Bukan sesuatu yang pelik kalaumana law maker Dan pemimpin POLITIK Melayu Islam memilih BERSATU (baca Tun) untuk disertai khususnya dari kalangan umno?
Bagaimanapun Ada beberapa nama sudah dimaklumkan, TIDAK AKAN DITERIMA.
Apakah bung mokhtar, Ahmad maslan, shahrir antara nama Yang DITOLAK?
Berbanding PKR (baca Anwar) Yang sudah LAMA ditolak Orang umno Dan AMANAH (baca mat sabu) Yang berbau PAS, jauh Sekali DAP.
PKR sebagai balasan AWAL menyatakan menolak penyertaan pemimpin pembangkang?
Sudah tentu Yang terPaksa berminat untuk menyertainya adalah SEPERTI zahid, Raheem, nazri, ku Nan?
DAN SUDAH TENTU PKR JUGA MENGAMBIL PENDEKATAN YANG SAMA - Menolak demi menjaga integriti mereka, menjauhi orang² ini.
Dan tidak Ada Yang pelik jika Ada wrong move dari PKR (baca Anwar) akan Ada pula PEMIMPIN² dari PKR sendiri keluar Dan sertai BERSATU.
BERSATU SALING tidak tumpah umno semangat 46, perjuangan asas melayu umno lama, darah umno (baru) Dan hanya bersalin kulit menjadi BERSATU Dengan membuang roh² lanunan..
Yang sertai BERSATU kena tunjuk ikhlas pro kerajaan, kena tunjuk ikhlas pro BERSATU Dan salah satu prasyaratnya tanpa boleh memegang jawatan dalam tempoh setahun.
Syarat InI adalah tapisan kebersihan, tapisan keselamataN untuk keselesaan mereka Yang memegang jawatan dalam BERSATU Dan di dalam kerajaan itu sendiri.
Syarat InI agak berpadanan untuk mengukur sejauh Mana ikhlas Dan sabar mereka Yang sertai BERSATU.
Hakikatnya kerjaya dalam POLITIK Yang sudah jadi darah dangig kena diteruskan Dan pilihan perlu dibuat untuk KEKAL di parti lama atau parti Yang lebih bersih udaranya.
Hijrah Dan taubat, lakukan Secara diam Dan simbolik..
Secara politiknya Anwar menyatakan TOLAK kepada pemimpin pembangkang,
DAP menyatakan bahaya kepada kerajaan PH..
AMANAH terus tambah Ahli dari semua penjuru...
DAP Dan PKR dilihat senada dalam beberapa ISU UTAMA termasuk ICERD Dan Pilihanraya Kerajaan Tempatan
Dan faktor InI menyebabkan BERSATU makin lama, makin laku, makin diperlukan oleh Melayu Islam.
Secara teorinya, perancangan untuk menjatuhkan Tun luar Dan dalam sudah bermula sejak AWAL... Hinggakan angkat SUMPAH JAWATAN PM pun DILAMBATKAN(?) Dan perancangan Yang seterusnya juga buntu kerana semua tidak menyebelahi mereka.
Sukar untuk percaya, perancangan itu sudah dihentikan..
Sukar untuk percaya Tun tidak tahu semua perancangan itu...
Sukar juga untuk percaya Tun tidak Ada strategi Dua langkah dihadapan...
Yang ketara, Tun makin mampan dan Stylo.
PALING ummmph ..Tun Secara terbuka akui peranan besar Dan utama PKR telah menyebabkan PH menang PRU14..
Anwar Dan Rafizi, wajar rasa legaaa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIDAK ADA TAULIAH BUKAN HALANGAN UNTUK BERCAKAP BENAR TENTANG POLITIK, EKONOMI, ISU SEMASA, REALITI NEGARA...
https://vt.tiktok.com/ZS8pn7xVb/ Pendekatan memakmurkan masjid sewajarnya JABATAN UGAMA mengejar penceramah yang baik Dan betul untuk di...
-
SELAMAT TINGGAL UMNO (STU) Saya merupakan ahli, penyokong & jentera tegar UMNO sehingga kan saya pernah menjawat jawatan diperingka...
-
Antara berckap benar atau disabitkan di bawah OSA, Rafizi memilih mendedahkan kebenaran yang membawanya ke hukuman dipenjara 18 bulan. S...
papagomo .. asyik bagi teori melayu kena bersatu .. melayu kena bersatu .. tapi dia dalam umno lagi ..
ReplyDeletekah kah kah
13 DISEMBER 2018, DAP dan Anwar mula menyerang Tun Mahathir kerana membawa masuk bekas pemimpin Umno ke dalam PH.
ReplyDeleteJika trend kemasukan pemimpin Umno ke dalam Bersatu berlaku secara berterusan, Anwar mungkin akan menjadi BAKAL PERDANA MENTERI selama-lamanya. Itu akan mencatat sejarah dunia Anwar Ibrahim sebagai BAKAL PERDANA MENTERI PALING LAMA DI DUNIA yang kekal hanya menjadi "BAKAL"
Di atas bukan saya cakap. Celah Gelegar cakap
Salam Jumaat bro KD dan para pengunjung blog,
DeleteBerkongsi komen saya di sana.
Hahahaha.. Tajuk yang kelakar tetapi sedang menghampiri kebenaran..
Cuma sedikit pembetulan kepada analogi. Fakta CG dah betul dah, cuma tak lengkap. Kena korek lebih lama lagi.
DSAI telah disebut sebagai bakal PM semenjak sebelum 1998, ketika tragedi pemecatannya sebagai TPM lagi.
Sebelum itu, beberapa bulan sebelumnya Tun M (ketika itu DSDM) telah bercuti sebulan dan DSAI telah memangku jawatan PM selama sebulan.
Tun M kemudian dengan jelas menyebut tujuan ia bercuti sebulan ialah untuk melihat kemampuan DSAI mengambil alih teraju pentadbiran negara sebelum ia bersara. Pendapatnya ialah DSAI mampu.
Tup tup, berlakulah ribut apabila wujud khabar bahawa DSAI terlibat dengan aktiviti yang sangat tidak sesuai untuk menjadikannya sebagai PM. Kemudian muncul pula buku bertajuk '50 dalil dot dot dot'.
Kemudian berlakulah peristiwa yang hari ini telah menjadi sejarah.
Bermula Reformasi, pembentukan Parti Keadilan Malaysia, dan kemudian bergabung dengan PRM dan bertukar nama menjadi Parti Keadilan Rakyat, penubuhan Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, DSAI telah disebut sebagai bakal PM.
Kemudian apabila terbentuknya Pakatan Harapan yang menggabungkan PPBM dan PKR di dalam satu pakatan, Tun M dipilih menjadi PM dan DSAI selepasnya.
Maka apabila PH telah menang dan Tun M mengangkat sumpah jawatan sebagain PM-7, DSAI malahan sekali lagi telah dan sedang dicanangkan sebagai PM-8 aka 'bakal PM'. Malahan satu program telah dibuat khas untuknya dengan tajuk yang sangat sensasi 'The Final Twist'.
Hari ini kita telah berada di penghujung tahun 2018. Ini bermakna DSAI telah pun dicanangkan sebagai bakal PM selama 21 tahun. Peeergh.. Dua dekad tu.
Sekiranya Tun M telah menjadi PM selama 22 tahun sebelum ini, maka DSAI juga sedang di dalam proses untuk mencipta rekod dengan angka yang sama iaitu 22.
Saya telah mengatakan DSAI tidak boleh dan tidak akan menjadi PM, kerana ia tidak punya kelayakan itu. Sebelum ia benar-benar menyamakan rekod Tun M dengan menjadi 'bakal PM' selama 22 tahun, maka adalah lebih baik untuk DSAI mengumumkan ia melepaskan terus hajatnya untuk menjadi PM. Itu adalah lebih baik bagi dirinya sekiranya ia benar-benar mengetahui. Dengan itu ia hanya 'telah' menjadi bakal PM selama 21 tahun.
Kegagalan berbuat demikian dengan segera, maka ia akan menyamakan angka 22 rekod yang dipegang oleh Tun M.
Tun M - PM 22 tahun
DSAI - 'bakal PM' 22 tahun
Menyesal kemudian tiada gunanya.
Masa akan memberikan jawapan yang tepat.
Wallahu a'lam.
Bakal pm smpai mati.
DeleteItu membuktikan Tun M, the real LIVING LEGEND, Kita semua patut bangga sebagai rakyat malaysia punyai pimpinan seumpama. Kalau orang negara lain RESPECT Tun M, kenapa kita nak menyanggah hakikat ini. AGI IDUP AGI NGELABAN
ReplyDeleteI agree with you, Wai.
DeleteImperfect TDM may be but respect must be accorded accordingly. He is a living legend
May I add:-
DeleteHe is the only person who fulfills all the criteria of the prophesized; 'the carrier of the black banners from the east'.
Time will prove that he is 'him', in shaa Allah.
Wallahu a'lam.
Bukan black banner. Munafiq banner
DeletePaul baggio
DeleteLihatlah sekeliling kamu for agamwan ustaz mufti....pernah kah meteka bwrsuara. Yang ada tutuo mulut tutup mata tutup telinga.....tapi kononnya alim.......is this not munafiq????
tun madey kita boleh la angkat jd lejen...ooppss..lejen killer lagi. tp jgn seronok sgt, lejen lejenpun kalau sampai seru akan mati juga. yg lagi muda lagi sihat dpd tun madeypun ramai yg dh mati, takkan la tun madey yg dh nk masuk 94 tahun nk kekal hidup sampai 150 tahun. Naye beb, terlalu tua utk seorang pm. cuma boleh masuk dlm rekod dunia, pm paling lejen meninggal ketika berumur 93 + 22 tahun lg. hrp jgn ada yg sentap sbb setiap yg hidup akan mati.
DeleteUdah parai nadai ngelaban. Kikkikkik..
DeleteBani Umayyah telah pernah menggigit takhta khalifah selama hampir seabad. Kemudian mereka ditumbangkan dan gigitan itu terlepas.
ReplyDeleteKemudian Bani Abbasiyyah pula telah menggigit takhta khalifah, kemudian mereka juga tumbang di Iraq di tangan pasukan Monggol.
Walaubagaimanapun gigitan ke atas takhta itu tidak terlepas. Mereka telah menyambung takhta tersebut di Mesir di bawah kesultanan Mamluk. Mereka menjadi khalifah tanpa wilayah pemerintahan.
Kemudian apabila kesultanan Mamluk dikalahkan oleh Kesultanan Turki Uthmaniyyah, khalifah terakhir Bani Abbasiyyah telah menyerahkan takhtanya kepada Sultan Turki, Sultan Selim 1. Maka jadilah bangsa Turki khalifah kepada umat.
Selepas 30 khalifah daripada Turki Uthmaniyyah, mereka juga akhirnya ditumbangkan. Mereka tidak digantikan oleh keturunan yang lain sebaliknya jawatan khalifah itu dimansuhkan.
Kesimpulannya ialah, tiada takhta yang akan kekal selamanya. UMNO telah memegang takhta Perdana Menteri selama 61 tahun. UmNo juga telah terlepas gigitan tersebut, selepas mereka menjadi 'kaum yang berpaling' di bawah Najib.
Mereka (UmNo) telah dikalahkan oleh satu pasukan gabungan yang diketuai oleh Pengerusi PPBM, sedang PPBM pula adalah asalnya kaum yang bermufaraqah daripada UmNo selepas UmNo menjadi 'kaum yang berpaling'. Maka, tidak syak lagi bahawa PPBM adalah 'kaum yang didatangkan' selepas kaum yang asal berpaling (UmNo).
Kesemua ahli tafsir telah sepakat kepada satu perkara iaitu umur Umat Muslimin selepas Nabi Muhammad saw tidak akan mencecah tahun 1500H. Kini kita telah pun berada di tahun 1440H. Tempoh baki untuk kita terus wujud di atas muka bumi ini sudah tidak mencecah 60 tahun hijrah pun.
Maka, di atas prinsip 'tiada kerajaan di dunia ini yang akan kekal selamanya', dan di atas khabar nubuwwah zaman khilafah manhaj nubuwwah adalah zaman terakhir umat Muslimin, selepas berlalunya zaman fitnah, maka parti yang menggantikan UmNo sendiri pun tidak akan mencecah umur 61 tahun pemerintahan sebagaimana UmNo telah memerintah.
Kesimpulannya, UmNo akan lenyap sebagaimana khilafah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah telah lenyap, dan PPBM yang bakal menggantikan UmNo juga akhirnya akan lupus sebagaimana khilafah Uthmaniyyah telah lupus.
Mari kita beramai-ramai sertai dan kekal di dalam PPBM. Inilah parti orang Melayu Islam yang bakal menjadi tonggak pentadbiran Malaysia sehingga kiamat kecil kepada kaum Melayu berlaku.
UmNo bakal lenyap dan menjadi sejarah zaman fitnah, sedang PPBM bakal menjadi 'wadah bangsa Melayu' di zaman baru.
PPBM bakal menang mutlak pada hari berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS dan kekal memerintah negara sehingga kiamat kecil itu berlaku, in shaa Allah.
Wallahu a'lam.
Sejak terbentuknya perikatan, parti politik dimalaysia diasaskan mengikut kaum. Perlembagaan malaysia dibentuk sebagai asas pentadbiran dengan memberi keutamaan kepada kaum pribumi khususnya melayu dan islam.
ReplyDeleteBarisan Nasiaonal (BN) adalah gabungan parti yang paling lama memerintah dan tun adalah perdana menteri paling lama dalam kerajaan BN. Sehinggalah dipru14 BN tewas kepada pembangkang yang diketuai oleh bekas pm ke4.
Bermula dari pm ke2, usaha gigih dilakukan untuk membantu kaum bumuputera dari segi ekonomi dan pelajaran. Banyak agensi ditubuhkan khusus untuk mencapai matlamat tersebut seperti mara.
Tun yang menjadi pm ke4, telah melonjakkan matlamat itu hingga lahirnya ramai orang melayu yang berpendidikan tinggi dan ada yang berjaya dalam dunia koperat dan perniagaan. Tindakkan tun ini telah dicemburui oleh orang bukan melayu dan menggelar tun sebagai ultra melayu. Musuh utama tun adalah lim kit siang dari DAP.
Orang cina dan india telah kurung seperti ayam didalam sangkar. Mereka boleh melihat orang melayu makan bebas diluar mengikut kehendak citarasa tetapi mereka terpaksa makan apa yang diletakkan didalam sangkar. Mereka marah tapi tidak mampu untuk bertindak. Namaun pun begitu hak mereka tidak lah dinafikan oleh pemerintah dan ada yang berjaya dalam perniagaan. Carta tertinggi orang terkaya dimalaysia adalah cina dan india.
Bila anwar dipecat dari umno dan menubuhkan pkr, anwar telah membuka keahlian parti kepada pelbagai kaum. Inilah satu tindakkan bahaya untuk bangsa melayu yang dilakukan oleh anwar yang juga bangsa melayu. Bila pkr membuka keahlian kepada semua kaum, maka orang bukan melayu telah melihat inilah peluang untuk membuka sangkar yang menggurung mereka sejak merdeka. Mereka ada peluang untuk makan apa yang melayu makan. Siapa kuat kejar maka dia yang akan berjaya mendapat makanan. Tiada lagi sekatan.
Orang bukan melayu tidak bertunjangkan nama parti macam orang melayu. Bagi mereka, parti mana yang boleh membawa mereka keluar maka parti itulah yang akan disokong.
Pru14, dalam sejarah BN tewas bila rakyat menolak najib. Satu kejayaan bagi rakyat yang bencikan penyelewengan. Tapi dalam senyap, ia juga satu kejayaan untuk orang bukan melayu keluar dari kepongan. Maka sebab itu ada mp bukan melayu dalam kerajaan "meloncat-loncat" hingga mengguris hati orang melayu. Maklumlah mereka baru merdeka. Sehinggakan isu yang kecil macam icerd pun mampu dihadiri hampir 100 ribu orang melayu.
Tun terpaksa senyum didalam duka. Senyum kerana berjaya membentuk kerajaan dan menepikan kerajaan najib yang terpalit isu 1mdb dan banyak lagi.
Duka kerana terpaksa berhadapan dengan karenah mp bukan melayu dalam kerajaan dan karenah anwar.
Anwar bakal pm. Itu janji tun tapi jiwanya bergelora seperti ombak sunami.
Apakah anwar akan mampu mengawal kehendak bukan melayu dan mempertahankan hak melayu atau menggadaikan semuanya demi sokongan untuk jawatan dan kuasa.
Sebahagian melayu dalam pkr mula nampak bahaya yang menanti dan mula sedar. Utu pun setelah mereka menjadi ahli kabinet.
Politik malaysia masih belum selamat untuk orang melayu.
Dengan izin saudara KD, saya siarkan 1 komen pembaca dari TMI yang argue dengan tulisan penulis TMI.
ReplyDeleteAnda kurang arif membaca langkah politik orang Melayu @ terutamanya kelicikan TDM.
UMNO akan berkubur perlahan, maka pentingnya orang melayu dari UMNO bersatu padu samada dgn menyertai PKR @ amanah @ bersatu supaya kesatuan Melayu mendominasi dalam PH akhirnya.
Tetapi sudah pasti langkah ini kurang disenangi oleh DAP @ penulis dlm MK @ akhbar MC @ akhbar TMI spt anda yg dapat membaca gerak geri politik Melayu ini.
Kenapa perlu mengikut rentak @ kehendak politik DAP?
Tanpa PH, DAP adalah parti kera sumbang.
Sementara di Sabah & Sarawak, parti teras bumiputera sudah pasti serumah dgn parti teras melayu di semenanjung, maka sikap anjing menyalak DAP tidak memberi kelebihan kepada mereka.
Mereka kena menerima hakikat, DAP tidak boleh memerintah Malaysia tanpa sokongan parti orang melayu @ bumiputera Sabah Sarawak.
Akhirnya, kita akan lihat, siapa yg beroleh kemenangan politik selepas pasca pru14, TDM @ DAP?
Joe Harry, betui tu
ReplyDeleteMemetik kata2 Tukar Tiub :
ReplyDeleteTun kearah perkukuhkan PPBM. Ini projek kekalkan Tun sebagai PM... Ini projek kekalkan DSAI sebagai bakal PM Ini semua gara gara gelojoh Mat Songel Wawi, Saipudin, Lapiji and Joe Bedul is The Songel on
Dengan izin tuan blog,
ReplyDeletePohon kongsi semula tulisan saya di blog CG pada entry gambar pemimpin-pemimpin besar UmNo dengan Tun M.
------------
john doeDecember 13, 2018 at 5:14 PM
Saya langsung tak percaya Tok Mat kata perjumpaan tu untuk merayu UmNo tak dibubarkan.
Saya sangat percaya ia memang untuk 'minta nyawa' dari Tun.
Sory, ini bukan masa Najib, asal kantau saja dapat nyawa.
Ku Nan dah kena. Kalau ada sesiapa lagi di dalam gambar tu lakukan jenayah, dia juga akan kena.
------------
Nah, baca ni. Di antara kenyataan Tun M yang baru dibuat dengan kenyataan Tok Mat Hassan yang dibuat sebelumnya, sejak dari awal lagi saya langsung tak percaya dengan kenyataan Tok Mat Hassan.
Pemimpin UmNo hanya fikirkan diri masing-masing dan bukan nasib UmNo.
Kalau nak keluar, keluarlah cepat. Tak perlu tunggu persetujuan Tun M untuk benarkan mereka join PPBM. Lagipun seperti kata Tun M, PPBM hanya akan 'mempertimbangkan' permohonan untuk menjadi ahli partinya, selepas mereka keluar UmNo, dan tiada jaminan permohonan mereka itu akan diterima.
-------------
Mat Hasan pun nak tinggalkan Umno?
Kow Gah Chie
14 Dis 2018, 5:51 petang (Dikemaskini 14 Dis 2018, 6:02 petang)
A A
Berbeza daripada apa yang difahamkan kepada media, pertemuan beberapa pemimpin kanan Umno dengan Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bukan berkaitan pembubaran parti.
Ditanya mengenai perkembangan terbaru melanda Umno hari ini perdana menteri berkata 'rombongan' tersebut datang untuk memaklumkan rancangan mereka meninggalkan Umno.
Jika kenyataan itu benar, bermakna Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berdepan tekanan lebih kuat untuk melepaskan jawatannya.
Hal itu kerana seorang daripada pemimpin Umno yang bertemu Mahathir - dan gambar itu menjadi tular beberapa hari lalu - ialan timbalan Ahmad Zahid sendiri, iaitu Mohamad Hasan.
Ditanya mengenai pertemuan tersebut perdana menteri berkata tujuan rombongan berkenaan bertemu ialah untuk menyatakan hasrat mereka keluar Umno.
"Mereka datang berjumpa saya dan beritahu yang mereka akan meninggalkan Umno.
"Mereka mahukan nasihat saya. Cuma itu, tak ada yang lain," katanya.
Mahathir ditemui media selepas menghasiri sambutan ulang tahun ke-20 Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur.
Pada 13 Dis lalu dua keping gambar menunjukkan Mahathir bertemu enam individu menjadi tular dan menimbulkan keresahan di kalangan penyokong parti politik.
Lagi ranai mangsa dijangka korbn.
ReplyDeleteLORI taek yg diguna sebagai pentas ICURI telah tersaah masuk gear REVERSE semasa angkut muatan DOA PENDEK UMUR.
Rombongan Teater Islang pelakon agama ,dijangka menjadi antara korban.
Awas Doa Pendek sedang mengilis mangsanya lagi.
tepi tepi.....
teet teet teet teet teet
Apa kau merepek ni bahlol
Delete