Monday, April 29, 2019

ADA DUA KEJAYAAN PH YG TERPUJI

Kerajaan tanpa rasuah..
Lebih kebebasan bersuara..



Even, AG pun mudah DIKRITIK.
Dulu, boleh ke kritik secara terangan, terpaksa guna ISTILAH pandi dobi, Tak berani sebut batang tubuh sebenar.

Jadi, bersyukur..
Bersyukurlah...


30 comments:

  1. Tanpa rasuah??
    Lebih kebebasan bersuara??

    Kau baru keluar dari gua ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kesahlah kalau aku baru atau lama keluar dari gua?
      Surah all kahfi pun cerita pasal Gua..

      Menafikan kebenaran yg dibuat oleh PH semata berbeza politik sangat jijik dan huduh keperibadian seseorang.

      Kufur nikmat.

      Delete
    2. Lupa pulak nk tambah. Jual kapal mewah tu kira kira kejayaan besar ph jugak. Mana pernah berlaku dlm dunia suatu barang kes rasuah terbesar abad ini boleh dilelong. Kes belumpun disebut di mahkamah. Tuan punya juga belum dapat ditangkap tapi barang kes selesai dilelong. Hanya kerajaan hebat spt ph sahaja yang mampu buat sesuatu yg mustahil dapat dilakukan oleh kerajaan besher²... Terbukti bahawa ph bukan kerajaan bisher²!

      Delete
    3. Taw takpe. Hebat ke tak hebat PH? Kita akan taw pada 2023 nanti. Lamanye lagi kan? Sambil tunggu teruskan meroyan. Kah kah kah. Tik tok tik tok....lamanyeeee lagi.

      Delete
  2. KD,

    Kalau nak kritik dengan faham, tak apa. Apa salahnya. Tapi dalam youtube yang komen itu satu patah pun tak faham.

    Peguam negara kata, kekebalan raja sudah ditarik balik pada tahun 1990 an, zaman Tun M dulu. Jadi itu, macamana Statut Rome nak tarik kekebalan raja yang memang tak ada lagi.

    Itu yang dia cakap tapi ramai orang tak paham dan kritik dia nak tarik kekebalan raja.

    Bukankah kekebalan raja dah ditarik balik pada tahun 1990'an?. Betul atau tidak? Sekarang ini ada mahkamah khas untuk raja, betul atau tidak?

    Jadi itu apa sebenarnya ceritanya yang hendak dikritik.

    Kalaulah ada orang buat jambatan. Ada satu orang bangang kata, buat jambatan itu mengancam agama Islam dan bangsa melayu.

    Maka ramai orang bangun naik marah menentang buat jambatan. Walhal apa kene mengena jambatan dengan mengancam agama Islam.

    Orang kampong yang bodoh pun naik melenting, menentang buat jambatan.

    Kalau nak komen, biarlah paham apa orang itu cakap. Ini satu patah haram pun tak faham, tapi nak kritik. Buat malu betul.

    Kita terlampau sangat kritik orang kapir. Tapi bila orang Islam kena sembelih di Syiria. Siapa yang banyak terima orang pelarian Islam. Negara Islam atau negara kapir?

    Beratus ribu orang Islam seberang lautan menuju ke negara kapir. Itulah realiti.

    Negara-negara Islam boleh tolong bacakan doa lepas itu balik rumah minum kopi.

    ReplyDelete
  3. Ko lupa dua lagi... 1. Harge tolo turun 2 sen 2.Tukar pada kasut hitam.... Kerajaan BN dulu rak fikir sebaik menteri PH

    ReplyDelete
  4. Yang paling penting dan Utama kerajaan PH telah berjaya membenam Regime kerajaan Laknatullah kleptokrasi........!!

    ReplyDelete
  5. Zmm AG pi bebaskan kwn2 yg Ada kes di mahkamah dgn buang kes. Kejayaan cemerlang tu. Ekeke

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. PH bebas bersuara tapi KD yg kurang bebas...kunun makian dan ke longkang....

    Komen tak ada makian Yg kena batang idong tokey KD takrifkan kelongkang kununnye...

    Sebab tu aku cabar kluangwoman debat di blog budin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. debat kat blog ko la apa barang blog budin.. buatla satu blog kopipes pun tak pe.. aku akan selalu lawat sana denga maki ko setiap hari

      kah kah kah

      Delete

  9. Islam dibuli, tak selamat di bawah KERAjaan PH – Maza

    Bila kawan sendiri kena tangkap baru rasa Islam tak selamat di bawah PH. Sebelum ni beriya-iya jatuhkan BN dan angkat PH.

    ARAU 29 April – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.

    Luahan kekecewaan Mohd. Asri itu susulan selepas rakannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth ditahan serta direman kerana didakwa menghina agama Hindu.

    Katanya, jika dilihat, pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu di dalam kerajaan yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum namun mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan.

    PROMOTED CONTENTMgid

    Cara mudah untuk memuaskan seorang isteri! Rahsia di sini

    Doktor telah menemukan penyebab bau busuk dari mulut! Baca disini

    1 gelas minuman aneh ini akan membakar lemak hodoh anda

    Malah kata beliau, betapa ramai lagi yang menghina Nabi Muhamad SAW dan mempersendakan ajaran Islam juga hanya melalui proses sama.

    “Tapi, ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seorang individu yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam (Muhammad Zamri) telah menyebabkan beliau ditangkap.

    “Apakah fakta beliau (Muhammad Zamri) palsu?, apakah beliau menghina atau sekadar menceritakan tentang kisah dirinya sendiri?

    “Apakah beliau bertujuan untuk menimbulkan ketegangan seperti mana kenyataan pemimpin-pemimpin yang telah menyebabkan tragedi antara kuil dan pihak bomba (Subang Jaya). Tidak pula mereka ini ditangkap.

    “Bagaimana pula dengan ucapan pemimpin-pemimpin politik dari agama lain yang sering menimbulkan permusuhan dengan masyarakat Islam?,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

    Semalam, Muhammad Zamri yang juga pembantu pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) di hadapan sebuah restoran di sini berikutan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya kerana didakwa menghina agama Hindu.

    Muhammad Zamri didakwa membuat kenyataan yang berbaur penghinaan terhadap agama Hindu dalam satu video tular di laman sosial.

    Tambah Mohd. Asri, Muhammad Zamri selama ini telah membuat banyak program membantu membina hubungan baik antara agama termasuk menziarahi gereja, tokong dan pelbagai dialog harmoni dianjurkannya di bawah One Centre Malaysia negeri.

    ReplyDelete
  10. Madey sudah hot...makin bertambah musuh madey..

    Mufti Perlis 'pekak', sindir Dr M

    Annabelle Lee
    12:14 pagi (Dikemaskini 12:39 pagi)

    A A
    Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bahawa kedudukan Islam semakin 'tidak selamat' di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

    "Pasal dia 'pekak'.

    "Kalau dia boleh dengar, dia boleh dengar kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam. Tapi dia tak dengar," sindirnya kepada media selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) di Kuala Lumpur malam ini.

    Terdahulu Mohd Asri di laman Facebooknya hari ini mendakwa ramai beranggapan bahawa Islam berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini

    ReplyDelete
  11. Madey kaki gaduh suka bermusuh dgn orang yg tidak sependapat dgn nye..

    Pecat ketua hakim negara dan 5 hakim senior.

    Fitnah pecat dan penjarakan tpm anwar ibrahim.

    Gaduh dgn 4 pm...tendang pm husin onn yg lantik dia jadi tpm.

    Gaduh dgn raja

    Terbaru cari gaduh dgn mupeti perlis...

    Kaki gaduh mcm ni layak ker kibar panji hitam dan tabalkan almahdy sebagai khalifah?..

    Jon doo kaki temberang...kaki gadoh jadi idola kluangwoman..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejuang kebenaran memang ditakdirkan memiliki banyak lawan. Persamaannya kesemua lawan-lawannya ialah mereka semua tewas di tangannya kerana dia sentiasa memperjuangkan perkara yang benar dan sentiasa diberikan pertolongan untuk kekal menang.

      Sudah tentulah Tun M sebagai pejuang kebenaran mempunyai ramai musuh, sebab kita berada di zaman fitnah dan pada zaman ini banyak sekali fitnah yang berlaku diakibatkan oleh golongan2 berikut :-

      1. Golongan pendusta dan ahli fitnah dari kalangan pemimpin yang khianat amanah, penjual agama yang menjual agama demi duniawi, dan pendusta-pendusta yang memperdayakan masyarakat demi kepentingan peribadi.

      2. Golongan orang-orang yang bingung. Mereka ini bukanlah pendusta mahupun ahli-ahli fitnah tetapi disebabkan kebingungan mereka tidak dapat menilai di antara kebenaran dan kebathilan. Mereka tediri dari kalangan orang-orang yang bodoh sombong dan juga orang-orang yang bingung sedang mereka tidak menyedarinya. Sesetengah mereka seronok dengan sangkaan masyarakat bahawa mereka adalah Ulamak sekalipun hakikatnya mereka tidak memiliki ilmu yang cukup, apatah lagi memiliki hikmah untuk bergelar Ulamak. Ramai sekali yang hanya syok sendiri.

      Contoh terbaik seorang bingung ialah KBB sendiri.

      Tetapi itu semua tidak mengapa kerana hakikat bahawa Tun dan pasukannya sentiasa menang telah sedang dan akan terus menyelamatkan bangsa ini daripada kebinasaan sekiranya Tun dan pasukannya tewas.

      Akan tiba masanya apabila kebenaran itu terbongkar dan seluruh dunia Islam akan mengetahui siapa Tun dan menghargainya. Lawan-lawannya akan tewas mutlak dan pengikut-pengikut mereka yang bingung akan diselamatkan daripada kekal di dalam kebingungan.

      Kepada KBB, jangan lupa perjanjian kita bahawa sekiranya benar Tun M adalah Pembawa Panji Hitam yang dikhabarkan kemunculannya sejak 1400 tahun lalu, kamu bersedia untuk bertanggungjawab di hadapan thaifah di atas segala tohmahan dan cercaan kamu ke atas Tun.

      Sementara itu, silakan kata apa saja, asal jangan melangkaui batas daripada seorang bingung menjadi seorang pendusta, dan asal kelak apabila zaman fitnah telah ditinggakkan dan ketika kamu perlu bertanggungjawab di atas segala tohmahan kamu ke atas Tun, jangan cakap John Doe tak payung.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  12. Patutlah asyik copy paste..bila hujah sendiri..macam keretapi terkeluar landasan.
    Kikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau dh mendekari ds najib ke kd? Kalau belum, baca tulisan ini selepas itu tarik nafas dan fikir.
      Ianya bertujuan untuk membaca akan sejauh manakah benarnya setiap bait-bait yang diucapkannya. Apakah ianya selari dengan gerak tubuhnya. Apakah selama ini beliau bercakap benar atau sebaliknya.

      Dari pemerhatian saya, DS Najib adalah seorang genuine leader. Beliau pemimpin semulajadi. Dalam beberapa perkara, saya kagum dengannya. Mungkin kata-kata saya ini dianggap menyanjung atau mengampu.

      Penilaian saya diringkaskan seperti berikut:

      Saya melihat DSN ini seorang yang sangat positif dan professional ketika berkata-kata. Bahasa tubuhnya terjemahkan keikhlasan setiap bait yang keluar dari mulutnya.

      Beliau juga adalah seorang pendengar yang baik. Beliau melayani dan mendengari setiap individu yang berbicara dengannya. Beliau sentiasa membenarkan seseorang itu habis berbicara, barulah kemudiannya beliau memberi respon. Dari renungan matanya, jelas sekali dapat saya terjemahkan riak simpati, pilu, kasih dan sayang.

      Ada ketikanya bahasa tubuhnya mencerminkan semangat negarawan ulung, dengan genggaman tangan dan laungannya sahaja sudah cukup menyemarakan semangat mereka yang hadir. Namun demikian beliau telah beberapa kali ‘disejukkan’ oleh DS Rosmah.

      Daya ingatannya juga tinggi. Beliau boleh mengingati kisah-kisah silam secara terperinci dan mengenali nama rakan-rakan di zaman kanak-kanak yang hadir di majlis itu. Beliau juga mampu mengingati angka-angka atau perangkaan dan fakta-fakta ekonomi dengan tajam.

      Seorang yang sensitif dan mudah tersentuh terutama bila berbicara tentang penderitaan rakyat. Bila berbicara tentang keperitan rakyat, seringkali saya perhatikan beliau akan ‘pause’ dan tunduk. Jari-jemari mengenggam tanda empati.

      Berjiwa halus. Mudah tersentuh dan menghargai pengorbanan rakyat. Wajahnya akan berubah apabila mendengar luahan dan keluhan hadirin. Beberapa kali saya melihatnya menelan air liur, meminta seteguk air dan menjamah secubit hidangan bagi menyembunyikan perasaan sedih dan simpati.

      Satu lagi yang perlu anda tahu ialah DS Najib adalah seorang yang sukakan keceriaan. Jika boleh beliau mahu bergembira dan ceria bersama rakyat. Walaupun ketika itu beliau berada dalam situasi duka, beliau masih tidak mampu menolak permintaan penganjur dan hadirin yang mahukan beliau mendendangkan beberapa buah lagu.

      Beliau tidak mengambil atau menilai sesuatu isu secara personal. Walaupun beliau ditaburi dengan kata-kata yang tidak menyenangkan, beliau tidak membalas dengan emosi, sebaliknya hujah-hujahnya berfakta.

      Ada ketika saya perhatikan beliau termenung jauh. Dari kata-katanya saya dapat gambarkan bahawa beliau masih berhajat mahu membawa negara ini kearah transformasi yang sebagaimana beliau sering perkatakan.

      Buat rakan-rakan yang masih menanam persepsi tidak baik terhadapnya setelah diracuni dengan berbagai prasangka buruk, andai berkesempatan, saya cadangkan agar hadiri dan dekati DS Najib. Kenali siapa dia yang sebenarnya. Nilaikan sendiri, kelak saya pasti anda akan bersetuju dengan penilaian saya ini.

      Delete
    2. Boleh ke Najib didekati Masa berkuasa dulu?
      Sidang akhbar satu hala..

      Wartawan kena sekat..
      Soalan 1MDB Tak boleh Tanya, Tak boleh bahas di Parlimen..
      Buat report polis kena siasat, kena tangkap, kena lokap..

      Boleh ke didekati asyik nak maki Haram jadah, kepaka bapak..



      Delete
    3. Setuju sangat sungguh professional bila bijan berkata-kata...dulu mana ada pemimpin yang pro bila terkeluar kata2 seperti bangang haramjadah dan kepala bapak kau...dan bijan pun ada menunjukkan sikap suami mithali sehingga tak kesah disinggul oleh nenek kebayan didepan kamera.

      Delete
    4. Maaf nak tanya

      SAPA PERNAH KATA "KEPALA BAPAK ENGKAU....STOOOOPID"...

      Bagus bahasa itu ya..berhemah.. NO???

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik? Sendiri komen sendiri delete. Terasa ada maki hamun ke kt situ kd? Eloklah delete sblm netizen baca. Nanti mcm ketam ajar anaknya jalan lurus...

      Delete
    2. Komen itu menusuk ke tulang hitam sampai ke blog budin dan al majid, sayang sekali kau terlambat baca.

      Lain kali bawa anak bini, periuk bantal tilam duduk di blog aku ni..jangan miss my words..
      kikikikiki

      Delete
  14. Pantang di kritik sikit madey akan meloncat melolong....nanti kena tibai lagi dgn TMJ...

    Tukar pm ato tukar mupeti?..

    Asri: Saya tak pasti siapa yang pekak
    9:37 pagi (Dikemaskini 9:37 pagi)

    A A
    Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kenyataannya bahawa ramai orang kini beranggapan Islam berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran kerajaan PH.

    Beliau juga memulang paku buah keras terhadap kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam tadi bahawa tidak pasti siapa yang ‘pekak’ terhadap rungutan umat Islam itu.

    “Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: Mufti Perlis pekak sebab kritikan yang saya suarakan mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

    “Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.

    “Saya tidak pasti siapa yang pekak,” kata Asri di Facebooknya hari ini.

    Malam tadi, Mahathir menafikan dakwaan Mohd Asri bahawa kedudukan Islam semakin tidak selamat di bawah PH.

    "Pasal dia 'pekak'.

    "Kalau dia boleh dengar, dia boleh dengar kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam. Tapi dia tak dengar," sindir Dr Mahathir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pasti mahathir dan asri 2x5....dua2 pekak badak.

      Delete
  15. Saya setuju sangat pandangan Anon 7.07

    Sepatutnya, kita jadikan DS Najib sebagai model dan contoh kepada anak melayu.

    Bak pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    Contohnya kita kena ajar budak sekolah "Duit itu Raja". Kemudian kalo kita mahukan keberkatan, kita bagi duit kat Uztaz-ustaz supaya uztaz sokong kita.

    kalau orang buat derma, masukkan ke dalam akaun sendiri.

    Kalau kena masuk mahkamah, sebutlah "Malu apa bossku"

    Saya dulu belajar zaman Madey, saya cemburu dengan budak-budak sekolah sekarang. Masa cuti dapat balik kampong main dekat sungai.

    Saya sedih kerana terpaksa belajor negeri omputih. Masa cuti saya dengan budak kampong terpaksa main salji di Scotland. Ada juga geng-geng kampong masa cuti terpaksa pergi Paris dan Eifel Tower.

    Bila balik Malaysia, satu sen pun tak bayar kerana biasiswa. Itulah zaman Madey.

    ReplyDelete