Saturday, April 20, 2019

APA KEMAHUAN MAHKAMAH RAKYAT KE ATAS NAJIB, ROSMAH DAN KONCO NYA..

Rakyat majoriti telah menghukum Najib dan umno dengan singkirkan mereka sebagai kerajaan..

Puncanya atas persepsi salahguna kuasa dari segi akhlak Dan AMANAH..

Jika mana² kerajaan termasuk PH selepas ini mempunyai ciri² tersebut, tidak ADA sebab untuk mereka juga tidak menerima nasib yang sama.

DAP, PKR, AMANAH  juga akan senasib seperti MCA dan MIC jika menyokong dan tunduk kepada seorang PM yang korup.

Setia selagi PM tidak korup.

Lanjutan dari disingkirkan sebagai kerajaan, persepsi kini bertukar kepada realiti Najib, Rosmah Dan KONCO diheret kepada puluhan tuduhan yang melibatkan banyak penyata, angka dan dokumentasi bertulis sebagai bukti yang akan dibentangkan...

Banyak lagi yang di luar jangkaan dan pengetahuan kita akan terdedah KE pengetahuan awam..

Sedikit sebanyak rakyat juga akan bersidang sesama mereka untuk menjatuhkan HUKUMAN awal..
Mahkamah rakyat adalah juri awam..yang tidak mempunyai kepentingan tentunya mempunyai pertimbangan yang lebih adil..

Apakah aktiiviti mesra alam yang sedang dilakukan KINI oleh  Najib adalah  mengambil hati rakyat  untuk MENANG di mahkamah rakyat?

https://msomelayu.blogspot.com/2019/04/sanga-bangsawan-dan-lelalat.html

Dan tindak tanduk sebahagian kabinet MAHATHIR lebih kepada menjerumus kepada bodoh sombong hingga rakyat meluat?

Apakah Tun sempat untuk melihat keputusan mahkamah rakyat??
Dalam sistem berparlimen, berpilihanraya, adalah wajar ia jadi sangat penting lebih dari keputusan mahkamah perlembagaan itu sendiri..

PH tidak wajar kes Najib hanya bergantung kepada undang²..jika dulu mereka mampu menjadikan persepsi hampir benar seharusnya diteruskan kepada yang lebih realiti, nyata, fakta dan benar..

Pendedahan bukan semestinya di mahkamah sahaja tetapi dalam bentuk lain..akuan bersumpah dan lain penjelasan..

Mereka yang ADA di era tersebut sedikit sebanyak relevan dan terlibat wajar DIBERI pilihan membuat pengakuan membetulkan keadaan..
Nama² seperti Ali hamsa, mantan kpn, mantan SPRM, mantan AG adalah ANTARA nama yang tidak patut mati tanpa penceritaan sebenar...

Apakah pembongkaran itu turut terhenti jika MAHATHIR bukan lagi seorang PM ?
Apabila MAHATHIR bukan lagi PM, apakah akan muncul semula lanun baru?

Jika mahkamah rakyat mahukan Najib, Rosmah Dan KONCO²nya di penjara, apakah PH tidak boleh tunaikan?
PH yang mulakan, perlu selesaikan...
Mungkin itu antaranya yang rakyat boleh maafkan PH atas beberapa janji MANIFESTO yang belum tertunai?

Menganalisa sikap rakyat Thailand Dan Filipina, mereka lebih advance Dari Kita dalam menghukum pemimpin yang korup?

24 comments:

  1. Kalo rakyat nak si penjajat di penjarakan tapi pendakwaraya tak cukup bukti mahkanah tak boleh penjarakan...

    Berpuluh tuduhan keatas najib kenape tak ade satupon tuduhan mencuri wang 1 mdb...kluangman tak boleh jawab soklan aku dan takut nak siarkan pertanyaan aku....kluangman blm cukup bijak dan penakut rupanye...hihihi..

    ReplyDelete
  2. Mereka yang ADA di era tersebut sedikit sebanyak relevan dan terlibat wajar DIBERI pilihan membuat pengakuan membetulkan keadaan..
    Nama² seperti Ali hamsa, mantan kpn, mantan SPRM, mantan AG adalah ANTARA nama yang tidak patut mati tanpa penceritaan sebenar...

    Kluangman !!!....ape yg madey buat dgn mereka?...

    Tan sri Bekas Kpn disyakki bocorkan rancangan dakwa najib tak ade siasatan pon...

    Zulkipli bekas boss sprm dikatakan main bini orang di Bali pon takade tindakan sedangkan polis sudah siasat....

    Apandir Bekas loyar buruk negara pon dibiarkan bebas...

    Madey alahai madey....pong pang tapi bisu...

    ReplyDelete
  3. No way, najib ke mahkamah hingga sampai penyudah itu hal lain. Hal undang² dan pelaksanaannya. Bab ph tak tunai manifesto tidak akan terampun dan diampunkan jika dimungkiri. Adakah ph diberi hak menjadi kerajaan semata-mata nak turunkan najib dan membicarakannya? Janji² ph untuk mensejahterakan rakyat mana dia? Kalaupun tidak lebih baik berbanding semasa bn jd kerajaan, bersepadanan shj mungkin cukup. Setakat yg ada ni, lebih teruk dan lebih buruk dpd zaman kleptokrat berkuasa. Soalnya, kemana bajet 2019 itu disalurkan? Bajet 2019 adalah lebih besar berbanding 2018. So, takkan ada otak tak boleh fikir kemana bajet itu digunakan? So, soal keadilan adalah perkara berbeza berbanding soal perut kocek rakyat. Apa undang² nak buat kpd najib dan angkatannya dulu buatlah ikut rule of law (maaf, ketika tulisan ini ditulis, rule of law kurang diimplimentasikan berbanding rule of the jungle). Bab janji² bulan bintang kpd rakyat tetap juga dituntut oleh rakyat....atau...selepas pru15 nanti, team najib akan sepenjara dgn team mahathir... Ingat, rakyat mampu buat beb!

    ReplyDelete
  4. Kluangman cakap..

    MAHATHIR TIDAK pernah tentang pengganti yang dipilihnya atas nama Abdullah Dan Najib, yang ditentangnya adalah kemungkaran akhlak Dan AMANAH mereka.

    Ulasan aku...

    Ape kemungkaran Dollah badawi?....hihi..

    Kalo Dollah dan najib ikut perintah madey dollah dan najib boleh mungkar banyak manapon...madey tak kisaah pon....kerana tak ikut perintah madey Dollah dan najib di tentang oleh madey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini masalah apabila cuba monopoli komen, macam serba tahu..


      Apa kemungkaran Dolah?.. kena balik semula masuk tadika.

      Delete
  5. Hukum lah seadil adil nya jangan kita menghukum mengikut perasaan serta hukum mengikut dendam..
    Dan jangan hukum berkali kali

    Ingat dalam hukuman juga ada keadilan..

    Hati hati dan jangan terlalu taksub pd sesuatu atau pada seseorg..
    Ingat manis jgn terus di telan pahit jangan terus di buang
    Tanya pada diri tanya pada dunia dan tanya pd alam apa hak kita atau bahagian kita yg telah di curi dan berapa kah nilai nya.

    Jangan kita leka dan terlalu teruja.. bak cakap TunM mengikut perpatah org putih "BETTER THE DEVIL l KNOW than ANGEL I DON'T "

    kuatir the Devil yg kita kenal berhati iblis dan berjasat setan...
    Hati hati saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong pemimpin yang anti korup kena hati hati..
      sokong penyamun membabi buta tak ape?

      Delete
    2. Maaf mungkin tersalah angap..
      Sebenarnya tiada siapa yg menyokong penyamun membabi buta..
      Mungkin ada tapi yg dikelilingi penyamun juga..
      Cuma kita perlu berhati hati penyamun ada bermacam macam jenis penyamun dan setiap penyamun akan ada peminat tersendiri..
      Perkara yg amat sukar adalah adalah menggaku kebenaran musuh kita jika musuk kita ada sedikit kebenaran dan mengkeji sekutu kita jika ada keburukan..:)

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Sokong kd, sokong terus pendustaan kerajaan ph. Kerajaan ph perlukan blogger dan media maya utk teruskan propaganda mereka dan blog ini sebahagian aset propagandanya. So, soal dpt dedak atau tak makan dedak bukan isu sbb ia tersimpul dlm perjanjian. Kenapa kd sibuk timbulkan isu perbicaraan najib? Sebab masa ini adalah masa yg sesuai utk mengabui pandangan dan pemikiran rakyat tentang projek ecrl yg sebenarnya menjual negara. Projek ecrl asal di bawah bn tiada penggadaian tanah utk diberikan kpd china. Kini ecrl di bawah ph ph kononnya dpt diskaun puluhan bilion yg jaraknya dikurangkan, jumlah stesen dipotong dan paling busuk ialah berpuluh-puluh hektar tanah diserah kpd china sekitar stesen yg dibuat. Mereka diberi hak untuk membangunkannya. Busuk punya kaki. Tuduh najib jual tanah kpd china sedangkan daim ejen mahathirlah yg paling teruk menjual negara. Utk kd, konsisten jalankan kerja dan amanah dpd KERAjaan ph ini sebab rezeki awak di situ. Soal betul salah dan dosa pahala, terpulang kpd cara awak berfikir dan menilai. Cuma nak maklumkan, hanya dlm tempoh tak sampai setahun ramai rakyat yg menyesal mengundi ph.

    ReplyDelete
  8. Projek bandar malaysia menguntongkan . Trx boleh jana pendapatan dan menaikan ringgit . Apa macam hanceng . Pru 15 tahu la langit tinggi rendah .

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ki ki ki..anak jantan saja berani berhujah..yang takut tu..lgbt..

      Delete
  10. Time frame kau post hal mahkamah najib & the gang memang tepat pada masa. Harap posting kau ini dapat membantu mengabui mata rakyat dpd kebodohan kerajaan ph melalui wakilnya daim dlm perundingan dan kejayaannya berkaitan ecrl. Yelah, kalau projek bodoh menyambung ecrl yg merugikan rakyat ini terbocor, mana nak letak muka dan maruah kerajaan ph. Faktanya ialah;
    1. Asalnya ecrl 100% kepunyaan negara, kini pemilikan hampir separuh adalah oleh china.
    2. Kos yg dikurangkan bukan pengurangan harga tetapi kurangnya jarak dan jumlah stesen yg dibina.
    3. Beribu hektar tanah diberikan kepada china sebagai galang ganti, hinggakan mereka diberi hak untuk membangunkan tanah tersebut. Mereka dpt jadikan tanah kita sebagai sebahagian negara mereka.
    Projek jual negara kepada china ini perlu ditwistkan dpd pengetahuan rakyat dan rakyat perlu disajikan dgn isu yg sesuai. Dlm situasi ini nampaknya kes mahkamah najib agak sesuai untuk dihighlightkan. Namun kd kena sedar, maklumat projek jual negara oleh kerajaan kepada china sudah sampai dlm makluman rakyat. Rakyat sedang menunggu masa yg sesuai utk menghukum kerajaan sebagaimana rakyat buat kepada bn dulu. Apa ada hal, kerajaan langsi rakyat akan kasi ajar.

    ReplyDelete
  11. Tun Dr Mahathir adalah pemilik 51% saham The Loaf, sebuah syarikat roti.

    - The Loaf telah muflis pada tahun 2018.

    - Pemaju hartanah syarikat Ekovest, TS Lim Kang Hoo telah 'bail out' The Loaf pada 04 April 2018.

    - Pada masa ini akan menghairankan apabila seorang billionaire pemaju hartanah berminat melabur di dalam industri F&B.

    - Pada 19 April 2019, Tun Dr Mahathir mengumumkan Projek Bandar Malaysia akan diteruskan.

    - TS Lim Kang Hoo diberikan kepercayaan meneruskan projek Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion.

    Kesimpulannya, Melayu pemalas. Harap maklum.

    ReplyDelete
  12. AnonymousWednesday, April 17, 2019 12:02:00 AM

    Madey pakar perlembagaan ker?..
    Jon doo masih suka buat pendapat syook sendiri....

    Teori Panji hitam dikibar oleh madey dan madey yg mashurkan khalifah islam iaitu almahdy hanyelah teori jon doo rekaan syook sendiri oleh jon doo saje....tiada ulamak besar dunia dan mesia yg sokong toeri bodoo jon doo yg syook sendiri kerana taksub....

    _____________

    Dengan izin bro KD, mohon utk menjawab :-

    Tun M tidak mempunyai sijil di dalam bidang undang-undang dan tidak bergelar pakar perlembagaan, tetapi dia lebih pakar tentang perlembagaan daripada mana-mana orang-orang yang bergelar pakar perlembagaan tetapi hanya belajar teori sahaja. Tun turun ke medan dan merupakan PM yang paling banyak meminda perlembagaan. Siapakah yang lebih hebat ilmunya tentang perlembagaan daripada Tun. Dia memahami perlembagaan pada isi dan praktikalnya.

    Seperti juga Tun tidak bergelar pakar ekonomi dan tidak bergelar pakar kewangan tetapi bagaimana ia memecahkan kepalanya dann muncul dengan idea luar kotak untuk menambat ringgit pada USD dan berjaya menyelamatkan ringgit dari serangan penyangak matawang ketika rupiah terkorban, mengatasi kehebatan mana-mana individu yang bergelar pakar ekonomi mahupun pakar kewangan. Tun mengejutkan seluruh dunia dengan ideanya yang tidak konvensional dan berjaya.

    Tun hanya memimpin sebuah negara yang kecil tetapi bagaimana ia menundukkan China yang akhirnya terpaksa revise perjanjian berkenaan ECRL mengejutkan bukan sahaja China bahkan semua negara-negara kuasa besar lainnya. Negara-negara yang lebih besar lain seperti Pakistan dan Filipina juga tiada kemampuan seperti Tun.

    Tun juga telah memalukan negara bekas penjajah negara ini dengan rampasan Carcosa Seri Negara, Serangan Fajar Guthrie, dan malahan apabila Tun melancarkan serangan 'Buy British Last' negara bekas penjajah negara ini akhirnya tunduk kepada negara ini. Hebat dan memang hebat.

    Ramai yang masih tidak sedar tetapi John Doe telah dapat menemui rahsia di sebalik semua kemenangan Tun ini.

    Tun memiliki ilmu hikmah yang tidak dimiliki oleh begitu ramai manusia yang bergelar ustaz mahupun Ulamak. Itulah rahsianya bagaimana dia sentiasa tahu apa yang perlu dibuat di dalam setiap keadaan.

    Sekarang kita lihat kemampuan Tun memahami agama.

    Lihat sahaja bgmn Tun bertabayyun sebelum ia berpuashati dengan hasil tabayyun itu dan barulah ia membuat keputusan memecat Pak Sheikh akibat penglibatan Pak Sheikh dengan aktiviti luar tabie. Bandingkan dengan Sheikh Qardawi yang mengeluarkan surat berbaur fatwa menyatakan secara tersirat Pak Sheikh terfitnah, hanya dengan satu panggilan telefon daripada Pak Sheikh. Secara hikmah Tun memahami apa itu tabayyun sedang Qardawi pula hanya memahami yang kasar tetapi tidak memahami yang halus.

    Bagaimana mungkin seseorang yang memahami secara halus apa itu tabayyun akan membuat keputusannya hanya dengan satu panggilan telefon daripada sebelah pihak.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  13. (Sambungan)

    Ulamak? Hahaha, kalau Qardawi yang bergelar 'Presiden Ulamak Sedunia' juga tidak mampu memahami secara halus apa itu tabayyun dan mengeluarkan pandangannya yang membawa maksud Pak Sheikh difitnah dan tidak terlibat, sekalipun ia mampu menghuraikan ilmu kasar apa itu tabayyun, maka bagaimana lagi mahu menilai 'Ulamak' di dalam dunia ini. Benarlah hadith Nabi yang menyebut bahawa akan tiba masa di mana ketika zaman firnah itu hampir ke klomaksnya, golongan ulamak benar-benar sudah tidak lagi akan berbaki

    Wujud juga hadith yang dengan jelas menyebut bahawa Allah berfirman yang membawa maksud demi keagunganNya kebingungan zaman fitnah itu sangat dahsyat sehingga orang-orang yang berilmu pun bingung untuk menilai di antara kebenaran dan kebathilan dan menyangka yang benar itu salah dan menyangka yang salah itu benar.

    John Doe taksub kepada Tun sehingga membuat teori Tun adalah Pembawa Panji Hitam? Hehehe, anehnya tidak seorang pun yang membuat tuduhan taksub ini yang mampu menjawab balas secara ilmiah bahawa orangnya bukan Tun dan adalah selainnya.

    Malahan Kejora Bapuk Bodo (nama pilihannya sendiri sebelum menjadi anon bergambar) yang menawarkan diri untuk bersumpah apabila dipersilakan melakukannya oleh John Doe langsung kecut telur dan lari beralasan walaupun dia yang membuat tawaran tersebut.

    Lagipun, seperti yang selalu John Doe katakan, silakan kata apa sahaja ke atas John Doe kerana berkongsi penemuannya bahawa Tun M adalah Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim yang dikhabarkan di dalam hadith-hadith akhir zaman, asal kelak jangan cakap tiada sesiapa yang memberi nasihat dan peringatan.

    Supaya kelak tidak ada seorang pun manusia yang boleh beralasan 'sesungguhnya kami tidak mengetahui bahawa Tun M adalah Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim. Sekiranya seseorang telah memberitahu kami perkara tersebut sudah tentu kami tidak akan memfitnah, mentohmah dan mencercanya ketika zaman fitnah itu berlangsung. '

    Berkibarnya Panji Hitam di sebuah negeri Islam di sebelah Timur sebagai tanda perubahan zaman daripada zaman fitnah (zaman mulkan jabbariyyan) kepada zaman baru (zaman khilafah manhaj nubuwwah) adalah satu khabar nubuwwah yang bertaraf sahih dan malahan mutawatir. Membencinya dan mempersendakannya tidak akan dapat menghalangnya daripada berlaku. Malahan ia akan menjadi alasan pula mengapa ia perlu berlaku.

    Tidak perlu percaya apa-apa. Memadai sahaja untuk bersaksi bahawa John Doe telah menyatakannya.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  14. http://puteramariam.blogspot.com/?m=1

    cahaya al majid terbaekkkk... go viral kasi up blogger ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes kasi up, kasi viral...
      Tiada masalah perbezaan perjuangan...

      Jangan pro Israel, sokong penyamun..

      Delete
  15. go cahaya majid kasi up blogger ini kasi up skli pengomen cahaya majid..


    kikikiki.. haaha jon doe panji mana nk kibar ke tak ni... kami nak tumpang tepuk ajer

    ReplyDelete
  16. Anon 6.26 kau gelak2 la..perli2 john doe,, jgn satu hari nanti kau menyesal bila tiba masa tersebut...org macam kau ni takde maruah umpama ada pun tak guna takde lagi bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko bnyk mkn taek jondo sbb tu ko bodoh dn mudah dibodohkan.

      Delete