Thursday, January 24, 2019

UMNO AMBIL RISIKO MEMBENARKAN NAJIB BERKEMPEN DI CH

Mat Hassan dan para pembesar umno benar² ketandusan idea dan kemelesetan kepimpinan hingga terpaksa bergantung kepada Najib, faktor kekalahan umno PRU14 digunakan semula.

Tentulah benar kerana Zahid, Hishamuddin dan Kj kurang suci dari Najib, mereka dulunya sekadar boneka dan tukang angguk.

Bekerjasama dengan PAS di PRK yang lalu menunjukan tidak ada kesudahan dan peningkatan untuk menang maka Najib dipertaruhkan.

Bagai dapat nyawa baru, Najib tunjuk belang di Cameron Highland.. Jika ke tempat asal penyokong tegar umno dan mendapat dukungan dan pujian, apakah itu tambahan undi kepada calon BN?

Pergilah juga ke tempat yang lebih 50/50 atau lubuk DAP, test lah market di situ..
Bukankah mereka lebih advance untuk menyatakan kepada Najib bahawa segala malapetaka yang menimpa negara sekarang adalah Najib puncanya?

Bukan satu dua tuduhan mahkamah yang dikenakan kepada Najib, tetapi puluhan.
Bukan Najib seorang, tetapi suami dan mentornya juga...orang kanannya juga.
Yang bakal memberi keterangan di mahkamah juga bukan semua musuhnya tetapi kawan²nya, penjawat awam dan ahli korporat...

Bukanlah suatu yang mustahil, pada masa perbicaraan itu, Jho Low akan muncul... (?)
Bukankah kerajaan ada menyatakan mereka tahu di mana jho low berada cuma masa yang menentukan...
Bukankah Daim kata Jho Low pernah hubunginya untuk penyelesaian?

Apakah Najib lupa pepatah, perangkap tidak pernah lupa mangsanya?
Dan umno mahu diseret bersama untuk diaibkan?

Yes ramai yang mahu melihat calon umno Melayu Islam menang di CH tetapi berada dalam dilema kerana tidak mahu juga terlibat seolah memberi sokongan moral kepada lanun.

Satu kelebihan kepada penyokong DAP, mereka akan keluar beramai ramai dan bersungguh sungguh bersusah payah untuk mengundi bagi memastikan calon mereka menang.

Ini tidak berlaku kepada penyokong umno yang terbiasa keluar mengundi jika dijemput. Apakah jentera pilihanraya BN sudah cukup diberi ongkosnya untuk bersemangat bergerak, jika ciput, ciputlah kesungguhannya.






# umno boleh menang KALAU Najib Tak turun kempen..


11 comments:

  1. KD ni adalah contoh RBA. majoriti orang melayu dah sedar. doa najib PM ke 8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang-orang Melayu yang giler saja yang akan doa sedemikian......!!

      Delete
  2. Salam Jumaat bro KD dan sahabat-sahabat,

    Tidak dinafikan PRK CH adalah berlainan daripada kesemua PRK-PRK lain selepas PRU14, dari banyak sudut. Tak perlu diterangan, rasanya semua pemerhati telah faham.

    Sama2 kita tunggu dan lihat sama ada kehadiran Najib berkempen bagi BN di sini adalah satu kelebihan atau strategi makan diri bagi BN.

    ReplyDelete
  3. Ramalan, siapa akan menang BN atau PH - SAYA YAKIN PH AKAN MENANG!!!!!
    macam PRK SG.Besar dan Sg.Kandis tahun 2018 semasa kerajaan pusatnya ialah BN,
    bukankah BN menang.
    Perakara yang sama akan berlaku di Cameron Highlands.
    Penduduknya mahukan pembangunan.
    Kalau undi pembangkang, boleh ke Najib beri pembangunan di situ.....????
    Pengundi cerdik, takkan membodohkan diri.
    Ngadu kat Najibharga belacan lebih mahal daripada kelapa sawit,OKlah.
    Tu pun Najib tak mampu buat apa-apa.
    So, I guess, PH akan menang hands up!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalnya majoriti pengundi ch adalah beragama Islam. Ni bukan rasis tp semulajadi, org Islam majoritinya hanya mengundi calon Islam utk kali ini. OA + Pas + Umno, rasanya dh cukup utk buat BN menang. Lain la kalau ph main tipu. Tak mustahil kan kalau ph menipu...dah ada bukti dh, cuma spr dan sprm skrg jd bxxxxi ph, sbb tu semua aduan sapu bawah karpet.

      Delete
  4. Dok tersengeh Cameron diserang
    Rumah penduduk dia berkunjung
    Makcik mengadu dah salah orang
    Ini lanun jangan disanjung!

    Gelak ketawa, makcik didekat
    Pimpinan Tun katanya malap
    Tolak Mahathir..aku ko angkat
    Kalau tak, camana nak songlap?

    Orang Felda jangan emosi
    Dia penyangak bukan negarawan
    Fikir itu apa 'kleptokrasi'
    Kalau tak tahu tanya Chef Wan!

    Pada peneroka dibagi sedikit
    Kasi berjuta kepada bini
    Berbillion disapu negara sakit
    Salahkan pula kerajaan kini!

    Makcik,pakcik kalau nak tahu
    Dia penyebab Melayu dihina
    Takde kerja kini melahu
    Kerana dia Felda merana!

    Tun dulu pernah merayu
    Tolak dia selamatkan Melayu
    Tak mahu dengar, bangsa pun layu
    Kini dihina..dianggap kayu!

    Orang lain dah pijak kepala
    Kerana kita berpecah belah
    Sukahati dia mana nak tala
    Bab Islam berani berbalah!

    Marilah kita sebangsa seagama
    Ayuh bersatu tak kira cara
    Agama bangsa hidup selama
    Bersatu kita..lakukan segera!

    ReplyDelete
  5. Semacam je kd punya sakit hati kt najib. Aku sebagai pemerhati dan memang org sini nk beritahu, kehadiran najib utk kempen di prk c.highlands sgt memberi impak positif kpd calon bn. Kehadiran najib di pos² org asli (lebih 20% komposisi pengundi berdaftar parlimen c.h) mendapat sambutan sgt meriah. Mereka bukan bodoh sgt sampai tak tahu bahawa najib bukan lg pm, mereka juga maklum bn bukan juga menjadi kerajaan pusat tp mereka tetap sanjung dan tetap sambut najib dgn begitu baik. Apa yg menyebabkan hati kd keldai dap ni sakit sgtpun tak tahu. Sepatutnya kd gembira, najib yg menghadapi berpuluh pertuduhan mahkamah dtg kempen boleh memberi impak buruk kpd undi bn. Ini pelik, boleh pulak dia sakit hati bila bn berpotensi kalah. Tp aku org sini pelik, dikhabarkan bahawa program pm solat jumaat di masjid sg koyan dibatalkan. Ini kerana informer kerajaan kata mungkin sambutan jemaah di sg koyan kurang baik. Utk makluman, di sg koyan hanya ada 2 parti shj yg kuat iaitu umno dan pas. Faham² shjlah je apa akan jadi nanti. Tu pasal spr dikhabarkan main jahat dgn menutup pusat mengundi seawal pukul 3 ptg bg pusat² undi yg menjadi kubu kuat bn/pas. Yg ramai pengundi cina dan india ditutup waktu normal @ 5 ptg. So kd, nampak tak siapa yg main jahat dan berlaku putar belit utk menang? So, kahadiran najib di prk c.highlands sebenarnya menggusarkan ph, sbb tu dilampiaskan sakit hati dgn memberi gambaran buruk. Kd, jgn over sgt membenci manusia lain yg kau rasa rendah tarafnya. Manusia memang lemah dan sentiasa tak lari dpd buat salah namun yg paling penting ialah bagaimana penyudah dirinya semasa di di dunia. Jd hamba Allah yg menjaga agamanya atau menjadi pecacai dan balaci musuh islam.

    ReplyDelete
  6. strategi BN kali ini akan mencerminkan Pakatan Haprak akan menjadi kerajaan satu penggal akan menjadi kenyataan. Anwar Ibrahim jangan mimpi nak jadi PM, bye-bye Anwar

    ReplyDelete
  7. aku rasa umno menang...tapi kalau kalah.. baik bubar je umno.. bn tu bagi free je la kat mca ngan mic.. boleh juga bagi kat pas kalau nak.

    pas ngan umno masa pilihan raya nampak macam baik kan?.. tunggu prk habis. kita tengok sapa start kutuk dulu.

    kah kah kah

    ReplyDelete
  8. Buat tebiat KD ni! patut kau happy larr yg UMNgOk ambil risiko guna Najeeb dalam kempen CH! Ni mmerungut macam beruk kena belacan! Apa kau tak konfiden MahaKUTTY boleh atasi pengaruh Najeeb kat CH?

    ReplyDelete

CARA LAYERING

www.quantumnrich.com  Kami  Quantumnrich Resources 👉Klasifikasi Konsultan Emas Quantummetal  👉Mempunyai lebih 1000 rangkaian di seluruh ne...