Monday, March 25, 2019

APA YANG NURUL ARAHKAN PADA SEORANG DIKTATOR?

Gambar - Begitu tekun SEORANG DIKTATOR merendahkan dirinya (?) untuk mendengar arahan dari SEORANG wanita anak kepada SI xx..



Apakah tuduhan terbaru dari wanita kecewa ini sebagai satu suntikan provokasi usaha menggulingkan Mahathir melalui undi tidak percaya ketika Parlimen sedang bersidang (?)

Kelebihan MAHATHIR, setiap kali tuduhan semborono dan liar dilemparkan kepadanya oleh musuh dalam lipatan, posisinya semakin mantap.

Pembangkang (PAS) dari AWAL lagi sudah menyatakan pendirian MENOLAK sebarang cubaan menggulingkan MAHATHIR (?)

Anwar wajar segera menangkis serangan Nurul jika BENAR mahu menduduki kerusi PM secara peralihan kuasa teratur.


# APA sudah jadi dengan dakwaan MAHATHIR tunduk kepada DAP?
Apakah MAHATHIR sudah tidak DIKTATOR?
# Pengampunan DiRaja mesti atas restu PM mengikut Perlembagaan, apakah MAHATHIR sudah tidak DIKTATOR melepaskan anjing tersepit.
# OKT berkeliaran tanpa malu di setiap lorong sunyi berselfie, kenapa DIKTATOR patuh kepada rule of laws?


Menentang KORUP antara punca sesetengah pemimpin Melayu dan  Pegawai Kerajaan hilang sumber pendapatan.

Jika ditanya, apakah golongan ini akan sokong MAHATHIR, jawapannya mereka tidak sokong lagi MAHATHIR disebabkan dia tidak tunai janji manifesto.

Begitu mudah manusia hipokrik mencabang lidah mereka.



22 comments:

  1. Tuduhan beliau kepada madey berasas
    bekas diktator - memang benar
    Sekarang dah jadi diktator semula
    Org suruhan beliau yg byk makan dedak cakap "kena sokong beliau sebab beliau sedang memulihkan
    negara".............pulihkan negara atau hancurkan ekonomi negara??

    Rakyat dah meluat...

    Rakyat dah tengok kerajaan mana yg baik dan yg buruk

    Kerajaann yg dikatakan/difitnah sbg kleptokrasi, perompak dan penyamun tulah yg sebenarnya yg membina ekonomi, membantu rakyat, memelihara agama islam & raja2 melayu dan memepertahankan perlembagaan serta menjaga kebajikan orang yg bukan bumiputra dinegara ini...

    ReplyDelete
  2. Madey mula kendur dgn isu pelantikan pengerusi PAC bila Izzah buat kenyataan dan berundur dari PAC....perlu ade seseorang yg berani menegur madey seblm PH bertambah parah...

    Madey masih syook sendiri walopon tewas di semenyeh...madey ingat dia boleh kuasai PH seperti dia kawal BN dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waklu.... Kalau tak tau psiko dan politics games, main jauh²... Ingat TDM tu otak kecik macam ko ke....

      Delete
  3. MENJADI NURUL IZZAH YANG JUJUR DAN TIDAK HIPOKRIT LEBIH MULIA DARIPADA JADI PENGAMPU SEPERTI AZMIN
    Shahbudin Husin 25 March 2019 Politik Semasa 30 Comments
    A A A
    Berikutan interbiu Nurul Izzah Anwar dengan sebuah media Singapura yang mengkritik Tun Mahathir Mohamad, beliau kini menjadi sasaran kecaman daripada para pentaksub dan pengampu Perdana Menteri.

    Mereka yang berbuat demikian bukan saja daripada Bersatu, tetapi juga daripada PKR sendiri.

    Antara lain Nurul menyebut tempoh hampir setahun PH memegang kuasa sebagai kerajaan adalah “sangat mencabar dan huru-hara. Saya belajar banyak perkara, tapi saya juga rasa saya sudah patah hati”.

    ReplyDelete
  4. Pas sokong madey hanye untuk buat madey syook sendiri dan merosakkan lagi PH...2 prk sudah tewas...petanda madey sudah ditolak..

    ReplyDelete
  5. Madey bukan diktator tapi bersifat diktator...

    ReplyDelete
  6. DIKTATOR melepaskan anjing tersepit?..

    Tanpa persetujuan anwar madey tak boleh jadi pm dengan 13 kerusi...madey sudah tidak popular lagi..

    ReplyDelete
  7. OKT berkeliaran berselfie dilorong sunyi . Lancau lu la bloger . OKT yg paling digeruni sampai nk solat jumaat pun kna amik permit . Kt kwsn mahafiraun d langkawi smpi report polis okt nk selfie . Lancau punya tulis .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lancau jugak sama lu..
      Lu lupa ke bintang lorong pujaan kau tu maki n caci madey apa dan sekat macam² sama madey...
      Kesian, hina madey, kuasa jatuh tersungkur di kaki madey....

      Delete
  8. persolan ko tu sebenarnya tak akan boleh dijawab oleh penyokong jibby dan nuar..soalan ko pun dia tak mampu nak baca

    jauh sekali kalau dia penyokong jelutung.. tak baca pun.

    tapi kalau dia penyokong hadi kitsiang tokmat dia ada jawapan tapi dia akan sembunyikan...

    hanya pejuang kebangsaan je mampu hadam dan jawab soalan ko

    kah kah kah

    ReplyDelete
  9. Sudahlah....don't give a damn to this 'CRYBABY'.
    Dia bukan RAFIDAH AZIZ, jauh panggang dari api nak jadi Steel Lady macam Margeret Teacher. Mereka ada prinsip dan hala tuju perjuangan. This 'crybaby' berjuang cuma untuk keluarganya, nakkan bapaknya jadi PM, ini saja. Selagi bapanya tak naik jadi PM, selagi itulah dia akan menangis, kecewa dan merana. Pada dia,bapanyalah yg terbaik. Naik je jadi PM, ekonomi Malaysia terus naik mencanak. Matawang Malaysia rm1..00 terus melonjak naik to USD1 dan ranking KEBAHAGIAAN RAKYAT MALAYSIA akan berpindah naik melonjak ke paras 1.....................hahahaha
    Tun M seorang politikus. Sepanjang hayat berjuang untuk bangsa dan negara. Taringnya sudah tajam, bukan macam gigi susu bayi. Dia tahu, IDELISME IS FAR FROM REALITY. Nak kejayaan, u have to fight for it bukan menagis dibahau media asing. U are dissappointed so what...???????
    Tun M lagi kecewa dengan perangai kamu yang jadi gunting dalam lipatan. Sikit-sikit menangis, ugut orang sana sini, nak berenti. Tengok Tun M and Rafidah Aziz, nak berenti, dia terus berhenti. Takda ugut-ugut tapi tak juga berenti. Nak jadi 'Puteri Reformasi' memang senang. Menagis je,KAMI DI ANAYAW!....KAMI DIANAYA..... terus semua orang kagum dan dapatlah gelaran puteri reformasi. Tapi, nak berjuang demi bangsa dan negara, u have to fight your tooth and nail. Bukan senang nak buat orang kagum dengan idealisme kamu. Jadikan idealisem itu REALITY baru boleh cakap besar. Otherwise, duduk rumah, cari laki Bilyawan dan jadi suri rumah tangga macam adik-adik kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bravo... Itu yg tepat.
      Byk jugak boy, bapak boy, atok boy yg kepala dah botak, janggut beruban tapi otak kecik cam udang je tak mampu play games dalam politik realiti.... Aduiii, byk juga laki ikut menangis kerana Nurul. Hahaha

      Delete
  10. Fakta-fakta sejarah yang menyakitkan di antara 'diktator' dan 'papa' Nurul:-

    1. Diktator adalah orangnya yang mengutip papa Nurul masuk UMNO dan memberikannya papa Nurul jalan yang mudah memanjat tangga sehingga menjadi TP UMNO dan TPM Malaysia. Sebelum itu papa Nurul hanya setaraf Jufazli yang 'membuat bising'.

    2. Diktator telah memimpin 6 PRU dan menang di dalam kesemuanya. Papa Nurul hanya merasai kemenangan apabila berada di dalam pasukan yang diketuai diktator. Apabila papa Nurul menentang diktator papa Nurul tewas.

    3. Selepas dua dekad bermusuhan, diktator akhirnya telah berbaik semula dengan papa Nurul dan papa Nurul telah menyambut langkah diktator tersebut. Fakta menunjukkan diktator bersedia melupakan permusuhannya dengan papa Nurul disebab ia telah melihat Najib sedang melakukan kerosakan yang jauh lebih besar berbanding isu peribadi papa Nurul. Adapula papa Nurul bersedia bekerjasama semula dengan diktator disebabkan papa Nurul melihat bahawa selepas dua dekad mencuba untuk menjadi PM dan gagal, diktator adalah peluangnya yang terakhir untuk menjadi PM. Malah papa Nurul sendiri bersetuju langkahnya ini dinamakan sebagai 'The Final Twist'.

    4. Ketika berlakunya perundingan di antara diktator dan papa Nurul, papa Nurul telah memberikan satu syarat yang tidak dapat dipersetujui oleh diktator. Untuk itu diktator telah membatalkan segala rundingan di antara PPBM dan PKR. Papa Nurul yang ketakutan peluang untuknya menjadi PM akan terkubur dengan serta-merta menghantar Nurul untuk memberitahu diktator bahawa syarat itu ditarik balik dan PKR mahu teruskan rundingan dengan PPBM. Bukti yang jelas diktator tidak bersedia bertolak ansur untuk perkara yang difikirkan
    melampau sedang papa Nurul pula rela berbuat apa sahaja asal dapat menjadi PM. Diktator memahami keutamaan sedang papa Nurul mengutamakan diri sendiri semata-mata.

    5. Apabila PH menang PRU14 dan diktator kembali menjadi PM, diktator telah mengusahakan pembebasan papa Nurul melalui pengampunan diraja seperti yang telah ia persetujui semasa berlaku rundingan dahulu. Papa Nurul yang selalu menjerit diktator telah memfitnahnya melakukan liwat akhirnya menerima pengampunan tersebut. Tanya sahajalah mana-mana ahli psikologi mereka akan berkata fakta bahawa papa Nurul menerima pengampunan tersebut ketika tempoh hukuman tinggal sejengkal menunjukkan bahawa di dalam hati papa Nurul dia tahu dia dihukum disebabkan kesalahan sendiri dan bukan fitnah. Apatah lagi pengampunan itu diusahakan sendiri oleh orang yang dituduh sebagai pemfitnah tersebut.

    6. Tanpa bermesyuarat dengan parti-parti lain dan malahan tanpa pengetahuan kesemua pemimpin utama PKR pun, papa Nurul telah mengusahakan 'langkah Port Dickson'. Ketika berlakunya kempen di PRK Port Dickson, sambutan menunjukkan orang-orang Melayu tidak menyambut papa Nurul dan papa Nurul ketakutan. Maka dipanggilnya diktator untuk turun berkempen untuknya dan diktator telah akur walaupun sejarah menujukkan selama 22 tahun diktator menjadi PM-4, hanya TPM yang akan berkempen di PRK. TPM yang merupakan mama Nurul tidak mampu mendapatkan sambutan dan sokongan kaum Melayu. Hasilnya papa Nurul telah menang.

    Paling kelakar ialah sebelum itu papa Nurul telah membuat kenyataan 'saya dan Tun M adalah naga di bukit masing-masing'. Apa barang seekor self acclaimed naga memanggil naga lain untuk menjaga bukitnya sendiri. Oh jangan lupa diktator menang bergaya di Langkawi tanpa keperluan untuk mama dan papa Nurul berkempen untuknya.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diktator yg yg telah mengkayerkan ktoni dan anak branak..

      berpuluh billion wang lesap di zaman Diktator madey... forex perwaja mas proton dll..

      Diktator yg bail out anak sendiri..

      Diktator yg buat Ipp dan konsessi lebuhraya yg untungkan kan kroni dgn perjanjian berat sebelah...

      Delete
  11. (Sambungan)

    7. Sebelum ini Nurul telah meletak jawatan Naib Presiden PKR dan memberi alasan konon kecewa dengan Tun dan PPBM kerana menerima bekas YB UmNo ke dalam PPBM. Anehnya selepas Nurul meletak jawatan papa Nurul telah melantik Piji mengisi tempat kosong itu. Eh, kata demokrasi, kalau demokrasi kenapa tempat kosong tersebut tidak diisi melalui pertandingan. Inilah hakikatnya dictatorship yang sebenar, mengaplikasi prinsip pelantikan mutlak untuk jawatan bersifat demokratik.

    8. Pada 1998 ketika papa Nurul mahu mencabar Tun, papa Nurul telah menuduh Tun mengamalkan KKN. Hari ini papa Nurul telah menawarkan kepada rakyat Malaysia utk mama Nurul kekal menjadi TPM sementara papa Nurul mengangkat sumpah sbg PM. Bermakna kita akan dapat suami sbg PM dan isteri sbg TPM. Inilah KKN terbesar di dalam demokrasi.

    9. Kini Nurul letak jawatan PAC pula di atas alasan Tun tidak menukar pengerusi PAC. Manifesto adalah untuk melantik YB pembangkang sbg pengerusi PAC dan itu telah dilaksanakan. Keputusan YB Ronald melompat kapal tidak melanggar manifesto ini, tetapi Nurul membuat bising seolah-olah manifesto telah dilanggar. Cuba teliti apa komen YB Nga Kor Meng bahawa di dalam keadaan sekarang, keputusan terbaik adalah mengekalkan pengerusi PAC sekurang-kurangnya sehingga task mereka yang sudah di penghujung selesai demi kebaikan rakyat. Kemudian barulah boleh fikir untuk tukar pengerusi PAC sekiranya difikirkan perlu. Memalukan apabila seorang YB Cina dari DAP memberikan alasan yang lebih memikirkan kepentingan rakyat keseluruhannya berbanding Nurul yang menggunakan peristiwa ini sebagai 'alasan untuk berpolitik' walaupun alasan ini akan merugikan rakyat teramai daripada pembayar cukai LHDN dan cukai GST. Nurul sahaja yang tak perasan kebenaran ini.

    Satu lagi, siapakah di kalangan YB pembangkang yang kelihatan layak menjadi pengerusi PAC hari ini? Semua yang kelihatan bersih telah lompat ke bersatu dan yang tinggal di sebelah sana adalah watak-watak yang penuh keraguan seperti Najib, Zahid, Anuar Musa, Nazri Aziz dan yang sewaktu dengan mereka, ataupun para lebai yang tidak memahami ekonomi dan angka dan telah 'berpuashati dengan penjelasan Arul Kanda' berkenaan 1MDB ketika seluruh dunia bertindak mengesahkan wujud unsur jenayah. Adakah di dalam keadaan ini, Tun mesti juga tukar pengerusi PAC dan merugikan rakyat keseluruhannya semata-mata untuk memuaskan hati Nurul sekeluarga? Masih mahu mendahulukan keluarga berbanding rakyat teramai?

    10. Terkini di dalam usaha papa Nurul untuk menekan Tun demi menaikkan papa Nurul dengan segera dan melanggar persetujuan tempoh 2 tahun sebagai PM yang sah, Nurul telah membuat kenyataan menghina Tun dan memanggilnya diktator yang melakukan begitu banyak kerosakan di dalam negara ini (walaupun fakta menunjukkan sebaliknya dan malahan gambar di atas juga menunukkan bagimana diktator tunduk untuk mendengar apa yang dikatakan oleh seorang perempuan yang sebaya dengan cucunya). Tindakan Nurul ini telah dikritik oleh bekas Naib Presiden PKR sendiri, sdr N Surendren. Tidakkah Nurul malu melihat bagaimana seorang India lebih mementingkan negaranya berbanding Nurul?

    Tun telah dicerca 'mahataik', 'mahazalim' dan 1001 maha yang lain, maka apa yang membuatkan Nurul fikir tuduhan 'diktator' akan melemahkan semangatnya? Cubalah langgar Tun dan kita akan lihat siapa yang menang. Jangan lupa John Doe telah memberitahu apabila papa Nurul melanggar Tun, papa Nurul yang akan tewas.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's my bro..teruskan perjuangan bersama ayahanda kita iaitu TUN yang dikasihi.

      Delete
    2. Presiden ada kuasa dlm perlembagaan melantik naib presiden...dgn kuasa ni azmin boleh di cekik oleh anwar..

      Delete
    3. Jika ditanya, apakah golongan ini akan sokong MAHATHIR, jawapannya mereka tidak sokong lagi MAHATHIR disebabkan dia tidak tunai janji manifesto.

      Aku menentang rasuah...madey pernah kayerkan kroni dan anak branak...tak rasuah?...

      Aku tak bersetuju dgn madey kerana madey kuat kencing manipesto....

      Delete
  12. Alhamdulillah... Bro. John Doe telah mengupas dgn sgt baik apa yg terbuku dlm kepala sye. Malang buat Shabudin.com sbb nmpak teramat bias dgn berpihak lebih kpd papa Nurul. Ingatkan Shabuddin ni cerdik, tp rupanya x berapa sgt cerdik sbb bleh termakan dgn watak chameleon papa Nurul n anaknya... Pelik la knapa org Melayu senany sgt terpengaruh dgn luaran penampilan manusia... Melayu mmg malas berfikir kritis n mudah sgt acceptable dgn penampilan luaran.. Melayu mmg teramat senang kene eksploitasi. Lemahnya kebanyakan Melayu...

    ReplyDelete
  13. Cuma aku geram sbb Tun selalu x suka defend diri dia bila kene attack..drp zaman papa Nurul 98 lagi.. but its ok...org2 yg cerdik mcm tuan punya blog, John Doe n etc. yg panam n kenal mana satu pure diamond ni la yg akan support perjuangan Tun..
    Contoh : Mama Nurul kecoh bagitau yg dia terpaksa pajak Istana Segambut dia utk survive dlm politik utk PRU14. Dah tu ada Tun bising2 cerita kt org apa yg dia terpaksa korbankan utk kempen n survival perjuangan politik Tun utk PRU14? Takda kan?? Mana Tun punya The Loaf? Ada Tun crita kt public apa yg terpaksa dia korbankan aset dia selain The Loaf?? Semua org tak tau... sbb Tun mmg seorg pejuang tulen yg sgt ikhlas n sgt gentleman fighter.. Bukan level papa Nurul or mama Nurul n jauh lagi si Nurul...

    ReplyDelete
  14. John Doe bro memang tepat kupasan nya. Reply2 posting bro John Doe semuanya senada dengan nya dan memang betul tanpa was2 melainkan Anon yang comment 2 kali tu. Anon ni short cirfuit sikit kot..

    Papa Nurul ni siapa tak kenal. Pengacau dari dulu sampai sekarang. Dia penceramah hebat dari satu masjid ke masjid yang lain dan pendengar nya berbagai lapisan masyarakat. Dia kalau penceramah masjid turn politician ni, tak ke lebih kurang macam lebai2 parti masuk syurga ? Banyak jenis politician ada; doktor turn politician, businessman turn politician (macam Trump la), reluctant politician pun ada (macam Daim la kot). Tapi penceramah turn politician ni hampeh..Jenis macam papa Nurul la. Puteri reformasi my dick la. Pergi telokop la.

    Orangtua Mahathir ni tak pernah claim dia suci. But he has done what he got to do. And what he got to do mendatangkan hasil. Mana ada politician tak ada kroni..kroni papa Nurul lagi sentiasa lapar dan sentiasa menunjukkan tebiat lapar nya. Kroni orangtua Mahathir bikin Malaysia la; bukan halfway but all the way.

    Kok ia pun toksah le hentam orangtua Mahathir ni macam ni. Kan ke satu kem tu dan orangtua ni kepala kem walaupun di depan layar. Tapi jangan lupa kalau bukan sebab orangtua ni keluar dari persaraan dan kempen macam orang muda (ramai mamat & minah parti gabungan PH ni tak terbuat), papa Nurul boleh jadi belum dapat pengampunan lagi la dan boleh jadi belum boleh manuever Langkah PD...

    Jadi kalau tak boleh terucap terima kasih pun, jangan la hentam publicly macam ni.

    ReplyDelete