Saturday, April 13, 2019

APAKAH ANWAR SILAP PILIH CALON RANTAU (?)

Jawapannnya TIDAK.

Semua orang mahu tok mat menang, kemenangan menjadikan umno ADA SEDIKIT muka jernih, kurang sikit muka lanun.

Itu gambarannya politik luaran.

Itu juga satu pengajaran yang mahal kepada umno bahawa mereka tidak hilang Puterajaya jika tindakan awal menyingkir Najib dilakukan sebelum PRU14.

Tanpa Najib, Zahid - umno mampu lebih cemerlang.
Tun sudah menyatakan semuanya dari awal lagi.
Blog ini juga sudah memberi ingatan....kikikiki
Soal awak benci Tun? - itu soal awak bodoh sendiri..

Kekalahan di Rantau adalah seperti dirancang?
Kenapa tidak pilih calon Melayu yang LEBIH wibawa?

Masa dan situasi tidak mengizinkan.
Tok mat mesti dimenangkan secara terancang ataupun secara semulajadi....
DAP mesti ditakutkan bahawa Melayu sudah bangkit...
Tok mat akan jadi asset untuk percaturan politik seterusnya selepas ini..
Kepentingan untuk diperalatkan, diperguna oleh pihak lain dalam istilah bekerjasama...

Umno mesti ADA kepala baru, bau bau lobak dan jiban wajar samar² sahaja...
Jika tok mat KALAH, implikasinya sangat besar?

APA implikasinya?
Umno ke laut?
Yes..sudah tentu
Lagi?
Implikasi yang LEBIH besar adalah akan memberi gambaran MAHATHIR makin kuat dan Melayu tidak benci MAHATHIR.

Gambaran ini tidak begitu disenangi oleh beberapa pihak?
Ini menjejaskan perancangan dan tekanan mereka untuk MAHATHIR berundur...
Itu sebab, kemenangan tok mat bukanlah kemenangan mutlak umno kerana ADA pihak yang LEBIH gembira..

Tiba²

Kemunculan Daim dengan berita menyelamatkan dan menjimatkan 40 billion projek keretapi-laju Pantai Timor bukan sekadar kebetulan tetapi sesuatu pemberitaan political mileage bahawa MAHATHIR telah melakukanya sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mana² PM di dunia...

Berita itu juga mengatasi kekalahan PH di Rantau sekaligus usaha mengundurkan MAHATHIR terbantut.

Kebolehan MAHATHIR ini juga satu peringatan kepada semua pihak bahawa Tun mampu bertindak jauh lebih dari disangkakan dalam APA juga isu lebih² lagi dalam soal hak rakyat dan Perlembagaan.

MAHATHIR tidak bertindak kosong.
Dilihat beralah kalah tetapi selalu di hadapan.






25 comments:

  1. Kalah bukan salah pilih calon

    Kalah kerana rakyat tolak Anwar

    Sebab Anwar tiada kredibiliti - bekas banduan liwat

    Sebab Anwar tainted leader - senang dieksploit oleh orang luar

    Sebab Anwar cannot lead PH - PKr sendiri tak terurus

    Kalau jadi ketua PH dalam pru15...
    Pasti kalah

    Kalau dilantik jadi PM8 rakyat akan tolak..... rakyat tak berhutang kerusi PM kepada Anwar

    Dalam erti kata lain TDM kena cari pengganti yang lain...tak kesah dari pkr amanah atau bersatu.


    ReplyDelete
  2. Sudah la... pi makan. Perut tu dah lapaq

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Kalah menang yg sakit pemimpin, ahli tegar dan parti. Turut sakit yg kaki lobi, ambil duit mudah. Kita yg sokong kerajaan, tak kisah pun. Yg hilang jawatan ahli politik, yg hilang habuan kaki lobi. Ahli tegar hilang kerajaan yg perintah.
    Yg pasti ramai menteri yg kaya selepas jd menteri,ramai yb jadi kaya sewaktu jd Yb dan rakyat macam tu juga.

    ReplyDelete
  4. Dah kalah dah la...mcm² la punya komen. Buat kd, bn/umno menang sebab pengundi Rantau dah bosan dgn alasan ph tak tunai janji. Apa barang bercakap 'bangau oh bangau', semua salah org lain. Yg dijanjikan dulu ialah tolong rakyat bantu rakyat, bukan kencing rakyat. Tak perlu analisis mikro apa semua sbb bukan semua pembaca faham. Yg mudah difahami hanyalah ph tak boleh dipercayai kerana pembohong dan berbahaya. Tak faham kenapa ph berbahaya? Islam? Melayu? Perpaduan? Rasis? Langgar kontrak sosial? Kalau tak faham, baik rendam kepala dlm longkang....mujur faham, nasib baik.

    ReplyDelete
  5. Itu lah kelebihan bila dlm otak takde ayat cash is king .. Boleh buat duit utk negara. Bukan low class punya pemimpin... Bukan jenis kutip duit kat rakyat, pas tu hambur kat negara luar, konon nak beli pengaruh. Setakat buat keje tu srbagai pm. Aku kutip mat pet tgh pacak kat tepi longkang pun bleh jadi PM. Setakat tolong laki habiskan duit negara, aku kutip pompuan tepi jln pun bleh jadi First ladies... Bukan susah, cekik leher org lain. Selok poket, tabur kat luar. Dia ingat fbi tu lwvel2 pegawai dia ke ape. Bila org heret ke mahkamah, buat muka kesian, ingat aku lapo muka kesian dia . Pegi tunjuk kat macai la. Sekurang kurangnya ade gak yg jerit bos2. Sedih aku melayu mcm ni... Bangsa lain kerja siang mlm kumpul harta, melayu umno bos2 dgn harapan ade la terpelanting 20 30 hinggit masuk poket.. . Bila org senang dgn titik peluh sendiri, tu baruah dap tu. Moga cerah la mase depan korang.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Mengangap 3 prk tewas tidak mengubah2 ape2 adalah pendapat separuh masak... Jangka pendek memang tiada kesan tapi jangka panjang PH akan tumbang....jadi kerajaan sepenggal saja...

    Memandang rendah umno akan masuk jerat....najib sudah dipisahkan dari umno....tok mat mampu pimpin umno tumbangkan PH....madey sudah hilang magisnye bila kuat kincin....zaman madey sudah berakhir..

    ReplyDelete
  9. Berita daim dgn ecrl dipandang sinis oleh puak umno....penjimatan ecrl sama dgn penjimatan kos lrt3.....potong sana potong sini...tak ade keistimewaan ape2...

    Kalo daim berjaya batalkan ecrl tanpa bayaran pampasan kpd china itu berita hebat...

    ecrl adalah penting kpd madey dan daim untuk kroni2 nye..

    ReplyDelete
  10. I thot there will be sparks at new Johre MB's appointment. Turned out to be a tame affair.....

    John Doe...you are right again about TDM.....

    I believe TDM's opponent is scared of ONCE BITTEN TWICE SHY viz constitutionsl crisis

    Well done TDM

    ReplyDelete

  11. Kebolehan MAHATHIR ini juga satu peringatan kepada semua pihak bahawa Tun mampu bertindak jauh lebih dari disangkakan dalam APA juga isu lebih² lagi dalam soal hak rakyat dan Perlembagaan.


    Ape jadi dgn ekonomi mesia?...mana kemampuan dan kehebatan madey?....ringgit masih demam....madey tambah hutang 50 billion dlm 11 bulan...

    Nak puji melambong pon biar sepadan dgn hasilnye..

    ReplyDelete
  12. KD kata ....Kenapa tidak pilih calon Melayu yang LEBIH wibawa?

    Di semenyih calon Bersatu yg kojol dari bangsa ape?....

    ReplyDelete
  13. Kalo madey laksanakan manipesto dan atasi isu melayu letak kambing pon PH boleh menang prk...

    ReplyDelete
  14. Johor sudah dapat Menteri Besar baru! Muda, ensem dan very well educated berbanding dgn Pak Seman. Dia juga ada visi dan missi. Visinya akan bekerja keras demi kesejahteraan RAKYAT JOHOR. Missi pula, untuk memastikan manifesto tercapai. Berat sungguh tugasnya. Namun saya berdoa, dia benar-benar bekerja utk rakyat, kerana rakyat dan demi rakyat. Kalau dia gagal pun memenuhi manifesto HARAPAN, kita tahu, dia sudah bersusah payah usha.Selamat Maju Jaya Dr.Sahruddin semoga usahamu dirahmati Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MB baru style Muhyiddin, slow...
      Mungkin Johor perlu import MB dari Selangor?

      Terlalu awal tapi macam mudah sangat boleh dijangka

      Delete
  15. Tuan kd
    posting tuan selalu di luar pemikiran
    Molek kiranya tuan berkecimpung dalam politik secara serius
    Semoga malaysia memiliki ahli politik yang matang dan jujur dan pengikut yg matang dan tidak taksub

    ReplyDelete
  16. Kalo madey

    1.tangguhkan bayaran hutang PTPTN bagi yg bergaji kurang 4000

    2. kurangkan tol 50%

    3. turunkan lagi harga minyak

    4. Selesaikan kemelut hibah TH

    PH boleh menang prk..

    Kalo tak buat yg aku cakap madey sendiri jadi calon PH tetap kalah...ini bukan zaman madey yg dulu boleh belit...

    ReplyDelete
  17. Kemenangan PRK Rantau referendum pengundi muda, Tok Mat beritahu PH

    Faiz Zainudin - April 13, 2019 10:34 PM
    470
    Shares

    SEREMBAN: Mohamad Hasan melihat kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil DUN Rantau sebagai di luar jangka, kerana kemenangan selesa yang diperolehinya sebahagian besar disumbangkan oleh saluran pengundi muda.

    Timbalan presiden Umno itu berkata BN amat gembira melihat keputusan yang diperolehi daripada saluran-saluran orang muda yang dulu ditakutinya mereka.

    “Saluran orang mudalah yang banyak berikan kita majoriti kepada kemenangan BN,” katanya pada sidang media di Dewan SJKC Seri Sendayan selepas kemenangannya diumumkan malam tadi.

    Mohamad percaya pengundi muda sensitif dengan persekitaran mereka terutama keadaan politik semasa.

    ReplyDelete
  18. Peneroka felda jelas tolak madey dan PH yg blm selesaikan masalah dan janji kpd peneroka.....

    Episod lanun sudah berakhir....tak laku lagi sebagai modal kempen plihanraya....

    ReplyDelete
  19. Ya la..hanya lubang kubur ja menanti2 kedatangan nya

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. Sebenarnya rakyat pengundi dun rantau yg menewaskan lanun. Sebelum ini lanun menyamar utk selamatkan malaysia tp akhirnya rakyat sendiri rasa dikhianati dan dibohongi. Akhirnya pada kertas undi, lanun ditunjukkan jalan keluar. Lanun² yg dh jd kerajaan masih tak faham² lg? Tunggu pru15 nanti ye utk pencerahan lebih jelas.

    ReplyDelete
  22. Petikan entry.

    Kebolehan MAHATHIR ini juga satu peringatan kepada semua pihak bahawa Tun mampu bertindak jauh lebih dari disangkakan dalam APA juga isu lebih² lagi dalam soal hak rakyat dan Perlembagaan.

    ----------------------

    Komen balas :-

    Khabar nubuwwah telah menyebut bahawa Khalifah Akhir Zaman akan dimasyhurkan dan ditabalkan oleh seorang lelaki yang bergelar Pembawa Panji Hitam, selepas hampir seabad umat Islam kehilangan khalifah. Tempoh kehilangan khalifah ini dikenali sebagai zaman mulkan jabbariyyan dan dikenali juga sebagai zaman fitnah. Adapula zaman penegakan semula khilafah kedua ini dikenali sebagai zaman khilafah manhaj nubuwwah yang selalu saya sebut sebagai zaman baru.

    Zaman fitnah telah bermula pada Mac 1924 apabila jawatan khalifah dimansuhkan selepas negara kebangsaan Turki ditubuhkan. Pada April 2019, hanya tinggal 5 tahun sebelum tempohnya genap satu abad. Daripada tafsiran bid'i sini surah Ar-Rum, ia akan berlaku di 10 tahun terakhir abad tersebut dan pada tahun 2019 kita telah pun berada di pertengahan 10 tahun terakhir zaman fitnah ini.

    Satu perkara tentang kemunculan Khalifah Akhir Zaman ialah dia akan dibaiah oleh seluruh umat sebagai khalifah mutlak mereka tanpa pengecualian kepada bangsa dan negara asal kaum Muslimin yang memberi bai'ah tersebut.

    Maksud seluruh umat di situ sudah tentu termasuk di dalamnya raja-raja yang beragama Islam yang masih memiliki takhta pada zaman fitnah, baik raja-raja Arab mahupun raja-raja Melayu.

    Secara tersirat ia bermaksud apabila Khalifah Akhir Zaman telah muncul maka kesemua raja-raja Muslim yang masih memiliki takhta akan kehilangan takhta masing-masing dan kedudukan mereka semua secara automatik akan menjadi bertaraf ibarat gabenor sahaja di negara masing-masing.

    Pada masa itu hanya individu-individu yang memiliki nama MAHA pada sijil lahir mereka sahaja yang masih berhak terus menggunakan nama MAHA. Maha-Maha yang lain yang datang hanya sebagai gelaran akan kehilangan taraf MAHAnya.

    Ia bukan satu kebetulan Arab Saudi menggunapakai sistem monarki mutlak dan bukan kebetulan juga Malaya memiliki ramai raja. Ia ada hikmah di sebaliknya dan hikmah ini akan terbongkar selepas umat telah pun melangkah ke zaman baru dan meninggalkan zaman fitnah.

    Dengan Pembawa Panji Hitam sebagai penegak khilafah kedua ini maka jadilah dia orang kedua yang paling berkuasa di kalangan umat selepas khalifah sendiri. Ia secara literal bermaksud Pembawa Panji Hitam akan lebih berkuasa daripada kesemua Raja-raja dan Presiden-presiden negara-negara Islam di dunia.

    Sekiranya mahu menentang seseorang individu semata-mata kerana merasakan diri sendiri mempunyai kuasa yang boleh mengalahkan individu tersebut, maka berhati-hatilah kerana sekiranya yang ditentang itu bukan sahaja memiliki kuasa tersendiri bahkan juga pengaruh yang besar di dalam dunia Islam, bahkan juga adalah seorang ketua yang pasukan pimpinannya tidak pernah tewas, kerana silap haribulan yang ditentang itu ialah si Pembawa Panji Hitam sendiri, yang bakal menjadi orang kedua paling berkuasa di kalangan umat pada zaman baru, mengatasi kesemua Raja-raja Muslim yang masih memiliki takhta ketika zaman fitnah itu masih berlangsung.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  23. Tidak berkesan, penyokong luar PKR undang
    Tak mengancam, lagu Nuar nyanyii dendang
    Tidak laku pun fitnah, si Lapiji sotong hidang
    Tak sangka, yg TDM tak berani turun padang

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    Kat Rantau, kali ke-3 berturut PH kecundang
    Ternyata parti penipu rakyat tolak & tendang
    Terus senyap tenggelam PH punya gendang
    Sebalik nya, riuh bunyi takbir berkumandang

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete