Sunday, April 14, 2019

BUAT TUGU SKANDAL TERBESAR DUNIA.. BAHAN SEJARAH DAN SUMBER PERLANCONGAN.

Cerita tentang Najib tidak boleh dilepaskan begitu sahaja sehingga mahkamah membuat keputusan.

Segala tindak tanduk semasa dia berkuasa dan memerintah perlu di detail satu persatu.
Di mana autanya, belitnya, temberangnya dan setakat mana ada betulnya dia.

Lumrah, Najib juga ADA betulnya, benarnya, jasanya..itu juga jangan nafikan.

Di semua majlis parti dan kerajaan, kesah Najib Dan Rosmah perlu jadi skrip wajib...kalau ianya fitnah sudah tentu Najib Dan Rosmah akan saman.

Keadilan masih ada untuk Najib dan Rosmah di era rule of laws. Buat report polis yang tulin..pengadu tidak akan disiasat ditangkap.

Skandal Najib perlu pendedahan terus bukan kerana ia cerita dongeng, sudah beribu kali Tun lafazkan samada sebelum dan selepas berkuasa  tanpa disaman, Kita ikut sahaja.

Skandal ini perlu dipahat pada setiap kepala netizen bukan kerana nama mereka Najib atau Rosmah tetapi kerana mereka pernah jadi PM Dan isteri PM pada suatu tempoh.

Mana² PM atau pemimpin² yang mungkar, sejarah tidak pernah
terpadam.

Di dalam Al Quran disebut berkal kali akan nama Abu Lahab Dan Qarun peristiwa yang telah berlalu dan dajjal bagi peristiwa akan datang semata mata untuk peringatan, tauladan dan sempadan umat.

Kurang dan selemah mana pun kabinet MAHATHIR selagi tidak menipu dan curang pada rakyat maka IA kekal terbaik buat masa ini.

Terbaik kerana Malaysia tidak dapat menunjukan kepimpinan mana yang mampu buat masa in Dari segi logik akal..

Namakan Anwar, Najib sekali lagi Hadi Awang atau Mat Hassan.. secara ikhlasnya ..lu fikirlah sendiri jika NEGARA di tangan mereka.

http://feedproxy.google.com/~r/TukarTiub/~3/tlQgo8bCdlA/perangai-belanda-minta-tanah.html


6 comments:

  1. Soking KD. Memang patut bina satu tugu kepala Najib & Rosmah. Letak batu bersurat di bawahnya menceritakan bagaimana mereka pau rakyat sampai kena tanggong hutangnya 7 keturunan. Mana boleh ikut cakap macai jgn sebut segala onar kerajaan lalu. Quran pun penuh dgn onar kisah firaun dan kaum jahaliah. Sejarah ialah dokumen onar orang terdahulu. Onar Najib dan Rosmah perlu disebut setiap hari bukan dipadamkan seolah-olah takda apa berlaku.

    ReplyDelete
  2. Jom fikir sekejap. Jgn taksub gila babi hingga racun yg mungkin org letak dlm pinggan kitapun kita masih bersangka baik.

    Isu Tabung Haji Perlu Perincian Lebih Professional.

    Tabung Haji telah bayar zakat berjumlah RM86 juta utk tahun 2018. Pada tahun 2017, Tabung Haji bayar zakat Rm68 juta bagi keuntungan bersihnya berjumlah RM2.72 BILLION...

    Jumlah zakat yg dibayar oleh Tabung Haji nampaknya MENINGKAT dri RM68 JUTA pada 2017 kpd RM86 Juta pada 2018...

    Sekiranya dibuat pengiraan mengikut formula standard zakat perniagaan adalah spt berikut:-

    Keuntungan bersih Tabung Haji pada 2018 adalah = 86Juta x 100 ÷ 2.5 = 3,440Juta atau
    Rm3.44 Billion berdasar zakat yg dibayar...

    Sekiranya pengiraan zakat ini diambilkira, kita boleh persoalkan Menteri PAN Mujahit yg umum Tabung Haji hanya untung Rm1.636Billion...

    Jika pengiraan ini tepat, mengapa HIBAH diumum rendah kpd pendeposit yg majority adalah umat Islam...

    2018...
    Untung sebenar mengikut pengiraan zakat yg dikeluarkan adalah RM3.44BILLION.
    Zakat = RM86 juta..
    Tapi Hibah hanya 1.25%

    2017...
    Untung adalah RM1.636Billion.
    Zakat = RM67 juta.
    Hibah TH 6.25%.

    Diharap KERAjaan PH jangan manipulate keuntungan TH kerana zakat yg dibayar oleh TH adalah yg tertinggi...adakah PH cuba sabotaj pendeposit Tabung Haji???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen macam ni boleh lah juga aku siarkan..
      ADA SEDIKIT figure Dan fakta yang perlu dijawab.

      Delete
    2. Kluangman boleh ker ko komen betul ke tidak fakta yg diberikan?...

      Delete
    3. Ini political mileage madey..

      Winston Churchill pernah mengatakan, "a lie gets halfway around the world before the truth has a chance to get its pants on." Alhamdulillah, hari ini satu lagi pembohongan Pakatan Harapan terbongkar. Dibongkar oleh tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri sendiri. Di atas adalah keratan fitnah-fitnah berkaitan ECRL yang boleh diringkaskan seperti berikut:

      - ECRL adalah satu usaha jahat (scam) untuk melindungi 1MDB.
      - Kos ECRL lebih tinggi disebabkan duit dicuri oleh Jho Low.
      - ECRL menandakan Najib menjual negara kepada China.

      Realitinya, pertama, kos ECRL mahal di zaman pemerintahan Kerajaan BN disebabkan ianya melalui kawasan berbukit (kos terowong Bentong-Gombak) yang dianggarkan RM10 billion, jarak yang lebih panjang dan melibatkan lebih banyak stesen-stesen atau hentian perantaraan.

      Kedua, tiada kaitan antara ECRL dan 1MDB. Berikut adalah soalan yang ditanya pemberita kepada Perdana Menteri setelah Sidang Media pagi tadi:

      Wartawan: Adakah projek ECRL (sebelum ini) digunakan untuk bayar hutang 1MDB?
      Perdana Menteri: Kita syak saja sebab kosnya begitu tinggi.

      Ketiga, sepanjang rundingan wakil Kerajaan Malaysia, Tun Daim dengan Kerajaan China, tidak ada elemen korupsi ditemui. Sekarang kerajaan hanya boleh berbangga kononnya telah 'menjimatkan' projek ECRL. Hakikatnya, ia adalah satu usaha 'downsizing'.( potong panjang jajaran dan kurangkan stesen)

      Keempat, Semasa Kerajaan BN, projek ECRL 100% milik Kerajaan Malaysia. Zaman Kerajaan PH, ECRL akan dimiliki secara 'joint venture' atau perkongsian yang mana 50% dimiliki Kerajaan China. Siapa yang jual negara sebenarnya?

      Kesimpulannya, cybertroopers Kerajaan terpaksa bekerja lebih masa untuk menjawab isu fitnah ECRL ini..

      KD boleh ko bagi komen ?...

      Delete
    4. Takda sapa baca pun. Dah siar kat blog tok kampit. Tengok tajuk je dah cukup

      Delete