Sunday, December 23, 2018

MANDAT: ...CAKAP APA YANG SALAH ITU SALAH




Tupasal TELINGA macai jiban menanah bila mandat dilaksanakan..

Kerajaan akan terus mendapat kepercayaan jika yang betul itu tetap betul sekaligus tidak langsung tergugat dengan persepsi hasutan..


16 comments:

  1. AMPU TETAP AMPU WALAUPUN SENAK PERUT YE TAK

    ReplyDelete
  2. Dedak dah kurang, Komen pun dah pendek..

    Tak sebut mahafiraun, kutty..Boss Tak marah ke?
    Kahkahkah...

    ReplyDelete
  3. http://ikanlepu.blogspot.com/2012/04/salahlaku-di-zaman-dr-mahathir.html?m=1

    Elias Hj Idris
    Mendepani Masa Depan

    April 24, 2012
    Salahlaku di Zaman Dr Mahathir
    Oleh: Tun Telanai



    Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr. Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang dia seorang negarawan tulen yang kononnya cukup prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara sepanjang tempoh 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri.

    Memandangkan usianya yang semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini.

    Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika berkuasa dulu. Langkah pertama ialah dengan menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan melahirkan kekesalan terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Adalah dijangkakan banyak lagi isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kaitan dalam kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam peti besi berkunci.

    ReplyDelete
  4. Rakyat sebenarnya boleh juga menukarkan terma isu kesilapan perniagaan era Mahathir kepada istilah jenayah komersial dan penyelewengan duit rakyat. Ia bergantung kepada siapa yang ‘busuk hati’ untuk melakukannya.

    Ketika MAS dibeli semula dalam keadaan uzur, miskin dan daif daripada kroni Mahatir, Tan Sri Tajuddin Ramli, ia dipaksa dijual dengan harga ‘bodoh’ iaitu RM8 sesaham walhal harganya ketika itu cuma sekitar RM3 sahaja.

    Siapalah yang bodoh mengarahkan syarikat penerbangan kebangsaan itu diserahkan kepada individu, dan si bodoh mana pula yang arah beli semula setelah ia habis dipunahkan serta ditanggung oleh pentadbiran selepas Mahathir?

    Beli semula konon atas nama ‘kepentingan negara’ dengan menggunakan wang rakyat, apa kejadahnya, kerana ia jelas terbukti menyerahkan kepada kroni sendiri namun diubah atas nama apa? Tanggung jawab sosial korporat?

    ReplyDelete
  5. Bongkar!! Senarai Penyelewengan Mahathir Sepanjang Beliau Menjadi Perdana Menteri

    Senarai penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

    1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

    * Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
    * Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
    * Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

    2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

    * Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
    *
    * Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
    *
    * Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
    *
    * Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
    *
    * Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
    *
    * Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat:
    *
    * Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

    3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

    ReplyDelete
  6. Kalo najib menang pru teruk tun madey dikerjakan oleh najib dan rosmah kerana ade banyak kes yg berkaitan...

    ReplyDelete
  7. Kikikiki KALAU KALAU KALAU..

    Sebelum kalah pru, jangan jentik, sentuh pun Tak BERANI..

    Jangan sentuh .nak jumpa pun lari

    ReplyDelete
  8. KL CHRONICLE

    Tuesday, November 6, 2018
    Anak Muda & Mahasiswa Ditipu oleh Kerajaan Pakatan Harapan

    Selepas Lim Guan Eng membentangkan belanjawan untuk #Bajet2019. Ramai mahasiswa dan anak muda sudah tepuk dahi kerana ditipu oleh Pakatan Harapan.

    Lagipun semasa piliharaya umum tempoh hari mereka lah juga yang menjadi penyumbang undi terbesar kepada Pakatan Harapan.

    Dapat ijazah 1st class pun PTPTN kena bayar, bantuan Kad Siswa 1 Malaysia dahulu pun sudah tiada. Biasalah orang tua cakap, "belum cuba belum tahu".

    Lepas dah tahu, nak ucap PADAM MUKA rasa tak tergamak, namun mengingatkan lagak berani mereka menolak BN di masa pilihanraya dahulu, anggaplah ini pengajaran mereka.

    #Belanjawan2019

    ReplyDelete
  9. Anon 826, KALAU dulu tulis panjang macam TU Ada le JUGA dapat upah..

    Sekarang, untuk syok sendiri, tulis le lagi..

    Blog budin kan ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah....Apa dia tulis...?
      Malas nak baca fitnah merapu geng dedak yang dah kelaparan dedak

      Delete
  10. Setakat kalah Pilihanraya, normal.

    Masih meroyan pasal kalah .itu Ada sakit jiwa.

    ReplyDelete
  11. KOREK, BONGKAR, DEDAH

    MENU
    Tag: nepotisme
    NEPOTISME ERA MAHATHIR DALAM TABUNG HAJI

    Tahun 1998 adalah tahun kegawatan ekonomi apabila berlaku kejatuhan nilai mata wang yang melanda negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

    Bertambah malang bagi Malaysia apabila gejala kegawatan ekonomi itu bertindan pula dengan kemelut politik Mahathir-Anwar.

    Mahathir menuduh Anwar menyelewengkan wang negara dan ditambah pula dengan kes sodomi.

    Namun di sebalik itu, Anwar, sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri juga dikatakan tidak memberikan layanan yang diharapkan oleh Mahathir untuk membantu menyelamatkan syarikat Konsortium Perkapalan Berhad (KPD) milik Mirzan Mahathir yang memerlukan sejumlah RM2 bilion.

    Mohamad Ezam Mohd Noor bekas ketua Pemuda PKR, pernah mendakwa bahawa Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir pada 1998 telah menggunakan wang Petronas dengan bantuan pentadbiran Dr Mahathir.

    A A A ABBNEPOTISME MADEI 2

    Pada tahun 1998 juga, ketika Tabung haji dipengerusikan oleh Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali, adik ipar Tun Dr Mahathir Mohamad, telah berlaku pembaziran dana Tabung Haji apabila terlebih bayar untuk pembelian dua bangunan di Kuala Lumpur.

    Kedua-dua bangunan berkenaan adalah TH Perdana, yang dibeli dari Maju Holdings Sdn Bhd dengan harga RM117.08 juta lebih daripada nilai sepatutnya, dan TH Selborn, yang telah dibangunkan oleh Swasta Setia Holdings Sdn Bhd dan dijual pada harga yang RM51.38 juta lebih daripada nilai sebenar.

    Tabung Haji membayar sebanyak RM436.38 juta bagi dua hartanah itu, walaupun penilai menganggarkan bahawa keduanya hanya bernilai RM267.92 juta.

    The Wall Street Journal (WSJ), dalam artikel Disember 2004 menyifatkan Maju Holdings milik Tan Sri Abu Sahid sebagai “syarikat yang tidak menguntungkan”.

    Maju Holdings telah merayu kepada Tabung Haji untuk mempercepatkan pembelian TH Perdana (kini dikenali sebagai Maju Junction) kerana beliau menghadapi masalah kewangan, mungkin juga akibat kesan daripada kegawatan ekonomi ketika itu.

    “Saya sangat memerlukan kelulusan cepat tuan mengenai perkara ini, kerana bank telah mengeluarkan notis merampas harta hartanah tersebut,” tulis Abu Sahid dalam surat kepada Hamid Othman yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji.

    Sebagaimana dilaporkan oleh WSJ, Tabung Haji bersetuju untuk membayar RM270 juta untuk 546,000 kaki persegi hartanah, pada RM494 skp, dan mendapat kelulusan Dr Mahathir untuk memberikan Abu Sahid bayaran pendahuluan RM220 juta yang beliau minta, sebagaimana dilaporkan WSJ.

    Tetapi menurut laporan Audit Negara 2003, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah menambat nilai bangunan itu pada RM152.92 juta, atau RM400 sekaki persegi, dan mendapati bahawa hartanah itu hanya berukuran 372,289 kaki persegi.

    “Ini bermakna Tabung Haji telah membayar RM117.08 atau 76.6% lebih daripada nilai yang dianggarkan dan jelas menunjukkan bahawa Tabung Haji membayar hampir dua kali ganda jumlah yang dinilai oleh JPPH,” sebagaimana dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara.

    Sementara itu, TH Selborn yang bernilai hanya RM115 juta menurut JPPH, tetapi telah dibeli oleh Tabung Haji dengan nilai RM166.38 juta, 44.7% lebih tinggi daripada nilai sebenar.

    WSJ pada tahun 2004 juga melaporkan bahawa bukanlah kali pertama Tabung Haji kehilangan berjuta-juta ringgit dalam urusan pembelian hartanah Maju Holdings milik Abu Sahid itu.

    Kemanakah perginya wang lebihan bayaran itu?

    Inilah yang menjadi persoalan, namun tiada siapa yang mempedulikannya kerana Pengerusi TH pada ketika itu adalah adik ipar Mahathir.

    ReplyDelete
  12. Isu subjek agama di sekolah: iGuru selar Dr M

    24 Dis 2018, 12:49 tengahari (Dikemaskini 24 Dis 2018, 12:58 tengahari)

    A A
    Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) menyelar kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama.

    Presidennya Azizee Hassan berkata kenyataan sedemikian boleh menimbulkan tanggapan negatif dan prejudis masyarakat terhadap Pendidikan Islam yang diajar di sekolah kebangsaan, lapor Ismaweb.

    Malah iGuru berpendapat subjek Pendidikan Islam masa tiga jam seminggu yang diamalkan sekarang tidak cukup untuk membina keperibadian dan jati diri murid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir nak ikut sistem karikulum sekolah jepun yg tak ade subjek ugama islam......

      Banyak mana yg mahathir tahu pasal islam?...tu sebab cucu dia dia tido peluk anjing. Tak belajar islam?.....marina perjuang hak lgbt...

      Jon doo buat panji hitam nak serah kpd mahathir...

      Delete
    2. Tun M pun tak nak panji hitam mengarut jon do. Biar jin do jer yg terjun dgn panji mengarutnya. Kihkihkih..

      Delete
  13. Kalau betul tuduhan kata
    Mahathir ini 'pelanun harta'
    Dari dulu kenapalah buta
    Polis, SPRM tak salur berita?

    Apa pasal tak buat laporan
    Bising sekarang orang pun hairan
    Bukankah ada di dalam Quran
    Melawan mungkar sebaik ajaran?

    Klepto Bijan sudah berakhir
    Masing2 menggila kerana Mahathir
    Lebai pulak lemas di air
    Masuk cai yg lagak pandir!

    Masa Mahathir sendiri tercongok
    Tak lapor polis,tak siapa seronok
    "gelas tak pecah" kata si bongok
    Penangan si Tua..masing2 melangok!

    Heboh Mahathir tak tunai janji
    Tempoh belum separuh pun lagi
    Setiap hari perlu dikeji
    Blogger pun u turn diberi gaji!

    Menegur itu memang tak salah
    Asal tidak hanya sebelah
    Mahathir belum tentu bersalah
    Kenapa asyik dipukul galah?

    Bawaklah Mahathir ke mahkamah
    Baru gentleman secara berhemah
    Dah masuk penjara bolehlah tohmah
    bukti, siasatan bukannya lemah!

    22 tahun bukannya calang
    Ditakdirkan Allah ke kabinet pulang
    Para pembenci berhati walang
    Mahathir dah buat Melayu gemilang!

    Kalau sekarang Mahathir tak ada
    Boleh ke ganti sebaik dia
    Pungutan suara..layak ke brother
    Biar rakyat tentukan juara!

    Parti Mahathir..Melayu Islam
    Harapkan AmeNo, sudah kelam
    Penyatuan Melayu perlu diselam
    Jika tidak..Melayu tenggelam!







    ReplyDelete