Sunday, January 27, 2019

KITA LAYAN JAP EMOSI² YANG TERGANGGU

Assalamualaikum Tun

Ini semua berpunca dari Tun. Tun terlalu tamakkan kuasa. Tun dan kuncu²  politik Tun sanggup menipu dan menfitnah rakyat. Apabila Tun dan kuncu²  Tun dalam Pakatan Harapan membina kerajaan, semuanya termasuk Tun tidak bersedia untuk mentadbir.  Para menteri dilantik sekadar tangkap muat. 

Ketika di bawah PH, kami rakyat marhaen tidak pun dapat melihat sebarang kebaikan. Segala yang keluar dari mulut para menteri termasuk Tun adalah kata² kebencian dan dendam terhadap pimpinan terdahulu.

Ekonomi negara tidak terurus dan hutang negara meningkat.  Rakyat semakin melarat dan tertekan.  Dalam situasi begini, rakyat diapi-apikan dan dilaga-lagakan.  Tun gagal mengawal tindak-tanduk menteri² yang menjadi batu api membakar semangat perkauman. Tun gagal menghentikan perilaku menteri yang sengaja mahu mengkucar-kacirkan negara. 

Kami melihat Tun dibonekakan DAP. Tun tunduk kepada telunjuk mereka. Rakyat di luar bandar yang rata-rata orang Melayu dipinggirkan. Rakyat yang berpendapatan rendah di bandar juga terhimpit. 

Majoriti kaum Cina menyokong DAP. Mereka menjadi semakin tamak. Mereka menguasai ekonomi. Mereka juga telah mengambil alih kerajaan. Namun ada lagi yang mereka mahu. Mereka mahu ICERD diraktifikasikan. Tapi Tun bagaikan patung tanpa nyawa. Tun biarkan mereka bersuara walaupun ianya ditolak oleh kaum Melayu dan pribumi. Tun sudah tidak lagi mampu mengawal kuncu²  Tun. 

Peristiwa kekecuhan di kuil menjelaskan segalanya. Kelemahan Tun mengawal buak-buak perkauman kini ditangguk oleh mereka yang berkepentingan.  Kaum Melayu dipergunakan untuk membuat kekecuhan di kuil Hindu. Ianya mudah sekali meletuskan ketegangan antara kaum. Kakitangan dan orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa. 

Tun, zaman Tun sudah berlalu. Terimalah hakikatnya. Kuasa Tun terhad kerana Parti PPBM di bawah Tun adalah minoriti berbanding DAP dan PKR. Matlamat perjuangan Tun tidak selari dengan matlamat perjuangan DAP dan PKR.  Ianya samada Tun diperbodohkan ataupun Tun memperbodohkan diri Tun sendiri. 

Halatuju Tun dan mereka jauh berbeza. DAP berjuang untuk kaum Cina, PKR hanya berjuang untuk Anwar, tapi PPBM hanyalah sekadar tapak sementara yang tidak stabil dan tidak nampak arah haluannya.  Mereka yang di bawah PPBM rata2 terdiri daripada ahli politik gersang yang kecewa ataupun opportunists.  

Tun, sejak kemerdekaan sehingga sekarang pembangunan dan kestabilan negara diterajui oleh parti keramat orang² Melayu iaitu UMNO. Realitinya, Malaysia mampu berdiri kerana bertunjangkan UMNO. Benar, sekarang kerajaan di bawah kuasa PH, akan tetapi ketiadaan UMNO jelas sekali memperlihatkan kepincangan pentadbiran. Pengalaman yang ada pada UMNO sudah tidak boleh disangkal. 

Sayangnya, Tun terlalu berdendam pada UMNO. Tun mahu melenyapkan UMNO dari bumi Melayu ini. Tun juga se ia dan se kata dengan pemimpin parti cauvanis DAP yang beria-ia mahu melemah dan menghancurkan UMNO serta bangsa Melayu. Lupakah Tun bahawa bertahun Tun dinaungi oleh UMNO? Lupakah Tun bahawa segala kekayaan dan kemewahan yang dinikmati oleh anak² dan cucu² Tun datangnya dari perjuangan UMNO. Nama Tun juga diangkat melalui parti UMNO. 

Satu lagi perkara yang kami tidak mengerti ialah tentang dendam kesumat Tun terhadap mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib. Apakah Tun menyangka kami gembira dengan tindakan Tun yang beria-ia mahu menyumbat DSN ke penjara?

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila seseorang itu dihadapkan dengan berpuluh-puluh pertuduhan. Kenapa Tun begitu mahu mengaibkan DSN dan isterinya DSR?  Tidakkah Tun merasa malu pada rakyat yang sentiasa memerhatikan niat jahat Tun?  Atau setidak-tidaknya malu pada anak-anak dan cucu-cucu?  Beliau dan arwah bapa beliau banyak berbakti pada negara. Bangsa Melayu tidak pernah mengajar kita menjadi kurang ajar.  Kita diajar untuk menghargai.  Tindakan Tun terhadap DSN sudah keterlaluan dan melangkaui norma kemanusiaan. 

Cukup-cukuplah Tun. Kami semua tahu bahawa Tun sebenarnya terjerat dengan DAP yang Tun jadikan rakan politik.  Menjatuhkan dan mengaibkan DSN ada dalam agenda DAP.  Mereka mahukan hasrat untuk berkuasa tidak diganggu-gugat. Mereka tahu DSN begitu kuat pengaruhnya, jadi mereka tiada pilihan selain memenjarakannya. Dan Tun menjadi tonggangan mereka untuk menjayakan niat jahat mereka. 

Nama Tun yang pernah satu ketika dulu gah sudah jatuh ke lembah kehinaan. Maruah Tun dan keluarga teruk tercemar. Tun kini menjadi hamba kepada satu bangsa yang mengkhianati kaum Melayu. Dulu DAP menghina Tun tapi kini mereka mempergunakan Tun. 

Tun mungkin merasa hebat kerana kembali menjawat jawatan Perdana Menteri. Tapi dunia sekarang sudah berubah. Teknologi membenarkan kami bersuara, memerhati dan memantau setiap yang berlaku. Kami tidak melihat Tun sebagai Perdana Menteri. Kami melihat Tun sebagai seorang insan yang tamak, haloba, pendendam serta orang suruhan bangsa DAP.  Tidakkah Tun merasa bersalah ketika melihat seorang anggota bomba yang punya niat suci dan murni berkhidmat untuk negara di perlakukan sedemikian rupa?

Maaf sekiranya ada kekasaran. Kami perlu menyuarakannya agar Tun sedar. Kami mahu melihat negara in kembali pulih dari kemelut ekonomi dan politik. Kami mahu kembali ke suasana tenang dan harmoni yang pernah kami rasai ketika di bawah teraju UMNO.  

Pelanduk dan jerat

17 comments:

  1. Jiwa kacau...

    Sama seperti kesemua para pembenci Tun yang sering muncul memaki, mencarut dan mencerca Tun dalam keadaan Tun langsung tidak tergugat.

    Jiwa kacau sebab dalam hati mereka sedar mereka tak mampu tumbangkan Tun.

    Maka maki hamun dan tulisan sebegini sajalah yang menjadi pengubat hati mereka yang lara.

    Hakikatnya hati-hati mereka langsung tidak terubat, sebaliknya semakin sakit dan terus sakit.

    Kesiaaaaan...

    Tun sedang melakukan perkara yang betul, dan in shaa Allah Tun dan pasukannya bakal muncul pemenang mutlak pada hari terakhir berlangsungnya zaman fitnah.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Sanggup kena pijak 60 tahun, ludah kena kencing... Baru nak ajak panjat tangga pergi atas sikit...tak smpai setahun dah merungut.... Ha ha ha

    ReplyDelete
  3. Habia, momokkan melayi islam Umpas utk kembalikan oentadbiran Klept #1 SeDonia.
    Grow uo laa.

    ReplyDelete
  4. maaf la tak boleh nak baca habis... baca perenggan 1 je dah tahu ending dia. sampah.

    ReplyDelete
  5. Cakap tak Kena bayar....katalah apa sahaja...asalkan ....itulah fitnah penipuan ..balaci umno bn pas

    ReplyDelete
  6. Memang emosi beb. Betul! Melayu mana yg tak terganggu dgn situasi semasa kini? Oh, ada. Balaci² dap sedang berseronok makan hasil. Kau macamane kd, relax goyang kaki sbb ph dh jd kerajaan ye...

    ReplyDelete
  7. Ape lebihnye madey kalo 9 bulan masih tak ade perubahan kedepan.....asyik putarbelit nak sorok kelemahan...wang simpanan petronas makin susut di balun oleh madey untuk pengurusan negara..

    Turun kempen bantu kekalahan PH...
    Makcik kat kampong pon tahu madey tak mampu tingkatkan kehidupan rakyat...

    Orang di oxford tak tahu ekonomi malaysia makin merudum..

    ReplyDelete
  8. Ketua bahagian Bersatu Melaka UNDI TIDAK PERCAYA pada menteri

    Tekanan memuncak terhadap Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof, kata sumber yang mendakwa pengerusi Bersatu Melaka itu telah mendapat undi tidak percaya. Tekanan memuncak terhadap Redzuan pada mesyuarat Jumaat lalu.

    "Ia merupakan undi sebulat suara daripada ketua-ketua bahagian, saya diberitahu pemimpin tempatan tidak begitu senang dengan Redzuan.

    "Hal ini telah dibawa kepada pengetahuan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan (Pengerusi) Dr Mahathir Mohamad," kata sumber yang rapat dengan majlis tertinggi parti itu.

    ReplyDelete
  9. Hahahaha.....
    Ni mesti nak Najib balik jadi Pm supaya dia boleh songlap duit bertrillion pulak sebab merasa dirinya disayangi. Takpa Najib curi duit kita yg penting dia MELAYU & ISLAM ya gitu kata emosi yg terganggu

    ReplyDelete
  10. Luahan yg sungguh baik ... tapi bahagian kata Tun M dendam sangat pada Najib & Rosmah tuuu.. tak betul tu.. 2.6 billion ringgit malaysia masuk ac sendiri.. susah rakyat nak lupa oooiii..

    ReplyDelete
  11. Madey dah jadi orang bodooo...9 bulan tak boleh buat ape2 nak majukan malaysia dan rakyat....hidop rakyat makin terbeban....orang felda dah meracau sejak buah saeit dan getah turun....barang makin naik...

    Madey dah habiskan berjuta2 wang kerajaan keluar negara tapi pelabor sekor pon tak nampak batang idong....madey abiskan boreeh...

    ReplyDelete
  12. KD, off topik sikit.
    In bukan kes pening, tapi ReRiang..
    Fenomena terkini kebijaksana- sinian Isle Harbi mengamal Iqra Hangguk.
    Bagai pesta, siap tadah besen, baramai2 berpusu hirup kencing Reriang dibawah pohon petai.
    Mempamir keutuhan gagah agamanya, walhal mentah-minded.
    Eii Tubek, Eii Tubek !! Hiruk

    Apa nk dikata Serambi Moscow,kaan?
    Maki tuding amalan nombo wahidu.
    UP tgk KF, sesekali nk juga hiburan.

    ReplyDelete
  13. Product BARU !
    ummah UmPas

    Jus Rereriang Ria, tanpa alkohol. Mujabab utk disorder sel otak.

    Tip tambah baik.
    : Hiris lobak dlm 3
    jari,
    Perap dgn budu 1 jam sebelum bertarong.
    ....boleh tahan 6 jam boh!!. Mung tok cayer,mung cer terai.
    Tapi Ayoh caykak , mung tu, kene ler yaking.

    Dapati diWakil kami.
    Tunggul Sdn Bhd,
    Semua Cabang Pasu,
    Seluruh Serambi Moscow

    Harga Promosi! !
    sebotol rm69.25

    ReplyDelete
  14. Saya setuju je dengan PELANDUK & JERAT.
    Memang NAJIB tak bersalah, tak patut dia dimalukan dengan tuduhan pengubalan wang haram di mahkamah. Kerajaan PH memang tidak patut sebut pasal hutang 1MDB & hutang negara 1 trillion.
    Rakyat bosan, tahu!
    Patut, KERAJAAN PH penuhi je tuntutan MANIFESTO walaupun terpaksa berhutang dengan CINA KOMINIS.
    Hari ini DR.MAZLEE, MENTERI KEWANGAN CAKAP,NAJIB TAHU SEGALA-GALANYA, PATUT DILANTIK JADI CIKGU DI KAWASAN-KAWASAN PERDALAMAN. Saya setuj buat pertama kali dengan Ustad Dr.Mazlee. Bahkan, NAJIB ELOK DILANTIK JADI PENGARAH PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA.
    Mintak dia buat satu kurikulum, mengajar murid bagaimana boleh mencuri duit berbillion tanpa dipersalahkan satu sen pun, bahkan dipuja dan dipuji sebagai PERDANA MENTERI PALING BERJIWA RAKYAT! Bukan semua orang mampu buat begini. Tun M memang patut letak jawatan dan serah balik pemerintahan Malaysia kepada Najib. Mana tahu, kurikulum Najib akan jadi panduan kepada negara-negara lain untuk mendidik rakyat menjadi BILLIWAN!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tau ko marah kat najib.. rakyat dah pun terajang najib pru 14.. skang dah pun dituduh di mahkamah.

      aku tak rasa orang yang pangkah terajang najib dulu nak najib jadi pm semula

      soalnya sekarang kabinet menteri sarkas masih lagi tak move on.. orang pangkah ph bukan nak dapat wytia murti.. orang pangkah ph bukan nak dapat pengganti ahmad maslan

      orang nak sst bukan sebab nak kos hidup makin naik

      hampir semua peragai yang ada dalam kabinet najib ada dalam kabinet tun m... tau cakap je kerja tak kemana juga.

      kabinet tun patut buktikan ko lebih hebat dari kabinet dapur najib

      ini tak dah macam sarkas dah seko seko.

      ubah itu ubah ini suka suka hati.. dari ko kawal orang hisap rokok baik ko kawal orang seludup rokok.. duit cukai hang lagi juta juta

      kah kah jah

      Delete
  15. Well... at least Tun success to remove Najib from getting worst.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

SIAPA YANG PALING BERKUASA POLITIK DI MALAYSIA

Dari segi politik tentulah Zahid hamidi yang PALING BERKUASA, tetapi kekuatannya mastermind  bersandar kepada Najib. Ismail hanya berkuasa d...