KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berharap perbezaan pendapat antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sampai tahap berkelahi dan berdendam.
Bekas perdana menteri itu berkata, orang Melayu tidak patut mempunyai sikap sedemikian, sebaliknya kepentingan negara perlu menjadi keutamaan.
“Kita boleh ada perbezaan pendapat, tetapi kita taklah orang kata sampai berpatah arang. Ini bukan sikap orang Melayu. Tak berkelahi teruk-teruk sangat.
“Saya harap kita ini beza pendapat, tetapi mestilah utamakan kepentingan negara, ini penting.
“Kalau kita ada niat nak balas dendam kesumat, benda ini akan berterusan. kalau buat hari ini, esok akan berlaku balik…jadi bila nak berkesudahan? Apa jadi pada politik negara kita?” katanya dalam program bersama penduduk di Kerinchi, hari ini.
Beliau menjawab soalan jika Dr Mahathir pernah cuba menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka berdua.
“Setakat ini tiada sebarang isyarat. Tetapi, jika anda mahu tanya, anda patut tanya beliau,” kata Najib.
# MAAF, Komen terdahulu yg terdelete..
# MAAF, Komen terdahulu yg terdelete..
hahahah...KD penyokong tegar si najib ler
ReplyDelete