Wednesday, February 13, 2019

ORANG POLITIK SEMAKIN MENJIJIKKAN..

Baik di kerajaan mahupun pembangkang..

Kerajaan dulu kencing merata sekarang ini kerajaan yang cirit dalam seluar.

Setiap hari keluar CERITA tentang mereka.. 

Cuma kelebihan kerajaan PH, mereka tidak saling kaberap.



13 comments:

  1. Baik punya posting oleh kd. Dh jemu kaberap kerajaan kot. Apapun kd, cakap yg bener sih! Tak perlu jilat.

    ReplyDelete
  2. Encik KD

    Ulas la sikit, instead of bagi tajuk secara umum gitu. Siapa yang tercirit di dalam seluar dan bila. Barulah kita orang dapat ulas dan cuba bagi sebab-sebab kenapa menteri tersebut cirit. Atau mungkin orang lain yang kentut lalu menuduh bau tahi datangnya dari menteri yang tercirit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Menteri terkincit dalam seluar, Hanya tukang cebok je yang tahu..

      Delete
  3. Butoh lu la Kluang gay. Dah macam nk u-turn je

    ReplyDelete
  4. Dah tk ada modal fitnah lagi ke kd . Bawa mai la kisah damacai plk . Judi taja lawan judi . Amacam .

    ReplyDelete
  5. Tinjauan: Sokongan pada PH di Semenyih jatuh bawah 50%

    Kow Gah Chie
    14 Feb 2019, 1:56 tengahari (Dikemaskini 14 Feb 2019, 1:56 tengahari)

    A A
    Sokongan terhadap Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semakin merosot, menurut tinjauan sebuah badan kaji selidik kerajaan Selangor.

    Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati gabungan parti kerajaan itu hanya akan mendapat 46 peratus sokongan dalam pilihan raya kecil akan datang.

    Ini susulan penurunan lima peratus sokongan berbanding undi 50.76 peratus yang diperoleh calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan lalu Bakhtiar Mohd Nor.

    Daripada 1,142 responden, sebanyak 37 peratus pengundi menyatakan sokongan pada Umno.

    Dua belas peratus lagi menyokong calon lain dan baki lima peratus mengaku mahu mengundi bebas.

    Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Pengerusi IDE Mohammad Redzuan Othman berkata dapatan itu menunjukkan tiada pemenang yang jelas setakat ini.

    Penentuan kali ini bergantung kepada pengundi yang mahu menyokong calon selain PH dan bebas.

    Tinjauan itu dijalankan antara 31 Januari hingga 1 Februari lalu.

    Pilihan raya 2 Mac ini diadakan susulan kematian Bakthiar.

    ReplyDelete
  6. Menteri PH tidak kaberap kerana dari berlainan parti dan berlainan ideoloji...

    Menteri2 PH jadi bengong kerana madey kencing rakyat...mereka tak dapat nak jawak soklan rakyat...

    ReplyDelete
  7. Maknanya kd dh declare bahawasanya org² politik termasuk kerajaan sgt menjijikkan. Jika kerajaan lama kd taklik sebagai kencing, kerajaan baru dh terlalu buruk. Kd taklikkan sebagai najis cirit yang terpekung dlm seluar! Manakan tidak, dengan cakap² janji yang langsung tidak boleh dipercayai sijil kelayakan akademikpun menipu. Bukan la maksudnya nk.jd menteri kena ada degree, tapi jangan menipu konon ada degree tapi dusta. Yang lulus ekonomi mengaku akauntan bertauliah pulak tu. Patut la jaga perbendaharaan negara dibuat macam harta benda bapak dia. Belasah lagi kd. Yg penting kerajaan kena betulkan kesilapan, tunaikan janji, jangan menipu, jgn sibuk selfi dlm pejabat, jgn kuat berjalan keluar negara pakai duit rakyat tanpa hasil, dan jangan sombong bodoh. Dan paling win kalau ada yg berani letak jawatan bila didapati menipu atau pm ada keberanian memecat menteri yang tak guna utk rakyat dan negara. Berhenti menjilat adalah lebih baik daripada berlumur cirit kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Sumber Utusan Malaysia

    Senjata makan tuan kerajaan PH tuah pembangkang

    Mutakhir ini semakin banyak isu jelak yang melibatkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan. Dari isu u-turn macam-macam dasar, ke isu menteri dibabikan usahawan, ke sijil kelulusan yang diragui, ke isu saman AES kini menjadi tindakan yang Islamik, macam-macam hal.

    Pembangkang tak perlu susah-susah cari isu, perjuangkan itu ini untuk rakyat. Mereka cuma perlu ungkit balik janji dan kata-kata lama pemimpin kerajaan hari ini sudah cukup untuk membuatkan sokongan beralih arah.

    Senjata makan tuan...

    Ramai orang semakin jelak dan mual dengan kerajaan baru.
    Kejelakan ini bukanlah disebabkan pembangkang semakin kuat.
    BN masih lagi lemah. UMNO belum pulih, MCA dan MIC masih tergapai-gapai. PAS masih lagi mencari rentak.

    Sebaliknya kejelakan ini adalah disebabkan sikap kerajaan PH sendiri seperti beberapa contoh berikut.

    Dulu cakap A, sekarang cakap B, rakyat jelak.

    Dulu kata mansuh, sekarang selamba teruskan, rakyat jelak.

    Dulu kata zalim, sekarang maqasid syariah, rakyat jelak.
    Dulu cakap ia tak bagus, sekarang u-turn siap tambah beli baru, rakyat jelak.

    Dulu persoal kelulusan orang, sekarang kelulusan sendiri meragukan, rakyat jelak.
    Dulu berlaku apa-apa asyik salahkan kerajaan, sekarang ia masih berlaku tak salahkan pula diri sendiri, rakyat jelak.

    Dulu kutuk menteri lama bagi kenyataan dan alasan bodoh, menteri sekarang pun masih ada bagi alasan bodoh, rakyat jelak.

    Dulu marah kerajaan lama salah guna harta kerajaan untuk pilihan raya, sekarang guna juga untuk kempen pilihan raya kecil, rakyat jelak.

    Dulu kutuk kerajaan lama masa pilihan raya baru muncul tabur 'dedak', sekarang mereka pun baru muncul bagi 'dedak' juga tambah lagi alasan bodoh, rakyat jelak.
    Lagi mengharukan cakap hutang Malaysia banyak, perlu buat langkah penjimatan, kurang peruntukan sana sini, ketatkan kelayakan Bantuan Sara Hidup, tutup agensi dan pejabat kerajaan sana sini, kurangkan bilangan penjawat awam, tapi sekolah swasta yang kaya dibantu pula, tambah lagi kamera AES dengan harga yang mahal.

    Apa yang dikutuk masa kerajaan BN buat kini dijilat balik. Tol, PTPTN, kamera AES, menara TRX, bantuan tunai, apungan harga minyak mingguan dan sebagainya. Tak mustahil lepas ni 1MDB yang dicanang-canang bermasalah pun boleh diteruskan, cuma 'rebrand' dengan nama lain sahaja.
    Aku sebenarnya tak suka bagi gelaran yang tak elok pada sesiapa, tapi hakikatnya itulah yang diperkatakan oleh orang ramai, rakyat dah kena 'kencing' dengan kerajaan.

    Apa yang aku nampak masalah kerajaan hari ini adalah mereka ini dua kali lima, selalu u-turn, cakap tak serupa bikin, agak lemah dalam menangani isu-isu melibatkan perpaduan, keagamaan dan sebagainya.

    Kalau pembangkang dulu, mereka kena guna pelbagai isu untuk mendapatkan sokongan rakyat, kena berjanji bulan dan bintang, kena perjuangkan kos sara hidup, kena pertahankan hak golongan-golongan tertentu, kena bangkang segala jenis dasar yang dibuat hari ini, tapi pembangkang hari ini memang beruntung.

    Tengoklah dalam pilihan raya kecil selepas PRU14, mereka tak perlu perjuang, pertahan atau bangkang apa-apa sangat pun. Cukup dengan bermodalkan 'senjata makan tuan', ungkit dan bandingkan balik je apa yang kerajaan hari ini cakap dulu dan sekarang.

    Malah pemimpin dan parti pembangkang sekarang tak perlu bekerja dan berusaha begitu keras pun. Tak perlu berhabis ribuan jutaan ringgit upah cybertrooper macam dulu untuk mempertahankan mereka di media sosial.

    Cukup dengan troll dari mantan PM DS Najib dah cukup membuatkan sokongan beralih arah dan lupa pada semua kesusahan yang ramai orang suarakan ketika di zaman Najib, kerana apa yang berlaku sekarang tiada apa perbezaan sangat pun malah semakin teruk. Orang yang dulu sokong PH pun ramai dah malu dan tidak mahu lagi mempertahankan kerajaan

    ReplyDelete
  9. at 15:46
    DS Najib hari ini telah menjadi seseorang yang rakyat perlukan untuk menegur dan mengkritik kerajaan hari ini. Namun selain dari troll, kenapa DS Najib semakin popular?

    Kerana beliau hari ini telah menjadi ahli politik pembangkang yang tulen, seperti mana pemimpin kerajaan hari ini menjadi pembangkang suatu masa dulu. Beliau dengan selamba pergi mana-mana turun padang jumpa rakyat, beramah mesra bergurau senda tanpa sebarang protokol dengan masyarakat, melayan sahaja karenah dan perangai orang muda, aktif bersuara di media sosial dan sebagainya, sangat berbeza ketika beliau dalam kerajaan menjadi PM dahulu.

    Manakala pemimpin pembangkang yang dulunya baik, mesra, rajin turun padang, senang nak jumpa mendengar luahan hati masyarakat, rajin bersuara di media sosial, sempoi, selamba, ramah, mudah bergurau senda, sanggup turun jalan raya bersama rakyat, kini dah jadi tokoh pemimpin kerajaan yang sama seperti pemimpin kerajaan sebelumnya.

    Nak jumpa susah, banyak protokol, jarang turun padang, malas update media sosial, kurang mesra, berlagak, asyik nak marah, tak boleh terima kritikan, banyak alasan bodoh yang membodohkan rakyat, kuat spin, nak bergurau senda rakyat rasa tak selesa dan sebagainya.

    Kesimpulannya, ahli politik ini paling best dan rasa dekat dengan rakyat adalah ketika mereka jadi pembangkang je. Bila dah jadi kerajaan tiba-tiba jadi bangang dan terus rasa jauh je dari rakyat

    ReplyDelete
  10. 'Sistem pendidikan rosak, Maszlee tak faham pemikiran anak muda'

    Zikri Kamarulzaman
    14 Feb 2019, 3:37 petang (Dikemaskini 14 Feb 2019, 3:39 petang)

    A A
    Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menerima bidasan pedas dalam satu sesi dialog hari ini dengan tokoh akademik mendakwa sistem pendidikan pada dasarnya telah rosak, dan mempersoalkan sama ada beliau adalah individu yang bersesuaian untuk memperbetulkannya.

    Bekas pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Syed Ali Tawfik Al-Attas berkata sistem pendidikan pada dasarnya telah rosak, dan memerlukan penilaian semula.

    "Biar kita hadapi realiti dan mengakui bahawa sistem pendidikan ini rosak ... Kita perlu menilainya semula sepenuhnya.

    "Kamu (Maszlee) tidak faham fikiran anak muda, bagaimana mereka dipersiapkan,” kata Syed Ali Tawfik semasa sesi dialog dengan menteri itu di Subang Jaya hari ini.

    Beliau berkata pelajar muda hanya perlu memberi tumpuan kepada tiga bidang pada lima tahun pertama sekolah rendah, iaitu membaca, menulis, dan aritmetik.

    Ini katanya, menyediakan asas bagi logik dan pemikiran di kalangan pelajar.

    "Kenapa kita sangat prihatin terhadap artificial intelligence, sedangkan kita tidak mempunyai kecerdasan," katanya.

    Syed Ali Tawfik juga menekankan pentingnya pendidikan perlu dipisahkan daripada politik, khususnya pelantikkan politik dan slogan politik.

    "Malangnya, semua di sekolah itu adalah lantikkan politik. Inilah masalahnya.

    "Hapuskan lantikkan politik, jangan lantik ahli politik sebagai naib canselor.

    "Mereka merosakkan segala-galanya, kerana mereka berhubung dengan ideologi, untuk menyemai benih-benih politik," katanya.

    Maszlee dalam jawapannya berkata bahawa dasarnya adalah untuk tidak melantik orang politik dalam "jawatan tertentu"

    ReplyDelete
  11. Kerajaan dulu kencing merata
    Kerajaan sekarang berak merata
    Dulu bau je hancing
    Sekarang taik bersepah-sepah

    ReplyDelete
  12. Menipu yg selalu dicakapkan tu la kelebihan PH.

    ReplyDelete