Saturday, March 16, 2019

SEBOK DENGAN KAPIR SENDIRI TIPIS IMAN..

Puluhan yang tewas dan yang cedera dalam serangan di sebuah Masjid Christcurch New Zealand.
Alhamdulillah mereka mati di Rumah Allah, di tempat yang sering diidamkan, kita di mana belum tahu...

Semua itu harus memberi kesedaran bahawa maut boleh menjemput bila-bila masa.. bagaimana ia berlaku, bukan sangat perkara pokok.



.......

Sebelum saya dan isteri berangkat ke luar negara untuk menyambungkan pelajaran, kami sering ke ceramah-ceramah agama.

Saya masih ingat diakhir satu ceramah, seorang daripada pendengar menanyakan soalan

"Ustaz, kalau kita dengar orang menghina nabi, apakah yang sewajarnya kita lakukan pada dia?"

Lalu ustaz itu tersenyum dan berseloroh

"Kalau macam tu saya tak boleh jawab, kamu kene tanya Nabi Muhammad, sebab orang hina dia, bukan hina saya"

Kedengaran ketawa yang perlahan di seluruh dewan.

"Saya gurau je" ustaz itu menjawab.

"Nabi dihina bukanlah perkara baru, benda ni perkara lama sejak zaman baginda berdakwah lagi"

"Tapi masa tu zaman permulaan Islam memanglah orang tak terima Islam. Sebab tak pernah dengar" tanya seorang dari mereka

"Betul, zaman Nabi zaman permulaan Islam, tetapi sejak dulu hingga kini Nabi kita tetap dihina. Dari awal-awal perkembangan hinggalah kiamat, ejekan kepada baginda akan berterusan"

"Macam mana kita nak hentikan mereka. Kalau mereka tak hina terang-terangan, mereka hina Nabi kita bersama anak-anak mereka, dan anak mereka akan sampaikan kepada cucu-cucu mereka dan seluruh generasi mereka. Perkara ini takkan berhenti"

"Habis tu nak buat macam mane ustaz" seorang dari mereka bertanya lagi.

Semakin seronok pula isu ini. Saya terus fokus kepada semua jawapan ustaz ini.

"Kita memang tak boleh hentikan orang hina Nabi kita, tapi kita boleh hentikan nafsu amarah kita"

"Kalau kita dengar orang ejek Nabi kita, kita tanya baginda, ya Rasulullah jika kamu masih hidup apa yang kamu ingin lakukan pada orang yang menghina kamu?"

"Sebenarnya Rasulullah dah jawab soalan ni. Kamu ingatkan peristiwa Nabi Muhammad berdakwah di Tha'if?"

Semua menggelengkan kepala termasuk saya. Saya memang tak baca pun kebanyakkan kisah baginda.

"Semasa baginda berdakwah disana bersama Zaid, baginda dihina, dibaling batu hingga berdarah dan lebam badan baginda. Lalu baginda mengadu kepada Allah"

"Tidak berapa lama kemudian, malaikat Jibril datang dan beritahu Allah offer untuk himpitkan 2 gunung di antara kota Tha'if untuk hancurkan orang yang menghina kekasih Allah itu"

"Kamu tahu Nabi Muhammad jawab ape? Ini Tuhan offer tau. Bukan kita. Allah offer. Tau tak Nabi jawab ape?"

Ustaz tu pandang keliling jika ada yang ingin menjawab.

"Nabi Muhammad s.a.w menjawab, jangan, mana tahu Allah melahirkan generasi Islam yang hebat dikalangan kaum mereka"

"Kamu tengok. Allah offer untuk hancurkan orang yang hina dia. Untuk hapuskan orang hina dia, himpitkan dengan 2 gunung. Nabi kita rileks je tolak sebab dia fikir kalau bukan sekarang dia peluk Islam, mungkin anak-anak dia cucu cucu dia akan peluk Islam"

"Nabi kita pikir panjang bukan macam kita tahu nak belasah je"

Semua senyap sebentar. Tergamam dengan jawapan Nabi Muhammad.

"Cuba kamu bayangkan kalau kamu belasah orang yang hina Islam, dia ada anak pula. Kamu rasa anak dia tak marah dengan Islam sebab bapak dia kena belasah? Bapak kamu kene belasah kamu marah tak? Silap-silap 7 keturunan dia benci Islam"

"Salah siapa yang buatkan orang benci Islam?"

"Apa perasaan kamu apabila kamu dimaafkan oleh seseorang yang kamu buat salah? Kita hormat orang tu, kita junjung orang tu malah kita lindung orang itu"

"Tapi ustaz itu membuatkan umat Islam lemah?!" Seorang dari pendengar beri soalan dengan rasa tak puas hati.

"Kita memang manusia lemah. Tu sebab kita dilahirkan dalam zaman ini. Zaman ini untuk manusia yang lemah. Orang yang kuat wujud zaman Nabi je. Kuat mental" sambil ustaz menunjukkan kepalanya.

"Sebab zaman dulu kene seksa macam-macam suruh tinggalkan Allah, tapi dia masih lagi berpegang kuat pada Allah dan RasulNya"

"Zaman sekarang orang 'seksa' sikit je. Orang bagi rasuah kita ambik, orang bagi arak kita minum, orang 'babi'kan orang ikut pun ikut 'babi'kan orang, orang mencarut kita ikut mencarut, orang hisap rokok kita pun hisap rokok"

"Tanya balik diri kita tang mane kita kuat sebenarnya?"

"Jadi macam mane nak jadi kuat ustaz?" Giliran saya bertanya

"Rasulullah dah jawab orang yang kuat bukanlah orang yang menang dalam pergaduhan, mereka adalah orang yang sentiasa menahan amarahnya"

Saya pun tersentak kerana saya pun belum boleh menahan amarah saya. Kalau saya marah semua saya tengking.

Tetapi Nabi saya dibaling batu dan dihina masih lagi menahan sabarnya walaupun Tuhan sendiri yang menawarkan untuk menghapuskan kaum itu.

Kalau kita offer nak belasah orang hina dia, saya yakin baginda pun tak bagi sedangkan Tuhan tawarkan untuk himpitkan 2 gunung pun Nabi tak mahu

Orang kata sabar ada had.

Entahlah, kalau Nabi kata orang yang kuat adalah orang yang sentiasa menahan amarahnya (sabar) maksudnya betullah kita ni umat dia yang paling lemah.

Sebab kita suka berpegang kepada perkataan. 'Sabar ada hadnya'

Orang jentik sikit pecah habis had kesabaran kita. Nipis rupanya had kita tu. Tak tebal mane pun termasuk saya

Entahlah.

Fadhli Sahar


12 comments:

  1. Selain kau pos artikel ni, kau tak tulispun solusi utk kes² hinaan kpd rasulullah kd. Samada nak biarkan sahaja, atau halang sebarang tindakan undang² kpd penghina rasulullah, atau macamana. Ada baiknya selaku penulis blog, nyatakan perasaan sendiri ketika mana melihat dan membaca kisah² penghinaan dan cercaan kpd nabi kita. Itu sebenarnya lebih bermanfaat dlm konteks mendidik pembaca. Kalau tak perlu amarah, lalu perlu apa? Gaya penulisan ala² macho penuh iman dan memperlekeh iman org lain, hatta pendakwah dan muftipun diperlekeh tahap keimanan namun diri sendiri sorok kepala dalam semak. Berilah solusi secara jelas kd, bukan main baling batu sembunyi tangan, konon ala² iman yg kuat. Dlm posting lepas, aku kilas sikit je pun dah salahkan mak bapak aku tak ajar hormat org sedangkan diri sendiri cuai membaca komen. Kd...kd. bertanggung jawablah pd diri sendiri sekurang-kurangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang hina terang terangan undang undang malaysia dah ada solusi untuk itu

      tapi yang yang hina akan terus hina...

      dakwah jaga akhlak jaga adab bicara..bagi fakta yang betul..sampai mata terbuka tentang indahnya islam.. nabi dakwah dengan sabar.. islam bukan tersebar dengan mata pedang.. tapi dengan akhlak sabar dakwah.

      islam datang membawah rahmat seluruh alam .. bukan seperti setengah gologan yang selalu tewas..mudah mengalah dengan berdoa agar menghancurkan apabila tewas.

      yang dia tau hanya hancur hancur hancur... padahal nabi ajar lain..

      Delete
  2. Yang di atas tu selari dengan pendirian aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rela mati di rumah Allah, ditembak daripada mati sedang selfie dengan penyamun!

      Delete
    2. Astaghfirullah. Walaupun kau tak petik nama siapa sebagai penyamun tp pembaca sedia maklum siapa yg kau maksudkan. Aku berdoa semoga kau sempat memohon maaf kpd org yg kau tuduh penyamun itu. Mahkamah belum bersidang, pertuduhan belum dibicarakan sedangkan kau dgn penuh nafsu menggelarkan manusia itu penyamun. Dimanapun kau mati atau bagaimanapun kau mati, dosa fitnah kemungkinan besar akan kau bawa bersama. Cukup beranikah kau kd? Aku tak kata kau benar dan aku tak juga kata najib benar sebab belum ada keputusan mahkamah yg dibacakan yg arif tuan hakim. Sehingga itu, aku tak berani membuat tuduhan sesuka hati kerana menuduh tanpa bukti boleh membawa kpd fitnah. Takutlah dgn ancaman Allah, bukan taksub dgn manusia politik yg belum tentu benar betulnya. Org yg kau sanjung juga dulu dituduh macam² oleh rakan politiknya kini. Aku tetap tak tahu betul salahnya tuduhan dulu sebab tidak dibuktikan oleh mahkamah. Kau kd? Mahkamah kau letak dimana?

      Delete
    3. Najib penyamun yg belajar menyamun dari madey...cuma madey bijak cuci tangan...

      Madey tak mau mati di rumah Allah?..umo dah lanjut...rumah kata pegi kubor kata mari..

      Gerenti KD takut siarkan kata2 aku...

      Delete

    4. Tuduhan ke atas MAHATHIR?
      Ke mahkamah pun tidak..
      Tapi kau orang dah jatuhkan hukum, boleh Pula?

      PENYAMUN? Kau orang yg sebut Najib..
      Aku Pula disalahkan..
      Kikikikiki

      Dari awal lagi dah cakap, bangkai gajah Mana boleh ditutup dengan nyiru..pakai otak le sikit.

      Delete
    5. Aku tak kata la kd. Anon ni bukan sorang, mungkin ramai dalam ni. Aku, malas nk tunjuk identiti, nanti jumpa raya kau masam muka. Biarlah pakai anon supaya kau tak tahu siapa aku dan kau tidak perlu prasangka. Oppss, 1 lg. Kalau ada yg tuduh madey tu perompak ianya bukan aku. Boleh tanya anwar, guan eng, kit siang, mat sabu dan lain² dari ph sendiri. Tapi tak taulah, sejak berkawan ni sunyi sepi tiada tuduhan madey perompak dari kwn² dlm ph. Mungkin madey dah disucikan atau mereka dah lupa tuduhan mereka dulu terhadap madey. Kalau tanya aku, aku tak tahu sebab bukan anak dia.

      Delete
    6. Kalau dh nama nya taksub
      1. Najib dh di dakwa tp mahkamah tk jatuh hukum - itu fitnah bg yg taksub
      2. Mahathir - di dakwa pun tidak tp itu fakta.
      #bagi mereka yg berfikir

      Delete
  3. Saya bersetuju dengan pendapat ustaz tersebut. Ia menunjukkan betapa umat Islam pada hari ini sangat bingung di dalam mengeluarkan pendapat dan juga perilaku mereka.

    Kebingungan zaman fitnah ini adalah berpunca daripada kewujudan 3 golongan berikut:-

    1) golongan yang menjual agama untuk mencari kehidupan dunia. Mulut mereka manis dengan Islam Islam Islam tetapi hati mereka sebenarnya hanya memikirkan habuan duniawi semata-mata. Mereka ini mengapi-apikan umat demi mendapat habuan buat diri sendiri.

    2) golongan orang-orang bodoh yang disangka Ulamak oleh masyarakat. Mereka mengapi-apikan sentimen tanpa ilmu yang benar dan menganggap mereka sedang menunaikan tuntutan agama ke atas mereka, padahal mereka hanya melakukan kerosakan sedang mereka tidak sedar. Disebabkan masyarakat menyangka mereka adalah Ulamak, maka racun yang mereka taburkan itu membawa kesan di dalam masyarakat.

    3 ) wujudnya golongan orang-orang bingung yang disebut ruwaibidhah. Mereka sendiri bukanlah pendusta mahupun ahli-ahli fitnah, mahupun orang-orang bodoh yang diangka Ulamak, tetapi disebabkan kebingungan mereka, mereka pun termakan racun-racun yang ditaburkan oleh dua golongan di atas. Mereka ini mempunyai salah satu atau kedua-duanya sekali di antara dua sifat berikut iaitu 1) bodoh sombong; 2) bingung (blur).

    Pada masa sebahagian kaum Muslimin terjerit-jerit melaungkan dan mahu menunjukkan konon mereka sajalah yang cintakan agama Islam, masjid-masjid kita masih tidak penuh dengan jemaah dari kalangan golongan ini. Sekiranya mereka benar-benar cintakan agama mereka, dan benar-benar cintakan sunnah Nabi mereka maka, perkara yang akan mereka utamakan ialah solat jemaah itu sendiri.

    Itu belum dikira berapa ramai di antara mereka itu yang bersolat pun tidak penuh 5 waktu sehari semalam.

    Bagaimana pula seseorang yang tidak mendirikan tiang agamanya dengan baik, mahu menyangka dan mendakwa dirinya adalah pejuang agama, dan pembela Nabi Muhammad saw?

    Apapun dengan izin Allah kebingungan zaman fitnah ini pasti akan berlalu apabila zaman fitnah itu ditinggalkan. Berlakunya zaman fitnah adalah khabar nubuwwah dan ia benar-benar telah bermula dan sedang berlaku. Ada pula berakhirnya zaman fitnah dan bermulanya zaman baru di mana fitnah itu dilenyapkan bersama-sama kebingungan juga adalah khabar nubuwwah maka ia tetap akan berlaku, hanya masa yang memisahkan.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Inshaa Allah dgn izinNya esok akan berlaku suatu peristiwa agak menggemparkan arena politik tanah air. Sehingga esok, dijangkakan mlm ini (17hb Mac) duit dlm bentuk cash ia king akan bergerak mencari tuan baru. Cumanya dijangkakan owner cash² ni dtg daripada sosok² politik ph yg berusaha membeli sokongan agar tiada kerajaan yg tumbang dan peranan di dun bertukar. Tapi biasalah, sprm tak berfungsi kerana tarikh 17hb adalah cuti bekerja. Maka cash is king xde masalah utk bergentayangan mencari tuan² baru yg sanggup menjual maruahnya. Sekian dan mohon maaf kerana tulisan ini andaian sahaja, bukan muktamad dan bukan tuduhan. Tunggu esok apa akan jadi di negeri sikit ke utara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun merapu aku siarkan sebab Tak ADA maki makian.

      Yang mulut busuk, sendiri mau ingat.

      Delete