Thursday, February 14, 2019

DR MAZA TAK PERLU SINDIR²...SEBUTLAH DENGAN JELAS, PUKUL HABIS..


https://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/bezakan-diri-kita-dari-iblis.html

2 comments:

  1. 'Ada campur tangan hakim tertinggi kes liwat Anwar'

    14 Feb 2019, 9:17 malam (Dikemaskini 14 Feb 2019, 9:35 malam)

    A A
    Dalam pendedahan menggemparkan hari ini, Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa hakim-hakim tertinggi negara berkali-kali memanggil panel hakim Mahkamah Rayuan kes perbicaraan Liwat II Presiden PKR Anwar Ibrahim dan memberi arahan tindakan yang perlu dilakukan.

    Pendedahan itu antara beberapa dakwaan campur tangan dalam institusi kehakiman yang didedahkan Hamid dalam afidavit sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman.

    "Hakim (Tertinggi Mahkamah Rayuan) tersebut memberitahu saya bahawa koram Mahkamah Rayuan telah dipanggil ke ruang hakim tertinggi berkali-kali dan diberi arahan atas apa yang harus dilakukan.

    "Terdapat lebih banyak lagi yang saya ingin katakan berhubung dengan ini, tetapi saya akan menyimpannya untuk mengatakannya kepada RCI (suruhanjaya siasatan diraja)," katanya dalam afidavit berkenaan yang turut dilihat Malaysiakini.

    ReplyDelete