Friday, December 21, 2018

NAJIB SAY NO KETUA UMUM UMNO-LOKMAN BINGAI KATA KJ / SIAPA PULA YANG AKAN IKUT JEJAK LOKMAN - CUBA TANYA PULA ANWAR - NAK KE JADI PM SEKARANG?

Manifesto PH tidak dapat ditepati kerana kewangan negara jauh lebih teruk dari apa yang jangkakan.

Situasi negara kini sudah diketahui umum.

Jika sekarang Anwar atau Lim Kit Siang bersedia menjadi PM dalam kerangka pulihkan negara, refomasi dan malaysia baru, sila bentangkan pelan dan perancangan.

Menuduh Tun mungkir janji menobatkan Anwar sebagai PM sedangkan masa belum sampai nyata ada agenda tersembunyi dan takut bayang sendiri bagi pengampu di sekelilingnya.

29 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. 'Bentang kertas putih kewangan negara sebelum belanjawan'

    15 Okt 2018, 9:50 pagi (Dikemaskini 15 Okt 2018, 2:06 tengahari)

    A A
    PAS menggesa Kementerian Kewangan membentangkan kertas putih di Parlimen berkenaan kedudukan sebenar kewangan kerajaan sebelum pembentangan Belanjawan 2019 yang dijadual 2 November ini.

    Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan berkata ia berikutan percanggahan dalam kenyataan beberapa pemimpin kerajaan berhubung perkara itu.

    Beliau merujuk kenyataan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bahawa hutang negara melebihi jumlah RM1 trilion seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini.

    Menurut laporan Utusan 13 Oktober lalu, kerajaan tidak menyatakan kedudukan sebenar kerana bimbang Malaysia akan menjadi muflis seperti Greece.

    Nasrudin menyifatkan kenyataan Mohamad itu sebagai amat serius kerana bertentangan dengan jawapan bertulis Lim di Parlimen pada 24 Julai lalu bahawa hutang kerajaan persekutuan setakat 31 Disember 2017 adalah berjumlah RM686.8 bilion

    ReplyDelete
  3. FMT: Mampukah Malaysia membayar hutangnya?

    Ali: Ya. Keadaannya terurus. Salah satu petunjuk penting kemampuan sesebuah negara untuk membayar hutang ialah jumlah wang yang diperuntukkan untuk tujuan itu dalam belanjawan tahunannya.

    Bagi Belanjawan 2018, jumlah ini ialah sebanyak 11% dan ia sangat mencukupi. Berdasarkan piawaian Bank Dunia, keadaan menjadi membimbangkan sekiranya 30% daripada belanjawan diperuntukkan untuk tujuan pembayaran balik hutang.

    ReplyDelete
  4. Semakin lama semakin jelas bahawa Tn Budin telah termakan umpan DSAI dan menjadi sebahagian dari team Pak Sheikh yang bersedia mahu memungkiri janji tidak mengganggu Tun M sebagai PM selama 2 tahun dengan menjadikan alasan 'kami melihat Tun yang tidak mahu menunaikan janji berundur selepas 2 tahun'.

    Alahai tuan Budin, budak kecik pun tahu itu hanyalah alasan. Tun masih pun belum menggenapkan tempoh setahun sudah menuduh Tun mahu memungkiri janji tempohnya hanya 2 tahun, padahal Tun sendiri yang mengusahakan pembebasan Pak Syeikh melalui pengampunan diraja dan kemudian turun berkempen untuk Pak Syeikh di PRK PD ketika Pak Syeikh kelihatan amat berkemungkinan akan kalah dan meminta bantuan Tun dan Tun sendiri telah akur dengan bertindak melawan tradisi 22 tahunnya PM tidak turun berkempen di PRK.

    Perang saraf untuk menjustifikasikan pemungkiran janji oleh Pak Syeikh dengan alasan budak kecik telah dimulakan dan Tn Budin telah 'terpilih' menjadi di antara anggotanya.

    Silakan mencuba untuk menjatuhkan Tun M kerana percubaan itulah yang akan membawa kepada berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS. Tanpa percubaan itu, tidak akan ada PERTEMPURAN KLIMAKS dan tanpa PERTEMPURAN KLIMAKS, tidak akan berlakunya kemenangan mutlak pasukan Tun M yang bakal disusuli HARI PEMBUKAAN.

    Al-Malhamah Al-Kubra semakin hampir. Kemenangan mutlak kebenaran menewaskan kebathilan juga sudah semakin hampir. Panji Hitam juga sudah mula dibersihkan untuk dikibarkan menandakan proses melangkah ke zaman baru telah bermula, selepas hampir satu abad zaman fitnah berlangsung.

    Sesungguhnya aku sedang melihat zaman baru melambai-lambaikan tangannya di hujung sana, begitu teruja mahu menyambut anak-anak bangsa Mim dari kalangan orang-orang yang benar dan orang-orang yang bingung yang diselamatkan daripada pendustaan para ahli fitnah, tanpa kehadiran para ahli-ahli fitnah itu sendiri.

    Aku telah pun mengkhabarkannya kepada para tentera ahli-ahli fitnah itu, kelak mereka takkan boleh berkata 'John Doe tak payung'.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini worang banyak tipu helah wooo....22 tahun sudah masak....

      Boboi blm boleh berdiri dan beratih atas kaki sendiri daa...

      Delete
    2. Nurul izzah lge hishamudin semua sudah boleh berlari tinggalkan jauh boboi...

      Boboi masih merangkak...daddy kena tolong angkat....dapat timbalan presiden kerana daddy lantik....kalo dlm pemilihan tersembam muka boboi...

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Budin sontoloyo..ckp kt nuar..sabaq..tun dah cakap..mungkin lebih 2 tahun..mungkin kurang..tk paham2 lagi kew..
      Biar la atok pegang pm sampai kholuu innalillah..pastu ko pulak pegang..kku ada rezeki laa..kalau atok pas kt asimin..nasib laa

      Delete
    5. InshaAllah blog Budin bangang akan mampus tak lama lagi.

      Delete
  5. Rizab antarabangsa Malaysia juga tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.

    Bank Dunia berpendapat bahawa paras hutang Malaysia tidak akan menyebabkan Malaysia terjerumus kepada krisis. Malah risiko kewangan yang dihadapi oleh Malaysia juga didapati masih dalam keadaan terkawal. Merujuk kepada kenyataan Ketua Ekonomi Bank Dunia, Dr. Richard Record, sebanyak 97.7 peratus hutang Malaysia adalah dalam denominasi ringgit.

    Ini menunjukkan risiko yang terhad kepada kerajaan apabila terdedah kepada pertukaran asing. Hampir 70 peratus daripada hutang itu adalah jangka sederhana dengan tempoh matang melebihi tiga tahun dan mempunyai risiko terhad berdasarkan terma rollover atau pulang ganti. Pun begitu, kerajaan baharu sudah tentu akan memastikan hutang terus ditangani de­ngan telus, waspada serta berhati-hati selain melaksanakan pengurusan yang lebih berhemat.

    Kenyataan Ketua Ekonomi Bank Dunia itu dibuat ketika beliau membentangkan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia Edisi Ke-18 Bank Dunia yang lalu. Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia mengunjurkan ekonomi Malaysia dijangka kekal berkembang pada paras 5.4 peratus untuk 2018 disokong asas makroekonomi dan permintaan eksport yang kukuh

    ReplyDelete
  6. `BN tak sembunyi hutang negara'

    Oleh Fahmy Azril Rosli
    cnews@nstp.com.my
    Share

    Tweet

    Share
    KUALA LUMPUR: Hutang negara ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa dilaporkan mengikut piawaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu Standard Penyebaran Data Khas (SDDS).

    SDDS adalah panduan kepada negara anggota IMF dalam penyebaran statistik negara kepada orang ramai.

    Unit Komunikasi Strategik UMNO dalam kenyataannya hari ini menyebut, dengan piawaian pelaporan antarabangsa itu, Malaysia melaporkan jumlah hutang kerajaan (sekuriti yang diterbitkan kerajaan dalam bentuk bon) dan hutang yang dijamin oleh kerajaan atau lebih dikenali sebagai liabiliti luar jangka secara berasingan.


    "Hutang Malaysia pada 31 Disember 2017 adalah RM686.8 bilion dan liabiliti luar jangka pula adalah RM238 bilion. Angka ini terbuka dan boleh didapati di laman web Bank Negara, Jabatan Perbendaharaan Negara, Jabatan Perakaunan Negara dan Jabatan Audit Negara.

    "Namun, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menambah komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan kepada hutang kerajaan, termasuk liabiliti luar jangka berjumlah RM201.4 bilion. Itu menjadikan hutang negara mencecah paras RM1 trilion," katanya.

    Kenyataan sama menjelaskan, kerajaan PH menggunakan 'gabungan' hutang dan liabiliti, yang menyebabkan hutang negara mencecah RM1 trilion, yang betul dari segi teknikal.

    "Kerajaan Malaysia mempunyai liabiliti lebih daripada RM1 trilion, yang mana RM686.8 bilion adalah dalam bentuk hutang sekuriti.

    "Kerajaan lain di dunia juga menggunakan SDDS dan melaporkan hutang sekuriti tertunggak mereka sebagai hutang negara, yang tidak termasuk tanggungan luar jangka.

    "Tiada kerajaan di dunia mengambil kira komitmen pajakan dalam laporan hutang negara mereka. Bayaran sewa adalah perbelanjaan barangan, bukan hutang barang.

    "Jika kita memasukkannya, maka kita harus memasukkan semua perbelanjaan kerajaan seperti gaji pegawai kerajaan, pencen dan subsidi dalam jumlah hutang negara," katanya

    ReplyDelete
  7. https://kapital.my/2018/05/kementerian-kewangan-isu-hutang-negara-kini-rm1-trilion/

    Kementerian Kewangan : Isu Hutang Negara Kini RM1 Trilion
    Oleh : Kapital
    31 Mei 2018 - 10:13 am

    Ekonomi

    Kementerian Kewangan mahu menjelaskan mengenai hutang tanggungan kerajaan dengan lebih telus.
    Terdapat beberapa hutang syarikat yang terpaksa ditanggung kerajaan sebagai penjamin.
    Sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan yang baru pada 21 Mei 2018, Lim Guan Eng mengotakan janji-janjinya bagi melenyapkan tanda tanya rakyat mengenai status hutang negara yang dilaporkan oleh Tun Mahathir selaku Perdana Menteri berjumlah RM1 trilion.

    LGE tidak mengambil masa lama untuk mengeluarkan notis rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia berkenaan perincian hutang negara yang didakwa kerajaan sudah mencecah RM1 trilion dan lebih.

    Akan tetapi, walaupun usaha LGE untuk membawa hasrat rakyat dalam menjadikan status kewangan negara telus pada mata masyarakat umum adalah baik, ia membawa kritikan daripada pihak lain kerana dikatakan menimbulkan rasa kebimbangan kepada pelabur antarabangsa.

    Hakikatnya, menurut The Edge, para pakar ekonomi sudah lama mengetahui bahawa kadar hutang negara daripada KDNK adalah lebih daripada laporan rasmi Kementerian Kewangan dahulu pada paras 50.8%.

    Hal ini kerana, mereka mengetahui bahawa terdapatnya hutang jaminan kerajaan yang harus ditanggung mereka selepas beberapa syarikat diberitakan tidak mampu membayar hutang syarikat. Jumlah kesemua hutang ini adalah sebanyak RM199.1 bilion atau 14.6% daripada KDNK negara.



    Malah menurut portal berita ini, para pakar ekonomi sebenarnya lebih cenderung dalam mengatakan bahawa headline kadar hutang kerajaan kepada KDNK ialah hampir mencecah 70%.



    Dakwaaan daripada Tun Mahathir sebelum ini mengenai hutang kerajaan yang kini sudah mencecah RM1 trilion menimbulkan rasa terkejut kepada semua pihak, sama ada masyarakat tempatan mahupun pelabur di luar.



    Para pakar ekonomi pula terkejut dengan pengunguman ini dan menyebabkan mereka teragak-agak sama ada negara ini masih menanggung hutang liabiliti luar jangka (contingent liability) yang lain yang menyebabkan angka hutang menaik mendadak menjadi RM1 trilion.



    Namun, Tun M kemudiannya meyakinkan kepada para hadirin sidang media dengan katanya,



    “Ini (masalah hutang) tidak akan memerlukan masa yang lama bagi negara ini menyelesaikannya”

    ReplyDelete
  8. Nak takutkan rakyat kunun kerajaan dahulu teruk tapi pelabor yg takut....

    Akibatnye ekonomi malaysia yg teruk....bijak ke?...

    ReplyDelete
  9. Takut bayang sendiri?..boboi blm kukuh untuk panjat kerusi pm daa...

    DKK mahdey ni dah terbukti ade banyak helah yg licik....bijak manupilasi isu dan keadaan...

    Kewangan negara tidak lah seteruk yg digambarkan oleh tun mshdey...dia dah ambik wang rezab petronas untuk operasi kerajaan...

    Ape dah jadi dgn majlis penasihat ekonomi orang tua2...majlis ni tak mampu tingkatkan ekonomi dan turunkan harga barang?...majlis ni hanye berjaya kekalkan harga minyak ron 95 walopun harga dunia sudah turun....gula turun 10 sen dan telur 2 sen..

    ReplyDelete
  10. Bajet 2019 buktikan kewangan negara masih stabil...

    Terbaru diumumkan bantuan untuk peneroka felda 77 juta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur... Terimakasih kerajaan kerana mendengar denyut nadi rakyat.

      Delete
  11. Orang ramai adu kasut sekolah naik harga

    Bernama
    21 Dis 2018, 6:44 petang (Dikemaskini 21 Dis 2018, 6:44 petang)

    A A
    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga kelengkapan persekolahan terutamanya kasut sekolah menerusi talian aduan kementerian itu sejak kebelakangan ini.

    Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sehubungan itu beliau telah meminta bahagian penguat kuasa menyiasat perkara itu bagi mengesahkan sekiranya benar berlaku peningkatan harga barangan persekolahan berkenaan sebelum tindakan lanjut dikenakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penguat kuasa tk payah laa..mkn gaji buta..diorg boleh tau kaa kasut kalau dinaik kan 5 ringgit..dok ronda kedai..belek2 kasut..kkuar tv..konon buat kerja..puuiii

      Delete
  12. 274,639 pekebun kecil getah Risda terima bantuan RM600

    21 Dis 2018, 3:19 petang (Dikemaskini 21 Dis 2018, 3:19 petang)

    A A
    Seramai 274,639 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

    Beliau dalam kenyataan hari ini berkata bantuan itu akan dibayar dalam dua peringkat iaitu sebanyak RM300 pada akhir tahun ini dan baki RM300 pada awal tahun depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Curi sana..curi sini..jual sana..jual sini..bagi bantuan..goneng goneng

      Delete
  13. PNB unjur kos pembinaan keseluruhan Menara Merdeka PNB118 RM7 bilion

    KUALA LUMPUR: : Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjangkakan kos keseluruhan pembinaan Menara Merdeka PNB118 di bawah projek Warisan Merdeka, bakal menelan belanja kira-kira RM7 bilion.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata bagaimanapun, buat masa ini PNB akan menumpukan perhatian terhadap pembinaan fasa pertama yang menelan belanja RM5 bilion.

    "Projek ini mengandungi tiga fasa di mana fasa pertama terdiri daripada pembinaan menara dan pusat membeli-belah, fasa kedua untuk pembinaan kediaman manakala fasa ketiga untuk pembinaan bangunan komersial yang lain.

    "Kos (pembinaan) masih tetap pada RM5 billion bagi fasa pertama dan kami amat yakin kos ini di bawah rangkuman yang telah kita buat dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis penuangan konkrit pembinaan asas menara Merdeka PNB118, di sini, hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adekah dgn dividen 7% pnb mampu bina menara 7 billion?..

      Delete
  14. Tok Mat: MP Umno terima kepimpinan baru, tiada lagi keluar parti

    Haspaizi Zain
    21 Dis 2018, 8:16 malam (Dikemaskini 21 Dis 2018, 8:16 malam)

    A A
    Mohamad Hassan berkata beliau yakin kekalutan yang melanda Umno susulan sejumlah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar parti telah selesai selepas Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan untu "berehat".

    Timbalan presiden Umno yang menjalankan tugas presiden itu berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan anggota parlimen Umno dan yakin mereka akan terus kekal dengan parti.


    KECEWALAH TUN MAHDEY...SIAPA LAGI YG BOLEH DIHARAP JAYAKAN AGENDANYE?...

    ReplyDelete
  15. Izzah mual dan muak, kata Anwar

    21 Dis 2018, 7:03 malam (Dikemaskini 21 Dis 2018, 8:04 malam)

    A A
    Nurul Izzah Anwar mual dan muak dengan "telatah golongan yang lebih sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat," kata presiden PKR yang juga ayah kepada MP Permatang Pauh itu.

    Anwar Ibrahim menjelaskan misalnya Izzah kecewa dengan tindakan anggota parlimen yang keluar parti.

    "Saya telah berbincang bersama Nurul Izzah dengan panjang lebar tentang niat beliau untuk melepaskan kesemua jawatan yang disandang.

    "... yang jelas adalah kerancakan perkembangan politik yang terus menerus sejak 9 bulan yang lalu membuatkan beliau mual dan muak dengan perangai dan telatah golongan yang lebih sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat.

    "Sebagai contoh, beliau menyatakan kekecewaan dengan aksi ahli-ahli parlimen yang melompat menyelamatkan nyawa politik, tetapi apa yang lebih parah adalah mereka dimanfaatkan untuk rencana yang jelek," kata Anwar dalam suatu kenyataan hari ini.

    'Pemimpin parti tamak'

    Menurut MP Port Dickson itu lagi, tindakan Izzah melepaskan semua jawatan parti termasuk jawatan naib presiden PKR yang meraih undi tertinggi secara tidak langsung mengkritik segelintir pemimpin parti yang "tamakkan kepentingan peribadi."

    "Saya beranggapan ianya sememangnya konsisten dengan watak beliau yang berani menyatakan pendapat dan prinsipnya.

    "Dengan (melepaskan semua jawatan PKR) secara tidak langsung, Nurul Izzah mengkritik (beberapa) kerat pimpinan parti yang lebih tamakkan kepentingan peribadi daripada kesatuan parti," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dikatakan pro tun madey takut melompat ke Bersatu....takut jadi melukut jadi kuli mahdey..

      Delete
  16. Kit siang orang lama....dlm politik sezaman dgn tun mahadey....sudah tahu selok belok tun mahadey...tun baru nak cakap kit siang sudah tahu ape yg tun mahadey nak cakap...tak perlu kit siang masuk kabinet tun mahadey kerana kit siang dan Dap jadi bahan untuk tun mahadey mengekal sokongan kpd nye...

    ReplyDelete
  17. Jadi nyatalah, yang menuduh Tun tunduk pada DAP meleset..

    Hakikatnya DAP tak boleh tahan dengan kemelayuan Mahathir Secara halus.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Kj xde jawatan dlm umno, lokman ada. Kj kecik ati kalah dlm pemilihan presiden. Dia serba salah. Nk keluar umno, takde parti lain yg sesuai dgn dia, kecuali individu dlm parti pkr spt nurul dan rafizi. Kena kekal la dlm umno, tapi vokal dgn menyerang kepimpinan parti. Org dh hilang arah begini la yg bingai sebenarnya, bukan membingaikan org lain. Lokman adam lebih baik dpd kj yg hanya reti membingaikan orang lain. Oh ya, kj ni nampak gaya agak liberal. Tak sesuai utk memimpin malaysia sebab dunia makin menghampiri kiamat. Kj kurang 'umphh' utk memimpin ke jalan agama. Dunia dunia dunia...

    ReplyDelete