Monday, January 7, 2019

BENARLAH MAHATHIR ITU BENAR...

# Terkini: Tun akan menemui Sultan Johor di Bukit Serene pada  Khamis ini. Tun akan diiringi Tun Dr Siti Hasmah.


Pembawa panji hitam samada benar berlaku atau tidak, Tun sudah pun mendahului dua langkah di hadapan...
Semakin dibedil semakin gagah..



Bukan kerana dia pandai  tetapi dipelihara dipandu... dan di belakangnya ada keramat iaitu rakyat.

Cash Is King kedua duanya tewas.


21 comments:

  1. Semoga Tuhan pelihara Tanah Air kita dari Fitnah akhir zaman. Yg Haq Menang mutlak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya robb.

      In shaa Allah, ia akan berlaku.

      Saya tidak pernah ragu-ragu bahawa golongan yang benar, yang berada di atas petunjuk daripada Tuhan mereka, bakal menang mutlak di KLIMAKS zaman fitnah, menewaskan orang-orang yang berada di atas jalan yang dimurkai dan menyelamatkan orang-orang yang berada di atas jalan yang sesat.

      Malah itulah perkara yang saya cuba kongsikan dengan para sahabat semua sekalipun ada yang memperolok-olokkan dan menista saya disebabkan perkongsian ini.

      Zaman fitnah pasti berlalu dan zaman baru pasti akan hadir. Ia adalah khabar nubuwwah, maka membencinya, menistanya dan memperolok-olokkannya tidak akan dapat menghalangnya daripada berlaku. Malah perbuatan-perbuatan inilah yang semakin memberikan justifikasi untuk ia berlaku.

      "Mereka itulah orang-orang yang di atas petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka itulah golongan yang menang".

      Ia tetap akan berlaku, hanya masa yang memisahkan.


      Wallahu a'lam.

      Delete
  2. DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri – Dr Mahathir

    KUALA TERENGGANU – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
    Dr. Mahathir berkata, memang pada awalnya dalam politik, DAP adalah sebuah parti seteru namun keadaan telah berubah menjadikan parti tersebut sebagai rakan sekutu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah satu pakatan, PH.

    “Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jikalau menang dalam PRU lalu adalah DAP.
    “Mereka (DAP) tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan, semuanya ini datang dari DAP. Jadi, kalau orang kata (DAP) musuh, kenapa pilih saya...

    Patut lah timbalan menteri Dap berani buat kenyataan dalam bahasa cina dan madey takut tolak UEC..

    ReplyDelete

  3. Dr M bertemu Sultan Johor pada Khamis, kata sumber

    FMT Reporters - January 7, 2019 11:00 PM
    315
    Shares
    PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan akan bertemu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis.

    Perkara berkenaan disahkan sumber, yang memberitahu FMT bahawa Sultan Johor mengarahkan pertemuan diadakan.

    “Iya. mereka akan bertemu pada Khamis. Sultan Johor sudah menitahkan untuk pertemuan diadakan bersama Dr Mahathir buat masa ini,” katanya.

    Sumber bagaimanapun enggan mendedahkan agenda pertemuan itu, memandangkan ia kali pertama Dr Mahathir diterima bertemu selepas kerajaan bertukar tahun lalu..

    Sultan nak peringatkan madey supaya tingkatkan ekonomi yg dah merudum kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atau pun sultan nak serahkan balik Pulau Kukup kepada rakyat semula kot....

      Delete
  4. Adun jeram bendahari Bersatu selangor di kecam kerana cetak gambar di beg sekplah budak...

    Bersatu perlis pecat wan sefool..
    Naib oresiden dan ketua bagian mintak projek.

    Mcm2 masalah orang parti bersatu sekarang...baru setahun jagong...

    Madey tak boleh kawal orang bersatu kerana pening dgn ekonomi merudum tambah plak kena ngadap bakal Agong baru yg tegas sikit..

    ReplyDelete
  5. Bersatu tidak lagi boleh tutup dna unno yg pelahap dgn wang....budaya politik wang umno dihidupkan Bersatu...

    Naib presiden bersatu dan ketua bahagian tak segan silu mintak projek kerajaan....mereka sanggup berperang sama sendiri...

    Wan sefool repot polis kerana ade yg palsukan tandatangan bendahari bersatu perlis....wan sefool repot polis bila dipecat..kalo tak pecat tak repot kot..

    Budaya kotor umno berlaku kerana ahli2 tahu anak branak madey kaye raye selepas madey jadi pm selama 22 tahun .....syarikat anak dapat kontrak dari agensi kerajaan....

    ReplyDelete
  6. Kementerian lulus dana RM20j bagi projek kereta nasional ketiga
    Bernama

    8 Jan 2019, 8:29 am (Dikemaskini 8 Jan 2019, 8:29 am)

    A A
    Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah meluluskan dana bernilai hampir RM20 juta untuk menarik minat pelabur swasta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga.

    Menterinya Mohd Redzuan Yusof berkata dana itu diperoleh daripada beberapa geran sedia ada untuk memangkinkan pembangunan projek kereta nasional berkenaan.

    "Ideanya ialah kita menjadi pemangkin kepada projek kereta nasional baharu itu.

    ReplyDelete
    Replies
    Reply

    Anonymous8 January 2019 at 10:22

    Hutang 2 triliun....manipesto tak boleh laksana.....projek kete ade dlm manipesto madey?..

    ReplyDelete
  7. HARI INI DALAM SEJARAH.

    "The first brush with the rulers came in 1983 when he sparked a constitutional crisis by seeking to remove the need for the King's assent to Bills approved by Parliament. That clash was settled with a compromise that set a 30-day waiting period for the King's approval, which, if not obtained, would still turn the Bill automatically into law.

    Seven years later, as head of the then ruling United Malays National Organisation (Umno), Dr Mahathir pushed for and succeeded in establishing a code of conduct, which essentially prohibited the sultans from getting involved in politics and strictly limited their rights to rule only on the advice of the prime minister and the appointed state chief ministers or menteris besar.

    The third brush came in 1991 when the combative Dr Mahathir seized on the alleged thrashing of national field-hockey coach Douglas Gomez by then Sultan of Johor Mahmood Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

    That episode, which sparked another constitutional crisis, was resolved after the government succeeded in removing the long-held immunity the sultans enjoyed from criminal prosecution. It also led to the establishment of a special court to prosecute any head of a royal household who violated the law."

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas komen2 yang ada isi dan.kualiti..

    Say NO to komen "HAPRAK" yang cuba masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya yg tak selari dgn kau itu haprak bro. Sepak terajang kotor berlaku dlm ph, malah dlm bersatu sendiri. Kalau didedahkan maka ianya haprak? Maybe pemikiran kau yg haprak tidak boleh menerima fakta yg tidak sependapat dgn kau. Lantaklah kau labu...

      Delete
    2. Banyak dah yang berbeza pendapat dengan aku, dilepas dan disiarkan, tak jadi kudis pun..

      Tapi puak kau, habis hujah..keluarlah maki hamun..

      Piiiirraaahhh...macam sial PERANGAI kau orang.

      Delete
    3. 10.50

      I am not defending KD. But comments from people like you are always haprak. We can differ in views but not to e extent of hina cerca....mana konon adab melayu berdiscourse?

      KD

      I fully agree you screen tbose irresponsible and unreasonable comments before publishing them.

      Keep up good work KD...

      Delete
  9. Lepas teguran Najib, kadar sewa kuarters di Putrajaya tak dinaikkan

    8 Jan 2019, 1:00 pm (Dikemaskini 8 Jan 2019, 1:38 pm)

    A A
    Kurang 24 jam, bekas perdana menteri Najib Razak membidas Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menaikkan kadar sewa kuarters Ppj di Putrajaya dari RM400 kepada RM800 sebulan, hari ini beliau membuat hantaran mengenai tajuk yang sama di Facebook.

    “Pagi ini, syarikat milik kerajaan itu sudah menarik balik keputusan itu.

    “U-turn lagi. Tetapi U-turn kali ini saya sambut baik,” kata Najib.

    Takkan kerajaan madey tunduk dgn teguran najib..

    ReplyDelete
  10. Najib layak jadi ketua pembangkang kerana mahkamah blm mensabitkan kesalahanye...

    Komennye ade yg betul yg kena batang hidong madey...

    Negara demokrasi perlukan pembangkang yg bijak....kalo pembangkang dungu madey akan jadi raja...

    Harga minyak diturunkan selepas dikritik oleh najib hingga kelam kabut madey nak tetapkan harga baru ikut formula najib.....madey sudah syok kutip untung besar...

    ReplyDelete
  11. Rakyat 'akan hilang percaya kepada Bersatu dan PH' -Presiden TI-M
    Pendedahan Wan Saiful: PH, jangan sampai rakyat berpaling tadah - Akhbar Satar
    "Rakyat pilih PH kerana mahu hapus rasuah, jangan sampai mereka 'pangkah' yang lain bila tiba Pilihan Raya nanti," kata Akhbar. - Gambar fail


    KUALA LUMPUR: Pendedahan yang dibuat bekas setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, Wan Saiful Wan Jan berhubung salah guna kuasa dalam parti itu perlu diambil berat dengan serius oleh kepimpinan tertinggi Bersatu.

    Jika tidak, kata Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar, seluruh rakyat akan hilang percaya kepada Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) secara seluruhnya, akhirnya membawa kepada kejatuhan mereka.

    “Sebab dalam manifesto PH, mereka telah katakan bahawa mereka mahu elak rasuah kerana rejim sebelum ini telah melakukan rasuah dengan teruk. Kemenangan mereka adalah kerana untuk menolak rasuah.

    ReplyDelete
  12. 3 Agensi Rating Sahkan Hutang RM1 Trilion Bohong!

    Dalam satu hantaran di FB, mantan Perdana Menteri yang juga mantan Menteri Kewangan Terbaik Asia, Datuk Seri Najib, mengatakan tak satu pun dari ketiga2 agensi penarafan, Moody's, Standard & Poors dan Fitch Ratings menyebut hutang negara Malaysia sebagai RM1 trilion...

    Laporan Bank Negara Malaysia terkini juga menyatakan bahawa hutang kita pada akhir bulan Jun 2018 ialah RM725 bilion...

    Iaitu kenaikkan dari RM686 bilion pada akhir bulan 2017...

    Juga bukan RM1 trilion...

    Bank Dunia minggu lalu juga tidak menyebut hutang kita adalah RM1 trilion...

    Tetapi minggu lalu, Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia...

    Walaupun berita ini di laporkan dengan agak meluas di luar negara (contohnya di Nikkei, media Jepun) tetapi media tempatan tidak membuat liputan luas mengenainya...

    Minggu lepas, kerajaan juga mengeluarkan laporan dagangan antarabangsa untuk bulan Ogos...

    ReplyDelete
  13. Kepopularan Makin Menurun Rakyat Hilang Kepercayaan Kepada PH
    By @MNA at 17:53:00



    Tun Mahathir nampaknya semakin hilang pertimbangan apabila U-TURN SEKALI LAGI terpaksa mengikut tuntutan pembangkang untuk "kotakan janji" UNTUK KEKAL BERKUASA. Kerajaan Pakatan Harapan dan U-TURN berpisah tiada.

    Nampaknya rating Tun Dr Mahathir Mohamad merosot dalam 6 bulan ini sejak beliau mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Datuk Seri Najib Razak, menurut tinjauan pendapat dipetik pemimpin PKR, Rafizi Ramli hari ini yang memberi amaran euforia memihak kepada Pakatan Harapan (PH) hilang dalam kadar cepat.

    “Saya benci menjadi pembawa berita buruk, tetapi seseorang perlu memberi amaran itu,” katanya yang mengetuai badan kaji selidik dikaitkan dengan PKR, Invoke Malaysia.

    Bekas ahli Parlimen Pandan itu memberi amaran kemerosotan populariti akan bertambah teruk “jika tidak diuruskan dengan baik”.
    “Ada tanda euforia bertukar menjadi kekecewaan.”

    Beliau memetik satu tinjauan pendapat yang dijalankan awal bulan ini, di mana rating Dr Mahathir sebanyak 53%, merosot 19% daripada tinjauan sama pada Jun lalu, sejurus selepas PH memenangi pilihan raya umum Mei lalu

    ReplyDelete
  14. Ke mana tempat dijemput pergi
    Pada Mahathir bukan masalah
    Sudah dibukti dahulu lagi
    Berkerjasama..negara terserlah!

    Baginda Sultan sebuah negeri
    Tun pulak pemimpin negara
    Bertemu, berbincang langkah bistari
    Agar negara lebih sejahtera!

    Jangan pulak di salah erti
    Pelbagai andaian kita nak buat
    Biar semua bersatu hati
    Bangsa,agama menjadi kuat!

    Kerjasama amatlah penting
    Agar negara tak jadi mundur
    Walau terik..jangan digunting
    Masih boleh dibuat kendur!

    Yang tinggal hanya kuasa
    Harta kekayaan orang dah ambil
    Jika berbalah rasa selesa
    Hilang kuasa..kita terkebil!

    Ayuh kita satu agama
    Berbalah kecil tolak ketepi
    Bersatu kita, gerak bersama
    Asyik berbalah..tertinggal keretapi!





    ReplyDelete
  15. Orang-orang yang cuba memperlekeh Tun konon Tun takut sekiranya Sultan Johor naik menjadi Agung hanyalah bermimpi dan kehabisan modal untuk memperlekehkan Tun.

    Tun yang menjadi PM selama 22 tahun dan naik lagi sekali menjadi PM buat kali kedua, melalui usaha dan keringat sudah tentu memahami bahawa naik dan turunnya seorang raja sebagaimana naik dan turunnya seorang Perdana Menteri adalah berlaku di atas kehendak Allah. Maka tiada apa yang orang seperti Tun patut takutkan.

    Tun sentiasa melakukan perkara yang betul di dalam setiap keadaan. Walau apa pun yang dikata, dicaci dan dinista ke atasnya, Tun masih melakukan perkara yang betul dan mengiktiraf kedudukan setiap manusia di atas takdir yang ditetapkan ke atas mereka.

    Sultan Johor misalnya, adalah seorang manusia yang telah Allah takdirkan di dalam qudrah dan iradahNya untuk menjadi Sultan Johor dan demikian Tun menghormati dan mengiktiraf takdir itu dan tidak menafikannya mahupun berbuat sesuatu untuk menafikannya.

    Tun memberi penghormatan kepada setiap manusia yang berhak mendapat penghormatan itu walaupun Tun sendiri adakalanya tidak diberikan penghormatan yang selayaknya bagi dirinya yang telah berkhidmat sebagai PM selama 22 tahun dan menaikkan nama agama bangsa dan negara sehingga disegani di seluruh dunia.

    Malahan bagi tahun 2018, Tun telah diiktiraf sebagai pemimpin umat Muslimin yang paling berpengaruh di dunia, ketika di dalam negaranya sendiri ada di kalangan anak-anak bangsanya sendiri yang menistanya dengan berbagai-bagai cercaan dan nistaan.

    In shaa Allah Tun akan menang ke atas semua lawan-lawannya.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

LAYAN YG LEBIH MENGUNTUNGKAN

https://www.youtube.com/watch?v=Lect6BUcr9A