Friday, December 14, 2018

CUKUPLAH HANYA PKR - MELAYU YANG BUKAN PARTI MELAYU..

Penyatuan parti² Melayu atau pembubaran mana² parti Melayu termasuklah umno, BERSATU, PAS atau AMANAH sekalipun, ia sangat wajar.

CUKUPLAH  parti Melayu Ada satu atau Dua SAHAJA untuk menjaga kepentingan UGAMA BANGSA Dan Negara.

Suka atau tidak, umno KINI menjadi lebih titik hitam walaupun begitu banyak jasa sebelum InI. 

Ratusan tuduhan jenayah ke atas beberapa pemimpin umno di mahkamah sudah tidak mampu untuk  UMNO mempertahankan integritinya.

Akar umbi akan menjauhkan diri dari Cawangan, Bahagian dan aktiviti umno. Parti yang digerakan atas asas duit akan lumpuh.

Mempertahan Zahid menunjukan UMNO masih tidak insaf, tidak kembali kepada semangat perjuangan asal, tidak berubah, hilang arah.


Surat terbuka Rafizi lebih ikhlas jika PKR menawarkan diri keluar dari PH Dan menjadi pembangkang bersama UMNO.


  • Tetapi tidak kah InI berlawanan Dengan hasrat Anwar Yang kemaruk  kerusi PM?


Surat terbuka untuk APA?



HILANGNYA SEORANG BLOGGER YANG HEBAT..TULISANNYA YANG SELALU DINANTI NANTI..AL FATIHAH








8 comments:

  1. Utk kekal dlm umno dan jadi pembangkang yg baik. Bukan spt mp² yg keluar parti tp malu² babi utk masuk bersatu. Kerajaan demokrasi perlu ada check & balance. Kalau semua prokerajaan, siapa yg akan jd penegur kpd salah laku kerajaan? Eloklah mp² umno yg keluar parti dan sokong kerajaan tu, kerajaan bg peranan jd berok selama setahun. Kalau kelakuan ok, baru diterima menganggotai mana² parti dlm ph. Itupun bekalkan dgn kad kuning utk lg 2 tahun.

    ReplyDelete
  2. Dari sudut psikologi, tulisan Rafizi atau sebenarnya 'nasihat' yang diberikannya kepada KJ bukan untuk kepentingan KJ, UmNo, mahupun negara. Bak kata sdr KD kalau dia 'ikhlas' dengan UmNo, mengapa dia sendiri tak masuk UmNo?

    Dia hanya takut melihat fakta bahawa penyokong Tun M di dalam parlimen semakin bertambah.

    Ini namanya nasihat telunjuk lurus kelingking berkait.

    Nasihat saya kepada KJ dan kesemua ahli UmNo termasuk para macai murahan yang selalu bertenggek di blog ini ialah segera tinggalkan UmNo sementara masih sempat.

    UmNo di bawah Najib telah menjadi satu jemaah yang bathil. Mereka telah bersekongkol dengan kafir harbi iaitu Komunis China, mengambil Yahudi Zionist APCO menjadi penasihat, berwala kepada Nasrani Zionist Trump, melakukan kesemua tiga tanda nifaq dan melengkapkannya dengan sifat fujur bila berdebat apabila mempertahankan pendustaan, pengkhianatan dan kemungkiran mereka, dan melepaskan pembesar mereka yang melakukan jenayah daripada sebarang pendakwaan.

    Hanya ada satu jalan keluar bagi UmNo iaitulah dilupuskan buat selama-lamanya, dan hanya ada satu jalan keluar kepada ahli-ahli UmNo terutama mereka yang bertaraf pemimpin dan wakil rakyat iaitu tinggalkan UmNo selagi masih sempat.

    Ingatlah, sunnatullah menetapkan yang bathil itu akan lenyap dan memandangkan UmNo telah menjadi jemaah yang bathil maka ia akan lenyap apabila tiba masanya.

    UmNo adalah ibarat sebuah bas yang sedang menuju ke gaung. Amatlah malang bagi orang-orang yang tidak sempat melompat keluar apabila bas ini benar-benar jatuh ke dalam gaung.

    Kami PPBM telah lama menyedari bahawa jemaah ni sedang menuju ke kebinasaan dan demikian kami telah buat u-turn dengan bermufaraqah daripada UmNo.

    Nasihat dan peringatan ini diberikan juga kepada semua macai-macai UmNo yang masih mahu mempertahankan jemaah yang bathil ini.

    UmNo bakal tewas mutlak. Amatlah malang sekiranya kalian turut tewas bersamanya.

    Abaikan nasihat ini sekiranya kalian mahu, asal kelak jangan cakap John Doe tak payung.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam PH pun dah banyak saingan.. ni pulak kalu KJ masuk Bersatu...lg jauh laa perjalanan cita2 politik Rafizi... tu yg cadang KJ duk diam2 dlm Umno.

      Delete
    2. Sebelum pru14: "saya sedih satu persatu kepunyaan negara digadai dan dijual kpd china. Proton yg jd kebanggaan negara kita sudah menjadi milik china...bla bla bla (semua salah najib)...
      Selepas pru14 "..saya amat berbangga perkongsian proton dan geely akhirnya mampu mengeluarkan satu model kereta yg amat canggih. Im so proud about that....bla bla bla (semua masih salah najib)...
      Adakah sedap meludah kahak ke langit, akhirnya jatuh bertepek ke muka sendiri. Sepatutnya konsisten anti kpd hubungan strategik proton-geely. Ini u-turn yg keberapa kali agaknya. Kalau ckp dh x boleh disusun atur dgn baik dan diri sendiripun tak percaya, apa nk jd selepas ni?

      Delete
    3. Walau mcmmna pun, john doe tetap juga nujum pendusta kepala taek.

      Delete
  3. alfatihah untuk zam...

    rapuzi suka sangat dengan kj... tulis surat merapu suruh orang stay dalam umno.. kenapa ko je tak keluar pr masuk umno jadi pembangkang..

    yang takut sangat orang melayu masuk bersatu kenapa ?

    aku tak percaya kj sebab dia ni buaya politik

    aku juga tak suka rapuzi.. sebab dia kuat merapu menipu

    senang cerita rapuzi ngan kj dua dua ada cita-cita besar dan bongkak bajet diri sangt habt dalam caturan politik

    padahal ahli parti sendiri tolak mainan politik rapuzi dan kj.

    ReplyDelete
  4. Padah yang menimpa umno hari ini sebab mengamalkan pemilihan parti yang tidak telus. Dari cawangan bahagian sampailah ke pusat. Semua yang diundi telah disusun ikut kroni. Yang hadir sebagai perwakilan di pusat pula macam dah tak orang lain dah dalam umno. Kata ada 3juta ahli, hantar lah wakil yang berjenih sikit yang boleh memberi idea dan mampu menilai pemimpin untuk diundi. Ini ada yang macam katak bawah tempurung dan ada yang tak tahu baca dan menulis. Jika A kata orang atas A lah yang diundi. Lepas tu kalau tunjuk gambar tanya perwakilan tu ni gambar siapa dia pun tak kenal. Dekat nak ada pemilihan pakat sibuk buat jamuan, berjabat salam, bersua kenal. Rumah siapa makan sedap, dapat duit saku, tuan rumah pun senyum manis ja.. ok lah boleh pilih orang itu jadi pemimpin. Keperibadian, kebolehan, kelayakan tolak tepi. Sebab dia ahli umno, bertanding untuk parti umno, bila menang jadi pemimpim umno. Bila dah jadi pemerintah dengan sendirinya kerajaan akan jadi hebat sebab nama umno.Tak perlu lah nak ambil tahu soal peribadi.
    Hari ini setelah kalah, ajak bersatu semula dan kembali kepada perjuangan asal. Kembali pada perjuangan asal dan bermaksud juga dipimpin oleh pemimpin asal iaitu yang sedia ada. Pemimpin iti sebelum ini penyamun, sudah tentu lah akan menyamun kembali. Macam mana nak berubah. Kalau setakat kata-kata saja lebih baik lupakan saja pembaharuan dalam parti. Tak akan kemana.
    Yang betul nya semua pemimpin letak jawatan, buat pemilihan semula secara telus dari cawangan sampai lah ke pusat. Jangan ada kroni. Berikan kebebasan untuk undi.

    ReplyDelete