Saturday, December 22, 2018

PANDANGAN DUA SEN NAJIB DIHARGAI TETAPI TIDAK DIPERLUKAN BUAT MASA INI..

Kerajinan  Najib menciap mengulas dan mengkritik kerajaan PH dewasa ini sangat luar biasa berbanding semasa berkuasa, lebih pendiam, lebih mengelak dari wartawan untuk ditanya soalan² bonus dan cepumas.

Hari ini tanpa ditanya, sendiri ciap.

Secara ikhlasnya siapa yang baca?
Siapa yang baca sampai habis?
Who cares?

Bukanlah sombong, tetapi rakyat sudah muak (pinjam bahasa Anwar/Nurul) lebih² lagi rakyat mempunyai pengetahuan tersendiri, boleh berfikir sendiri dan rata² tidak bodoh, sudah tidak boleh ditipu lagi...

Majoriti kaum bukan Melayu dan minoriti Melayu telah membentuk majoriti rakyat memilih PH untuk menjadi sebuah kerajaan.

Sampai ke hari ini majoriti rakyat percaya pilihan mereka tepat terutama skandal² yang dulunya persepsi kini nyata.. Benarnya 100% 90% 80% sekadar ukuran..

Sebuah kerajaan di dunia tidak ada yang sempurna lebih² lagi pasukan ini pegang tampuk kuasa belum setahun..masih bayi, tiada dosa berbanding yang sudah tua seusia 60 tahun..

Kami beri mereka masa lima tahun samada berdiri gagah perkasa atau tunggang terbalik...bagus dikekalkan, kalau buruk, pilih yang lain.

Najib lebih baik fokus pada masalah diri dan keluarganya, soal pertuduhan di mahkamah..hormati pilihan rakyat.

Diam dan bersihkan diri kamu. Jika menang, jadi semula calon 2023 jika memang kamu seorang pemimpin berjiwa rakyat, tidak tipu rakyat.

Tun Dr Mahathir atas kebenaran, diluar perancangan kembali menjadi PM kali kedua, dan jika kamu (najib) juga benar..boleh lakukan perkara yang sama.

Jika kamu (najib) salah dan kalah, itulah sejarah yang kamu tempah.

Yang kekal adalah kami, sebagai rakyat.


26 comments:

  1. Rakyat tak bodoh kata KD tapi ramai masih kena belit dgn tun madey kununye hutang 1 triliun...

    Tun madey memang lebih hebat dari najib kerana hutang 1 triliun tun madey masih mampu bagi bantuan beratus jota seperti yg najib dah bagi dulu....

    Patutnye tun madey bagi yg lebih baik dari najib....tapi serupa dgn najib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana serupa.
      Najib kaki minta sedekah.
      Dh dpt sedekah masuk akaun sendiri.
      Janji nk saman selasa depan.
      Lepas tu jgn tohmah dia sehingga laporan jabatan audit selesai.
      Jabatan audit selesai buat laporan dia edit pulak.
      Lepas tu dia OSA kan.

      Seratus juta lebih duit tunai dlm rumah dia buat enteng, coklat dlm peti ais yg dirisaukan.

      Barang2 mahal bernilai lbh 1 billion dlm rumah dia buat mcm xkesah, tapi kasut cucu yg dia kecoh mntk perhatian.

      Xdgr lagi alasan najib dan rosmah menabung dari kecik.
      Merengek xde duit nk byr duit ikat jamin hingga terpaksa meminjam.
      Pergi mintak sedekah lg dgn pak arab.
      Dulu bukan main bongkak kau konon senang2 boleh mntk duit arab banding mahathir yg xpandai PR.

      Kah kah kah kah kah..
      Itu pun ramai budak2 lobak junjung percaya kt hati dalam2.
      Melayu bodoh mcm kau baik mereput dan pupus.

      Delete
  2. Rakyat tidak bodoh. tidak menilai kerajaan yg belum sampai setahun.

    Yang bodoh tu yang gelojoh, meroyan kalah belum habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD, kalau sampai 5 tahun PH masih tak perform jugak, aku bagi lagi 5 tahun. Kenapa takut nak bagi mereka peluang mcm rakyat terdahulu pernah beri pada BN.

      Delete
    2. Pada aku pandangan sinis najib dalam fb dia sgt baik dan bagus. Aku tak nampak dimana silapnya apa yg dia utarakan. Sindiran dan kritikan najib kpd menteri² tertentu, umpamanya menteri kewangan mendedahkan kita kpd pelbagai maklumat. Knp kita perlu benci dgn pandangan dan kritikan dia? Kalau nak bencipun, tunggulah mahkamah putuskan dia bersalah dlm begitu bnyk pertuduhan. Sampai sekarang belum satupun diputuskan mahkamah, so jgn bertindak mendahului mahkamah. Utk lebih adil, cuba lihat like pandangan dia. So, utk berkata pandangan dan kritikan dia adalah 'tak perlu' seolah tergelincir jauh kelaut.

      Delete
  3. “End game” yang dimainkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mudah. Menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan menggantikannya dengan orang lain. Ini adalah “end game” yang sama dimainkan pada tahun 2006, dimana Tun Abdullah Ahmad Badawi digulingkan dan digantikannya dengan individu lain.

    Ketika itu, ‘individu’ yang dimaksudkan tidak berapa jelas tetapi Mahathir sudah pun mempunyai tiga orang calon. Najib, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin. Calon-calon yang terpilih ini juga akan bergantung kepada sesiapa yang bersetuju dengan terma dan syarat Mahathir.
    Mahathir mengumumkan terma dan syaratnya dalam satu pertemuan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, tidak lama selepas pilihan raya Mac 2008. Dimana yang menjadi Perdana Menteri mestilah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Presiden (sekarang dikenali sebagai Council of Eminent Person atau CEP)
    Ku Li tidak bersetuju dengan CEP maka Najib telah dipilih menjadi Perdana Menteri
    Ku Li tidak bersetuju dengan CEP tetapi Najib bersetuju. Maka, Najib menjadi Perdana Menteri yang baru pada April 2009.
    Tetapi CEP tidak pernah diwujudkan (sehingga tahun 2018). Najib telah mempermainkan Mahathir. Selama empat tahun Mahathir memarahi Najib dan akhirnya Najib membuat keputusan untuk tidak menghiraukan Mahathir. Sebab itu lah Mahathir memutuskan bahawa Najib harus disingkir.
    Menyinkirkan Najib sebenarnya adalah lebih susah. Sebaliknya Najib membuang Mukhriz dan ini mendorong Mahathir sendiri untuk keluar dari Umno. Disebabkan itulah Mahathir perlukan “Plan B”. Kit Siang ketika itu berbisik kepada Mahathir bahawa “Plan B” sepatutnya adalah menubuhkan Umno Baru Lagi Baru untuk mencuri pemimpin, ahli dan penyokong Umno. Akhirnya, menggantikan Umno baru kepada Umno Baru Lagi Baru.
    Najib degil untuk mendengar cakap Mahathir jadi dia harus disingkirkan
    Sebenarnya ia adalah satu rancangan yang bijak. Membentuk Umno baru untuk membunuh Umno lama. Atau dalam kes ini, membentuk Umno baru lagi baru untuk membunuh Umno baru yang telah membunuh Umno lama pada tahun 1988. Tetapi Kit Siang terlepas pandang perkara yang sangat penting iaitu, apa akan terjadi kepada Umno Baru Lagi Baru SELEPAS Umno baru dibunuh?
    Kit Siang bukanlah orang yang berpandangan jauh. Jika tidak, dia tidak akan bercakap dan melakukan perkara yang dilakukannya sejak 50 tahun dahulu. Hari ini, Kit Siang terpaksa memakan kata-katanya dan menjilat ludahnya sendiri. Kit Siang kini melanggar prinsipnya sendiri demi kepentingan politik atau dengan kata lain, Kit Siang tidak lagi mempunyai prinsip.
    Ringkas cerita, kit siang tidak ubah seperti pelacur politik.
    Kit Siang menghasut Mahathir untuk menubuhkan PPBM agar dapat memecah-belahkan lagi Melayu

    ReplyDelete
    Replies

    1. Wujudnya PPBM tidak ada kaitan dengan DAP.

      Wujudnya PPBM tiada kaitan dengan PKR dan AMANAH.

      Walaupun PPBM bersekutu dengan 3 parti ini di dalam PH tetapi parti-parti berkenaan bukanlah pendorong kepada tertubuhnya PPBM.

      Sebaliknya wujudnya PPBM adalah disebabkan kaum yang asal di kalangan kaum yang beriman iaitu UmNo telah berpaling dari jalan yang lurus. Bermakna kewujudan PPBM adalah berkaitan dengan UmNo sendiri.

      PPBM adalah kaum yang bermufaqarah daripada kaum asal.

      PPBM adalah kaum yang didatangkan selepas kaum asal berpaling.

      PPBM adalah pasukan yang sentiasa menang.

      Dan in shaa Allah, PPBM kelak akan menjadi 'mereka itulah orang-orang yang berada di atas petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka itulah golongan yang menang'.

      PPBM adalah kaum yang bakal mengibarkan panji-panji mereka sebagai tanda kemenangan mutlak, in shaa Allah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Kalo PKR DaP dan Amanah tak mahu ajak Bersatu masuk dlm PH Bunge tahi ayam akan layu....hihihi..
      Lepas pru baru tahu madey dah tak popular lagi...13 kerusi jeer....

      Delete
    3. john doe kaki temberang.

      Delete
  4. Daim: Rakyat jemu jika setiap hari menteri PH cakap pasal hutang

    Hariz Mohd
    22 Dis 2018, 8:20 malam (Dikemaskini 22 Dis 2018, 9:02 malam)


    A A
    Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti mengulangi naratif tentang hutang negara dan mula menumpukan untuk menunaikan janji manifesto pilihan raya, kata Daim Zainuddin.

    Bercakap kepada pemberita hari ini, bekas menteri kewangan itu berkata sesiapa saja akan jemu sekiranya mendengar tentang masalah yang dihadapi oleh kerajaan setiap hari.

    Beliau juga mengingatkan PH bahawa pengundi mungkin menolak mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya gagal menunaikan janji kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daim perasan rupanye rakyat bosan dgn tipu putarbelit tun madey yg kata hutang 1 triliyun sejak tun madey kluarkan bantuan beratus jota...

      Tun madey sedar ratingnye merudum....jadi nak pulihkan rating dia sanggup langkau hutang 1 triliyun...

      Permainan putarbelitnye tak menjadi di zaman sekarang...zaman sudah berubah...tun madey blm berubah..

      Delete
    2. Anwar pernah ingatkan bahaya putarbelit hutang tapi tun madey degil...sekarang Daim kena ingatkan tun tunaikan manipestol kerana umno sudah kembali mengukuh......agenda tun madey gagaldan akan bahayakan kedudukan tun madey sendiri....hihihi...bijak mana sangat orang tua DKK ni..

      Delete
    3. Kau bosan yer? Padan muka. Meroyanlah kau sampai 2023. Lepas tu sambung meroyan lagi. Hahahahahahahahahahahahaha

      Delete
    4. Hahaha...tun madey kena teruskan ape yg najib dah bagi...mula nye madey berkeras tak mau bagi ini bagi itu kunun melayu akan lemah dan hutang kerajaam sangat besar...

      22 tahun madey perintah berape kerat melayu yg senang?...anak madey paling kaye...berpuluh billion hilang hingga melayu kena pinjam ptptn dgn bunge yg besar dan tol yg sentiasa naik..

      Aku tak pernah beli minyak di stesen petron...sde lagi melayu bodooh kena belit dgn DKK tun madey..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pak rahman 2.

      Am very much obliged for the invitation.

      But let me humbly say 'not yet'.

      One day in shaa Allah.

      Delete
    2. Geng DKK blm boleh bincang mcm mana nak bantu tun madey...

      Kalo tun madey masih diterima oleh melayu umno takkan menang 54 kerusi dan bersatu patut menang lebih besar dari PKR dan umno...

      pelabor pon tak mau datang selagi tun madey berkuasa...

      Delete
    3. asal puak anjing bersuara .. logik terus ke laut

      Delete
  6. Tips mencari pemimpin sejati:

    “bila berbicara, Ia memuji diri sendiri..”
    jika ciri2 ini ada. maka Berbahagialah bangsanya apabila dia mula memerintah.

    ReplyDelete
  7. Ic je islam... mandi junub pn belum tentu lepas...

    ReplyDelete
  8. Dia berbicara dengan penuh perasaan dan yakin bahawa dia tahu. sedangkan dia tak tahu yang dia tak tahu. Nak cari pemimpin, biarlah yang masih DARA....

    ReplyDelete
  9. Ape yg dikatakan oleh najib mengenai harga minyak adalah tepat dan betul...

    Kenape tun madey enggan turunkan harga minyak?...kalau penurunan 10 sen pon sudah memberi kesan yg besar kpd golongan melayu marhaen yg menggunakan motosikal...

    Tun madey memang kurang peduli dgn nasib melayu marhaen kerana darahnye bukan darah melayu tulin...dia hanye menggunakan melayu untuk dapatkan kuasa...

    ReplyDelete
  10. Anwar: Henti berbalah, tumpu isu kos sara hidup

    22 Dis 2018, 10:12 malam (Dikemaskini 22 Dis 2018, 10:12 malam)

    A A
    Ketika pemimpin Pakatan Harapan dilihat saling mengkritik sesama sendiri secara terbuka, ketua umumnya, Anwar Ibrahim tampil menggesa perbalahan dihentikan.

    "Pemimpin-pemimpin perlu meredakan suasana dan mengelak dari kenyataan-kenyataan negatif.

    "Perbalahan terbuka sama ada di antara atau di dalam parti perlu dihentikan segera.

    "Pada masa yang sama, saya gesa agar muafakat PH perkukuh melalui saluran parti," katanya dalam kenyataan media malam ini.

    Jelas presiden PKR itu, pemimpin PH perlu memberikan tumpuan ke pada isu kos sara hidup.

    "Memahami keadaan kos sara hidup yang terus membelenggu rakyat, saya menggesa agar semua pemimpin PH memberikan tumpuan khusus ke arah menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan keselesaan rakyat," katanya.

    Anwar dalam kenyataannya turut mengingatkan bahawa rakyat sentiasa memerhati mereka.

    "Kita punyai ruang dan peluang yang sedikit sahaja untuk membuktikan PH benar-benar mampu merubah nasib rakyat dan negara," katanya.

    Sejak minggu lalu, beberapa pemimpin PH dilihat sering berbalas kritikan dan yang terbaru melibatkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy dan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed saddiq yg jahil pasal aurat orang islam tu ke?...lulusan universiti iselam tapi jahil pasal islam....sama mcm bos dia tun madey yg kurang berjiwa iselam...islam kerana baka semata2...

      Delete
  11. Najib harap harap dlm pru 15..the table will turn back over..ada harapan la dapat pengampunan agong..so kempen la dr sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib akn menang dlm pertempuran KLIMAKS sebab dia akan di backing oleh Panji Keris ghaib dan Panji Pedang Pembunuh Naga yg menakibatkan panji hitam mengarut john doe jadi lusuh koyak rabak dan hancur sehancurnya.Kih kih kih.

      Delete