Monday, January 28, 2019

KERAJAAN WAJAR TERUSKAN DASAR SEKARANG , MENANG KALAH PRK TIDAK MENGUBAH APA² KERANA RAKYAT (MELAYU) TERDESAK PENYELESAIAN SEGERA, HAKIKAT MALAPETAKA NEGARA AKAN AMBIL MASA MENGATASINYA...

Biarlah sebahagian Melayu mati kerana gelojoh politik, mereka mahu hidup dengan subsidi dan suapan walaupun yang disumbat ke mulut mereka datang dari sumber kemungkaran.

PAS secara kebetulan berhadapan dengan integriti 90juta yang dikatakan datang dari umno?

Begitu ramai yang diseret ke mahkamah  termasuk duit TH, apa Melayu apa Islam tu?

25 comments:

  1. Kalo banyak prk parlimen PH tewas boleh lingkop PH seblm pru.......kerusi PH bukannye banyak sangat di parlimen...

    ReplyDelete
  2. Guan Eng sign Surat PEMBATALAN ECRL, lepas tu buat-buat TERKEJUT, Hancing betul

    Tak payah Menteri-menteri PH termasuk Menteri Kewangan berpusing-pusing.

    Sekejap kata dah batal, sekejap kata belum batal. Sekejap kata tak pasti sudah batal atau tidak.

    Yang tandatangan surat pembatalan bertarikh 10 hari dahulu ini siapa?

    Kalau ECRL telah dibatalkan secara rasmi dan surat pembatalan sudah keluar, mengaku saja lah.

    #MaluApaBossku

    Ataupun yang dimaksudkan telah dibatal ialah projek ECRL Hong Kong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kan menteri kewayangan. Segalanya wayang. Wayang tongkol.

      Delete
  3. Bila madey nak tangkap jho lo?...dasar main wayang ker?...

    ReplyDelete
  4. Malapetaka? Ya benar, sekiranya Tun telah tewas di dalam mana-mana pertempuran yang telah diketuainya, sememangnya ia akan menjadi malapetaka kepada agama, bangsa dan negara.

    Bayangkan sekiranya Tun telah tewas di tangan parti khawarij takfiri yang mengkafirkan pemerintah untuk mendapatkan sokongan, ketika mereka tidak menjadi pemerintah kerajaan pusat. Apa akan terjadi apabila golongan takfiri memegang kekuasaan di pusat?

    Bayangkan sekiranya Tun telah tewas kepada Ibrahim Libya, ketua pemberontak Memali yang telah membunuh anggota keselamatan di atas kepercayaan takfir mereka. Berapa ramaikah lagi anggota keselamatan yang bakal dibunuh oleh orang-orang seperti mereka?

    Bayangkan sekiranya Tun telah tewas di tangan kumpulan reformasi yang turun ke jalan raya demi membela pemimpin mereka yang dikenakan pertuduhan jenayah dan bukan sengaja dianiaya. Berapa ramai orang-orang yang menghadapi pertuduhan jenayah akan melakukan onar yang lebih besar untuk lari dari pertuduhan. Anarki akan berleluasa.

    Bayangkan sekiranya Tun telah gagal untuk meminda perlembagaan berkaitan kuasa dan kekebalan raja-raja dan menyebabkannya hubungan rakyat dan raja-raja menjadi retak. Apa yang akan berlaku kepada negara ini apabila rakyat dan raja bertelagah?

    Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya Tun Salleh Abbas tidak dibersarakan akibat perbuatan kurang sopannya terhadap YDPA. Sudah tentu institusi YDPA yang menjadi teras negara tidak akan dihormati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini. Bayangkan akibatnya kepada negara ini apabila perkara ini berlaku.

    Dan bayangkan juga apa yang akan berlaku kepada negara ini sekiranya Tun gagal menumbangkan Najib kleptokrat di dalam PRU14? Rakyat akan terus diratah dan dibohongi, kedaulatan negara akan terus digadaikan kepada komunis China, Israel barangkali akan diiktiraf (selepas APCO diambil menjadi penasihat kerajaan), dan Amerika akan menjadi paksi dan negara ini akibat wala mutlak Najib kepada Trump. Jangan lupa, wang simpanan KWSP rakyat negara ini akan ditaburkan di negara Uncle Sam untuk membangunkan prasarana mereka.

    Sekiranya Tun dan pasukannya telah tewas di dalam mana-mana pertempuran yang mereka sertai sudah tentu malapetaka telah menimpa agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

    Tun telah memenangi kesemua pertempuran yang ia ketuai dan kemenangannya telah menyelamatkan negara ini daripada malapetaka yang bersifat real yang boleh berlaku sekiranya ia telah tewas.

    Pembenci Tun boleh terus memaki hamunnya. Hakikatnya mereka telah terselamat dari segala macam risiko kebinasaan disebabkan Tun telah menang di dalam kesemua pertempuran yang ia ketuai.

    Dengan izin Allah Tun dan pasukannya akan kekal menang di dalam kesemua pertempuran yang bakal mereka sertai selepas ini dan menang mutlak pada PERTEMPURAN KLIMAKS dengan pasukan-pasukan lawan mereka yang bersekutu.

    Kemenangan mutlak Tun M dan pasukannya bakal menjadi petanda awal berakhirnya zaman fitnah dan bermulanya zaman baru.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko kuat mkn taik dapig sebab tu ko kuat mencarut dan mangarut.

      Delete
    2. Walaun jondo. Ko boleh goreng la dgn wayang ko tu. Masa bila tun madey nk bertempur? Di memali, dia menyorok konon pergi china, paksa tun musa hitam jd kambing hitam...2 kali hitam beb..haha. Licik org tua ni. Dia akan perkudakan org lain utk capai maksud dan hasrat dia. Pujuk mp jeli tinggalkan umno dia ada jumpa sendiri ke? Hahaha...daim jugak yg dia kerah. Ni pesen suka menyorok begini mana boleh jd ketua utk bertempur. Dengarnya gabungan 'TENTERA² BATHIL' tu boleh tahan licik dan kuat. Mampukah tun madey memimpin jika asyik menyorok kepala dan paksa org lain jd kambing korban?...lalala. Jgn serius sgt jondo. Saja tanya kalau² ada jawapan.

      Delete
    3. Gua adalah penyokong ph ..hentikanlah retorik awak tu jon doe...jgn konon2 kqsyaf tp kelaut..knapa pakai ayat anwar que sera sera?

      Delete
    4. Udah-udah la tu memuja mahathir, retorik yang tak kan kemana. Sekiranya betul mahathir berundur kalau kalah PRK Semenyih nanti, john doe nak buat retorik apa lagi?

      Delete
  5. subsidi dari zaman najib lagi dah ditarik rasionalisasi subsidi katanya..

    subsidi bukan isu besar... isu yang lebih penting adalah kos hidup atau pendapatan..

    kerjaan boleh tarik semua subsidi.. tak bagi brim.. kalau ini boleh bantu kerajaan selesai masalah ekonomi, teruskan..rakyat pasti akan sokong.. hanya bantu golongan yang betul miskin.. macam zaman dulu

    sawit getah kalau tak boleh eksport gunakan dalam kegunaankan negara.. wujudkan industri dalam negara dari bahan mentah jadikan produk nilai tambah..

    dasar dasar kerajaan 100% untuk kestabilan ekonomi negara dulu..

    bukan dasar remeh yang tak ada kaitan pun dengan kesusahan rakyat pun dah stress bertambah stress dengan dasar yang menyusahakan.

    dasar remeh ni lain kali pun boleh buat.. utamakan yang utama

    ReplyDelete
  6. Tolong jgn tipu diri.

    PH bukan penyandang CH, maka dimana Istilah KALAH, kalau tak hilang kerusi?
    Memang Bebas, proxy BN menang balik, kerusi BNMIC.

    So? kukok sampai keluar taek pun tidak membawa makna kpd Um mahupun Pas. Dua2 lari menyorok.
    Kata bingai, lenting....
    Edi oh Edi, Simppearl as dek pong mung tok pahang. Mung neh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH menang di johor dan kedah kubu kuat umno jadi umno tak kalah laa...

      Cerita bodooo...

      Delete
    2. Kalau dulu ko tak makan dn telan taek kafirun sudah tentu ko tak jadi taek kafir mcm skrng ni.

      Delete
    3. Bongok tahap tertinggi. Bila ada pertandingan adalah yg kalah bila ada yg menang. Ph bertanding utk apa dol, utk takde apa² ke? Yg jelas ph tak menang jadi maknanya KALAHlah...itupun bongok nk spin bagai....kalau mengaku kalahpun, takde sehelai bulu kau yg gugur. Nk malu apa bossku...huhu

      Delete
  7. Ikut formula KD prk tak merubah ape2... Jadi lepas ni PH tak perlu tanding lagi prk...wang prk patut guna bayar hutang 1 trilion..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN yg jangan bertanding sebab hutang 1 trilion tu dia org yg buat.

      Delete
  8. Berape ramai lagi yg madey nak tamgkap?...

    Jho lo yg dikatakan perompak paling besar pon madey tak mampu tangkap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg dikatakan Cakap Tak Serupa Bikin. Kah kah kah

      Delete
    2. Kalau dah salah kenalah tangkap. Takkan sebab mrk org politik, nak layan tahap dewa.

      Delete
  9. Prk semenyih menjadi kayu ukur rakyat bersetuju dgn dasar madey ato tidak..ini kerusi Bersatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayu ukur Bersatu penyandang, bertanding.
      PASu KingFisher tweet2 byk, tp awal2 dah lari...
      Biarlah UmnoBN PHBersatu yg bising.
      Yg tidk berkaitan, sila diam.

      Delete
    2. Setakat menjadi kayu ukur tu boleh la...akan tetapi ianya tidak akan memberi gambaran secara menyeluruh atau total. Jika BN menang pun ianya tidak bermakna kerajaan PH akan tumbang. Dan jika PH menang sekalipun ianya tidak bermakna dasar Tun M sudah dipersetujui oleh rakyat sepenuhnya.

      Macam ni la wak.... jumlah pengundi yang menyokong PH dalam PRU14 adalah di sekitar 55%. Manakala yang menyokong BN pula cumma 40% dan selebihnya bekecuali dengan mengundi calon bebas atau parti-parti lain dan undi rosak. Kita boleh simpulkan mereka ini sebagai berkecuali.

      Selepas PRU14, beberapa parti komponen keluar BN dan mengisytiharkan mereka sebagai penyokong PH atau sebagai independent MPs, contohnya di Sarawak dan juga MP2 UMNO di Sabah dan Semenanjung yang keluar Parti baru-baru ini.

      Ini bermakna kekuatan kerajaan PH semakin bertambah dan kedudukan UMNO/BN semakin lemah, walaupun PH tidak berjaya merampas kerusi Parlimen Cameron Highland dari BN dalam PRK baru-baru ini. SWtatus-quo tidak berubah bang....

      Namun begitu, kita perlu akur bahawa populariti kerajaan PH memang di lihat merosot kerana keadaan ekonomi yang belum berjaya dipulihkan sepenuhnya. Jika dilantik pentadbir atau pemikir yang hebat sekalipun seperti Shahbudin Hussin atau mangkok Anonymous yang di atas ini sebagai Perdana Menteri atau Menteri Ekonomi, saya berani potong pelir bahawa mereka tidak akan berupaya memulihkan kemerosotan ekonomi dalam tempoh yang singkat.

      Sehebat mana sekali pun pemimpin negara, beliau tidak akan mampu mengatasi kejatuhan harga minyak atau harga komoditi utama... Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tidak boleh mempengaruhi ekonomi dunia. Sedangkan gergasi ekonomi China yang mencabar ekonomi Amerika Syarikat sekalipun sekarang ini sedang mengalami kemerosotan.

      Jika dipanggil Najib kembali sekali pun, beliau tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terus meminjam dari China dengan menyerahkan aset-aset strategik negara sebagai cagaran. Duit tersebut boleh diagih-agihkan kepada para pengampu beliau supaya terus bersorak sedangkan anak-anak cucu mereka yang akan menanggung sengsara di suatu masa kelak. Nak panggil hadi jadi PM...? Innalillahiwainnailahirojioun... Dah bagi Terengganu dulu... sepenggal je LINGKOP. Kita doakan saja semoga kerajaan PAS Terengganu sekarang ini
      mampu bertahan dalam PRU15 nanti.

      Jika saya Perdana Menteri, saya tidak akan mengarahkan komponen PH berkempen besar-besaran bagi mempertahankan Semenyih. Berkempen ala-kadar cukup. Biarlah calun yang bertanding berkempen. Semua Menteri kabinet teruskan dengan kerja masing-masing. Jika ditakdirkan PH kalah sekalipun biarlah. Ianya tidak akan merobah status-quo.

      Biarlah pembangkang bertempik sorak sehingga hilang suara. PRU15 lambat lagi. Gunakan peluang yang ada untuk memperbaiki segala kelemahan, seterusnya memacu kejayaan. Jika keadaan ekonomi dapat dipulihkan dan kehidupan rakyat bertambah baik ... segala sorak pekik pembangkang akan jadi umpama anjing yang menyalak bukit....hilang di angin lalu dan jadilah mereka umpama melukut di tepi gantang.

      Delete
  10. Najib sudah ditumbangkan dari tampok kuasa sudah memadai...penjara ato tidak itu urusan kerajaan...bukan urusan rakyat...

    Rakyat pilih PH untuk tumbangkan najib dan dapat perubahan kehidupan yg lebih baik...

    Dah 9 bulan mana perubahannye yg lebih baik?...madey nak buat dasar anti rasuah semata2?...dapat kuasa madey terus kencingkan rakyat...

    Madey yg dibantu oleh pakar ekonomi tua tak mampu bawa perubahan ekonomi dan kehidupan kpd rakyat....terpaksalah madey reka putarbelit...

    ReplyDelete
  11. Meskipun SEMENYIH itu kerusi BERSATU tetapi Semenyih di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Tidak boleh disamakan CAMERONG HIGHLANDS dengan SEMENYIH. CH di bawah kerajana negeri PAHANG. Jadi rakyatnya hanya tahu dasar-dasar BN. Mereka tidak pernah menikmati hidup dibawah pemerintahan Kerajaan Selangor. Pada mereka, BNlah yang terbaik kderana tidak pernah ada perbandingan.
    Semenyih pula di bawah kerajaan Selangor. Macam-macam usaha telah dibuat oleh kerajaan Selangor untuk meringankan beban rakyat negeri Selangor. Air, api, bas dan cukai pintu rumah murah semua percuma. Ada macam-macam yayasan dibangunkan untuk anak-anak Selangor. Pejawat Awam di bawah kerajana Selangor juga diberikan bonos dan kenaikan gaji melebihi Kerajaan Pusat di bawah BN.
    Mahukah pengundi Semenyih hilang semua ni semata-mata kerana NAJIB si penyamun tarbus yang melingkupkan negara dengan membuat bisnes BULUH KASAP - modal hilang, untung lesap.....?
    Dasar-dasar PH tidak salah. Kerajana PH sudah berusaha seberapa daya berdasarkan kemampuan yang terhad akibat bebanan hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN di bawah Najib.
    KENAPA BOSAN BILA DISEBUT PASAL BEBANAN HUTANG BERBILION TINGGALAN KERAJAAN BN DIBAWAH NAJIB....?
    INIKAN FAKTA....?
    Malukah cacai BN sebab pemimpin mereka perompak........?????
    Sesudah diterangkan semua ini, jika BNlah pilihan pengundi SEMENYIH, mereka memang dah tak boleh ditolong lagi. Inilah demokrasi - rakyat bebas memilih ikut selera mereka.

    ReplyDelete
  12. DAP kawal Yadim untuk lemahkan suara, pengaruh NGO Islam

    Kerajaan digesa batalkan pelantikan Adun DAP Sheikh Omar Ali ke dalam Yadim

    Oleh Fahmi bin Faiz

    BANGI, 23 Jamadilawal 1440H, Selasa - Pelantikan proksi DAP dari kalangan orang Islam ke dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), dilihat merupakan agenda licik bagi melemahkan suara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu berhaluan kanan.

    Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sheikh Omar Ali sebagai anggota pemegang amanah Yadim dilihat langkah halus DAP untuk mengubah lanskap politik dan agama tanah air, agar menjadi lebih terbuka kepada agenda pluralisme, liberalisme dan sekularisme.

    "DAP ni licik, mereka rekrut proksi dari kalangan orang Islam untuk kawal institusi agama kita, sedangkan mereka secara terbuka menuntut dan mendesak agar Malaysia amalkan pluralisme atau kemajmukan agama. Ini boleh dilihat melalui kenyataan ahli mereka, contohnya Zairil Khir Johari yang tulis dalam RoketKini, gesaan agar Malaysia kembalikan pluralisme agama sebagai cara hidup rakyat.

    "Dalam isu pelantikan proksi mereka ke dalam Yadim ini, kita kena tegaskan, fungsi Yadim nak selaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara.

    "Apa maknanya? Maknanya, Yadim ini berpengaruh ke atas hala tuju NGO-NGO di Malaysia. Apa akan jadi bila Yadim kena 'hijacked' oleh DAP? Sudah pasti, suara-suara NGO Islam berhaluan kanan akan dibenam oleh parti yang julang idea pluralisme agama," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

    Lokman berkata, NGO adalah "kuasa ketiga" yang berpengaruh mewujudkan semak dan imbang bagi kerajaan, dan berperanan menegur salah laku, termasuk yang membabitkan polisi anti-Islam dan Melayu.

    Katanya, apabila parti DAP yang memang terkenal sebagai pendokong pluralisme agama berjaya mengawal Yadim, ini sekali gus mengakibatkan suara Islam dan Melayu yang sedia tempang sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah, akan menjadi semakin terpinggir dan disekat.

    "NGO ini berperanan besar dalam mencorakkan senario politik tanah air. Buktinya, atas kesepakatan NGO-NGO Islam lah, kita berjaya menganjurkan perhimpunan aman menolak ICERD pada Disember lalu.

    "Kerana kelantangan suara NGO-NGO Islam juga lah, kita berjaya memberi tekanan kepada kerajaan supaya tak bertindak biadab terhadap agama dan bangsa kita. Boleh kah kita bayangkan, apabila institusi yang memayungi NGO ini, dikawal oleh DAP?" katanya

    Justeru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mendesak agar kerajaan membatalkan pelantikan Sheikh Omar ke dalam Yadim, demi memastikan kelancaran proses demokrasi Malaysia sebagai negara Islam ini tidak dicabul.

    "Kerajaan kena bertindak tegas, batalkan pelantikan dia (Sheikh Omar). Jangan sampai kita himpunkan jutaan rakyat untuk menolak pelantikan itu. Malaysia ini negara Islam, lantiklah orang yang memang jelas pro-Islam, bukan individu dari parti yang anti-Islam," katanya.

    ReplyDelete

CASH IS KING VS KING COBRA

Smart Politician terpaksalah kita akui walaupun dia juga banyak kelemahan dan kekurangan... Anggap dia siffu dan ayah... Kena dengar nasihat...