Thursday, January 17, 2019

JANGAN PINGGIRKAN WAN AZIZAH

Pertama sekali, PKR sendiri pinggir dan singkir Wan Azizah sebagai Presiden untuk memberi laluan kepada Anwar.

Sekaligus tidak memberi peluang kepada Azmin selaku Timbalan Presiden untuk naik pangkat, pelawa pun tidak.

https://twitter.com/AzminAli/status/1085375027384594433/photo/1

Anwar naik ikut pintu belakang atas nama reformasi dan demokrasi.. Halal.

Akan berlaku lagi kali kedua, disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri berikutan suaminya akan jadi PM berdasarkan janji.

Apakah tidak boleh Wan Azizah jadi PM walau sehari dan Anwar sebagai Timbalan walau sehari dan kemudiannya Azizah lah yang lantik Anwar sebagai PM.

Apa wanita tidak layak menjadi PM? Apa kurang Wan Azizah dari segi kepimpinan? Atau selama ini, kebenarannya Wan Azizah dinasihat dan bergantung pada Anwar 100% (?(

Apakah kita sedang dihidangkan seorang boneka sebagai Timbalan Perdana Mwnteri yang kemudiannya tidak layak menjadi Perdana Menteri?

Sewajarnya kepimpinan wanita PH membuat perjuangan ini bagi membolehkan mereka sendiri memastikan PM seorang wanita dan melantik seramai mungkin wanita menerajui negara.


Harapan kepada kepimpinan pusat(lelaki) dan negeri(lelaki) untuk meramaikan  perlantikan wanita dalam pengurusan negara/kabinet tidak kesampaian.

11 comments:

  1. Sebenau-benaunye jika diukur dari segi kelayakan, kedua-dua mereka, DSAI maupun Wan azizah tidak layak menjadi PM. Mereka cuma layak menjadi Raja dan Permaisuri di istana Segambut...


    he..he...he...jangan mare...gurau aje....

    ReplyDelete
  2. Saya setuju Wan Azizah jadi PM dan Anwar TPM baru letak jawatan dan lantik Anwar as Pm. Memang ini yg sepatutnya tapi tak pikir akan berlaku. Most probably, Anwar jadi PM ganti Tun dan Wan Azizah kekal TPM. Rafizi menteri Ekonomi. Biar kita tengok apa jadi PRU15.

    ReplyDelete
  3. Realitinya, Azizah is a proxy for Anwar in PH prior to his "planned" pardon. Mahathir knew this as his priority is to get najib dislodged as PM and BN unseated.

    There was no real reason for Azizah to be appointed DPM. PKR is all about release of anwar and anwar the 8th PM as agreed by TDM. It is not about building a new Malaysia.

    My view is if anwar heads PH in pru15 PH will lose hands down....why? PKR has no quality leader except Azmin. Azizah is never a leader. Anwar was/is a tainted leader can can easily be manipulated by enemies of the state, internally or externally.

    There has also been a plan that PH will see DAP Amanah and Bersatu breaking away from PH leaving anwar helpless. Anwar on his own has no strength, no credibility and integrity. well what do you expect from an ex convict of sodomy albeit pardoned by the King?

    In any case congratulations to anwar for being the longest would be PM or Pm in waiting in the history of Malaysia

    ABAI

    ReplyDelete
  4. NAJIB PERDANA MENTERI KE-8, SESUATU YANG MUNGKIN ATAU MUSTAHIL?

    Ini merupakan persoalan yang diutarakan oleh Shabuddin dalam blognya. Saya senyum dan ketawa.... hahaha. Seolah Shah dan terhidu kuda dia Anwar tak akan jadi PM untuk selama2nya.

    Shah....dahlah. Anwar tak ada integriti. tak ada leadership quality. His Resume has only REFORMASI BASI dan AN EX CONVICT OF SODOMY ALBEIT PARDONED....itu je.

    ReplyDelete
  5. Dengan izin tuan blog, mohon lari tajuk sedikit tetapi masih berkaitan.

    Individu pertama; seorang bekas PM, yang juga bekas ketua sebuah jemaah bani Mim yang masih berpengaruh di dalam jemaah tersebut, yang terdesak mahu melepaskan diri daripada hukuman mahkamah dunia akibat segala pengkhianatan yang ia lakukan semasa menjadi PM.

    Individu kedua; seorang ketua jemaah kepada sebuah jemaah bani Mim yang meroyan mahu merasai nikmat menjadi menteri sebenar sehinggalah ke peringkat membuat perbarisan tentera yang palsu dengan menggunakan ahli-ahli jemaahnya yang telah dibingungkannya. Individu ini juga terdesak mahu menutup lubang penipuannya di dalam satu perbicaraan di Mahkamah England tentang dakwaan ia dan rakan-rakan kepimpinannya telah menerima wang curi dari individu yang pertama.

    Kedua-duanya telah menghampiri jalan mati kepada segala penipuan-penipuan mereka. Mereka hampir tidak boleh melarikan diri lagi, walaupun memiliki pengikut yang ramai daripada kalangan orang-orang yang bingung untuk menilai kebenaran.

    Satu-satunya jalan keluar bagi mereka untuk tidak didapati bersalah dan dihukum dan terhukum ialah untuk mereka memiliki kuasa dan menyalahgunakan kuasa itu.

    Untuk melakukannya melalui pintu hadapan sistem demokrasi kelihatan tidak sempat memandangkan PRU15 masih lama lagi tempohnya. Lubang mereka akan pecah sebelum itu. Adat kata mereka akan didapati bersalah sebelum penggal PRU14 tamat.

    Satu-satunya jalan keluar bagi mereka untuk berkuasa ialah melalui pintu belakang iaitu dengan menjatuhkan PM sedia ada melalui proses di Parlimen.

    Tetapi mereka tidak mempunyai nombor yang cukup untuk melakukan perkara tersebut. Mereka memerlukan sekutu yang ketiga, yang pada kira-kira mereka mempunyai nombornya.

    Dan orang yang paling sesuai untuk diambil menjadi sekutu mereka yang ketiga tidak lain dan tidak bukan ialah ketua sebuah jemaah lain yang tunggak ahli-ahlinya ialah bani Mim sendiri yang kelihatan sama terdesak dan sama meroyan dengan mereka; bukan untuk melepaskan diri daripada apa-apa pertuduhan mahupun hukuman, tetapi terdesak untuk merasai kerusi PM yang telah diidamkannya selama puluhan tahun dan telah dua dekad ia cuba mendapatkannya melalui bermacam-macam cara tetapi kekal di dalam kegagalan. Meroyan sungguh ia mahu merasai menajdi PM sehingga ia mentafsirkan que sera sera sebagai 'apa nak jadi pun, jadilah', dan bukan di atas maksudnya yang sebenar iaitu 'apa yang akan berlaku tetap akan berlaku'.

    Ramuan yang sempurna untuk membawa kepada PERTEMPURAN KLIMAKS di antara pasukan yang benar dan pasukan-pasukan bathil yang bersekutu sesama mereka.

    Dengan izin Allah, apabila mereka benar-benar bersekutu sesama mereka, mereka semua bakal tewas mutlak di tangan pasukan yang benar.

    Klu pasukan manakah pasukan yang benar ini adalah amat mudah. Mereka adalah satu pasukan yang tidak pernah tewas kepada mana-mana pasukan pun di dalam pertempuran-pertempuran yang telah mereka sertai.

    Individu pertama dan individu ketiga hanya merasai kemenangan ketika berada di dalam pasukan ini dan tewas apabila berada di pasukan lawan, sedang individu kedua yang tidak pernah berada di dalam pasukan ini kekal tewas sepanjang masa.

    Mereka inilah golongan yang sentiasa diberikan pertolongan dan dengan izin Allah mereka akan muncul sebagai pasukan "mereka itulah orang-orang yang berada di atas petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka itulah golongan yang menang'.

    Que sera sera, in shaa Allah.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. ni ikhlas ke psiko je je.. ke saja mintak kena maki dengan puak reporbasi malaysia fantasi..

    kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa jadi PM, tak penting. Asalkan bukan perompak duit negara.

      Delete
  7. Sapa bleh sedarkan anwar yang beliau tak ada quality in leadership and that REFORMASI DAH BASI?

    Either Azizan or Azmin.....

    ReplyDelete
  8. Kenapa keretapi tak dipasang side mirror ya? Bodoh betul pembuat gerabak keretapi ni. Berapa hinggit sangat la side mirror tu.

    ReplyDelete
  9. saya pernah mengatakan yg ds wan azizah adalah PM ke 8 yg 'ideal'.

    namun saya tlh menukar pendirian sekarang kerana dia terus 'bersubahat' dgn 'peliwat tegar'.

    ReplyDelete

CASH IS KING VS KING COBRA

Smart Politician terpaksalah kita akui walaupun dia juga banyak kelemahan dan kekurangan... Anggap dia siffu dan ayah... Kena dengar nasihat...