Friday, December 14, 2018

STAY DI UMNO BERERTI MASIH MEMPERTAHAN NAJIB DAN ZAHID....LEBIH MULIA DARI BERKETUAKAN TUN? OPEN SAY TO SHAHRIR





Ahli Parlimen (AP) dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini.

Yang dijadikan sebab, pucuk pimpinan UMNO tidak ada hala tuju!

Jadi sebaliknya, adakah halatuju Pakatan Harapan itu yang lebih sesuai dengan perjuangan mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat pada PRU 14 yang lalu?

Pelik juga, saya memikirkan pilihan perjuangan mereka ini.

Tentunya pengundi di kawasan yang telah menyokong dan mengundi mereka sehingga menjadi wakil rakyat juga tertanya-tanya adakah tindakan mereka yang meninggalkan parti mempunyai hak itu sebagai seorang wakil rakyat. Itukah hak mereka sejujurnya?

Saya tertanya-tanya keputusan mereka yang melom pat itu kerana sudahlah PH tidak pun menghargai janjijanji mereka kepada pengundi walaupun manifesto PH bukan kitab suci. Jadi mengapa pula halatuju PH lebih baik daripada UMNO?

Sebaliknya, dari tinjauan saya, dalam Dewan Rakyat AP UMNO semakin hari semakin wibawa sebagai barisan pembangkang. PH pula yang terbukti terkedu sebagai pemerintah, berpusing pusing dan berdolak dalik dalam banyak perkara. Dalam soal "rule of law" pun, jelas nampak penguatkuasaan undang2 pun memilih bulu. Kalau tidak bersama mereka, bolih dituduh di mahkamah walaupun belum buat siasatan ataupun sudah tidak ada lagi pihak yang mengadu. Tuduhan yang diuar-uarkan dalam media pun bolih berubah bila dihadapkan di mahkamah.

Isu ratifikasi ICERD pun bolih berpatah balik sehingga ratus ribuan tetap turun ke jalanan kerana tidak percaya nanti kerajaan PH tidak berpusing balik sekali lagi bila tenguk himpunan tidak sebesar mana.

Ahli-ahli menteri PH tetap berkokok ICERD akan diratifikasikan tahun depan.

Terbaharu kedudukan kewangan Tabung Haji pula dikelirukan olih menteri agama PH. Sehingga ada kenalan saya yang baharu sahaja menunaikan fardhu Haji yg termenung seketika memikirkan samada ibadah Haji nya dibiayai dengan duit tidak sah. Kenyataan menteri itu mungkin melibatkan hanya pembayaran hibah kepada penyimpan TH tapi tentunya tampungan TH kepada jemaah haji pada semenjak 2014 tidak terkecuali dari tuduhan menteri itu. Betul-betul menteri agama PH tidak cukup bijaksana!

Itu baru tiga perkara di peringkat kebangsaan. Apa lagi kalau ditenguk lagi pengurusan kewangan negara! Sebelum PRU, riuh dengan tuduhan ketirisan perbelanjaan kerajaan BN berjumlah RM28 bilion!

Tenguk-tenguk, bukan adapun ketirisan yang berlaku tapi sebaliknya duit Petronas yang dicekau dan aset Khazanah yang dijual!

Pengurusan kewangan negara dan ekonomi negara pun tidak setaraf dengan masa BN mentadbir. Harga sawit dan getah, kedua-dua sumber pendapatan rakyat yang mengundi calon2 UMNO, pun di paras harga yang merbahaya. Itu pun tidak sama bahaya apabila menteri PH yang jaga hal2 kommoditi itu tidak tahu dan tidak mahu buat sesuatu. Negara pernah hadapi keadaan yang sama dan ada banyak perkara yang bolih dilakukan kerajaan PH. Tapi kalau hati sudah tidak bersama orang luarbandar, kerajaan PH akan biarkan sahaja keadaan itu melarat. Ekonomi bebas lah!

Dalam keadaan kesejahteraan rakyat dan keharmonian hidup rakyat masih terumbang ambing akibat sikap dan pendekatan kerajaan PH, saya rasa pelik kalau ada wakil rakyat UMNO yang akan meninggalkan UMNO kerana PH ada halatuju yang lebih sesuai dengan hasrat dan harapan pengundi2 wakil2 rakyat UMNO

Adakah, sebagai contoh, dengan AP dan ADUN UMNO meninggalkan UMNO di Sabah, rakyat Sabah akhirnya akan memperolehi segala aspek perjanjian MA 63 dan pembayaran sepenuhnya royalti minyak seperti dijanjikan? Sebenarnya, kalau hendak dilaksanakan olih kerajaan PH, tidak perlu kepada keadaan dua-pertiga di Dewan Rakyat atau DUN Sabah pun

Sebagai seorang wakil rakyat, mahu pun di Parlimen atau DUN, sebenar dan sejujurnya, siapa kita ni? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya mengapa rakyat mengundi kita dalam PRU yang lalu? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya apa hasrat dan harapan rakyat kepada kita? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya rakyat kita tidak lagi selesa dengan UMNO sebagai pembangkang dan mereka lebih selesa dengan halatuju kerajaan PH?

DAP dan PKR tahu jawapan sejujurnya kepada soalan2 ini. Kerana itu, mereka tidak setuju dengan kejadia melompat parti ini. PAS pun tidak setuju tetapi mereka baharu sahaja bekerjasama dengan UMNO dan kerana itu, buat masa ini, tidak mengaibkan wakil rakyat yang hendak melompat itu.

Sebagai wakil rakyat, iaitu sebagai pemimpin kepada rakyat, bukankah sepatutnya kita sendiri yang ada halatuju. Namun, kepada rakan-rakan saya yang telah melompat dan bakal melompat, saya harap mereka akan berjumpa halatuju yang mereka mencari-cari semenjak rakyat memilih mereka sebagai wakil dan pemimpin mereka.

12hb Dis 2018
Tan Sri Shahrir Abdul Samad

30 comments:

  1. Dah sedap bedal duit haram 1MDB..tu sbb dia kena bunyi gak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Betul tu 9:53 dia nak lompat jugak tapi dah tak ada tempat

    ReplyDelete
  4. Pulang balik duit 1mdb yg najib cempak dulu, baru boleh nak kritik orang lain. Macam bagus je....pooodah.

    ReplyDelete
  5. segerakan kes 1 mdb... tangkap jho low segera....!!! atok bab ni lembab nak mamposss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembab pasal
      Nak Rule of Law sangat tp terhegeh heheh..

      Delete
    2. Anon 326. Ko tanya siapa, tanya bekas kerajaan ke tanya kerajaan? Polis di di bwh siapa skrg? Kalau ko tanya kpd kerajaan, ko dikira agak bagus. Tp kalau tanya kpd bekas kerajaan yg tiada kuasa utk akses pasal penyiasatan, masuk kategori kelaut la. Salah org nk tanya.

      Delete
  6. Sudah pun dikata...cuma otak penuh kuasa taek, telinga disumbat cash, mata digarfu.
    TS P Ramlee pun sindir 50 tahun dulu.
    Tun lagi bgtau lebih jelas

    https://youtu.be/Xux_ww-nqQo

    Dengki, melawan, angkuh melawan menonggang agama, konkek bangsa. Cuma zombie nyah akal yg tetap nk hidup dalam penipuan dan bathil.
    Teruskanlah...masa sudahpun tiba.
    UmPas terlndeh nmpk telur bergayut, tapi tak juga mau sedar lagi.
    Tapi tak lah ramai dah.

    ReplyDelete
  7. Lompat ke mana pun, rakyat masih serupa. Nak masuk bersatu, mesti bebas jenayah kata tdm. Bila dah jumpa tdm, yg tak boleh lompat kena terus dalam parti lama ikut ketua, tunggu giliran. Yang yakin bebas jenayah, berani buat keputusan. Aku tunggu 3 tahun. Kalu masuk tahun 2019 mp ph dok ungkit lagi dalam parlimen memang darah bangkang dah sebati, baik terus jadi pembangkang. Sapa bentuk kerajaan pun, harga barang akan naik, minyak naik, harga rumah naik, yg pasti orang hilang kuasa goyang habis. Harap sprm akan terus berani bertindak ke atas semua penyelewang yg besar dan maha besar. Bukan yg bilis dan toge sahaja. Harap polis akan lebih jujur dan amanah dgn tugas mereka, kakitangan awam lebih tekun bekerja demi negara dan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH mendedah dan melondehkan perbuatan jahat pimpinan umno untuk pengetahuan rakyat...

      Pembangkang menuduh kerajaan PH zalim dan balas dendam...

      Tanah felda boleh berpindah milik kpd pihak swasta...shahrir hanye sibok mengambil balik setelah didedahkan oleh Berita harian setelah setahun pegang jawatan pengerusi felda.....

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Masalah yg dibangkitkan bukan berpunca dari menteri sahaja....segalanye telah di bincang di peringkat ksbinet...kepala kabinet mahu begitu...

    Kesilapan PH kerana menerima tun mahathir sebagai kepala...orang tua ni ade agenda tersembunyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak kerana mahathir bolehkah PH menang?

      Delete
    2. Mahathir dah cakap umno akan kalah....tu pasal dia cabut...kalo dia bersama umno lingkop jugak....

      Delete
    3. Politik Guan Eng di mata MCA
      POLITIK
      Guan Eng di mata MCA
      By Wartawan MalaysiaGazette - 5 Disember 2018

      Lim Guan Eng
      KUALA LUMPUR – Selepas enam bulan Pakatan Harapan membariskan anggota Kabinetnya, MCA memberikan penilaian bahawa Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan paling teruk dalam sejarah negara.

      Lantaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad diminta segera memecat Guan Eng dan menggantikan individu lain yang lebih berkelayakan.

      Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Lau Chin Kok berkata, Guan Eng terlalu ghairah untuk membalas dendam politik terhadap pemerintahan Barisan Nasional, sehingga tanpa ragu-ragu mempertaruhkan kedudukan ekonomi negara dan kebahagiaan rakyat.

      “Lim Guan Eng adalah Menteri Kewangan yang paling teruk dan tidak berkelayakan dalam sejarah Malaysia. Pemikiran politiknya melampau, dendam kesumat dan iri hati terlalu kuat untuk dikawal. Dia berfikiran sempit dan boleh mengorbankan ekonomi negara dan kebahagiaan rakyat pada bila-bila masa, hanya untuk membalas dendam terhadap bekas pemerintahan,” katanya dalam satu kenyataan.

      Tambahnya, sehingga kini, Guan Eng tidak mempunyai sebarang dasar praktikal untuk membetulkan keadaan ekonomi.

      Chin Kok mendakwa Guan Eng telah memulakan rancangan balas dendam politiknya sejak menjadi Menteri Kewangan dengan membesar-besarkan angka hutang negara, memfitnah Barisan Nasional dengan mendakwa menyalahguna pembayaran balik cukai sebanyak RM19.2 bilion.

      Beliau juga mengancam untuk menentang jika yuran pengajian Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC) dinaikkan berikutan pemberhentian geran kerajaan bagi perbelanjaan operasi.

      Tidak cukup dengan itu, Guan Eng memaksa MCA untuk melepaskan TAR UC dengan menggunakan peruntukan kerajaan RM6 juta kepada tiga kolej universiti swasta bukan keuntungan sebagai umpan.

      “Sekarang segala-galanya telah didedahkan dan beliau telah menjaringkan gol sendiri. Untuk mengalihkan perhatian, beliau telah melatih senjatanya di MCA, mempolitikkan pendidikan dan mengorbankan minat pelajar untuk menjadi lebih baik,” ujarnya.

      Terbaharu,Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan mengenai pembayaran balik cukai, yang mengesahkan Guan Eng sebenarnya pembohong.

      “Barisan Nasional secara berulang kali dituduh ”mencuri” cukai bayaran balik sebanyak RM19.2 bilion, tetapi laporan itu menunjukkan sebaliknya.

      “Pakatan Harapan telah membuat kesilapan dan gagal untuk memeriksa fakta bahawa ” jumlah yang hilang ” telah dikembalikan. Sementara Lim Guan Eng pula terus menipu dan mengelirukan rakyat dengan menyalahkan bekas pemerintahan Barisan Nasional,” dakwanya lagi.

      Chin Kok berkata, sejak dipilih menerajui Kementerian Kewangan, Guan Eng tidak pernah memperkenalkan sebarang dasar yang boleh menstabilkan ekonomi negara.

      Sebaliknya, beliau menggunakan jalan pintas menjual aset negara dan mencipta ilusi bahawa negara ini berkembang maju di bawah pimpinan Pakatan Harapan.

      Tanpa sebarang polisi ekonomi untuk menstabilkan pasaran dan KLCI (bursa), Guan Eng berharap dapat menjual aset negara untuk menghidupkan semula ekonomi negara walaupun kerajaan tidak memotong perbelanjaannya atau menaikkan sumber pendapatannya.

      “Ini semata-mata untuk mencipta ilusi negara ini makmur,” katanya.

      Selepas menjual ekuiti Petronas dan CIMB, kerajaan Pakatan Harapan kini menubuhkan amanah pelaburan untuk menjual lebih banyak aset kerajaan.

      Bermula dengan penjualan 30 peratus ekuiti lapangan terbang domestik, dijangka penjualan sama membabitkan hospital kerajaan, stesen kereta api dan lain-lain tanah.

      “Menjual aset kerajaan adalah cara Lim Guan Eng untuk menstabilkan pasaran dan KLCI. Selain menggunakan jalan pintas dan memutarbelitkan fakta, Guan Eng tidak mempunyai cara lain untuk mentadbir negara dan memperbaiki ekonomi,” tambahnya.- MalaysiaGazette

      Delete
    4. Mamat 6:18 ni clueless..main taram je komen..tak pernah ikut kisah politik tanah air kot.

      Delete
  10. Ini Perancang 6 AP UMNO Keluar Parti Semalam. Politik Ugut?

    HAMZAH ZAINUDDIN

    KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin didakwa sebagai individu bertanggungjawab yang merancang situasi politik tidak menentu di dalam UMNO termasuk yang terbaharu iaitu tindakan enam ahli Parlimen keluar dari parti itu, semalam.

    Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, ugutan Hamzah kononnya akan ada lagi ahli Parlimen dari UMNO yang akan melompat parti sekiranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak meletakkan jawatan dengan segera telah mengesahkan lagi dakwaan tersebut.


    “Hamzah tidak berhak lagi mencampuri urusan UMNO kerana beliau bukan lagi pemimpin UMNO. 

    “Ugutan beliau bahawa akan ada lagi ahli Parlimen UMNO akan melompat parti dengan sendirinya mengesahkan bahawa beliaulah perancang kepada segala yang berlaku malah beliau mempunyai agenda melalui apa yang beliau lakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah bila ramai mp umno keluar parti dan akhirnya nanti akan masuk bersatu. Rahmat buat umno dan pas. Adakah komponen ph akan tinggal duduk diam bila bersatu menambah kerusi secara pintu belakang? Dap dan warning, mungkin tinggalkan ph. Anwar dan pkr nak duduk diam? No way. Pertambahan kerusi bersatu secara langsung adalah signal bahawa anwar akan kekal sebagai bakal pm sampai bila²....
      Ahli umno jgn gundah gulana. Allah turunkan rahmat supaya parti yg kotor dgn salah laku disucikan dgn terkeluarnya parasit dan pemakan dedak secara sukarela.

      Delete
  11. AYOHH ATOKK BUBAR UMNO SEGERA
    INGAT BUBAR INGAT PARTY PAS YERR..
    2/3 MAJORITY UNDI TAK PERCAYA
    MAKA LENYAP LAH ATOK PUNYA KUASA

    ALJUB DAN DAP NAK BAGI UNDI X CAYE
    KOMPROMI DNG UMNO PEMBANGKANG YG ADE
    TELO ATOK GEGOR MAKIN LAJU GILERRR
    TELO ATOK CLAMP TOPDOG PEDIH TERASA

    KIKIKIKI.. PADA AKAR UMBI UMNO....ATOK CEPAT BUBAR UMNO... INGAT 'BUBAR' INGAT PAS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atok bukan presiden umno...mcm mana nak bubar umno?...

      Delete
  12. KEPALA BANA PUNYA MANGKOK BODOH
    DEREGISTER LA BODO MACAI TOMATO
    HARAM DAN BUBAR UMNO JGN TANGGOH
    INGAT BUBAR INGAT PARTI PAS BOHH..!!

    ATOK MENGELUPOR NAK PERTAHAN UNDI TAK PERCAYA DARI KEM ALJUBOORI DEWAN RAKYAT NANTI... 2/3 UNDI DIPERLUKAN UTK SINGKIRKAN ATOK LIDAH BERCABANG JADI PM... PADAN MUKO...

    ReplyDelete
  13. Keluar umno?
    Masuk bersatu?
    Nk kuatkan kerusi bersatu dlm ph?
    Walaupun terpaksa pakai katak dan kodok?
    Politik hodoh dan tidak bermoral.
    Hanya kerana kuasa, terpaksa kutip sampah utk dambakan kerusi.
    Semua dlm ph tiba² terkedu bila tahu ada gerakan agresif bersatu 'paksa' mp umno keluar parti dan akhirnya nanti masuk bersatu.
    Anwar marah?
    Peluangnya sebagai pemegang award bakal pm paling lama dlm sejarah dunia makin cerah. Bakal pm selama-lamanya. Makna kata, tun madey sgt kreatif dan bijaksana dlm melaksanakan projek menghalang anwar dpd menjadi pm. Walaupun terpaksa menggunakan plan kotor dan jijik sehingga mengabaikan hak dan hasrat pengundi yg memenangkan mp yg mereka pilih. Jijikpun jijiklah, asal bukan anwar. Lg pulak sejak dulu tun madey dh digelar dgn pelbagai gelaran 'maha......'. Apa ada hal, janji anwar tidak jd pm. Konklusinya nanti, pkr geng anwar, dap dan amanah akan berpecah dgn bersatu dan pkr kartel azmin. Siapa yg akan pegang kerajaan tentulah yg dpt tarik saki baki umno dan pas utk sokong mereka. Kita tunggu drama politik malaysia dlm episod selepas ini. Tentunya yg hancing utk rakyat akan kekal lama sbb ahli² dlm parlimen belum habis berdrama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak umno makin menggelupur Parti keramat hampir terkubur
      Beras dedak tak lagi ditabur
      Silap tahun mati kebulur

      Kah kahhhh kahhhhhhhhhhhhhhhhhh

      Delete
  14. LIDAH BERCABANG VS FITNAH JIJIK
    DARI KILANG ALJUBORI DAN ATOK GILA
    INI LAH PERTARUNGAN HANYIR TENGIK
    SATU KAPAL RAKYAT JADI MANGSA DEPA

    ... INI LA PERTARUNGAN PALING BANGKAI DARI KEDUA DUA KELUARGA PEMBANGKAI FITNAH JIJIK DAN KELUARGA LIDAH
    BERCABANG...

    HARUS DI INGAT KESEMUA KELUARGA DAN BAKA SERTA CUCU KELUARGA PEMBANGKAI INI MESTI DIHAPUSKAN KELAK...


    CONTOH MELAYU PEMBANGKAI PALING HAPRAK DALAM SEJARAH MODEN MALAYSIA..

    ReplyDelete
  15. Maaf tuan admin alih tajuk sikit.....saya cuma nak tanya mengapa blog Shahbuddin dah berpaling tadah??...dari penyokong kuat PH/Tun kepada pemabok ketum??....apa tak cukup bekalan ke??...atau mungkin juga dedak dah bwrkurangan atau tak setimpal??....manusia,manusia...inilah manusia keparat yang tidak berhati perut....sanggup berbuat apa sahaja demi memuaskan hati sendiri walau pun terpaksa memijak kepala orang lain waima orang yang seperti Tun sekali pun, setelah berbeza pendapat atau pendapatnya tidak dterima.

    Hei Budin...siapalah kamu disisi Tun, sehingga segala pendapat kamu mesti dipatuhi??....bangang sungguh kamu!!...cuba mengambil kesempatan dissat Tun didalam kesempitan.

    ReplyDelete
  16. pokerV terbaik dan pernah JP 10jt. sampai sekarang juga sering JP besar
    website : www.dompetQQ dot com
    no WA : +855885621626
    oia CS nya baik banget loh, kita yang gak ngerti poker bisa diajarin sampai mahir.
    worthed deh

    ReplyDelete