Thursday, January 3, 2019

PARADIGMA FOKUS 2019 DAN MASA DEPAN - BUKAN FOKUS INDIVIDU TETAPI ISU - ANTI RASUAH

Anti rasuah dan segala bentuk kemungkaran adalah musuh utama Negara termasuk yang mempertahankan, menyokong dan bersubahat.

FOKUS bukan lagi kepada individual dan parti tetapi APA ISU yang mereka dukong dan bawa.

Jadilah netizen yang ada disiplin ilmu sebelum kita BERLAGAK (termasuk aku) membetulkan orang lain? Boleh ke?

Salurkan masa dan tenaga lebih kepada memperkuatkan taraf ekonomi supaya kita bukan dalam kategori  kufur nikmat, MALAS dan berselindung dengan pelbagai alasan..

Worth, menuding kepada pihak lain..




#hanya komen rasional disiarkan.

7 comments:

  1. Dalam ucapan presiden pakistan imran khan dihadapan pembesar cina kominis beliau cakap beliau kagum dgn kepantasan cina yg bangkit begitu pantas selepas perang dunia ke 2 dibawah mao ze ting hingga menjadi kuasa dunia ...cina mempunyai rakyat lebih 1 billion...seblm cina bangkit pakistan lebih maju tapi runtuh akhirnye...

    Kunci kejayaaan cina komunis yg tak percaya kpd dosa dan pahala adalah tegas menentang rasuah...pakistan yg percaya kpd fosa pshala runtuh kerana rasuah...

    Malaysia bukan masalah rasuah saja Fitnah menaya orang
    kerana nak kekal berkuasa pon perkara biasa saja...

    Yg bercakap menentang rasuah pon bapak rasuah secara indirect dan bapak pemfitnah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini Masih ramai yng sokong walaupun terang terang Ada Dan mempunyai niat tamak .Sini lebih kurang Akan terjadi macam Pakistan loh

      Delete
  2. Isu yg lebih besar Dan menjadi prioriti selepas kemenangan tempohari bagi pemimpin adalah untuk memperkukuhkan kedudukan Dan parti masing masing. Isu isu rakyat hanya terlontar keluar mulut bagai melepas batuk ditangga. Acuh x acuh mahu x mahu, Dan tiada penyelesaian yg dilihat solid bagaimana utk mengurangkan beban rakyat! Yg kedengaran hanyalah perebutan kuasa Dan projek baik PKR mahupun PPBM, Dua parti yg tonggak utama terdiri dri kaum melayu. Bila sibuk menjaga kedudukan Dan berebut projek, sudah tentu unsur rasuah Dan salahguna kuasa akan berligar ligar disekitar mereka. Permasalan ini x akan berhenti selagi kuasa yg dikejar, bukan tanggungjawab Dan amanah.

    Saya pernah mengatakan sblum pru bahawa Kali ini bukan Mana Mana parti yg menentang najib, tetapi rakyat! Rakyatlah yg menang pda pru yg lepas Dan ianya akan kekal begitu. Bila Ada yg mengkritik, bukan bermakna Kita anti seseorg individu yg tertentu,tetapi lebih kepada mengingati mereka yg diatas Sana bahawa mereka berada disana kerana rakyat yg meletakkan mereka, Dan keutamaan mereka adalah utk rakyat! Mereka boleh kesana kemari makan angin bersama keluarga diluar negara, sedangkan Ada rakyat bawahan bergelut utk membeli kasut sekolah anak, sedangkan mereka inilah yg memberi undi yg membolehkan pemimpin2 ini bersukaria. Kita menegur, bukan kerana benci, tapi Kita mahu mereka terus kekal diatas Sana Dan memberi yg terbaik utk rakyat!

    ReplyDelete
  3. Apa jaminan Malaysia akan bebas rasuah dalam ruang masa yang Tun ada. Bersih, Cekap, Amanah yang diwar-warkan dulu hanya sebagai retorika dan fatamorgana yang akhirnya pada PAU UMNO terakhir Tun, beliau sendiri mengakui bahawa politik wang bermaharajalela. Sedihnya perkataan Maharajalela ini digunapakai kepada sesuatu yang cakna kepada pengkhianatan. sedangkan Dato Maharajalela itu sendiri adalah seorang Mufti.

    Pepatah berkata, Mereka yang jahil akan sejarah akan mengulang sejarah yang sama.

    Siapa tidak kenal Anwar Ibrahim diera merebut jawatan Timbalan Presiden Umno ketika itu. Segala pencak silat ,tari, ugut,tipu dan rasuah dilakukan hingga tersungkurnya Allahyarham Tun Ghafar Baba. Apakah Zahid Mat Arip selaku cucu kpd Arwah Ghafar Baba senang dgn Anwar Ibrahim.

    Rasuah siapakah yang hendak difokuskan kali ini. Adakah PKR sendiri suci dari Rasuah. Baca lah apa yang ditulis oleh Rapussy ketika pemilihan PKR tempohari. Bersatu yang masih muda lagi pun telah bercakap tentang projek itu dan ini. Badi UMNO tetap ada pada Bersatu. Naga akan didiamkan sementara ikan bilis akan terus dihukum.

    Pandang wajah Daim sedalam dalamnnya, teleklah wajah Robert Kuok, Vincent Tan, Ananda Krisnan dan yang sewaktu dengannya secara sinis. Lawak apakah ini yg cuba Tun bawakan disaat ini.

    Ketika Hosni Mubarak memerintah,rakyat Mesir bangun menolak Hosni dengan alasan Rasuah.Begitu juga Muammar Gadaffi, Saddam Husin. Apa yang rakyat negara Mesir,Libya dan Iraq ada pada hari ini. Mereka hanya memiliki darah dan airmata. Sedar dan separuh sedar, Sesungguhnya Arab spring sedang melanda tanahair kita dengan Rythm yang sama. Pemimpin Rasuah.

    Ungkapan perangi Rasuah adalah scene drama lama berulang dengan Direktur yang sama, hanya liriknya sahaja diubah. Percayalah 2019 tidak menjanjikan sebarang keindahan pada rakyat negara ini.

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. Kes pemindahan aset TH kpd spv...defisit TH 4 billion dan TH akan pindahkan 19.9 billion aset yg tidak untung kpd spv..

    Dalam laporan kpd bursa saham TH telah senaraikan aset dan nilainye yg dipindahkan...peliknye aset yg untung banyak yg dipindahkan...Tiada penjelasan bagaimana penilaian aset yg tidak untung dibuat oleh TH...Timbul keraguan ...adekah aset ini akan dijual kpd pihak lain oleh spv?...kpd siapa spv akan jualkan?..

    Ini kalau ikut definasi sprm bukan rasuah...tapi TH yg hilang upaya untuk dapat untung untuk pengeluaran dividen yg lebih baik kpd penyimpan....

    Integriti lembaga pengarah boleh dipersoalkan...

    ReplyDelete
  5. Naib presiden Bersatu dlm ucapan penggulungan di PAT bersatu memohon di berikan kontrak kpd ketua bahagian Bersatu untuk.perbelanjaan bahagian...katanye bodooh kalo tak gunakan kuasa untuk kekalkan kuasa....maknanye ketua bersatu diharuskan rembat duit kerajaan secara halal...

    Ucapan beliau menimbulkan perang ketua2 bahagian dgn saddiq yg menentang cadangan Rashid...

    Ini isu integriti ketua bahagian Bersatu yg boleh di pandang sebagai rasuah kerana ambil kesempatan oleh pihak yg ade kuasa memerintah...

    Unsur ini yg boleh menjahanamkan kepercayaan rakyat...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

SIAPA YANG PALING BERKUASA POLITIK DI MALAYSIA

Dari segi politik tentulah Zahid hamidi yang PALING BERKUASA, tetapi kekuatannya mastermind  bersandar kepada Najib. Ismail hanya berkuasa d...