Saturday, December 22, 2018

RAKYAT GAGAL BERPERANAN..

Yang malas akan terus ketinggalan walau peluang dan rezeki depan mata.

Yang rajin, kurang keluh, kurang tuduh, usaha terus maju...kalau susah - jiran, adik beradik, kerajaan tidak akan hantar beras kerumah...

Nasi dalam pinggan, kalau tak suap, perut akan terus lapar..

Segelintir ustaz ceramah menghasut, doa supaya kerajaan lingkup, merapu, memporak peranda umat..bila tidak tersenarai..mengeluh macam rezeki itu keluar dari radio tv.

Hari ini yang terjejas, siapa? melayu..
Sebab..hidup pergantungan kepada kerja dan memilih pekerjaan..
Pendapatan terhad.

Saranan Rasul, 9/10 rezeki datang dari perniagaan diabaikan..
Yang pulun, cina..
Bila mereka kaya..
Sakit hati..
Salahkan DAP..
Salahkan kerajaan..

Banyak lagi..
Rakyat yang gagal..
Gagal membantu diri sendiri..

cara mudah,
salahkan kerajaan..
membongak.




Asasnya kerajaan tidak berdiam, terus berusaha membantu rakyat..
Selebihnya rakyat perlu berperanan, pro-aktif

26 comments:

  1. Rakyat yg cuma tahu mengkritik dan tak reti bersyukur ini patut pindah ke negara lain. Setelah itu barulah mereka sedar betapa beruntungnya menjadi rakyat Malaysia. Walaupun KDNK kita jatuh, nilai matawang jatuh, sekurang kurangnya Malaysia masih aman. Bersyukurlah.

    ReplyDelete
  2. Masing2 dah ade kerja...harga barang mahal..pendapatan tak seimbang...yg ade tanggongan ramai dikawasan bandar lagi parah....mereka tak harapkan bantuan yg berlipat ganda...

    Sawit jatuh getah jatuh...AsB pon jatuh...haiyya...

    Menteri umno dulu suruh kerja siang mlm tambah pendapatan...ramai pegi jual kuih berger goreng pisang dan nasi lomak?...semua jual saper plak pembeli?...

    Wakil rakyat gaji dan elaun puluhan ribu sebulan..

    ReplyDelete
  3. Manadia suharli masrop, paul baggio, ted manoff?
    Xkn dh tutup akaun.
    Ke dh jdk bangsat bersama sama najib?
    Sembang mcm kiamat besok.
    Bila kata bodoh xnk terima.
    Bila suh berfikir otak dh hilang.
    Apa boleh buat, ikot sajelah kata tauke.
    Bila tauke dh xde duit mereka pun mereput umpama rumpai disiram racun.

    ReplyDelete
  4. Gaji kecil punca 'sukar' menyimpan?

    Bernama | Published Mac 06, 2018 17:52 MYT
    Apa yang menghalang rakyat Malaysia daripada mampu menyimpan wang untuk kegunaan masa depan? -

    Apa yang menghalang rakyat
    Malaysia daripada mampu menyimpan wang untuk kegunaan masa depan? -

    KETIKA 'melepak' bersama seorang rakan di sebuah kafe di sekitar ibu kota, perbualan kami rancak bercerita mengenai kehidupan baharunya di Rawang selepas dia membeli sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan itu.

    Kata Maya, kehidupannya sekarang dirasakan sudah lengkap dan sangat gembira kerana akhirnya berjaya juga memiliki rumah idaman pada umur pertengahan 30-an selepas sekian lama mencari.

    Apatah lagi, ia rumah teres dan bukannya jenis bertingkat!

    "Aktiviti aku sekarang ini, asyik melayari saja mana-mana konsep dekorasi rumah di Instagram dan Facebook. Rasa teruja sangat nak hias rumah sendiri.

    "Macam-macam konsep ada tapi aku paling suka konsep kontemporari," katanya semasa perjumpaan kami baru-baru ini sambil menunjukkan beberapa gambar kepada saya.

    Bagaimanapun, sedang kami asyik menatap paparan skrin telefon pintar Maya yang memperlihatkan kepelbagaian hiasan rumah, dia secara tiba-tiba mengeluh.

    "Kau dah kenapa? Tadi gembira sangat, tak habis-habis bercerita pasal rumah baru, nak buat tu, nak buat neh. Sekarang dah monyok," soal saya yang hairan dengan sikapnya yang berubah begitu sahaja.

    Menurut Maya, dia sudah banyak kali 'terlepas' komitmen menabung selepas hampir setahun memiliki rumah baharu. Ada sahaja yang hendak dibayar dan dibeli, malah akaun simpanannya juga semakin menyusut.

    "Dulu bolehlah aku simpan dalam RM200 sebulan tetapi sekarang hendak simpan RM50 pun susah. Dah banyak kalilah aku 'skip' sejak duduk rumah baru sebab duit belanja asyik tidak cukup selepas tolak hutang.

    "Bayar bulanan rumah saja dah lebih RM1,000, tak termasuk lagi hutang kereta dan kos pengangkutan nak ke pejabat di KL. Dengan gaji RM3,000 dan tolak itu, tolak ini, berapalah yang tinggal? Memang tak cukuplah nak menabung," katanya.

    Cara berbelanja

    Bagi mereka yang tidak mengenali Maya, mendengar keluhannya sahaja mungkin boleh menimbulkan persepsi bahawa dia seorang yang suka bergaya mewah atau boros berbelanja sehinggakan tidak mampu menabung walaupun RM10!

    Namun, gadis kelahiran Shah Alam, Selangor, yang saya kenali sejak enam tahun lepas ini adalah seorang yang 'bersederhana' dalam membeli barangan dan bukanlah jenis yang gemar menghabiskan duit semata-mata untuk tampil bergaya.

    ReplyDelete
  5. Utusan Online

    Simpanan rakyat Malaysia tidak cukup

    KUALA LUMPUR 24 Okt. - Sebanyak 59 peratus rak­yat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bertahan selama tiga bulan tanpa pendapatan.

    Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Liew Ooi Hann berkata, berdasarkan Kaji Selidik Literasi Kewangan Malaysia yang dijalankan RinggitPlus, lebih separuh daripada 2,996 res­ponden didapati tidak mampu menyimpan lebih RM500 sebulan.


    Katanya, 24 peratus daripada responden pula tidak mempu­nyai simpanan langsung dan hanya bergantung kepada gaji yang diterima setiap bulan.

    “Hanya 32 peratus daripada responden menyatakan mereka mempunyai simpanan tetapi jumlahnya kurang daripada RM500 setiap bulan,” katanya di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Jirnexu Sdn. Bhd., Yuen Tuck Siew.

    Kaji selidik itu turut menjalankan kajian terhadap tabiat perbelanjaan rakyat Malaysia dan mendapati 33 peratus res­ponden membelanjakan lebih atau sama seperti gaji bulanan mereka.

    “Dari segi perlindungan insurans pula, 54 peratus res­ponden memiliki insurans hayat dan 62 peratus memiliki insurans perubatan,” katanya.

    Beliau berkata, dengan hasil kaji selidik berkenaan, RinggitPlus kini menekankan strategi bagi mempertingkatkan pendidikan kewangan kepada rak­yat Malaysia

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. 3 daripada 4 rakyat Malaysia tiada simpanan RM1,000 untuk kecemasan

    Sheridan

    Kenaikan harga barangan turut menjadi faktor kepada ketidakmampuan rakyat Malaysia membuat simpanan apatah lagi tiada peningkatan pada pendapatan isi rumah. – Gambar fail The Malaysian

    ReplyDelete
  8. Pendapatan seblm dan selepas pru14 tidak berubah...harga barang turut tidak berubah walopun gst di hapuskan..

    Keadaan tekanan seblm pru kekal selepas pru terutamanye kpd B40.....

    ReplyDelete
  9. Dividen, Bonus ASB 7 sen Zaman PH adalah PALING RENDAH sejak ASB ditubuhkan

    Bagai sudah dijangkakan, dividen Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun 2018 telah merosot akibat kejatuhan indeks Bursa Malaysia dan ekonomi negara yang semakin menurun selepas PRU14.

    Dividen dan bonus ASB untuk tahun ini ialah 7 sen (6.5 sen + bonus 0.5 sen) berbanding 8.25 sen (7 sen + bonus 0.25 sen + bonus khas 1 sen) untuk tahun lepas.

    Walaupun bonus khas 1 sen untuk tahun lepas dihadkan kepada 10,000 unit pertama, sebahagian besar pemegang unit, berjumlah kira-kira 7.5 juta dengan baki sehingga 10,000 unit mendapat pulangan efektif sebanyak 8.25 sen berbanding 7 sen tahun ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dibiden Asb dan Tabong haji kerajaan bagi tinggi sikit tak perlu harap bantuan kerajaan..

      Delete
    2. Syukur alhamdulillah....eloklah tu daripada takde langsung atau lagi rendah dari kadar fd bank2 ikutan yahudi.
      Lu tau komplen saja. Belajar2 la bersyukur sikit. Takde ruginye. Dapat pahala lagi.
      Masa sekolah pondok dulu tak belajar ke semua ni?

      Delete
  10. KD telah menulis :-

    Segelintir ustaz ceramah menghasut, doa supaya kerajaan lingkup, merapu, memporak peranda umat..bila tidak tersenarai..mengeluh macam rezeki itu keluar dari radio tv.

    ---------

    Izinkan John Doe menjawab :-
    Mereka mengajar dan mengajak ke arah kebencian, dan diberikan wajah agama. Malah ada di antara mereka benar-benar beramal dengan takfir.

    Apabila mereka tidak lagi diberi tempat di media kerajaan, mereka mula mengatakan ia adalah balas dendam dan kemudian berterusan lagi membuat fitnah ke atas kerajaan.

    Hakikatnya mereka adalah perosak agama di atas nama agama.

    Adalah wajar kerajaan tidak memberikan tempat kepada mereka untuk menyampaikan mesej kebencian kepada umat.

    Mereka adalah sebahagian manusia yang menjadi elemen fitnah di zaman fitnah. Mereka sememangnya perlu dineutralkan, dan in shaa Allah mereka akan dineutralkan pada HARI PEMBUKAAN kelak.

    Ahli agama berjawatan rasmi...
    Perosak agama di atas nama agama...
    Mereka akan sedar diri...
    Atau menerima hukuman ilahi...
    Kerana kesalahan mereka...
    Di waktu itu, dunia ini, segalanya akan berubah...

    Masanya semakin hampir.

    Wallahu a'lam.

    -----------

    Komen umum.

    Alhamdulillah syukur, selama ini saya tidak pernah mencari makan melalui mana-mana parti politik pun atau memperolehi sebarang kedudukan yang mempunyai ganjaran melalui jalan mana-mana parti politik.

    Sekiranya tidak, barangkali saya juga akan mempunyai mentaliti menyalahkan orang lain di atas kegagalan sendiri seperti puak-puak ini.

    Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana. Asalkan kita tidak mencuri, merompak, khianat dan apa-apa lagi kaedah yang bathil untuk mencari rezeki, tidak ada apa yang nak dirisaukan.

    Rezeki Allah itu juga berbeza-beza di antara manusia, sekiranya melihat orang lain yang mendapat sesuatu rezeki yang kita idamkan, maka janganlah iri hati, kerana itu adalah rezekinya sedang kita juga telah sedang dan bakal menikmati rezeki kita. Bukankah rezeki masing-masing itu datangnya daripada Tuhan yang sama iaitu Allah swt?

    Saya telah 4 dekad menyokong Tun M di dalam setiap PERTEMPURAN yang ia ketuai tanpa ganjaran dan tanpa dijanjikan sebarang ganjaran dan ia tidak pernah menghalang saya untuk menyokong dan membantunya di dalam cara saya yang tersendiri. Sokongan saya kepadanya tidak didorong oleh janji sebarang ganjaran tetapi semata-mata disebabkan ikhlas dan yakin ia melakukan perkara yang betul.

    Tidak diberikan apa-apa ganjaran tidak pernah menghalang saya dari kekal menyokongnya ataupun melakukan U-turn daripada menyokongnya.

    Hanya pendedak sahaja yang menjadi sakit hati disebabkan apabila Najib jatuh, dedak dah tak kasar. Hahahaha...

    Demikian juga, hanya mereka yang menyokong demi ganjaran sahaja yang akan U-turn disebabkan merasakan tidak menerima ganjaran yang sepatutnya di atas sokongan mereka kepada Tun M yang telah memenangkan pasukannya. Hehehehe...

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  11. Simpanan Ada kaitan jugs dengan penjimatan Dan bijak berbelanja..

    Jangan bazir tenaga letrik dan air , batal langganan astro, berbinternet yg menguntungkan, bukan buang Masa berfb, berwassap, berblog...

    Contohi rakyat kelantan, celah pokok, bawah tangga..pun bisnes boleh jalan.

    Ulat dlm Batu Tak komplaian, katak bawah tempurung Tak komplain..yg komplain "lembu" Dua kaki yg Ada akal, yg MENGAKU pandai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ko bagi tau berape ramai rakyat kelantan?..yg berniaga celah tangga tu berape orang?...
      Yg kawin bawah umor pon di kelantan kerana miskin...dia tak niaga bawah tangga rupanye....

      Delete
    2. Cerita sekadar dari celah kelengkang..APA yg sangat kau tahu..

      Datang Dan saksikan sendiri..

      Itulah mereka yg tidak merungut tentang kemiskinan tetapi berusaha untuk senang..

      Makan di mana jua di kelantan..tidak Ada si celik membimbing si buta minta upah..seperti di key El.

      Kahwin bawah umur, telor sebiji riuh sekampong..jangan jadi puak muflis idea.

      Delete
  12. Dikala Harga sawit MERUDUM, idea Menteri hanya Tubuh Kelab Kelapa Sawit

    Setiap idea sama ada baik atau tidak, boleh diguna atau tidak, itu lain cerita.

    Sekurang-kurangnya, Menteri Industri Utama DAP ini sangat kreatif dan berinovasi untuk melahirkan idea-idea baru.

    Bulan lepas, beliau mahu ladang-ladang kita guna payung pokok getah untuk menghadapi musim tengkujuh.

    Minggu lalu pula, dia seru rakyat untuk makan lebih banyak minyak kelapa sawit

    ReplyDelete
  13. kisah JANJI PH vs FIRAUN

    Jom ..kita recap semula berkaitan dengan...Janji Rejim Pakatan Harapan ..

    Dulu: “Tunggu kami jadi kerajaan, baru laksanakan janji.”

    Bila dah dapat kerajaan Penang dan Selangor : “Tunggu kami jadi kerajaan pusat baru kami laksanakan janji”…

    Bila dapat kerajaan pusat : “Tunggu 100 hari untuk kami laksanakan janji”..

    Bila dah 100 hari : “Tunggu 5 tahun baru kami laksanakan janji”..

    Bila dah 5 tahun : “UMNO perintah 60 tahun, bagi kami 60 tahun untuk laksanakan janji”..

    Bila dah 60 tahun : “Firaun – firaun dulu perintah beribu tahun. Bagi kami 1000 tahun untuk tunaikan janji”

    Bila dah cukup 1000 tahun: Diorang jawab... “Nabi pun mungkir janji”..ini kan lagi kami manusia yang lemah lagi daif!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni tukang ramal ke? Kalau ye, cuba ramalkan lepas ni apa akan berlaku pada umno. Kikikikikikiki

      Delete
    2. Umno sudah kembsli stabil..tiada lagi mp umno lompat2... Punah lah harapan tun madey

      Delete
  14. Kerajaan berjaya turunkan harga telur 2 sen

    KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan harga telur ayam yang sebelum ini mengalami kenaikan ketara kembali stabil bermula hari ini.
    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, harga telur ayam setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak 2 sen selepas satu kata sepakat dicapai bersama Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) pada 14 Disember lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur.. Harga barang semakin murah. Hanya yg tak bersyukur akan marah.

      Delete
    2. Dyukur getah turun sawit turun...Asb turun...rakyat bertambah senang....

      Delete
    3. Syukur BN turun, najib turun, zahid turun... Rakyat bertambah senang. Macai sakit hati. kikikikikikikiki

      Delete
  15. Peneroka resah harga sawit jatuh

    MARAN 26 Julai - Trend kejatuhan harga kelapa sawit menimbulkan keresahan dalam kalangan warga Felda di Jengka 23 di sini apabila pendapatan bersih mereka merosot teruk sehingga ada yang hanya mampu meraih RM280 hasil jualan komoditi itu pada bulan ini.

    Keadaan ini diburukkan lagi apabila hasil sawit turut berkurang pada masa ini dengan hanya mampu mengambil buah sekali sahaja dalam bulan ini sekali gus menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa bergantung dengan bantuan anak-anak untuk menyara kehidupan.


    Berikutan itu, selepas ditolak hutang pinjaman rumah dan ta­nam semula, rata-rata para pene­roka di tanah rancangan itu hanya memperoleh pendapatan RM400 pada bulan ini.

    Seorang peneroka dari Felda Jengka 23 di sini, Yusof Yaakob, 62, berkata, kejatuhan harga sawit kepada RM400 setan berbanding RM600 setan pada April lalu amat membebankan mereka yang hanya bergantung kepada hasil komoditi berkenaan untuk meneruskan kehidupan.

    “Pada masa ini, keadaan memang teruk kerana hasil kelapa sawit yang berkurangan dan harganya rendah. Hasil diperoleh perlu ditolak pelbagai hutang dengan Felda dan pendapatan saya bulan ini hanya RM280 manakala yang lain kira-kira RM400 bergantung hasil tuaian.

    “Selepas ditolak perbelanjaan seperti bil air dan elektrik, apa lagi yang saya ada untuk perbelanjaan selama sebulan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

    Menurut Yusof, jika harga hasil sawit terus jatuh sehingga RM200 satu tan metrik, ia memberi kesan buruk kerana kemungkinan besar mereka bukan sahaja tiada pendapatan tetapi terpaksa pula membayar upah mengangkut sawit dan lain-lain

    ReplyDelete
  16. TOLONG KAMI RAKYAT MISKIN. Harga sawit PALING RENDAH dalam tempon 12 tahun

    Harga sawit paling rendah tempoh 12 tahun yang lalu.

    Bantuan sara hidup dan bayaran hasil sawit tidak dibayar kepada peneroka sejak bulan lepas.

    Bantuan musim tengkujuh dimansuhkan dan kos sara hidup.

    Bantuan lain seperti BR!M dan bantuan sekolah dikurangkan atau dimansuhkan.

    Kos sara hidup yang semakin meningkat sejak SST dilaksanakan.

    Hutang FELDA juga tidak dimansuhkan seperti dalam janji manifesto.

    Adakah kerajaan PH tidak tahu atau pura-pura tidak mahu ambil tahu kemelut yang sedang dihadapi warga Felda sekarang?

    Saya minta kerajaan PH untuk membantu segera.

    ReplyDelete