Sunday, December 23, 2018

ALMOST ISU BESAR KERAJAAN PH SIFAR

no big rasuah..
no big membazir..
no big penyelewengan..

Isu kos sara hidup adalah isu seiring dengan mana² kerajaan. Harga barang runcit dan asasi pengguna tidak pernah merudum di mana² negara.

Tetapi itu bukan alasan untuk kerajaan tidak perlu tangani..
Prosesnya sedang berjalan...

Kuasa rakyat menjatuhkan pemimpin kerajaan zalim jahat telah berlaku dan kuasa itu perlu disasarkan kepada boikot harga cekik darah yang diambil kesempatan oleh perniaga yang tamak dan jahat.

Parti pembangkang sebok membetulkan parti sendiri, tiada masa untuk rakyat.

Pihak yang makan dedak baru Gred A terpaksa kerja keras mencari bahan untuk di spin, guling dan burukan Tun berselindung atas nama kritikan dan kebebasan BERSUARA Malaysia Baru.

Sarang tebuan dijolok, nasib kau orang lah...


37 comments:

  1. Setelah7 bulan blm nampak kajayaan tun madey yg memberi impak kpd rakyat dan negara....kerana hutang 1 triliun ato kerana pelabor tak sukakan tun madey?..

    ReplyDelete
  2. Bank Dunia semak semula pertumbuhan KDNK 2019 kepada 4.7 peratus

    18 Disember 2018 10:31 PM
    kdnk

    Bank Dunia telah menyemak semula pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.9 peratus daripada 5.4 peratus yang dijangkakan lebih awal. - Gambar hiasan

    KUALA LUMPUR - Bank Dunia telah menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia daripada 0.2 mata peratus kepada 4.7 peratus pada tahun ini selepas mengambil kira perbelanjaan kerajaan baharu serta pelan pelaburan dan faktor-faktor luaran lain.

    Sebelum ini pada Oktober lepas, bank itu telah menyemak semula pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.9 peratus daripada 5.4 peratus yang dijangkakan lebih awal.

    ReplyDelete
  3. Belanjawan 2019 disemak jika harga minyak mentah susut - Lim

    23 Dis 2018, 9:58 pagi (Dikemaskini 23 Dis 2018, 9:58 pagi)

    A A
    Kerajaan hanya akan menyemak Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah susut kurang daripada US$50 setong, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

    Kementerian Kewangan menyediakan belanjawan berasaskan harga minyak mentah pada US$70 setong.

    Harga minyak merosot ke paras terendah dalam tempoh setahun Selasa lepas, turun antara empat dan tujuh peratus sepanjang minggu lepas, diheret turun oleh kelembapan ekonomi dunia, selain kebimbangan terhadap lebihan bekalan dalam pasaran minyak

    ReplyDelete
  4. Negara2 disebelah utara himispere mengalami musim sejuk pada nov hingga jan...pada waktu ini penggunaan minyak dan gas terlalu banyak hingga harga melambong...tapi harga merudum...

    Selepas musim sejuk harga minyak akan kekal merudum...

    ReplyDelete
  5. KD
    Dah sampai masa kerajaan beri galakkan utk tanam sayuran pula pd golongan petani dan rakyat biasa. Banyak sangat jenis sayuran yg kita import sbb tu harga makanan mahal. Keladi thailand sekilo rm12, sawi hong kong kecil 4 ruas rm3.50. Segala jenis cili import pun mahal.
    Sayuran ni semua kita boleh tanam dinegara kita. Kita boleh import yg tak hidup di negara kita saja.

    Percayalah, kalau kita teroka teknologi tanaman segala jenis sayur ni, harga makanan akan turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tomato kan dah murah...makan lah tomato...

      Delete
    2. Kangkung lagi murah bro... Tp kalau nak mkn kena puji kerajaan dulu. Kikikiki

      Delete
  6. Kalo tun madey tak cukup duit untuk belanja operasi negara potonglah gaji kabinet dan mp2... Najib telah naikkan dgn lumayan setelah kenakan gst..

    ReplyDelete
  7. Menteri umno dulu kata kalo mahal jangan beli...boikot lah maksudnye...makan pasir laa kalo dah semua benda mahal...

    Kerajaan PH galakkan rakyat tanam padi bela ikan tanam sayor bela ayam kambing lembu sendiri...buat rumah sendiri...buat ubat sendiri...buat keenderaan sendiri...

    ReplyDelete
  8. Manifesto PH janji 10 perkara, beban rakyat ringan dalam 100 hari

    Faiz Zainudin - March 9, 2018 12:15 AM

    SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) malam tadi melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.

    Ia terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan yang dilancarkan calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam di hadapan pimpinan PPBM, DAP, PKR dan Amanah dan lebih 1,000 yang hadir

    Menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
    Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
    Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.
    Pakatan Harapan juga akan melaksanakan 4 perkara lain menyasarkan hutang yang ditanggung peneroka dan lepasan universiti dan perlindungan untuk suri rumah dan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40):

    Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
    Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
    Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
    Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.

    Dalam 100 hari itu juga, Pakatan Harapan akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk mengkaji dan menangani isu-isu kontroversi:

    Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.
    Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
    Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

    ReplyDelete
  9. Yg aku nampak beban wakil rakyat yg dah ringan...gaji elaun puluh ribu sebulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg kd nampak sebab main guli di persekitaran org² politik ph je. Mana ada turun ke kampung, rumah setinggan dan persekitaran rakyat miskin. Asyik² jek pm, menteri² dan org politik yg bnyk ckp dari kerja. Tak ada kes rasuah di kalangan menteri baru? Tu menteri yg jaga pelancongan tu kes apa? Eleh, kalaupun tak lekat kes sbb peguam negara main wayang. Tak telus langsung. Nabi ditanya oleh seseorang dgn pertanyaan siapakah yg paling jahat diantara yg jahat. Nabi kata mereka yg panjang umurnya dan jahat perangainya...wallahua'lam.

      Delete
    2. Blm ade isu besar kerana blm ade projek besar...ekonomi blm besar...blm ade perebutan kek ekonomi...

      Tun madey masih gagal tingkatkan ekonomi malaysia setelah 7 bulan perintah...

      Delete
  10. Tentera AS berundur sepenuhnya dari Syria

    TENTERA Amerika Syarikat (AS) akan dibawa keluar sepenuhnya dari
    TENTERA Amerika Syarikat (AS) akan dibawa keluar sepenuhnya dari Syria. - AFP
    19 Disember 2018 11:11 PM

    WASHINGTON 19 Dis. - Amerika Syarikat (AS) akan mengundurkan sepenuhnya tentera mereka dari Syria.

    Menurut Pegawai AS yang enggan dikenali, pengunduran sepenuhnya tersebut dinyatakan selepas Presiden Donald Trump memberitahu militan Daesh di sana telah ‘dikalahkan’.

    “Kita akan memastikan perlindungan kepada tentera AS dikekalkan, (pengunduran) secepat mungkin,” ketika ditanya bila ianya akan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD kata

      Harga Petrol dunia dijangka naik semula dengan mendadak berdasarkan pergerakan tentera amerika di teluk parsi dengan sasarannya Iran.....

      Aku tak jangka Amerika akan berani usik Iran yg ada kuasa nueklear dan sekutu dgn china...arab saudi harapkan perlindongan israel dari ancaman Iran..

      Harga minyak tak mungkin naik mendadak lagi....kereta letrik dan hibrid bertambah banyak tahun 2019...

      Delete
  11. Isu subjek agama di sekolah: iGuru selar Dr M
    24 Dis 2018, 12:49 tengahari (Dikemaskini 24 Dis 2018, 12:58 tengahari)

    A A
    Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) menyelar kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama.

    Presidennya Azizee Hassan berkata kenyataan sedemikian boleh menimbulkan tanggapan negatif dan prejudis masyarakat terhadap Pendidikan Islam yang diajar di sekolah kebangsaan, lapor Ismaweb.

    Malah iGuru berpendapat subjek Pendidikan Islam masa tiga jam seminggu yang diamalkan sekarang tidak cukup untuk membina keperibadian dan jati diri murid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir nak ikut sistem karikulum sekolah jepun yg tak ade subjek ugama islam......

      Banyak mana yg mahathir tahu pasal islam?...tu sebab cucu dia dia tido peluk anjing. Tak belajar islam?.....marina perjuang hak lgbt...

      Jon doo buat panji hitam nak serah kpd mahathir...

      Delete
  12. Pancaroba
    Dunia penuh pancaroba waspada

    Sunday, November 28, 2010
    Pakatan Politik Freemason di Malaysia

    by MacJay


    By MEGAT ALI MEGAT ALANG

    IPOH: “SAYA saorang pengkaji freemason dan dalam kajian saya mereka2 ini adalah suspek ahli freemason diMalaysia. Mahathir Mohamad, Khir Toyol, Najib Tun Razak, Mukriz Mahathir, Ananda Krisnan, Sultan Perak Azlan Shah, Sultan Selangor, Yang Dipetua Negeri Sembilan yang baru meninggal dan adiknya."

    Demikian komen seorang pembaca blog Ibnu Hasyim pada Sabtu, February 21, 2009. Sunday, February 22, 2009. klik di sini

    "Perhatikan bagaimana mereka menolong sesama mereka untuk dinaikkan pangkat, contoh bagaimana Mahathir menolong Azlan Shah menjadi ketua Hakim Negara dan kemudiannya menolong Azlan Shah naik tahta di Perak secara membelakangi kaedah yang diterima pakai untuk melantik pewaris Sultan Perak. Azlan Shah menolong Mahathir semasa krisis dengan Raja-raja melayu.

    Perhatikan bagaimana Mahathir menolong Ananda Krisnan dalam perniagaannya. Perhatikan bagaimana Mahathir menolong Najib naik dalam kerjaya politiknya. Perhatikan bagaimana Azlan Shah menolong untuk menaikkan imej Najib dalam krisis di Perak ini satelah imej Najib menjunam akibat kekalahan BN di KT.

    Kepada semua, sama-sama kita perhatikan orang yang saya senaraikan dan sebarkan betapa bahayanya mereka ini kepada Islam dan Malaysia.” Sambungnya lagi.

    Begitu juga kenyataan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar (21 Feb (Hrkh)…

    "Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka. Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini.”


    Blog Ibnu Hasyim juga melaporkan bahawa Sultan Perak adalah seorang ketua Lion Club and Rotary Club yakni sebuah pertubuhan di bawah naungan Freemason di Malaysia. Adakah, ini puncanya pihak istana Perak tidak begitu merestui kerajaan pimpinan PAS-DAP-PKR yang diterajui oleh seorang 'MUSUH UTAMA YAHUDI'. Siapakah 'MUSUH UTAMA YAHUDI' itu? klik di sini
    sumber asal http://aku-macjay.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. http://mindarakyat0.tripod.com/pmt/2001-2866.htm

    Mahathir Mohamad Mesti Undur Secara Terhormat

    Mahathir Mohamad mesti berundur secara terhormat, sebelum terlambat; kerana masanya untuk berbuat demikian sudah semakin singkat. Tidak ada gunanya Mahathir menyibuk pergi ke negara orang dengan tujuan menjalin persahabatan diplomatik sedangkan dirinya dan masa depannya sudah pupus dalam dunia politik. Lagi cepat Mahathir bertindak untuk berundur secara terhormat, lagi baik untuk Malaysia dan rantau ini. Malaysia memerlukan satu barisan pemimpin baru untuk menangani masa depannya yang lebih mencabar dan Mahathir serta para juak pemimpin yang ada di kelilingnya sudah tidak mampu berfikiran besar untuk meletakkan kepentingan rakyat di hadapan sebagai agenda utama politik mereka. Dengan kata mudah, Mahathir dan pimpinan UMNO yang ada, sudah tidak laku di mata hati rakyat di negara ini, tidak kira apakah kaumnya, pegangan agamanya, budaya ibundanya dan apa juga tahap pemikiran dan hidupnya.

    Sejak sebelas bulan yang lalu, BTN ataupun Biro Tata Negara telah mengumpulkan maklumat akar umbi masyarakat Malaysia dan dijadikan laporan bulanan untuk dihantar ke Putrajaya. Sejak itu, rumusan laporan adalah sama: Rakyat sudah jelak dengan pemerintahan Mahathir dan ada tiga syarat sebelum rakyat mahu menyokong kembali UMNO dan BN. Satu, Mahathir mesti mengundurkan diri secara terhormat. Dua, Mahathir mesti bebaskan Anwar Ibrahim dan semua pemimpin Barisan Alternatif yang kini dituduh mahu menggulingkan kerajaan sedangkan tidak ada sebarang bukti terhadap dakwaan itu. Tiga, kerajaan harus menghentikan segala sandiwara mengenai kumpulan bawah tanah dan apa juga sandiwara mengatakan adanya kumpulan yang mahu menjatuhkan kerajaan.

    Soalnya sekarang, apakah Mahathir tidak pernah diajukan laporan BTN itu? Pada bulan Jun tahun ini, Mahathir ada memberikan ucapan memberi ingatan kepada rakyat Asian agar tidak terburu-buru mendesak perubahan politik. (Sila lihat AFP: 'Mahathir says Asians should go slow on political change' – 27 Jun). Beliau berkata rakyat Asia harus menyerap sesuatu idea politik itu dengan berhati-hati dan perlahan.

    ReplyDelete
  14. Prevention is better than cure! Sebelum timbulnya isu besar, elok diambilkira Dan diberi perhatian kepada isu isu semasa yg mungkin boleh mejadi snowball effect yg boleh menghakis keyakinan rakyat yg memberi undi. Rasuah, pembaziran Dan Salah guna kuasa adalah penyakit! Begitulah juga ego Dan sombong, tidak boleh ditegur merupakan Tanda Tanda awal penyakit yg kalau tidak dirawat dari awal boleh bertukar menjadi sesuatu yg lebih serious! Menegur bukan bererti memburukkan seseorg! Kalau Saya ingin berkawan, Saya berharap kawan Saya boleh memberi teguran sekiranya dilihat saya menyimpang!

    Belajarlah dari kesilapan pemimpin terdahulu Dan sentiasalah berfikiran positif!

    ReplyDelete
  15. Musuh negara = madey
    bukan = DAP, Dajjal, Orientalis dll..


    moral: jatuhkan madey.

    (reverse psikologi)

    ReplyDelete
  16. MINGGU NI TIADA PANJI ITAM DIKIBARKAN
    SATU FAMILY SAMBUT EDUL KRISMAS NNTI
    TAHUN DEPAN BARU LA KIBAR PANJI HITAM
    ANAKCUCU NK RELEX KRISMAS YANG DIRAI

    KIKIKIKIKI..


    KESIAN SUNGGUH NASIB ALJUBOORI YA..!!
    KAT DALAM ATAU LUAR SAMA NASIBNYA
    DIJUBO DIGAME OLEH ORANG YANG SAMA
    KARMA AUTA FITNAH JIJIK KELEPAP KAT MUKA...


    KIKIKIKIKI...

    KELUARGA PLURALIS VS COMANGO FAMILY
    SEJARAH MODEN MALAYSIA BARUA YAHUDI
    PANGANUT PLURALIS COMANGO GAY & LGBT
    KEDUA FAMILY HARAMJADAH KASI MAMPOS MATI

    kikikiki...

    ReplyDelete
  17. Dlam 7 bulan ini kelihatannya komen pro PH nampak matang, bertanggungjawab dan penuh fakta.
    Sementara komen pro Najib @ BN penuh dengan caci maki, fitnah dan pantun bodoh.
    Keputusan akhir PH 10 - BN 0

    Kepada yg kalah sila cuba lagi pada 2023.. Dan kalau kalah jugak, cubalah lagi sampai terberak cair... Kikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen PH hanye pertempuran klimaks dan panji tengkorak hitam tiap hari..tak boleh tunjukkan paras mana ekonomi malaysia dan tahap rakyat malaysia dibawah PH..

      Delete
  18. Govt selling fuel at higher prices for last 6 weeks, says Khairy

    FMT Reporters - December 24, 2018 1:56 PM
    196
    Shares

    The government has announced a subsidy system that allows cheaper petrol for those with smaller capacity vehicles.
    GEORGE TOWN: Umno’s Khairy Jamaluddin today alleged the government has been selling RON95 petrol at higher than market prices for the past six weeks, adding by doing so, it has “profited” at the expense of people.

    The Rembau MP said according to world market prices, the price of RON95 should have been RM1.94 this week, and five weeks ago, should have hovered between RM1.95 and RM2.18.

    After the general election, the prices of RON95 and diesel were set at RM2.20 and RM2.18 respectively, while the price of RON97 is set by the weekly price float system.

    Writing on his Facebook page, Khairy said on top of increased prices, the sale of fuel has also been taxed in the past six weeks.

    “Not only are you not getting (fuel) subsidies, for the past six weeks, but the people have been paying ‘taxes’ to the government at every fill-up.

    “But I suppose the rakyat can’t complain because remember, their (PH) election promises were not to reduce prices but just to ‘stabilise’ them instead.

    “So, if the world fuel prices are down, the government is not obliged to reduce them, but merely stabilise them. Looks like you’ve got it good,” he said.

    Khairy said in reality, fuel prices have been lower than RM2.20 since Nov 8, based on the Mean of Platts Singapore or MOPS. It is an average price of oil indicator used in most countries in the region, including Australia..

    KD pon bagi subsidi kpd kerajaan PH....inilah kerajaan yg nak sejahterakan rakyat yg lebih baik dari BN.....

    ReplyDelete
  19. Harga NAIK, Menteri : Jangan Salahkan MOA, itu t'jawab KPDNHEP

    TAMPIN - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub meminta orang ramai tidak mudah menyalahkan beliau dan kementeriannya dalam isu kenaikan harga produk pertanian dan penternakan di pasaran.
    Tegas beliau, isu kenaikan harga barang termasuk ikan, daging, ayam dan telur adalah dibawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
    Jelas beliau, tanggungjawab beliau dan kementeriannya pula adalah mengeluarkan serta memastikan bekalan makanan dalam negara mencukupi.
    "Hasrat saya sebagai menteri yang baru memastikan bekalan makanan kita cukup. Beras, ikan, ayam, buah dan sayur cukup. Itu tugas kita. Saya faham baru-baru ini ramai orang marah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

    ReplyDelete
  20. Menteri Pertanian dan menteri Hai ehwal Pengguna kerajaan PH bukan ahli kabinet?...mereka tak dijemput ke mesyuarat kabinet untuk bincangkan masalah rakyat?...

    Masing2 boleh buat keputusan sendiri?....PM buat ape?...

    ReplyDelete
  21. Harga barang makanan lebih mahal tahun 2019 - Persatuan pengguna

    Beliau berkata, kegembiraan atas kemenangan pilihan raya umum lepas kini bertukar menjadi kemarahan berhubung “pelbagai isu”, termasuk harga barang.

    Pengguna perlu membayar lebih banyak untuk barang makanan tahun depan berikutan ekonomi yang lembab disebabkan kelemahan ringgit, kata seorang aktivis pengguna.
    Jacob George, yang mengetuai Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) berkata, Putrajaya boleh mengurangkan kesannya ke atas pengguna dengan meningkatkan tindakan terhadap aktiviti sorok, penyeludup dan pihak yang terlibat dalam manipulasi harga.
    Beliau berkata, harga barang tidak akan turun.


    “Ia merupakan trend sejagat apabila berlaku peningkatan kos barangan dan perkhidmatan.
    “Tahun depan akan menjadi tahun mencabar kepada pengguna Malaysia,” katanya kepada FMT.
    George, seorang aktivis pengguna selama lebih 40 tahun berkata, kerajaan tidak akan dapat mengawal harga sepenuhnya, tetapi boleh memastikan “tangan-tangan gelap” tidak memanipulasi pasaran.
    “Perancangan strategik perlu bagi menghentikan penyeludupan dan penyorokan barang makanan serta pemantauan harga,” katanya.
    Beliau berkata, kegembiraan atas kemenangan pilihan raya umum lepas kini bertukar menjadi kemarahan berhubung “pelbagai isu”, termasuk harga barang.

    ReplyDelete
  22. Inflasi utama dijangka meningkat 2.7 peratus 2019

    Bernama
    17 Dis 2018, 1:43 tengahari (Dikemaskini 17 Dis 2018, 1:43 tengahari)

    A A
    Inflasi utama di Malaysia pada 2019 diunjurkan meningkat kepada 2.7 peratus, sebahagian besar didorong oleh tekanan tambahan susulan peralihan kepada subsidi bahan api bersasar, kesan limpahan berterusan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan kesan asas yang rendah semasa tempoh cukai sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan.

    Ram Rating Services Bhd (RAM Ratings) berkata unjuran inflasi bagi 2019 masih bergantung kepada pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api bersasar pada suku kedua tahun depan kerana butiran terperinci mengenai pelaksanaannya, seperti mekanisme pengagihan, masih belum diperoleh.

    ReplyDelete
  23. Kerajaan yg bagus ialah kerajaan yg mampu mensejahterakan kehidupan rakyat..Kerajaan PH telah berjaya meningkatkan mcm2 benda seperti harga barang kos kehidupan dan inflasi...kerajaan PH tak berupaya kurangkan harga minyak dan tingkatkan ekonomi dan pendapatan rakyat...

    Kerajaan PH pimpinan tun mahathir kerajaan yg berjaya menstabilkan harga minyak ron 95 melebihi harga pasaran.....

    ReplyDelete
  24. HARGA SAWIT TURUN HARGA MINYAK MASAK NAIK
    HARGA MINYAK TURUN HARGA MINYOK NAIK PULAK
    MINGGU NI PANJI ITAM TAK KIBAR MAKNA KATA X NAIK
    EDUL KRISMAS DIRAIKAN PASAL TU PANJI ITAM X KIBAR JUGAK..


    KIKIKIKI... MINGGU NI PANJI HITAM BEREHAT ANAK BERANAK SAMBUT KRISMAS DI VANCOUVER KANADA... HARAP MAKLUM

    ReplyDelete
  25. Selepas membaca kebanyakan komen di atas, ia membenarkan segala kandungan entry bro KD bahawa pembangkang aka pembangang sememangnya tiada isu besar. Hanya bergantung kepada pendustaan selain perkara-perkara remeh yang sememangnya sedang diambil perhatian dan cuba diperbaiki.

    Ada pula kata-kata bahawa kisah PERTEMPURAN KLIMAKS dan juga Panji Hitam yang dijadikan olok-olokan, maka jawabnya ialah seperti berikut :-

    Sengaja saya mengulang-ulang kisah khabar nubuwwah ini supaya kelak apabila ia benar-benar berlaku tiada sesiapa di antara mereka yang telah ditewaskan secara mutlak tersebut yang akan boleh beralasan "sesungguhnya tiada sesiapa yang telah memberikan nasihat dan peringatan kepada kami. Sekiranya seseorang telah pun memberikan nasihat dan peringatan tersebut maka sudah tentulah kami tidak akan melakukan segala apa yang telah kami lakukan sehingga menyebabkan kami ditewaskan secara mutlak."

    Mempersendakan satu khabar nubuwwah tidak akan mampu menghalangnya daripada berlaku.

    Bahkan, persendaan itulah kelak yang akan memberikan justifikasi untuk ia benar-benar berlaku.

    Jangan cakap John Doe tak payung.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  26. Harga minyak secara mingguan.

    Contoh. Harga minyak rm2.20
    Turun 20sen pada rm2.00 harga barang tidak turun
    Turun 20sen lagi pada rm1.80 harga barang tetap tak turun
    Naik 15sen pada rm1.95 harga barang turut naik.

    Bila orang terlebih pandai mengajar orang yang berlagak pandai🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  27. I toally agree with TDM...less of religious studies in schools.. more of job matching subject based education.

    I never like the idea of religion as a subject. It should be lifelong study after schools and after work.

    It is sad to see young graduates in islamic studies who are jobless and not marketable.....

    Sad

    ReplyDelete
  28. Kalau betul memegang janji
    Sebelum tempoh jangan ditaji
    Takut bayang perbuatan keji
    Sabar menunggu sifat terpuji!

    Yang lebih dahsyat kerana upah
    Sekelip mata boleh berubah
    Tun Mahathir mahu dilapah
    Salah hiris sendiri rebah!

    Kerajaan Klepto kecundang sudah
    Pakatan menang, Bijan pun gundah
    Perdana Menteri dilantik sudah
    Patut disokong bukan diludah!

    Bukan senang nak pulih negara
    Tempoh baru sekangkang kera
    Bukan boleh pulih segera
    Sedangkan rosak tidak terkira!

    Parti politik semua nak teguh
    Jika lembik mudahlah jatuh
    Tun hebat kerja bersungguh
    Parti Melayu nak kasi utuh!

    Itu pun ada kawan dah marah
    Takut nanti dia ditarah
    Nampak gelap berduri arah
    Dalam diam askar dikerah!

    Parti Mahathir parti Melayu
    Harapkan AmeNo, sudah pun layu
    Yang serah diri, diukur kayu
    Ditolak Mahathir..menangis sayu!

    Pada kawan saya nak tanya
    Siapa SEKARANG boleh gantinya?
    Kerusi PM siapa empunya
    Tiada skandal, dihormati dunia?









    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik sdr Fan Tun.

      Sdr memang exceptional dalam berpantun.

      Siapakah PM ke-8 bakal pengganti Tun M?

      Saya sendiri tidak mempunyai jawapan yang tepat. Yang saya sangat yakin ialah ia bukannya seorang bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan.

      Mengapa saya berkata demikian?

      Sebab Malaysia adalah sebuah negara yang amat dirahmati. Namanya sendiri sudah membawa makna yang mendalam. Buktinya :-

      1. Apabila namanya diterbalikkan ia akan berbunyi 'Aisyalam'. Aisyalam adalah gabungan Bahasa Ibrani dan bahasa Arab yang bermaksud 'selamatlah' atau 'sejahteralah'.

      2. Singkatan nama negara ini yang digunakan di peringkat antarabangsa ialah MAS yang bermaksud 'emas' atau 'gold'.

      3. Sebelum ia bernama Malaysia hasil gabungan 3 ahli terkini (salah satu kemudian berpisah), ia bergelar Malaya yang bermaksud 'tinggi'. Sebab itulah puncak tertinggi di dunia dinamakan Hi-Malaya singkatan kepada 'Highest peak of Malaya(s) yang bermaksud 'puncak tertinggi di antara gunung(2).

      4. Sebelum ia bergelar Malaya ia digelar Suwarnabumi yang bermaksud 'bumi emas'. Daripada Suwarnabumi kepada Malaya dan kini kepada Malaysia @ MAS, nama2 negara ini hanya melambangkan satu perkara iaitulah 'kehebatan'.

      Itu hanyalah apabila membicarakan tentang nama negara ini.

      Belum lagi fakta bahawa negara ini imemiliki bandaraya yang menjadi calon tunggal yang menepati ciri-ciri 'Bandaraya Akhir Zaman', selain PM-7 negara ini adalah calon tunggal yang menepati ciri-ciri 'ketua pasukan yang tidak pernah tewas'.

      Itu saya hanya bangkitkan tentang perkara-perkara hikmah dan bukan fakta-fakta yang diketahui umum seperti keselamatannya daripada bencana besar, kemakmuran dan kemajmukan yang ada di negara ini dan banyak lagi.

      Nah, sekarang tanyakan diri kalian, wajarkah sebuah negara sehebat Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang merupakan seorang bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan?

      Sekiranya jawapan kalian ialah ia sama sekali tidak wajar, maka kalian pasti akan bersetuju dengan saya, bahawa siapa pun bakal PM-8 ia sama sekali bukan seorang bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan.

      P/s - PPBM sedang di dalam perbincangan dengan Warisan untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah. Hanya beberapa minggu lepas saya menyebutkan kepercayaan saya bahawa PPBM akan turut berdiri di Sabah. Mudah2an ia akan menjadi kenyataan. Aamiin ya robbal-'alamiin.

      AISYALAM MALAYSIA

      Wallahu a'lam.

      Delete