Thursday, January 3, 2019

POLITIK MURAHAN, DESPERADO, MUAL, MUAK, MEMALUKAN MASIH BERKELIARAN..

Masa untuk membangunkan semula Malaysia di  bazirkan dengan agenda peribadi.

Belum habis² lagi merengek!!!!

Sangat jijik MEMOHON simpati dan menggesa pangkat dan jawatan untuk peribadi, apakah kelayakan Anwar tidak mencukupi?

Reformasi sewajarnya bukan dalam bentuk SIAPA menggantikan SIAPA dalam tempoh dua tahun lagi tetapi kualiti dan integrasi yang patut ada dan relevan pada masa itu. 

Seperti Kita JUGA tidak AKAN mempertahankan Tun sebagai PM jika prestasi dan integrasinya merosot dan merosakan Negara.

Tanpa jawatan, masih boleh sumbangkan jasa kepada Negara???
Kata² yang yang  disimpan dan digunapakai untuk orang lain.
Bila kena batang hidung sendiri, lain pula bunyinya..

Anwar BERCUTI ke Filipina, Presiden nak jumpa...
Lepas ini ke India..PM JUGA nak jumpa..
Tak cukup Hebat ke TU?

Azmin ke Morocco, jumpa Hishamuddin - takkan itu pun otai dah gigil???




# Mana² blog pun akan jadi tong sampah kalau asyik layan rengek² reforbasi.

11 comments:

  1. Salam Jumaat bro KD dan sahabat2.

    Reformasi kami ialah untuk Malaysia menjadi lebih hebat serba-serbi dan segala-galanya.

    Caranya ialah dengan menjadikan saya sebagai PM. Hanya dengan menjadikan saya sebagai PM, maka segala masalah akan selesai dan negara kita akan menjadi negara terhebat di dunia.

    Maka kesimpulannya, jadikan saya sebagai PM secepat mungkin supaya kehebatan yang bakal dikecapi tidak akan tertangguh lagi.

    Kerusi PM adalah milik saya.

    Reformasi!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pm yg bagus pm yg menurunkan ekonomi ringgit komoditi bskl..pm yg gagal meningkatkan ekonomi sejak8 bulan lalu pm yg berjaya pilihan mahacai..

      Delete
    2. John Doe dlm keadaan resah dan gelisah apabila due date pertempuran klimaks yg katanya akan berlaku antara pembawa panji-panji hitam dgn musuh-musuhnya dah tinggal sebulan shj lagi.
      Feb 2019 ...

      Delete
    3. Takde gelisah apa kebendanya.

      Sesuatu yang telah dikhabarkan akan berlaku tetap akan berlaku, walaupun ia mungkin sedikit terlewat daripada yang dijangka.

      Lihatlah pada pokok telahan saya dan bukan pada rantingnya.

      Feb 2018 hanyalah rantingnya sedang pokoknya ialah 'ia akan berlaku ketika Pembawa Panji Hitam sedang memegang kekuasaan di Bandaraya Akhir Zaman.'

      Final date ini tidak lama mana lagi pun kerana Tun M punya hak mutlak untuk kekal menjadi PM sehingga Mei 2020. Ia akan berlaku di dalam tempoh itu.

      Terlalu melihat kepada ranting sehingga tidak melihat kepada pokok. Rantingnya mungkin meleset tetapi pokoknya in shaa Allah tidak akan meleset.

      Sebagaimana terlalu melihat kepada ranting telahan saya Anwar akan menang PRK PD tetapi kurang daripada 50% undi dan mengukang-ulanginya sehingga gagal melihat bahawa pokok telahan saya ini telah benar-benar terjadi iaitu 'Anwar berjaya masuk ke Parlimen melalui PRK PD tetapi di dalam keadaan legitimasinya dipersoalkan' apabila bekas Ketua Hakim Negara sendiri membuat kenyataan pengampunannya tidak melayakkan bertanding PRK.

      By the way, no hal brader sebab pokok telahan saya yang tidak pernah berubah ialah Tun M adalah Pembawa Panji Hitam dan dia akan menang mutlak di dalam PERTEMPURAN KLIMAKS dan bakal menjadi Pemasyhur Khalifah Akhir Zaman.


      Wallahu a'lam.

      Delete
  2. Memang jelas Anwar seorang yang gelojoh. Tindakan melambangkan peribadi. Melantik Alsalvador, Almeen Aiman tanpa mengikut saluran yg betul , mengesahkan Anwar adalah seorang yg bernafsu sonsang. Siapa ElSalvador dan Almeen Aiman ni yg tiba2 muncul dalam haraki kpimpinan PKR. Anak Ikan Nuor kah.......

    Kebijakan hanyalah omong kososng bila menurut kata nafsu. Strategi Anwar utk terus mempromosi diri sebagai BAKAL PM akan memakana diri nya sendiri. Senior2 PKR sendiri telah bersiap sedia utk melompat ke Bersatu. Anwar terus diulit mimpi mimpi basah dengan anak ikannya.

    ReplyDelete
  3. Penipuan pemilihan, ROS bakal bubar PKR


    KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bakal menggantung Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana telah berlaku penipuan di dalam pemilihan partinya baru-baru ini.

    Perkara ini didedahkan oleh Azman Noor Adam di akaun facebook miliknya yang tersebar di media sosial.

    Menurut Azman yang juga adik kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam, ROS bakal menggantung pendaftaran PKR kerana pemilihan parti itu dipercayai penuh dengan kekecohan dan penipuan.

    Azman yang mendakwa menerima maklumat dari sumber dalaman berkata, dengan penggantungan parti itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi lemah dan sekaligus membantutkan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri.

    Azman turut mendakwa sejurus selepas digantung, sebahagian Ahli Parlimen PKR yang berbangsa Melayu bakal melompat masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Ahli Parlimen yang berbangsa Cina dan India pula akan melompat masuk ke Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kini memiliki kerusi kedua terbanyak di dalam Pakatan Harapan (PH).

    Maklumat ini dikatakan mempunyai asasnya dengan realiti pelbagai kepincangan yang telah berlaku ketika pemilihan PKR tempoh hari.

    Sebelum ini beberapa individu telah ditahan ketika berlangsungnya pemilihan PKR dengan pelbagai kesalahan seperti bergaduh dan merusuh, meminta dan memberi rasuah, sabotaj dan penipuan.

    Jika terbukti berlaku penipuan, tidak mustahil ROS akan menggantung bahkan parti itu mungkin berdepan dengan tindakan yang lebih berat seperti dibubar. – AbuLeman


    KOMEN : Kini anjing-anjing sedang berubut tulang.. cakar mengcakar gigit mengigit antara satu sama lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dedah anak beranak adam...anak beranak lobak..patut lah sedap ceritanye.

      Delete
    2. Ekonomi ringgit bskl komoditi dah merosot sejak 8 bulan lalu...bagus ker tu?..masih nak sokong?..

      Delete
    3. Dakwaan Azmin bawa ahli PKR keluar parti cuma spekulasi - Zuraida

      Bernama
      4 Jan 2019, 8:33 am (Dikemaskini 4 Jan 2019, 11:28 am)

      A A
      Dakwaan kononnya Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali kini sedang mengetuai gerakan untuk anggota keluar parti hanyalah satu khabar angin, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin

      “Khabar angin adalah khabar angin,” kata Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika ditanya wartawan berhubung dakwaan tersebut.

      Mengulas desas-desus pertemuan anggota PKR yang didakwa membincangkan mengenai calon Perdana Menteri, Zuraida menyatakan beliau tidak pasti berhubung perbincangan itu dan meminta polemik isu jawatan perdana menteri dihentikan.

      Delete
  4. "Memang benar John Doe kata
    Aku lapar nak naik tahta
    Depan Tun aku tak kata
    Blogger aku jolok si Renta!"

    "Mana aku nak tahan bang
    Sudah lama aku menunggu
    Nak sampai aje termasuk lubang
    Ini kali ku suruh ganggu!"

    "ko tanya pasal si Jemin?
    Dia itu aku tak caya
    Hidup lagi dia nak simen
    Aku rasa lagi bahaya!"

    " Berapa aku bayar Blogger?
    Apa jadah ko nak tahu
    Walau dulu aku dilaga
    Apa dijanji..dia je tahu!"

    "Memang aku orang yg baik
    Gambar,video semua tu salah
    Aku PM...ekonomi naik
    Cepat selesai segala masalah!"

    Tentang Blogger si tukang canai
    ku tugaskan dia kacau si Renta
    Aku naik, janji ku tunai
    Masukkan dia Kementerian Wanita!"

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

SIAPA YANG PALING BERKUASA POLITIK DI MALAYSIA

Dari segi politik tentulah Zahid hamidi yang PALING BERKUASA, tetapi kekuatannya mastermind  bersandar kepada Najib. Ismail hanya berkuasa d...