Tuesday, April 30, 2019

MUFTI PUN EMOSI??

Politik Malaysia walaupun panas kebelakangan ini DENGAN pelbagai rentak tetapi semua tertumpu kepada APA yang akan MAHATHIR kata dan lakukan.

Musuh dalam selimut mengatur langkah tetapi dapat dihidu.

Gerombolan sailang terdedah dan dikenalpasti connected ANTARA mereka satu demi satu saling memulia, menyokong  dan mempertahan.

ADA pemimpin lupa dirinya di peralat atas TAWARAN SI puteri gunung ledang.

ADA juga anak muda anak mahkota mahu berkumpul tetapi akhirnya menafikan apabila anak lobak khadam politik gelojoh membuka pekung. 

PDRM bertindak betul apabila menahan salah seorang pengikut Zakir Naik sekurang kurangnya meredakan ISU keselamatan Dalam dan luar NEGARA.

Propaganda pengeboman di Sri Lanka memungkinkan tindak balas dan sasarannya di Malaysia / Zakir Naik.

Nyata ADA yang buta Dan PEKAK untuk memahami dari sudut keselamatan.
DR Asri hanya melihat dari sudut emosi dan sensitif UGAMA.

Hakikatnya dia sendiri sudah menerima tempias keselamatan atas kejadian keretanya terbakar, apakah Asri tidak boleh memahaminya??

Semua ISU MAHATHIR tangani walaupun bukan yang TERBAIK tetapi masih Dalam kawalannya.

ADA ISU mahu MAHATHIR berundur, ADA angin dia mahu disingkirkan.
MAHATHIR sendiri membuat pengakuan hanya memerlukan 1-2-3 tahun sebelum berundur malah ADA menyatakan MAHATHIR tawar diri untuk berundur jika partinya bersetuju.

Nyata, berundur atau meneruskan khidmat SEBAGAI PM bukan atas kepentingan dirinya, jika ADA yang berhajat mahu dia berundur secara paksa dan keras, kena lah tahan diri jika MAHATHIR libas.

Dulunya ADA gerombolan dan blog bermati matian mahu MAHATHIR berundur DENGAN segala senarai kelemahan dan silap MAHATHIR.
Hari in Anwar tolak jadi PM jadi Menteri Kewangan atas alasan  NEGARA belum stabil.

Apakah Azmin atau Muhyiddin juga akan tolak DENGAN alasan yang sama?

Secara officiallynya MAHATHIR boleh berundur tetapi secara peribadinya tentu MAHATHIR mahu penggantinya bukan jolow, kawan jolow, perkakas jolow, pro jolow atau sama perangai macam kawan kepada jolow.




Taiwan/Melaka/KELANTAN/Russia/Connection..




27 comments:

  1. Replies
    1. Cik minah dah takut masuk blog budin mcm fantat tun...blog sana berani dan cepat publish kalo nak debat...blog ni penakut..

      Delete
    2. Madey kluarkan perkataan yg kasar tandanye madey sudah tertekan kerana popularitinye sudah merudum..

      Seblm ni mupeti sudah tegur madey dosa tidak tunaikan janji manipesto…..madey sudah tidak boleh kawal lagi marah dan benci kpd mupeti perlis kerana dia ingat dia pm serupa dgn pm zaman 22 tahun dulu…..

      Madey sudah punahkan PH..

      Delete
    3. Anwar tolak jadi pm?....madey umum dulu letak jawatan....takkan KD pon bongok tak paham ayat anwar...

      Muyidin pon tolak?...hihihi....kalo muyidin tolak takkan madey sanggup gaduh dgn muyidin...

      Azmin mungkin tolak...hihihihi..

      Delete
    4. Taiwan/Melaka/KELANTAN/Russia/Connection....

      boleh ker kerajaan negeri ambik harta milik GLC persekutuan untuk serah kpd pihak lain sesuka hati?....cari nahas .....

      Delete
    5. Aik, dah sokong blog budin plak ke. Bukan korang maki2 je ke dia dulu. Mcm umno pas.

      Delete
  2. Mufti ni memang pekak dan degil. Rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka dan positif tak perlu isu dibawa mufti ni. Sekarang mufti cari umno pulak. Kalau mufti buat kerja mufti sudah la. Toksah campur aduk perkara lain.

    Dr.Mahathir ni dia ada rancangan sendiri dan kalau kita perhati, Tun M tak sama dengan Dato' Seri Dr.Mahathir 30 tahun dulu. Perhati baik2. Dia sekarang dapat buat perkara yang dulu dia tak boleh dapat buat....pasal dulu yang jadi PM Presiden Umno ke5. Apasal... cari sendiri la jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah le pekak buta mata hati pulak tu.

      Delete
  3. Mahathir cakap nak berundur tu main² je. Acah² gitu, nanti ada la yg akan menangis mintak dia tarik balik. Itu biasa dlm politik dan amat biasa kpd siapa yg mengenali mahathir. Cuma yg aku pelik ialah walaupun mahathir tu dah tua, malah kira² dah terlalu tua tapi masih kuat naluri bergaduh dan masih pantang dikritik. Dah tua beb, tapi jiwa yg rasa dia semua betul tu masih terlalu tebal. Agaknya bagaimana cara dia mengakhiri hayatnya nanti. Adakah dia berani dan mampu menghalang malaikat maut datang mencabut nyawanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia berperasaan bahawa hakikat maut itu tak wujud langsung.

      Delete
  4. Apa yg best??
    Masuk bakul angkat sendiri..
    Malaysia baru yg penuh dgn penipuan, fitnah, tak ada usaha sendiri melainkan penjenamaan semula, ekonomi yg rosak, aset2 negara dijual, bantuan2 rakyat dipotong atau dikurang,,byk syarikat tutup, peluang kerja merudum, hak2 islam dan raja2 di kacau dan byk lagi...

    Malaysia baru yg lemah, byk menteri mangkuk, kerajaan yg dinilai oleh pelabur & negara asing sbg tidak stabil disebabkan PM partinya bukan majoriti, masalah dalaman yg satu dunia dh tahu, bila2 PM boleh berubah dan mungkin ketajaan, tak ada hala tuju yg jelas, tak ada usaha yg jelas untuk memangkin ekonmomi dan byk lagi...

    KD...tolong siarkan kalau kau anak jantan

    ReplyDelete
  5. SAMPAi BILA TUN MAHATHIR SUKA BERGADUH?

    Shahbudin Husin 1 May 2019 Politik Semasa 2 Comments

    Kaki gaduh suka cari gaduh
    A A A
    Ketika bermusuh dengan Najib Razak, Tun Mahathir bukan saja menjadi pengkritiknya, malah mengalu-alukan sesiapa juga yang berani menegur Perdana Menteri.

    Ketika itu, termasuk TMJ yang pernah melakukan kritikan terhadap Najib, bagi Tun Mahathir ia adalah hak pewaris takhta Johor itu untuk berbuat demikian dan ia sesuatu yang harus dialu-alukan.

    Tetapi, setelah beliau sendiri duduk di kerusi Perdana Menteri, Tun Mahathir nyata tidak suka dikritik oleh TMJ.

    Ketika TMJ memberi reaksi spontan terhadap kata-kata peminat bolasepak JDT yang mahu jurulatih pasukan itu, Benjamin Mora ditukar dengan mengatakan “daripada tukar, baik tukar Perdana Menteri”, Tun Mahathir kelihatan begitu sensitif dan tidak senang dengannya.

    Kata Tun Mahathir, kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak boleh ditukar oleh TMJ, sebaliknya hanya rakyat yang boleh menukarnya.

    Walaupun sebelum itu Tun Mahathir melalui Deklarasi Rakyat pernah berusaha agar Majlis Raja-Raja memecat Najib, yang nyata sikapnya kini memperlihatkan dia tidak suka dikritik – suatu keadaan yang berbeza ketika sebelum dan selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

    Terbaru dengan TMJ, khususnya berkaitan Statut Rom dan Istana Johor dalam soal campurtangan dalam pentadbiran kerajaan serta beberapa isu sebelum ini, Raja-Raja adalah institusi yang dikira paling suka dicari gaduh oleh Tun Mahathir.

    Semalam pula, ketika Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan rasa kecewa dengan kedudukan Islam yang dilihatnya terancam di bawah kerajaan PH, Tun Mahathir menempelaknya sebagai pekak.

    Walaupun Dr. Asri kemudian menjawab balik dengan mempersoalkan siapa yang pekak antara beliau dan Tun Mahathir, yang nyata Perdana Menteri tidak sedia untuk ditegur oleh sesiapa, termasuk oleh golongan agama

    ReplyDelete
  6. Cuba lihat rakaman ceramah mat zamri di kelantan dlm you tube.....ade ker pendakwah ni hina hindu dan menghasut?...dia hanye nenceritakan ketuhanan dlm hindu kristian dan islam yg membuka hatinye memilih islam...

    Adekah dr Asri pertahankan zamri kerana zamri penghasut?...tak ade emosi pon pada MAZA....hanye telahan penyokong kaki gaduh...

    ReplyDelete
  7. Lagi ramai madey ajak orang bergaduh lagi untung pembangkang….jika madey bergaduh pasal isu melayu dan islam lagi ramai melayu bertambah benci kpd madey dan PH…setakat bergaduh dgn TMJ masih ade yg sokong…tapi kalo dgn mupeti Perlis pasal melayu dan islam ramai yg akan benci madey…

    PH bertambah parah…..cina dan india sudah mula benci madey…lihatanalusa prk Rantau..

    Lagi lama madey pimpin PH lagi bertambah terok PH..

    ReplyDelete
  8. Propaganda pengeboman di Sri Lanka memungkinkan tindak balas dan sasarannya di Malaysia / Zakir Naik.

    Takkan orang kristian bom gereja di sri lanka....sudah tentu ini kerja orang islam balas dendam masjid dan islam di bunuh di new zealand...

    Tak ade kaitan dgn zakir naik yg sedang diburu oleh india...

    Polis mesia tangkap pembantu zakir naik dgn tuduhan yg tak betul kerana nak redakan ketegangan?....tak ade kaitan langsung...

    ReplyDelete
  9. Mana tak emosi. Pantang tegur sikit jawab mesti sarkastik. Pm kena berjiwa kental, sesuai dgn pengalaman jd pm puluhan tahun. Guna perkataan PEKAK paling tak sesuai sebagai jawapan kpd kegelisahan rakyat berkaitan apapun, lebih² lagi soal agama. Siapa yg pekak sebenarnya? Rakyat yg gelisah atau pm yg tak nampak apa yg rakyat nampak? Kasihan, dh tua tp masih belum nampak jelas apa yg ada di bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Kepala bapak engkau' sesuai barangkali.

      Delete
  10. Madey dah mengarut…..kata madey sokongan dan populariti merosot kerana perasuah bencikan madey?….berape juta perasuah terutamanye dlm khidmat awam?…

    BAnyak kes tangkapan dan reman oleh sprm senyap begitu sahaja akhirnye kerana tiada bukti rasuah…laporan rasuah kpd sprm hanyelah andaian sahaja oleh pelapor…

    Yg benci madey ni ramai orang awam yg tidak terlibat dgn rasuah kerana madey kencingkan manipesto dan belit hutang 1 trilion….tak kurang kerana isu melayu dan islam dan raja melayu ..…madey tak mau mengaku…inilah sebabnye 3 prk PH tewas…

    Makin rosak PH kerana madey..

    ReplyDelete
  11. kasi up blogger cahaya majid headbomb kl choronicle ms sentral amenoworld dan pakarmu cucutokselampit blogspot.com


    kikikiki...

    ReplyDelete
  12. KD

    Saya berpendapat guru agama pada tahun 1950an hingga 1970an lebih menyerlah kealiman mereka. Cara mereka meyakinkan melayu dan orang islam sangat bersopan berfakta berealiti dan penuh kebenaran

    Saya mula mengaji agama dan belajar baca al-quran sejak berumur 5 tahun dengan seorang guru agama dari johor di sekolah pondok. Tidak pernah mengajar murid2 seperti kami mencaci menghina bangsa dan agama lain.

    Saya bersekolah melayu selama 6 tahun dan 7 tahun bersekolah di Catholic Mission School sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti selepas Higher School Certificate

    Di universiti saya sangat terkejut melihat racism rearing ugly heads. Melayu dengan melayunya india dengan indianya cina dengan cinanya. Heran ditempat saya kami bercampur tanpa rasa takut dan penuh mesra respek sesama sendiri.

    Bila mula bekerja serupa juga senario. Pernah ditegur makan bersama kaum india dan cina padahal makan di satay Ria di Bukit Bintang Plaza dan beberapa kedai mamak di Central Market.

    Sekarang berumur 60an saya sangat kecewa bangsa melayu dan orng islam bagai tiada panduan hidup beragama walaupun berdegar2 ceramah agama dan khutbah jumaat diadakan. Lihat sendiri macam mana guru agama ini dalam You Tube. Ada bertaraf Dr PHd namun isi pati ceramah penuh dengan hina dan cerca agama lain. Tengok Cross pun dah ngelabah konon sebar agama kristian.

    Dulu hari2 saya tengok cross. Saya belajar Bible dan ambil it as a subject up to Senior Cambridge level. Respect was earned not imposed like sekarang.

    Jadi kes Asri dan mereka yang pernah belajar di Timur Tengah ini senang saja. Mereka rasa merekalah paling pandai dan orang lain semua bodoh... tak tahu agama.

    Mufti2 seperti harussaini dr rahman shukri...dimana mereka mada kemungkaran dibuat zaman regime najib. Even Asri pun macam orang terkancing mulut pekak dn bisu.

    Selagi kita cerca dan hina orang lain selagi itu kita akan terima balik cercaan dan dihina bangsa dan agama lain.

    Sekarang Raja2 dikaitkan untuk melegitimatekan konon perjuangan melayu dan islam....merbahaya.

    Saya sokong Patriot persoalkan apa yang Asri takut. Not only Asri has created uncertainties he could have incited muslims. This should be addressed failing which malaysia will be doomed....

    Heran dengan melayu muslim malaysia pada hari ini. Dahlah ketinggalan dalam serba serbi tapi cukup bergaya dengan salahguna kuasa dan rasuah.

    I hope Tun and PH will just move forward, ignore all these distractions. Get back malaysia to where we once belonged....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mufti2 skrng kebanyakannya pekak, bisu dan buta mata hati. Berlumba lumba nak kejar duniawi yg bersifat sementara.

      Delete
  13. Bukti Islam Terancam Bawah PH? -Abdul Muein Abadi (UKM)

    Banyak bukti pemimpin Pakatan Harapan terpesona dengan ‘kuasa lunak’ asing

    1. HANYA dalam tempoh seminggu, Mufti Perlis isytiharkan Islam terancam di bawah Pakatan, Menteri Belia dan Sukan sibuk berusaha anjurkan konsert besar-besaran artis K-POP Korea, Menteri Pertahanan tidak habis-habis dengan isu Syiah, Senator DAP pula gesa kerajaan buka Kedutaan di Israel dan jalinkan hubungan diplomatik dengan negara haram itu. Semua ini hanya dalam tempoh seminggu.
    2. Sesungguhnya, Rasulullah ﷺ pernah memberi ingatan keras mengenai kuasa dan tanggungjawab mencegah kemungkaran: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman” (Hadis riwayat Imam Muslim).
    3. Dalam satu lagi hadis, Rasulullah ﷺ juga bersabda “Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim (aniaya) dan yang dizalimi”. Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah ﷺ, jelas kami faham menolong orang yang dizalimi, tetapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim?” Beliau bersabda: “Pegang tangannya (agar tidak berbuat zalim)” (Sahih Bukhari).
    4. Di mana suara Menteri dan alim ulama dalam Pakatan apabila Menteri Belia dan Sukan dengan bangganya menganjurkan konsert mungkar K-POP Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020?
    5. Mengapa dulu Menteri Agama YB Dr Mujahid Yusuf Rawa boleh mengarang surat panjang lebar ‘warkah kekanda-adinda’ dengan YB Nurul Izzah tetapi kini diam tidak bertegas dengan rancangan mungkar konsert K-POP Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020?
    6. Di mana suara Menteri dan alim ulama dalam Pakatan apabila Menteri Pertahanan berkali-kali secara tersurat dan tersirat menunjukkan dukungan kepada Syiah – terbaharu solat di belakang Imam Syiah dengan sujud di atas Turbah (batu Karbala)?
    7. Mengapa dulu Menteri Agama YB Dr Mujahid Yusuf Rawa boleh mengarang surat panjang lebar ‘warkah kekanda-adinda’ dengan YB Nurul Izzah tetapi kini diam tidak bertegas dengan tindak-tanduk Menteri Pertahanan yang jelas sujud di atas turbah dan menunjukkan kekaguman dengan Syiah?
    8. Di mana suara Menteri dan alim ulama dalam Pakatan apabila Senator DAP menyeru supaya kita mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel dan seterusnya membuka kedutaan di negara penjajah dan penjenayah itu? Meskipun rancangan itu sudah ditarik balik, namun kesungguhan di sebalik cadangan itu – yang hanya ditarik selepas mendapat kecaman – tidak harus dipandang remeh sama sekali.
    9. Mengapa dulu Menteri Agama YB Dr Mujahid Yusuf Rawa boleh mengarang surat panjang lebar ‘warkah kekanda-adinda’ dengan YB Nurul Izzah tetapi kini diam tidak bertegas dengan cadangan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel oleh DAP ini?
    10. Maka janganlah salahkan Mufti Perlis apabila beliau isytiharkan ‘Islam terancam’ di bawah kerajaan Pakatan hari ini sekiranya alim ulama dalam Pakatan sendiri yang diam dan reda dengan rancangan Menteri Belia untuk menganjurkan konsert besar-besaran, diam dan reda dengan tindakan Menteri Pertahanan yang solat dan sujud di atas turbah, diam dan reda dengan rancangan DAP untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

    ReplyDelete
  14. 11. Hakikatnya, dari sudut pandang ‘kuasa lunak’ (Soft Power) dalam perspektif politik hubungan antarabangsa (International Relations), tindak-tanduk ketiga-tiga pemimpin Pakatan ini juga mengundang seribu satu permasalahan.
    12. Apakah itu ‘Soft Power’? Apa bezanya dengan ‘Hard Power’? Mengapa hujah yang disandarkan oleh Syed Saddiq dan Nga Hock Cheh dalam mempertahankan BTS Korea dan Israel tertolak sama sekali dari perspektif ini? Mengapa kekaguman Mat Sabu dengan Iran dan perjuangan Syiah juga menjadi masalah dari perspektif ini?
    13. Konsep ‘Soft Power’ ini dikemukakan oleh Sarjana dari Harvard University, iaitu Profesor Joseph Nye melalui dua karya beliau berjudul ‘Bound to Lead: The Changing Nature of American Power’ (1990) dan ‘Soft Power: The Means to Success in World Politics’ (2004).
    14. Kuasa Lunak dimaksudkan sebagai ‘keupayaan untuk memujuk dan menundukkan pihak lain agar mengubah dasar dan kehendak mereka dengan cara yang memikat dan menarik’. Konsep ‘Kuasa Lunak’ ini berbeza dengan ‘Kuasa Keras’ (Hard Power) yang mengutamakan penggunaan tekanan politik, diplomatik, dan ketenteraan untuk mencapai objektif yang sama.

    15. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan saat ini yang ramai terpesona dengan ‘kuasa lunak’ asing – dalam kes ini, Syed Saddiq terpana dengan K-POP Korea, Mat Sabu dengan Iran, dan Hock Cheh dengan Israel.
    16. Dalam kes Mat Sabu, sejak tahun 2013 lagi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu iaitu Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan sepuluh bukti Mohamad Sabu cenderung pengikut fahaman Syiah.
    17. Mat Sabu pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan kaedah Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk “Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” yang diterbitkan dalam akhbar pada 5 hingga 15 Julai 2008.
    18. Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005.
    19. Mat Sabu menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapan pada 13 Julai 2011.
    20. Mat Sabu juga terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.
    21. Mat Sabu juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.
    22. Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.
    23. Deretan bukti sejak dahulu hingga kini menimbulkan persoalan mengenai tindak-tanduk Mat Sabu yang terpengaruh dengan ‘Kuasa Lunak’ Syiah. Tidak salah untuk beliau mengadakan hubungan strategik bagi kepentingan pertahanan negara – seperti mana kunjungan beliau ke Turki bertemu Presiden Erdogan sebelum ini – namun kekaguman beliau terhadap Imam Khomeini, hubungan dengan Hassan Nasrallah, dan amalan ibadat beliau yang terlalu kerap menyamai amalan Syiah menunjukkan bahawa beliau tidak memiliki jati diri yang teguh.
    24. Dalam kes Syed Saddiq pula, beliau memberi alasan bahawa jemputan BTS ‘bukan bertujuan untuk melalaikan generasi muda, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara’ di mana matlamat beliau ialah supaya ‘industri hiburan Malaysia tidak berada di belakang Singapura memandangkan ramai peminat muzik telah beralih ke negara itu bagi menyaksikan konsert’.
    25. Kenyataan Syed Saddiq ini jelas tidak mengambil kira impak jangka panjang dan terlalu terpana dengan keuntungan segera yang tidak seberapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This list provided by abdul muein abadi is rubbish. All these had happened more rampantly during najib's regime. Where was he? In Timbaktu?

      Letter mujahid kepada nurul was all poltical polemic..nothing to do with islam

      Syiah isu...did not zahid promise action...habuk tak dak

      Dap demandin tbis and that..did they get it...?

      K pop korea sibuk dipersalahkan. Mada psy ke pulang pinang...senyap sebab bisu????

      Delete
  15. Anon 2.44,

    Saya amat kagum dengan cerita-cerita dongeng....

    Berjela-jela panjangnya.....

    ReplyDelete
  16. Mak Enon..kini bergambar
    Lutu mukanya ramai tak sabar
    Rindu ke aku..bertanya khabar?
    Ajak jumpa..selimut gebar!

    Blog Al Boden dah tukar sampah
    Blakang tarok orang menyampah
    Mak Enon ini keturunan sesumpah
    Ajak berdebat air liur tumpah!

    Kalau berani kenapa takut
    Ajak berdebat tak mahu ikut
    Bijan tewas dah makan biskut
    Mintak dedak Kakmah kedekut!

    Merapu meroyan di blog KD
    Dengan KD debat tak jadi
    Bukan sebab KD tak ready
    Tak mahu layan sampah sebaldi!

    Mak Enon Gundu..semua orang tahu
    Si Enon bergambar..kurang nahu
    Belajar betul tak pernah mahu
    Dengan KD..dilenyek tauhu!

    Mak Enon bergambar rasa dah terror
    Banding John Doe sekangkang kera
    Di blog AlBoden perasan wira
    Bangang ada belum bersara!

    Dilesing Cik Minah tertelan gigi
    Bijan nak tolong tak mampu lagi
    Dok meroyan malam ke pagi
    Baik lompat masuk perigi!

    Macam biasa Mahathir di kutuk
    Ini cucu nak kenakan atok
    Tak beri bekas sikit tak batuk
    Cuba lagi kuatkan ketuk!

    Kesian Mak Enon harapan pudar
    Sokong lanun..masih tak sedar
    Dimaki orang kampung dan bandar
    Nak debat KD?..nanti berkandar!





    ReplyDelete
    Replies
    1. Merapu meroyan di blog KD
      Dengan KD debat tak jadi
      Bukan sebab KD tak ready
      Tak mahu layan sampah sebaldi!

      Mak Enon bergambar aka Kejora Bapuk Bodo (ini namanya yang terdahulu yang ia pilih sendiri) memang sampah. Konon dituduh bro KD tak berani siarkan komennya konon kerana bro KD takut untuk berdebat dengannya. Hakikatnya ialah selain kopipes sampah sarap, hujah-hujahnya semua ke laut dan kosong daripada isi.

      Dibiarkan saja pun tidak akan jadi apa-apa. Mak Enon bergambar aka Kejora Bapuk Bodo hanya ibarat penembak senapang angin yang hanya merasai seronok memetik picu dan menembak kepeh kepeh, tapi tembakannya langsung tidak memuntahkan sebarang peluru.

      Diajaknya bro KD bertarung di blog Pak Budin. Hahaha, kelakarnya. Perasan dengan diri sendiri setaraf Jufazli ja dia ni. Kurang-kurang Jufazli ada juga nama.

      Kesian, jiwa sakit dan kacau sehinggakan komennya tidak dibalas pun ia meracau.

      Hahahaha, tanda orang sakit jiwa tak boleh diubati.

      Delete