Tuesday, January 29, 2019

TUN WAJAR BEREHAT JIKA PH KALAH DI SEMENYEH?

Nota tajuk akan menyusul..

Tugas Tun sudah selesai, Najib gagal meneruskan nafsunya melalui kuasa dan umno sudah terantuk baru terngadah.
Keinsafan umno kalau dilihat kepada lokman adam, keinsafan sekadar perhiasan.

Selepas Tun, samada Melayu akan tenggelam dengan kehidupan rasuah yang lebih dasyat atau kembali ke pangkal jalan akan ditentukan oleh pemimpin selepasnya.

Asas jati diri bangsa dan negara yang cuba Tun bina sekarang sangat rapuh kerana masa yang tidak mencukupi, tidak ada pemimpin pelapis yang benar-benar cintakan negara kecuali kepada bangsa dan kaumnya sahaja, sesetengahnya memperalatkan dan sekadar mengambil kesempatan bila terdesak.
Bercakap berdegar-degar tentang bangsa dan ugama hanya bila tersepit .

Musuh Melayu dan Islam digembur sangat utama adalah DAP secara kosmetik dan kulit tetapi rasuah diterima dengan baik, mesra dan harus, mungkin halal.

Melihat Anwar, Azmin dan seterusnya - tidak banyak beza dengan Najib.

Terimalah Melayu - nasibmu !!

27 comments:

  1. Maksud KD berehat selamanya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila libatkan melayu maka dikatakan rasuah.......bila libatkan cina maka dikatakan komisen.......rasuah dan komisen adalah perkara yg sama bila terdapatnya kepentingan peribadi........golongan peniaga adalah golongan utama yg terlibat di malaysia.....Bangsa apakah majoriti golongan peniaga???

      Delete
  2. Kalau Melayu dah tak boleh diselamatkan lagi, nak buat macam mana????......biarlah mereka naikkan Najib jadi PM balik. Kalau Najib jual negara pada Cina kominis dan naikkan Gst 12%, lantaklah. Kita cuma tepok tangan. Bravo!bravo!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu najib isu gst dah jadi tidak penting .... isu ni jadi lapuk bila mana lepas rakyat terajang najib PRU14...

      fokus kerajaan wajib hanya berkisarkan kepada ekonomi hutang dan kos hidup pendapatan untuk 5 tahun ini.. tak yah tukar dasar remeh temeh yang tak perlu

      aku tak paham kenapa PRO PH nak main isu najib nak jual negara ke china kenapa nak cerita pasal isu naik 12% GST yang tak pernah berlaku.. najib bukan lagi PM.. Najib juga bukan presiden lagi... zahid skang dah cuti.. kebanyakan yang bekaitandah kena dakwa pun..

      aku tak nampak apa lagi isu untuk menolak Umnobn untuk jadi kerajaan semula.. sebab apa yang kerajaan PH buat tak ada perbezaan ketara pun.. menteri PH ada yang perangai macam ahmad maslan.. ahli parlimen PH pun perangai buruk mengalahkan perangai MP BN..

      bila kita nampak tanda tanda PH akan jadi BN ... kenapa tak tegur awal awal.

      Delete
  3. Betul tu kd. Asas jati diri yg cuba Tun bina skrang sngt rapuh sebab dirinya sendiri juga rapuh, kudrat yg dipinjamkan semantara oleh Allah SWT semakin hilang beransur ansur.

    ReplyDelete
  4. Kaupun dh semakin celaru kd. Dh tak ketentuan. Sekejap tun kena teruskan, sekejap tun kena jd pm sampai mati. Sekejap anwar perlu ganti tun, sekejap anwar tak boleh jd pm. Sekejap azmin adalah yg terbaik slps sln, sekejap lg azmin saling tak tumpah mcm najib. Kau dh sakit sebenarnya. Sakit kecelaruan fikiran. Kau baca seolah kau mewakili semua melayu. Oklah, ketika dan saat ini majoriti melayu dah hilang kepercayaan kpd tun lantaran harapan sejak pertukaran kerajaan menjadi hampa dan mengecewakan. Apa yg ada bukan bertambah malah dipotong dan digodam. Kau masih tak nampak yg itukah kd? Turun ke padang kd, jgn duduk dibangku simpanan. Tak merasa rumput di kaki.

    ReplyDelete
  5. Melayu kena berani berubah. Tak ramai yg berani secara terbuka, tetapi ikut arus. Kalu arus tu kuat ke arah melemahkan bangsa, situlah hanyutnya. Kalu menongkah arus, harus kuat dan berani kerana cabarannya fizikal dan mental. Sebab tu melayu suka yg mudah, ikut arus. Harap ada pemimpin yg kuat iltizamnya membawa melayu keluar dari hanyut melemahkan dan melemaskan minda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semasa muda dulu, diberi masa 22 tahun masih gagal transformkan melayu, adakah dlm usia TERLALU TUA, tun mampu mengubah melayu? Sembang boleh la. Nk kencang ke nk selembut bayu, semua boleh..

      Delete
  6. Kalau satu negara boleh kena kencing ini kan pula seorg bakal PM,,
    Klu Nuar dgn Azmin lebih baik lah Najib, jahat jahat Najib ada juga dia Faraidkan hasil samon kod rakyat serta kebajikan rakyat tidak blh di nafi kan semenjak Najib menjadi MB Pahang,, KPI najib bkh tahan,, tapi klu nuar dan azmin lebih baik lah tutup berniaga,, ini isap airskrim punya otg susah lah, anwar dah ada lesen masuk jail.. Najib belum lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara berfikir macai. Suka dpt hasil samun.

      Delete
  7. kikikiki... KD ni barua Tun ... PM 4 adalah lebih bauk dari PM 7.. dan PM ke 7 adalah satu satunya PM yang paling haprak dlm semua PM ... PM ke 7 DAP yg tunjukkan jawatan PM kat dia... macai bodoh bodoh spt jondoe paling terkinja kinja... sia bawak.panji lagii






























    kikikiki.. panji toloh labuh....kikiki

    ReplyDelete
  8. Itulah bezanya Tun dengan kebanyakan anak-anak Melayu lainnya termasuklah kita semua, dan malahan saya sendiri. Semangatnya luar biasa untuk mempastikan bangsanya, agamanya dan negaranya dapat berdiri megah di kalangan bangsa-bangsa lain di dunia, walaupun umurnya telah hampir mencecah umur intan.

    Walaupun sesukar mana pun cabaran yang ia hadapi, ia tidak lari, tidak berpatah balik, dan tidak berputus asa.

    Saya kira tidak ada seorang pun pemimpin bangsa Melayu yang ada pada hari ini yang memiliki semangat sekuat dan sehebat Tun. Yang hanya tahu menyalahkan memang ramai.

    Ketika mudanya, Tun telah menulis sebuah buku bertajuk 'Menghadapi Cabaran'. Isinya cukup mantap dan di dalam peningkatan usianya, Tun telah benar-benar melalui cabaran demi cabaran dan dengan nikmat dan izin Allah, ia berjaya mengatasi kesemuanya dan malahan kekal menjadi ketua pasukan yang sentiasa menang.

    Tun juga telah menulis satu sajak yang hebat bertajuk 'Perjuangan Yang Belum Selesai'. Saya masih ingat ada orang yang pernah berkata sajak itu orang lain yang tulis dan bukan Tun. Saya kira orang tersebut pasti menyangka hanya seorang sasterawan negara sahaja yang mampu menulis sajak sebaik itu, dan memandangkan Tun bukan seorang sasterawan maka tidak mungkin dialah yang menulisnya. Itu menandakan bahawa sajak itu memang sajak yang hebat dan demikian ia tidak sama sekali menyangka seorang doktor mampu menulis sajak sehebat itu. Mereka terlupa tentang 'ilham', dan saya kira Tun memang telah diberi ilham untuk menulis sajak sehebat itu.

    Perhatikan balik isi kandungan sajak Perjuangan Yang Belum Selesai, dan kita akan memahami bahawa ia menceritakan tentang jiwa seorang pejuang bangsa yang sangat cekal yang mahu melihat bangsanya benar-benar berjaya.

    Saya hanya akan mengambil beberapa bait sahaja di dalam sajak ini yang saya kira amat mendalam maksudnya, walaupun hakikatnya setiap patah sajak ini memang mendalam sekali maksudnya.

    Biarkan bertatih..
    Asalkan langkah itu yakin dan cermat..
    Bagi memastikan negara merdeka..
    Dan bangsa terpelihara..
    Air mata sengsara..
    Mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita..

    Hari ini jalan ini semakin berliku..
    Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga..
    Bagi mereka yang lemah dan kecewa..

    Kutuklah ia, makilah ia, cercalah ia, fitnahlah ia, Tun langsung tidak lemah semangat apa lagi mahu berpatah balik. Baginya kalimah 'lemah' dan 'kecewa' hanya ada di dalam kamus dan buku dan bukan pada batang tubuh dirinya.

    Lihat pula penutup sajak itu :-

    Tugas kita belum selesai..
    Kerana hanya yang cekal dan tabah..
    Dapat membina mercutanda..
    Bangsanya yang berjaya..

    Saya berkeyakinan bahawa sebelum ia pergi meninggalkan anak-anak bangsanya buat selama-lamanya, Tun akan benar-benar berjaya mendirikan mercutanda bangsanya yang berjaya itu, in shaa Allah.

    PRK Semenyih? PRK ini hanya ibarat satu anggota tentera barisan hadapan di dalam permainan catur. Menang atau tewasnya PH di dalam PRK ini tidak sesekali akan mengubah kedudukan Tun sebagai PM negara ini. Sekiranya Tun menjadi ketua pasukan pembangkang yang pertama dapat memimpin pasukannya menjatuhkan seorang Perdana Menteri di dalam satu PRU, maka amatlah lemah sekali analogi mahupun hujahan orang-orang yang berkata sekiranya PH tewas di Semenyih maka Tun mestilah meletak jawatan.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngarutlah kau ni jondo. Kau kasi up tun madey camanepun, dia still gagal mengawal. Gagal mengawal? Camane tu? Siapa yg organise kerajaan skrg, pm atau pm sebagai proksi? Terkini, yadim dh dikelepet oleh hampir 85% org politik. Yg paling menjengkelkan umat Islam malaysia ialah dap yg prinsipnya anti Islam dan melayu boleh berada dlm yadim dgn jawatan utama. Sebab dia melayu dan Islamkah kelayakan dia? Dia dilantik melalui entiti politik dan politik yg diwakilinya adalah dap yg anti Islam! Senang cerita dia tu balaci dap. So, apa peranan tun madey selaku pm? Hanya sebagai penerima maklumat setelah di briefing oleh dap? Tun madey sudah tidak dominan walaupun balaci spt kau asyik up dan jilat tanpa henti. Realitinya tun madey sudah menyerah tengkok utk jd hamba sahaya kpd dap. Apa sahaja agenda dap boleh dilaksanakan tanpa bnyk soal dlm kabinet sbb ahli kabinet malaysia skrg tinggal otak dan mulut dlm peti yg kuncinya disimpan oleh dap. Marah? Itulah realitinya. Lantaklah kau nak marahpun. Rakyat yg dh tunjuk jalan keluar kpd bn kini nk merasai apa kesannya setelah bn ditempatkan sebagai pembangkang. Harga barang tak turun walaupun gst dh dilupuskan. Janji lupuskan tol hanya jd lawak. Isu lupuskan hutang peneroka hanya mainan kata² sblm pru. Yg berjaya diturunkan hanyalah bn, harga getah dan sawit serta aset² melayu Islam. Panji hitam dah terbakar hangus jondo!!!

      Delete
  9. Semenyeh kawasan bersatu...rakyat pilih PH untuk tumbangkan Najib dan harap dapat kehidupan yg lebih baik walopun bukan kerana manipesto...

    Najib sudah gol....tak perlu lagi ungkit kisah najib...penjara ato tidak bukan urusan rakyat..

    9 bulan masa sudah berlalu...krhidupan tak banyak berbeza dgn zaman najib....rakyat makin tersepit...madey dan menteri masih mau cerita masalah kerana najib...kunun hutang 1 trilion...
    Madey gagal penuhi harapan rakyat...madey tak mampu pulihkan ekonomi yg makin merudum....negara serantau makin berkembang ekonominye...penasihat ekonomi tua habiskan boreeh ajee...

    Madey masih confident Bersatu boleh menang di Semenyih....tapi tak ada usaha untuk perbaiki sebab kekalahan di CH....Rais Yatim dah perli madey dgn formula untuk menang prk..

    Dlm cerita hutang yg besar madey boleh sediakan bajet berpuluh juta untuk projek kereta ke 3.... Proton gagal...

    Madey dah habiskan berjuta2 kesana kemari nak tarik pelabor asing...tapi hasil yileks....seakan pelabor asing tak percaya kpd madey...

    Jadi wajar madey berundur jika gagal di semenyih kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kpd madey...

    ReplyDelete
  10. Kekalahan di semenyih hanye akan melemahkan PH...

    Bukan isu ekonomi dan tekanan kehidupan saja...malah isu melsyu dan islam jugak menggugat Bersatu dan PH...

    Terbaru lantikan ADUN DAP dlm Yadim boleh tikam PH...badan dakwah islam sensitip bagi orang melsyu...

    Tersebar plak risalah Dap kempen di CH bahawa DAP berjaya dapatkan bsjet juta2 untuk sekolah dan kolej swasta milik cina...ini merisaukan orang melayu...

    Kalo pandang ringan hayat PH tak akan panjang..

    ReplyDelete
  11. T.I.P.U

    &

    H.AN.C.I.N.G
    ---------------------

    PENYAKIT RASUAH ni ada d mana.
    Xkire agama, x kire bangsa xkire warna kulit
    D mane ad KAUM MAJORITI d situ akn d persalahkan tntg RASUAH.

    cina , CHINA xmkan rasuah ke??

    hindu, INDIA xmkan rasuah ke??

    Wak indon,INDONESIA xmkn rasuah ke??

    yahudi,ISRAEL xmkn rasuah ke??

    Keling,MALAYSIA xmkn rasuah ke??

    Cina;MALAYSIA xmkn rasuah ke??

    singaporean,SINGAPOR xmkn rasuah ke??

    arab,IRAN ,MESIR xmkan rasuah ke??

    omputeh,AMERIKA BRITSH OSTOLIA xmkan rasuah ke??

    PENYAKIT KUNO d serata DUNIA..

    Jgn mnyalahkan org MELAYU shja..

    Semua AGAMA mlarang rasuah.

    Balik kpda AJARAN ISLAM n AL QURAN

    ReplyDelete
  12. Rasuah bukan lagi isu besar...sprm sudah jalankan tugas benteras rasuah...

    Masalahnye boleh ker sprm siasat dan dakwa perdana menteri jika rasuah?...sistem yg ade perlu di reformasi supaya pm pon takut rasuah...

    ReplyDelete
  13. Inflasi dijangka meningkat kepada dua peratus tahun ini

    30 Jan 2019, 6:32 petang (Dikemaskini 30 Jan 2019, 6:53 petang)

    A A
    Inflasi dijangka meningkat kepada dua peratus tahun ini berbanding satu peratus yang dianggarkan pada 2018.

    Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Dr Zakariah Abdul Rashid berkata antara faktor di sebalik inflasi ialah tolakan kos dan tarikan permintaan, peningkatan kenaikan upah minimum kepada RM1,100 dan harga minyak yang berkemungkinan meningkat.

    MIER mengunjurkan harga minyak mentah Brent antara AS$60 dan AS$70 setong pada 2019.

    “Jika harga minyak lebih tinggi daripada lingkungan ini, ia akan memberikan tekanan kepada kebanyakan barang dalam Indeks Harga Pengguna (IHP).

    “Selain itu peningkatan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat tahun ini juga akan menyebabkan pengaliran keluar modal dari negara.

    "Jadi kita perlu mengatasi kemungkinan aliran keluar secara ketara," katanya pada taklimat media Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) MIER bagi suku keempat 2018 di Kuala Lumpur hari ini

    ReplyDelete
  14. Kaji selidik: Majoriti Melayu tak puas hati pada PH

    31 Jan 2019, 9:32 pagi (Dikemaskini 31 Jan 2019, 9:32 pagi)

    A A
    Suatu kajian yang dijalankan di seluruh negara pada akhir tahun lalu menunjukkan hampir 60 peratus Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH.

    Dapatan daripada kajian itu menyatakan 54.4 peratus responden Melayu tidak percaya kerajaan serius melaksanakan agenda Melayu, termasuk mempertahankan hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi.

    Laporan TMI melaporkan 60 peratus responden pula percaya orang bukan Muslim sedang menguasai kerajaan dan DAP yang membuat keputusan di Putrajaya.

    Kajian Ilham Centre bersama Penang Institute itu dijalankan ke atas 2,614 responden bagi tempoh 24 Okt hingga 24 Dis 2018.

    Untuk rekod PH hanya mendapat sokongan kira-kira 17 peratus pengundi Melayu pada PRU Mei tahun lalu.

    Kajian itu juga menunjukkan lebih separuh responden percaya PH boleh bertahan lebih dari satu penggal dan pentadbiran sekarang akan membawa masa depan cerah buat negara.

    Pengarah Ilham Centre Mohd Yusri Ibrahim berkata naratif Islam yang dikemukakan PH sukar difahami ramai orang Melayu kerana falsafahnya terlalu dalam.

    "Untuk memenangi hati Melayu kerajaan mesti memaparkan diri mereka sebagai konservatif dan centrist, bukan progresif atau konservatif kanan seperti PAS atau Umno," katanya.

    Anggap DAP jadi penentu

    Kajian itu juga menunjukkan 53.6 peratus responden tidak bersetuju Dr Mahathir Mohamad menamatkan tempohnya selama lima tahun sebagai perdana menteri, sebaliknya menyerahkan pimpinan kepada Anwar Ibrahim seperti yang dirancang.

    Daripada jumlah itu 51.9 peratus responden bersetuju Anwar adalah orang yang terbaik untuk menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

    Dapatan lain termasuklah:

    * 59.5 peratus responden tidak bersetuju mereka berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH sejak PRU lalu, berbanding 40.8 peratus yang bersetuju

    * 54.4 peratus bersetuju kerajaan PH mengabaikan hak orang Melayu dan kepentingan Islam, berbanding 45.1 peratus yang berpendirian sebaliknya

    * 50.1 peratus berpendapat PH tidak serius memenuhi janji pilihan raya dalam manifesto mereka berbanding 49.8 peratus percaya sebaliknya

    * 58.3 peratus yakin kerajaan pusat tidak serius menangani isu kos sara hidup

    ReplyDelete
  15. Petang esok pengumuman harga minyak mingguan
    Kalau zaman BN dulu, pengumuman diumumkan semalam

    Itu je perbezaannya antara BN dgn PH
    Prestasi paling baik menteri2 PH ialah menteri kasut hitam dan menteri rokok 3m

    ReplyDelete
  16. kajian bodek bakal pm ke8 dah kluar kd.. budin macam biasala... kipas punggung nuar sampai beku...

    kah kah kah

    ReplyDelete
  17. Najib: Saya sudah turun, tapi ringgit turun lebih dahsyat

    31 Jan 2019, 8:34 malam (Dikemaskini 31 Jan 2019, 8:44 malam)

    A A
    Najib Razak membangkitkan semula dakwaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini bahawa jika beliau tidak lagi menjadi perdana menteri, nilai ringgit akan meningkat.

    "Saya sudah turun dan (Lim) Guan Eng sudah naik. Tetapi ringgit turun dengan lebih dashyat lagi. Apa alasan Mahathir dan Guan Eng?" katanya di Facebook hari ini.

    selepas PH menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan, Lim mengambil alih kedudukan Najib sebagai menteri kewangan dan sering mengkritiknya.

    Najib berkata ketika harga minyak global jatuh sebanyak 80 peratus tiga tahun lalu, PH yang ketika itu menjadi pembangkang memainkan propaganda peniaga di Thailand enggan menerima ringgit.

    Bagaimanapun katanya, nilai ringgit semakin pulih berbanding matawang Thailand, Baht, menjelang PRU ke-14 tetapi merosot selepas itu.

    Merujuk lampiran perbandingan dua mata wang yang dikongsi bersama hantaran itu, Najib berkata ringgit semalam pertama kali mencatat nilai serendah RM13.15 untuk 100 Baht.

    "Ini pada masa harga minyak dunia sudah memulih dan 2 1/2 kali ganda (harganya) berbanding tiga tahun lalu," katanya lagi

    Ape dah jadi dgn madey?...mana bijaknye nye madey?...

    ReplyDelete
  18. https://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/video-azmin-kantoi-hentam-tun-m.html?m=1

    Azmin kata madey nyanyok...muka yg tak boleh di percayai...madey perosak seluruh sistem demokrasi...madey runtuhkan sistem kehakiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun dia nyanyuk...sama nyanyuk mcm ko.

      Delete
  19. Ki ki ki ki ki ki..dedak tk masyuukk..
    KD buat uturn..

    ReplyDelete
  20. Jangan paksa atok nk berkhidmat sampai kojol...dulu mengata nik ajis..tepuk air di dulang..air percik ke muko sendiri..masih pacai2 tkder akai..

    ReplyDelete

CARA LAYERING

www.quantumnrich.com  Kami  Quantumnrich Resources 👉Klasifikasi Konsultan Emas Quantummetal  👉Mempunyai lebih 1000 rangkaian di seluruh ne...