Political comeback Najib dan Anwar adalah untuk membersihkan diri...cuba menafi dan memadam rekod hitam lepas dan lampau...all the best, selamat mencuba..
Peribadi nombor wahid, Negara nombor tiga?
Anwar baru mengakhiri sebuah episod dan sedang masuk dalam satu lagi episod baru... perjuangan mengesahkan integriti politik dan kepimpinannya di kalangan kawan kelompok lawan dan pembangkang.
Najib baru saja di mukaddimah dalam satu episod tuduhan dan pendakwaan yang sangat panjang,
Documented - bukan sekadar tuduhan A sondol B, tetapi soal pengkhianatan kepada rakyat dan negara.
Political comeback Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz adalah untuk selamatkan Malaysia.. membuktikan kemenangan akhirnya akan berada di pihak benar.
Meletakan mereka dalam missi yang agak mustahil - anti korupsi anti kroni di tengah tengah kemuncak pemimpin² yang baru dapat kuasa...
Cabaran untuk bangkit ketika Negara lemas di lautan hutang.
Umno Dan najib masih bernasib baik Dan kekal RELEVAN untuk tempoh 2018/19 kerana kedudukan ekonomi Negara masih mengecut.
Nasib mereka akan berubah menjelang 2020.
Sejarah akan ditulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIDAK ADA TAULIAH BUKAN HALANGAN UNTUK BERCAKAP BENAR TENTANG POLITIK, EKONOMI, ISU SEMASA, REALITI NEGARA...
https://vt.tiktok.com/ZS8pn7xVb/ Pendekatan memakmurkan masjid sewajarnya JABATAN UGAMA mengejar penceramah yang baik Dan betul untuk di...
-
SELAMAT TINGGAL UMNO (STU) Saya merupakan ahli, penyokong & jentera tegar UMNO sehingga kan saya pernah menjawat jawatan diperingka...
-
Antara berckap benar atau disabitkan di bawah OSA, Rafizi memilih mendedahkan kebenaran yang membawanya ke hukuman dipenjara 18 bulan. S...
Aik Anwar political comeback pon takde guna. Kalau gitu bodoh lah si Budin atau dia pura2 bodoh tapi memang dah bodoh.
ReplyDeleteOrang bodoh tuduh orng lain bodooh...
DeletePerompak tuduh perompak mencuri
Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain di sekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.
DeletePerkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-
1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?
Sungguh pun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebih kurang seperti berikut, “ Petronas adalah seratus peratus di bawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.
Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.
2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?
Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang pejabat di beberapa bangunan di sekitar bandar raya KL. Satu bidang tanah itu terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council di Jalan Ampang di belakang Yow Chuan Plaza.
Lagi pun, pihak Pengurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, di mana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana. Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.
Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.
3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?
Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebih kurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.
Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, sama ada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.
4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?
4.1 KOS TANAH: RM 900 JUTA
Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walau pun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebih kurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial. Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah ke atas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.
Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya dengan rasmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu,
DeleteHarga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang ke Dayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri..
4.2 KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION
Kos bangunan tertinggi di dunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat di sebelah dalam, yang menelan belanja lebih kurang RM 1 BILION lagi.
Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.
Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.
Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar. Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebih kurang 5,000 kakitangan Petronas di Menara Satu, maka kontrak ini bernilai lebih kurang RM 50 JUTA. Dari segi mutu, harga ini dianggap ramai sebagai luar biasa tingginya.
Selain daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabot dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi (maaf, saya tidak ada maklumat tepat). Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabot untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll. Siapa punya syarikat pembekal perabot-perabot ini, saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luar biasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr Mahathir
Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilaporkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit.. Tak cukupkah yang mewah di Putra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada suku-sakat dan/atau kroni.
Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kaki persegi.(kpsg) Di Menara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!). Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.
Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja yang menduduki di situ. Ruang lain sama ada disewa kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKKAN MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!
Di Aras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuloh juta ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).
Baca seterusnye
http://mindarakyat0.tripod.com/2001ogo/2001-2617.htm
Mahathir comeback kerana kepentingan kroni dan anak2 terjejas....
DeleteKalo najib dengar cakap madey najib masih pm...sama spesis..
kalau najib dengar cakap madey pasti najib letak jawatan...
Deletekahkahkah..cerita basi tentang mahathir tuduh tuduh tuduh tuduh..
ReplyDeletebukti elek tangkap tidak siasat tidak..kesian pembenci mahathir, telan air lior je..
Madey pakar cuci tangan..
DeletePolitical comeback Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz adalah untuk selamatkan Malaysia.. membuktikan kemenangan akhirnya akan berada di pihak benar.
ReplyDeleteTepat sekali seperti yang ditulis oleh sdr KD. 3M iaitu Mahathir Muhyiddin dan Mukhir adalah hero 3M iaitu Malays, Muslims and Malaysians. Pindahkannya ke bahasa Melayu mahupun Arab, ia kekal di dalam bentuk 3M.
Mereka inilah yang telah berusaha menubuhkan PPBM iaitu kaum yang didatangkan selepas kaum yang asal iaitu UmNo menjadi kaum yang berpaling di bawah Najib.
Ketiga-tiga mereka telah pun berada di dalam zon selesa masing-masing ketika mereka memutuskan untuk menubuhkan PPBM dan menentang UmNo yang telah berpaling.
Najib berpolitik untuk bersihkan imej yang sudah terlalu kotor sedang Anwar pula kembali ke dunia politik melalui PRK PD untuk cuba mencapai cita-cita peribadinya yang telah diidamkan sejak puluhan tahun lamanya, dan masih belum kesampaian.
Dengan izin Allah sejarah di zaman baru akan menulis bagaimana di hujung zaman fitnah, 3M dan pendokong mereka telah menubuhkan PPBM, bangkit menentang UmNo dan menewaskan UmNo di bawah PH1 hasil gabungan dengan parti-parti lain.
Dengan izin Allah juga, sejarah di zaman baru akan menulis bahawa 313 pendokong-pendokong Tun M telah berdiri dengan kukuh dan tegak bersama-sama Tun M ketika berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS di antara pasukan Tun M dengan lawan-lawan mereka dari kalangan pasukan-pasukan bathil yang bersekutu dan akhirnya Tun M dan pasukannya muncul sebagai pemenang dan terbukti sebagai "mereka itulah orang-orang yang berada di atas petunjuk Tuhan mereka dan mereka itulah golongan yang menang".
Pada zaman baru kelak, tewasnya pasukan-pasukan bathil yang bersekutu di tangan Tun M dan 313 anggota pasukannya yang ditandakan dengan berkibarnya Panji-panji Hitam di seluruh negara akan ditulis sebagai cut-off date berakhirnya zaman fitnah dan bermulanya proses umat melangkah ke zaman baru, sebagaimana yang telah dikhabarkan lebih 1400 tahun dahulu.
Sejarah ini akan ditulis tetapi sejarah ini juga tidak akan lama kerana zaman baru hanya akan berlangsung tidak sampai separuh abad, sebelum seluruh umat Muslimin dijadikan 'sejarah' bagi memberi laluan kepada kiamat.
Segala rahsia akan terbongkar...
Takkan dapat lagi berpura-pura...
Kerana ia akan terjadi...
Ia akan pasti tiba...
Que sera sera.
Wallahu a'lam.
Mukhriz blm ade jaminan laluan selamat ke kerusi PM...
DeleteBeri peruntukan kepada kolej swasta tetapi MyBrain ditangguh?...
DeleteBayaran hutang PTPTN tak boleh tanggoh walopun satu janji manipesto...Derma kpd kolej swasta ade dlm manipesto?....Madey sudah senget...
KUALA LUMPUR 14 Jan. - Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan mengapa kerajaan boleh menyediakan peruntukan khas untuk kolej swasta tetapi inisiatif MyBrain ditangguhkan.
Ini kerana, menurut Presiden Presiden Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq), Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, adalah tidak munasabah untuk kerajaan membekukan pemberian biasiswa tetapi dalam masa yang sama memberi bantuan kepada institut pengajian tinggi swasta (IPTS).
“Kenapa faktor ketidakstabilan ekonomi dan kewangan negara dijadikan hujah (Timbalan Menteri Pendidikan) Teo Nie Ching untuk menghentikan MyBrain demi kelangsungan dan pembelajaran dan penyelidikan di IPTA (institut pengajian tinggi awam) tetapi peruntukan yang tidak dimasukkan dalam pembentangan bajet 2019 boleh diberikan kepada kolej swasta?
Ternyata malaysia telah selamat sejak madey make comeback. Selamat segala segilah. Poket rakyat makin selamat, harga komoditi jgn katalah, confirm selamat. Tolak campur darab bahagi, ekonomi malaysia semakin selamat. Jom pakat tepukkk!!!
DeleteAnon 421, dari mulut Mukhriz sekalipun bekum pernah keluar dia nak jadi PM..
DeleteZahid, KJ ASYIK meratib..
Anwar ASYIK mengeluh..
Perlukah orang politik declare cita2 politiknye?...
DeleteMasa dlm umno mukhriz tak pernah mssuk bertanding jawatan parti?..
Beri peruntukan kepada kolej swasta tetapi MyBrain ditangguh?...
ReplyDeleteBayaran hutang PTPTN tak boleh tanggoh walopun satu janji manipesto...Derma kpd kolej swasta ade dlm manipesto?....Madey sudah senget...
KUALA LUMPUR 14 Jan. - Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan mengapa kerajaan boleh menyediakan peruntukan khas untuk kolej swasta tetapi inisiatif MyBrain ditangguhkan.
Ini kerana, menurut Presiden Presiden Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq), Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, adalah tidak munasabah untuk kerajaan membekukan pemberian biasiswa tetapi dalam masa yang sama memberi bantuan kepada institut pengajian tinggi swasta (IPTS).
“Kenapa faktor ketidakstabilan ekonomi dan kewangan negara dijadikan hujah (Timbalan Menteri Pendidikan) Teo Nie Ching untuk menghentikan MyBrain demi kelangsungan dan pembelajaran dan penyelidikan di IPTA (institut pengajian tinggi awam) tetapi peruntukan yang tidak dimasukkan dalam pembentangan bajet 2019 boleh diberikan kepada kolej swasta?
aku tak tau orang lain...
ReplyDeletetapi aku nampak macam ada perkembangan ekonomi yang baik sejak 2 3 hari ni sekurang kurangnya untuk aku.. ekonomi tidak pulih dalam sekelip mata.. kalau betul caranya kesannya berpanjangan.. dan harap semua akan orang rasa.. bukan macam dulu hanya ada sesetengah orang rasa.. setengah orang macam nak mampus pun kerajaan cakap ekonomi ok
kerajaan dulu kejar rating je ntah apa rating dikerja ya pun tak pasti.. dan mmg itu sifat ketua kerajaan dulu nak gambaran hebat gah semua konon hebat.. tapi gambaran saja baik..tapi sebenarnya tudak begitu.
Deletesebab tu la dia suka sangat sepanduk I love pm
padahal xde sapa suka dia
Menuduh Tun memanglah sedap
ReplyDeleteniat rakyat supaya membenci
senjata ciput nak serang hendap
takde laporan manalah aci!
menara Petronas pulak disebut
burukkan Tun pelbagai andaian
bertahun sudah baru nak ribut
masa itu di dalam buaian!
baru kini andaian, tuduhan
ternampak mulut air liur basi
manusia camni kita kesihan
mintak sesuatu orang tak kasi!
masa Tun dok tercongok
Orang pencen tak diganggu
takde keluar cerita bongok
sekarang kutuk lapan hari seminggu!
Pada orang yang nak tuduh
buat laporan bukti sertakan
tuduh tak lapor namanya bodoh
hanya tahu melalak sakan!
satu dunia Tun dipuji
pelbagai anugerah sudah di sisi
cai hanya tahu mengeji
mintak bukti dia tak kasi!
Setuju madey comeback kerana nak selamatkan malaysia dan baiki kerosakan dan kesilapannye yg lalu...
ReplyDeleteTapi kerosakan tol dan ptptn yg susahkan rakyat bila nak baiki?...kekekayaan keroni-kroni mcm mana nak baiki?...