Tuesday, December 18, 2018

SIAPA YANG MASUK SYURGA ATAU NERAKA, SIAPA YANG ISLAM DAN KAPIR BOLEH TANYA USTAZ INI..






14 comments:

  1. berat nanang tuduhan ust ni. Terbaik mereka bertemu dan berbincang instead menjatuhkan hukuman... terkadang maksud dri ucapan tak selari dgm petikan sekerat2...


    sesama bangsa elakkan bertelagah isu begini.

    ReplyDelete
  2. Ust bercakap ikut apa yg quran sebut nabi sebut . Bkn dari akal pikir dia. Paham ke tak. Taksub gila babi pun jgn gadai akidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustaz memang sebut dari petikan al quran dan nabi tetapi apakah petikan berdasarkan situasi bila ada orang kata malaikat juga melakukan kesalahan?

      jawapannya tidak..
      petikan al quran dan nabi tidak merujuk kepada perkataan tersebut..

      orang itu sebut, angel, tak sebut malaikat..

      apa maksud angel?

      ustaz itu membodohkan diri kerana ilmunya tak cukup.

      Delete
    2. atg nik aziz pernah sebut "usah kata dap kalau syaitan nak bantu pun kita terima"... aik? macam pelik bunyinya kan?

      orang pas ok je ..tak persoal pun masa tu pasal apa?

      https://youtu.be/WpzlCWRfhtk

      logik yang sama.. diguna oleh tun m tak boleh pulak? hukum berpilih "puak aku boleh..puak ko tak boleh"

      hrmm.. adil sikit la.

      Delete
    3. Bagaimana plak tun mahdir tolak hadis?..tak jatuh kafirun ker?...

      Delete
    4. hadis apa yang dia tolak ... ?

      Delete
  3. Isu ni sbnrnya tak perlu dipolimikkan. Ust tu jwb ikut apa ilmu yg dia ada. Malaikat dicipta utk tidak buat salah dan tak pernah buat salah sbb dia hamba Allah yg sangat taat. Yg manusia sebut malaikatpun buat salah tu boleh ke beri bukti bila dan ketika mana malaikat buat salah dan buat u-turn. Sehingga bukti itu mampu diberi, kita anggap manusia yg menyebut itu telah berbuat salah kerana memberi contoh kelemahan dia sebagai manusia disamakan dgn malaikat. Kita jgn polimikkan. Pm yg sgt bijaksana itu, pakar strategi dan sgt cemerlang karier politiknya juga bnyk kali tersilap. Maklumlah manusia biasa. Kalau sblm pru14 kata sgt sedih dan marah kerana kerjasama proton dgn geely. Kini tidak lg, malah bangga akhirnya proton dpt keluar dpd perlukan bail out sbb dh boleh bergerak sendiri. So, penyokong² pm dan kd sendiri. Tak perlu pertahankan kesilapan apa yg pemimpin kita tersalah buat. Salah tetap salah dan jgn alihkan kesilapan utk ditanggung oleh org lain. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.58
      pergi belajar bahasa inggeris dulu kalau nak komen..nak komen pun biar dengan ilmu..ni komen nak malukan diri sendiri sj..

      Delete
  4. Mahathir HINA Imam Bukhari – Kata Imam Bukhari Yang Paling Banyak Tolak Hadith

    akarimomar
    8 months ago


    Dalam menyokong seseorang untuk menjadi pemimpin, kita perlu tahu fahaman ideologi dan aqidahnya. Kita tidak mahu mengangkat pemimpin yang zalim berdasarkan Surah Lukman ayat 13 – Apa Ertinya Zalim Yang Azim?

    Ketika menjawab tuduhan yang mengatakan bahawa beliau seorang penganut ANTI-HADITH, Mahathir mengatakan bahawa sebenarnya dia tidak banyak tolak Hadith.

    Sebaliknya, Mahathir tuduh Imam Bukhari yang lebih banyak tolah Hadith.

    Berikut adalah petikan dari video yang pernah tersebar suatu ketika dahulu (dan masih berlegar di internet):

    Baru-baru ini saya buat komen sikit saya bercakap di satu majlis … aah … untuk Kassim Ahmad. Kerana saya bercakap di majlis itu saya dituduh anti hadith.
    Jadi saya berpendapat itu tidak adillah. Buatlah selidik dulu, sama ada saya tolak hadith sama sekali. Itu tidak betul.
    Yang tolak hadith yang banyak sekali ialah (Al-Imam) Bukhari. Daripada 600,000 hadith yang dikaji olehnya dia terima Cuma 7,000 sahaja. Dia tolak banyak hadith.
    Saya tidak tolak banyak hadith.

    Suatu tuduhan yang JAHAT ke atas seorang tokoh Hadith yang terhebat dalam Dunia Islam. Mahathir dengan ANGKUH mengatakan Al-Imam Bukhari yang sebenarnya lebih banyak menolak Hadith.

    Dalam satu kiriman di blognya bertarikh 14 Mac 2012, Mahathir menulis:

    vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

    Masalah dengan Mahathir ini dia tidak belajar asas pengajian Hadith, cara periwayatan, dan sebagainya tetapi mahu buat komen tentang Hadith. Ini adalah suatu kesilapan yang FATAL.

    Kesian kepada dia, jika Mahathir berterusan dengan pendirian menghina Al-Imam Bukhari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Mahathir Menghina imam bukhari" adalah perbuatan adu domba macai2 najib seterusnya jatuh perbuatan fitnah.

      Ingatlah perbuatan korang di akhirat ye macai....

      Delete
  5. BOLEHKAH MAHATHIR DIPERCAYAI? (SIRI 3): Ancaman Mahathir Terhadap Islam

    By MT Webmaster Last updated Jul 4, 2017

    DARI SUDUT LAIN

    Persoalan yang kita tinggalkan pada siri lepas, apakah salahnya membiarkan Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri, menggantikan Najib hari ini? Dalam siri kali ini, penulis akan menjawab persoalan ini.

    Sebenarnya ramai yang tidak menyedari kerosakan di zaman Dr Mahathir adalah sangat teruk. Sepanjang 22 tahun pemerintahannya, berbagai penyelewengan dan penindasan yang berlaku dalam berbagai bentuk. Cuma yang berbeza adalah pada waktu itu tiada media sosial seperti hari ini. Kerajaan menguasai media secara amat dominan. Lobi beliau terhadap rakan dunia Islam lain juga hebat. Boleh dikatakan corak pemerintahan beliau adalah kukubesi atau diktator.

    Rasanya tidak cukup untuk menyebut semuanya dalam satu tulisan. Jadi pada siri ini penulis fokuskan dahulu kepada sikap prejudis beliau terhadap Islam.



    Sebenarnya, pada zaman beliaulah kedudukan Islam dalam negara ini terancam. Sebagai pemimpin negara bermajoriti Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang menghina Islam dan syariatnya. Walhal beliau sendiri yang sering mencanangkan Malaysia adalah negara Islam. Malangnya beliaulah paling lantang mengkritik syariat Islam sejak dahulu, sebagai respon terhadap perjuangan PAS yang mahu menegakkan syariat Islam.

    http://www.blogmazeer.com/2016/03/koleksi-kenyataan-tun-mahathir-menghina.html

    Tidak cukup dengan itu, di zaman beliaulah penghantaran pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR), Maahad Tahfiz dan Pondok ke Universiti Al-Azhar, Mesir, telah disempitkan. Pada tahun 2000, kerajaan telah memperkenalkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kesannya selepas itu, Al-Azhar tidak lagi mengiktiraf sijil-sijil SAR, Maahad Tahfiz dan Pondok, termasuk institusi pendidikan Islam yang sebelumnya ada kerjasama atau MoU dengan Al-Azhar. Kerajaan Malaysia pimpinan Dr Mahathir mendesak hanya pemegang sijil STAM sahaja diterima.

    Perkara ini terus berlanjutan apabila kerajaan Malaysia mula menetapkan bahawa mereka yang dibenarkan oleh kerajaan sahaja boleh melanjutkan pelajaran. Tidak lagi seperti dahulu di mana pelajar yang memiliki sijil agama mengikut ketetapan Universiti Al-Azhar bebas untuk berdaftar dan menjalani penilaian terus oleh Universiti, tanpa perlu disaring oleh kerajaan. Hal ini dipercayai kerana kebanyakan graduan Al-Azhar dan univeristi Timur Tengah yang lain didapati menentang pemerintahannya.

    https://aimstam.wordpress.com/info-stam/

    Sikap anti beliau terhadap Islam yang tulen terserlah apabila beliau membela seorang berpemikiran anti-Hadis bernama Dr Kassim Ahmad. Dr Kassim Ahmad adalah orang yang menolak hadis Nabi dan yang terakhir berpandangan tiada syahadah atau persaksian ke atas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dalam kalimah syahadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon pencerahan?

      Kalau mahathir anti islam, kenapa tidak dilucutkan sahaja hak istimewa agama islam?

      Haramkan penggunaan tudung untuk kaun wanita islam?

      Tak perlulah bersuara untuk bangsa palestin?

      Betul ke mahathir anti islam? Atau fitnah?

      Delete
  6. ustaz ni pun bangang, soalan dari orang fasik, buatlah siasatan sebelum menjawab.

    Soal syurga dan neraka, soal Islam dan kapir mesti sesuatu yang jelas dan bukan berkias, kabur dan tidak disiasat terlebih dahulu.

    Babi dan arak itu jelas haram, disebut dalam Al Quran.

    Tolak hadis, ada sebut dalam Al Quran?
    Sedangkan para imam sudah menolak ratus ribu hadis? Apa status pula?

    Kapir seseorang itu hanya sah jika dia mengaku...sekadar perbuatan dan cakapan, ia satu dosa dan tidak ada hak orang lain menghukumnya kapir.

    minum arak, makan babi pun belum jatuh kapir apalagi ungkapan yang disalahtafsir orang lain.

    ReplyDelete
  7. Kebingungan para ruwaibidhah zaman fitnah yang berpunca daripada pendustaan para ahli fitnah dan kedunguan orang-orang bodoh yang disangka ulamak oleh orang ramai, tetap akan berakhir.

    Sementara ia masih belum berakhir dan kita masih berada di zaman fitnah maka silakanlah keluar fatwa sesuka hati. Kalian pasti akan dipertanggungjawabkan dengan segala fatwa-fatwa kalian yang telah menyesatkan orang kebanyakan, sekalipun selepas zaman fitnah telah berlalu kelak.


     : إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

    "Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu (agama) dengan cara mencabutnya daripada (dada-dada) manusia, tetapi dengan mewafatkan para ilmuan. Apabila ilmuan sudah tidak berbaki manusia mengangkat orang-orang bodoh (yang mereka sangka sebagai ulamak) sebagai pemimpin mereka. Si pemimpin memberi fatwa tanpa ilmu dan menyesatkan (orang ramai) maka sesatlah (mereka semua). - Hadith riwayat Al-Bukhari.


     وَإِذَا قِيلَ لَهُم مَّاذَا أَنزَلَ رَبُّكُمْ ۙ قَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ (24) لِيَحْمِلُوا أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۙ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ (25)

    "Dan apabila dikatakan kepada mereka; apakah yang diturunkan oleh Tuhanmu? Mereka menjawab; dongengan orang-orang pubakala. Supaya mereka di hari kiamat memikul dosa mereka seluruhnya, dan dosa-dosa orang-orang yang mereka sesatkan tanpa ilmu pengetahuan. Ingatlah!!! Amatlah berat apa yang mereka pikul. (An-Nahl : 24-25).

    Zaman fitnah tetap akan berlalu, dan kebingungan ini pasti akan tamat pada HARI PEMBUKAAN itu, in shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete