira 40 Ahli Parlimen UMNO akan mengikut jejak langkah Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan keluar parti dan menyertai Bersatu. Annuar dalam hantaran beliau di laman sosial itu juga turut mengusik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama ada `kegembiraan’ Timbalan Presiden PKR itu melihat penyertaan Mustapa ke dalam Bersatu adalah isyarat akan mengikut jejak langkah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

    Lebih-lebih lagi, kata Annuar, sekiranya Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Rafizi Ramli. “MM (Mustapa) masuk Bersatu, AA (Azmin) pula yang gembira, pelikkan? Apakah Azmin juga merancang mahu sertai Bersatu kalau tewas kepada RR (Rafizi)? Menarik!” sindir beliau. – UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak habis² lg dgn game puak² pemimpin ni. Bila kepala otak asyik fikir game politik, bila masa utk fikir tentang rakyat yg mengundi? Minggu dpn dh nak bentang bajet 2019, tp langsung tak hangat, malah rakyat tak pedulipun sbb dah tahu beban cukai baru akan dikenakan. Haaa..teruskan berpolitik, sailang sana sailang sini. Terus dera rakyat. Biar rakyat terus merana ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, datang ayam patuk bijik mata.

      Delete
    2. Rakyat kena tunggu 5 tahun lagi...lari dari mulut ular masuk mulut naga...

      Rakyat malaysia perlukan seorang pemimpin baru dari parti baru yg berkarisma...pemimpin yg dapat mensejahterakan rakyat dan negara...pemimpin2 dan parti2 yg ade sekarang ade agenda peribadi sendiri..

      Delete
  8. Saya baca kronologi kes ini yg terpapar di blog Ameno World.

    Ia mengingatkan saya ttg perkara sama yg berlaku kpd saya 35 tahun yg lalu. Bezanya, yg lakukan kpd saya ialah bapa saudara sendiri.

    Orang lelaki tak mungkin faham perasaan seorang gadis/anak dara yg melalui hidupnya tanpa pernah disentuh lelaki. Ayah dan abang2 saya hanya pegang tangan saya semasa zaman kanak2 ajer. Bila dah masuk umur 11 tahun, sudah ada batas. Jadi bila tiba2 kita disentuh dengan usapan yang menjijikkan itu, traumanya menghantui hingga bertahun2.

    Orang lelaki dan orang perempuan yg bernasib baik tidak melalui pengalaman begini TIDAK MUNGKIN akan faham.

    Saya terbaca komen seorang netizen: takkan pegang tangan pun dah dianggap cabul?

    Sedih hati ni bila baca komen tersebut.

    Saya boleh bayangkan perasaan budak tu. Dia masuk ke dalam kereta kerana yg menyuruh adalah gurunya sendiri. Pelajar percayakan guru. Klu guru suruh, harus dipatuhi. Tambah lg VIP tu orang tua lanjut usia (bg pandangan budak 15 tahun).

    Syukurlah Allah selamatkan budak tu dgn berjaya keluar dr kereta, sepertimana Allah selamatkan saya dgn memberi kekuatan utk melepaskan diri. Tapi perkara dah berlaku, parut emosi tak mungkin akan hilang sehingga bertahun2.

    Keluarga budak tu telah buat perkara yg betul dgn menarik balik laporan polis. Tp krn ahli2 politik telah mempolitikkan perkara ini (pembangkang cakap begini, aktivis cakap begitu), tak semena-mena sekarang budak tu dan keluarga dia telah menjadi perhatian seluruh negara.

    Umpama jatuh ditimpa tangga. Dia adalah mangsa. Keluarga dia adalah mangsa. Dan sekarang mereka menjadi mangsa media dan politik negara.

    Semoga Allah lindungi mereka.

    Datuk Seri Wan Azizah dan Hannah Yeoh, your silence is deafening!

    ReplyDelete