Monday, April 8, 2019

GRAND DESIGN NAK JATUHKAN MAHATHIR AKHIRNYA SENDIRI TERDUDUK...

Kisah orang politik belakang langsir dan kerabat di raja melibatkan diri seperti yang didefinasikan  oleh Tun UNTUK menjatuhkannya terbongkar luas.

Tak susah pun untuk disenaraikan siapa dan siapa... Dari negeri Mana Dan kiblatnya..

Benarlah teori jhon doe.. musuh tewas lagi kepada MAHATHIR..

Musuh² yang sudah dikenalpasti oleh Tun sudah tentu akan tahu SENDIRI apa² kesan yang perlu mereka warisi.

Satu perkara yang perlu disedari oleh mereka yang mahu ambilalih Dari MAHATHIR, adalah cermin diri.


Ini ISU APA Pula? Johor sangat bangga dengan kepekaannya terhadap BANGSA Johor tetapi apabila "tidak tahu" IA sesuatu di luar sangkaan..

21 comments:

  1. Fuyoo peminat jon doe kata menang bila mamak bodo yg u turn Statut Rome... u turn kira menang... kikiki... ok bagi la menang kang majuk plak... kikikiki..

    pakar hibah 1.25% zaharuddin kaki scamer bila nak up story..



    kikikikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berundur setapak, bukan KALAH bro..

      Tun bila pusing, dia bukan di belakang tetapi dua tapak di HADAPAN..

      Sebab tu ADA yang terkedu, ADA yang Tak MENGAKU, ADA yang Tak berani angkat kepala lagi..

      ADA yg Tak berani tengok gambar pun???!!!hahaha

      Delete
    2. Ayam-ayam masih berlaga. Apabila ayam-ayam ini tamat berlaga, ayam yang bernama Ta-Mim itu akan muncul pemenang sebagaimana ia menang ke atas Tun Salleh Abbas dan menyelamatkan takhta dan jawatan YDPA daripada menjadi bahan mainan, sebagaimana ia menang di dalam usahanya menghilangkan kuasa veto YDPA dan menghilangkan keresahan rakyat dan sebagaimana ia menang di dalam usahnya menghilangkan kekebalan raja-raja dan meredakan ketegangan di antara rakyat dan raja-raja.

      Hibah 1.25%? Hehehe.. Yang penting ialah ia bukan manipulasi seperti dahulunya, memberi hibah menggunakan wang penyimpan.

      Apapun di dalam isu TH ini saya berminat dengan komen sdri Cik Minah yang lebih ke arah 'penyucian jiwa'.

      Orang-orang yang benar-benar ikhlas menyimpan di dalam TH sebab mahu menunaikan haji sedikitpun tidak akan mengambil tahu tentang jumlah hibah TH. Bagi mereka yang penting ialah kesempatan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

      Alhamdulillah, dengan membaca komen sdri Cik Minah itu, saya tersedar bahawa selama ini pun saya tidak pernah tertanya-tanya mahupun mengambil tahu jumlah hibah TH sebab saya telah menyimpan di TH langsung tidak didorong oleh motivasi keuntungan pelaburan tetapi semata-mata untuk dapat menunaikan haji satu hari kelak, in shaa Allah.

      Apapun terima kasih kerajaan PH kerana telah menyelamatkan Tabung Haji dari terus diratah oleh UmNo dan kemudian dimanipulasi kewangannya dengan cara memberi hibah daripada wang simpanan penyimpan.

      Para pendusta dari kalangan walauns mahupun dedakians yang mahu memanipulasi isu TH dipersilakan terus mempersenda mahupun memanipulasi. Kalian telah pun tewas dan akan terus kekal di dalam ketewasan sehinggalah pasukan Tun M menang mutlak ke atas kalian semua di klimaks zaman fitnah kelak.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    3. Tubuh rci la..siapa bersalah..dakwa..

      Delete
  2. Nyanyi dengan melodi DARA PUJAAN

    Aku buat lawatan ke satu negeri
    Untuk lihat pembangunan sendiri
    Puas hati aku apa yang didapati
    Aku senyum puas tanda suka hati

    Selepas makan malam ku terasa horny
    Mahu cewek tempatan diulami
    Maka gelabah orang mencari
    Berharap agar sesiapa yang sudi

    Choros

    Nasib baik pada malam itu
    Ada orang tempatan yang setuju
    Maka dihantar untuk dihisap madu
    Semuanya beres tanpa ragu2

    Aku bangun pagi keesokkannya
    Nampak sangat aku kepuasan
    Tanpa segan silu aku berkata
    Tempat ini aku sudah tawan

    ReplyDelete
  3. Siapa yang suka pukul orang, KD.....?????
    HAHAHA.......orang yg suka pukul orang dah jadi pejuang rakyat.
    Boleh lupa ke bila kena pukul separuh mati....?????

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sdr KD kerana memberi perhatian kepada teori dan perkongsian saya bahawa Tun M dan pasukannya tidak pernah dan tidak akan tewas memandangkan dia adalah Pembawa Panji Hitam dan Nabi Muhammad saw sendiri telah mengkhabarkan bahawa 'pasukan panji hitam itu ialah pasukan yang tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana pasukan pun'. Sentiasa menangnya pasukan ini telah menyelamatkan alif ba ta mereka daripada kebinasaan walau bagaimana dahsyat pun fitnah yg berlaku ketika zaman fitnah itu berlangsung.

    Kita telah berada di hujung zaman fitnah, zaman di mana ada manusia yang menyangka Allah berhutang untuk menjadikan mereka raja hanya kerana mereka adalah anak lelaki sulung seorang raja. Zaman di mana ada manusia yang menyangka Allah berhutang untuk menjadikan mereka Perdana Menteri hanya kerana parti yang mereka ketuai memiliki kerusi terbanyak di kalangan parti-parti gabungan yang telah berjaya menumbangkan parti kerajaan terdahulu. Zaman di mana ada blogger yang menyangka Allah berhutang untuk memberikan kepada mereka sesuatu jawatan penting di dalam kerajaan mahupun di dalam GLC hanya semata-mata kerana blog mereka popular dan terlibat di dalam menjatuhkan kerajaan terdahulu. Semua mereka lupa bahawa Allah tidak berhutang apa pun kepada mereka.

    Saya telah beberapa kali menulis tentang menangnya Tun M di dalam setiap pertempuran yang ia ketuai telah menyelamatkan bangsa Mim, negara Mim dan umat Mim daripada malapetaka sekiranya ia telah tewas di dalam mana-mana satu pertempuran tersebut. Kali ini biar saya menulis tentang malapetaka kepada bangsa Mim berkaitan kedudukan raja-raja dan bagaimana Tun M telah menyelamatkan alif ba ta bangsa Mim apabila Tun muncul pemenang di dalam pertempuran2nya.

    1. Vs Tun Salleh Abbas

    Ramai orang yang malas membaca langsung tidak tahu latarbelakang kes ini walaupun ia ada direkodkan di dalam jurnal.

    Tun Salleh telah menunjukkan sikap kurang sopan kepada YDPA apabila menulis surat bantahan kpd YDPA di atas bunyi bising yang berpunca daripada kerja ubah suai di Istana Negara dan memberikan salinan karbon suratnya kepada raja-raja Melayu yang lain, dgn niat untuk menekan YDPA. Tindakan ini telah menyebabkan YDPA murka dan mahu memecat Tun Salleh. Maka diberikan surat itu kepada Tun dan ditanya sama ada Tun Salleh boleh dipecat. Jawab Tun kena tanya Peguam Negara (AG). AG berpendapat bahawa dari sudut undang-undang surat itu tidak memberikan apa-apa alasan untuk menamatkan khidmat Tun Salleh.

    Disebabkan kerja ubahsuai tidak dihentikan dan bunyi bising masih berterusan, Tun Salleh menulis satu surat lagi yang kali ini membawa maksud 'disebabkan gangguan bunyi bising ini patik tak dapat nak jalankan tugas dengan baik'. Surat ini kemudian YDPA serahkan kepada Tun M dengan soalan yang sama 'adakah ia memadai untuk menamatkan khidmat Tun Salleh'. Tun telah memberikan surat ini kepada AG dan AG berpendapat 'surat ini membentuk pengakuan Tun Salleh bahawa ia tidak mampu menjalankan tugasnya' dan ia memadai untuk 'penamatan khidmat berdasarkan pengakuan'.

    Memandangkan ia kehendak YDPA sendiri maka satu tribunal diraja telah ditubuhkan, bersidang dengan telus dan membuat keputusan mengikut rules of law menamatkan khidmat Tun Salleh sbg KHN di atas alasan 'pengakuan tidak mampu berkidmat'.

    Tun M dipersalahkan semata-mata kerana dia PM sedangkan dia telah melakukan perkara yang betul pada masa itu.

    HIKMAH:-
    Sekiranya Tun telah tewas kpd Tun Salleh, maka sudah tentu takhta YDPA tidak lagi dihormati rakyat. Apabila ini berlaku maka malapetakalah ke atas bangsa Mim.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu ja dia tewas..masa nyawa di halkum..masih teringat anak cucu..dah kaya ke belum

      Delete
  5. (Sambungan)


    2. Vs Veto YDPA

    Tun telah meminda perlembagaan dengan menjadikan consent diraja bukan satu kewajipan untuk sesuatu akta sebagai diluluskan dan berkuatkuasa. Sebelum itu tanpa Royal Consent, sesuatu akta tidak berkuatkuasa. Ringkasnya, pindaan ini menghilangkan kuasa veto YDPA. Yang ramai tidak tahu ialah mengapa pindaan ini dibuat. Ada sejarahnya.

    Ketika giliran seorang Sultan sbg YDPA sudah di 6 bulan terakhirnya, pemberita telah bertanya kepada bakal YDPA berikutnya apa yang baginda mahu sebagai bakal YDPA. Sultan berkenaan menjawab lebih kurang maksudnya 'beta mahu sytihar darurat dan memerintah secara monarki mutlak seperti zaman dahulu'. Jawapan ini mengejutkan khalayak, kerana sama ada ia hanya gurauan, perlembagaan memang membenarkannya. Masyarakat mula resah.

    Untuk redakan keresahan Tun telah meminda perlembagaan sebelum Sultan itu menjadi YDPA dengan menghilangkan sifat veto YDPA di dalam meluluskan undang-undang.

    Ia amat sukar pada masa itu kerana pindaan untuk menghilangkan kuasa veto YDPA itu sendiri memerlukan consent YDPA. Majlis Raja-raja telah bersidang dan menentangnya. Tun sebagai wakil rakyat terulung tetap dengan pendirian mahu teruskan juga pindaan tersebut (dengan sokongan kuat Tun Ghafar). Apabila keresahan memuncak akhirnya Majlis Raja-raja memberi laluan dan YDPA memberikan consent untuk menghilangkan sifat veto YDPA sendiri.

    Hikmah:-
    Sekiranya Tun telah tewas kpd MRR, maka rakyat akan terus resah dengan kuasa YDPA yang mutlak dan akan berlaku ketegangan di antara rakyat dan Raja-raja. Apabila rakyat dan Raja tidak harmoni maka malapetakalah untuk bangsa Mim.

    3. Vs Kekebalan Raja-raja

    Rasanya ramai yang mengetahui bahawa punca daripada tindakan Tun melucutkan kekebalan raja-raja, tetapi mengekalkan sifat prestij mereka iaitu bahawa mereka hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Khas telah meredakan ketegangan di antara Raja dan rakyat pada masa itu. Semuanya berpunca daripada tindakan putera seorang Sultan yang memukul jurulatih hoki hanya disebabkan perkara yang berkaitan dengan sukan.

    Raja-raja berselisih pendapat di dalam usaha ini. Raja daripada negeri yang memukul itu menentang kuat sedang seorang Raja lain dari latarbelakang kehakiman pula menyokong kuat. Menurut Baginda sekiranya rakyat beramai-ramai menolak sistem beraja maka askar dan polis tidak akan dapat menghalang lagi istana daripada menjadi muzium seperti di kebanyakan negara lain di dunia. Inilah Sultan yang sangat memahami denyut rakyat.

    Hikmah:-
    Sekiranya Tun telah tewas kpd MRR di dalam usaha tersebut maka ketegangan akan di antara rakyat dan Raja-raja akan memuncak dan apabila Raja dan Rakyat bertelagah maka malapetakalah untuk bangsa Mim.

    Ia bukanlah satu kebetulan ketiga-tiga kes di atas melibatkan royalties dari negeri yang sama. Terkini , ia bukan pun seorang Sultan, hanya putera Sultan yang yang mahu menentang Tun M, juga dari negeri yg sama.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  6. (Sambungan ke-2)

    Tun M membuat keputusan yg betul apabila meratifikasi Statut Rome. Ia juga membuat keputusan yang betul apabila membatalkan ratifikasi untuk mengelakkan ketegangan rakyat dan raja, tetapi kali ini sekumpulan pelajar telah memulakan snow ball untuk menyokong keputusan keputusan awal Tun M meratifikasikan Statut Rome. Perjuangan Tun demi rakyat kini mendapat reaksi balas rakyat sendiri, tanpa dedak dan dorongan jawatan mahupun habuan.

    Tun telah dua kali berjaya meredakan ketegangan dan keresahan daripada berlakunya pertembungan di antara rakyat dan raja. Kali ini seorang putera raja memulakannya dan pelajar-pelajar mula memberikan reaksi balas.

    Kesemua ini menunjukkan Tun benar-benar sedang menghampiri pertempuran klimaksnya sebagai Pembawa Panji Hitam. Dengan izin Allah Tun akan menang kesemuanya.

    Pada zaman baru, manusia Islam yang kedua paling berkuasa di kalangan umat selepas Khalifah Akhir Zaman ialah Pembawa Panji Hitam sendiri.

    Apabila khalifah telah muncul maka semua raja-raja Islam akan berada di bawah naungan khalifah dan kesemua mereka akan kehilangan kuasa mutlak sebagai raja di negara masing-masing.

    Tidak hairanlah di Arab Saudi mereka berkata 'orang yang paling benci kepada kemunculan Imam Mahdi ialah Puteta Mohamad Bin Salman, disebabkan munculnya Imam Mahdi akan menghalangnya daripada menjadi Raja berkuasa mutlak seperti ayahandanya Raja Salman.

    Anehnya di Malaysia, seorang Putera raja dari sebuah persekutuan mahu menunjukkan kehebatan menentang Tun M dan menyangka ia boleh menang ke atas Tun.

    Membenci Imam Mahdi yang muncul dan mengesahkan siapa Pembawa Panji Hitam dan membenci kebenaran bahawa Pembawa Panji Hitam adalah pejuang kebenaran zaman fitnah tidak akan dapat menghalang panji hitam daripada akhirnya benar-benar berkibar apabila pasukan mereka menang mutlak di klimaks zaman fitnah kelak. Ia adalah khabar nubuwwah dan demikian ia tidak boleh dihalang daripada berlaku.

    Tidak perlu percaya apa-apa. Memadailah untuk bersaksi bahawa John Doe telah menyatakannya.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. Nah baca ni:-

    Demi keadilan MH17, siswa lancar petisyen sokong Statut Rome

    8 Apr 2019, 10:04 malam (Dikemaskini 8 Apr 2019, 10:04 malam)

    A A

    Sekumpulan pelajar melancarkan petisyen dalam talian bagi menggesa kerajaan menimbang semula keputusan menarik diri daripada Statut Rome bagi menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

    Langkah itu, menurut mereka diambil demi menuntut keadilan buat mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine pada 2014.

    Petisyen di laman change.org itu dimulakan oleh kumpulan mahasiswa sama yang bertanggungjawab mendedahkan rumusan eksekutif kertas kerja oleh empat ahli akademik yang dakwa mereka digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja-raja agar menolak Statut Rome.

    Siswa berkenaan ialah Asheeq Ali Sethi Alivi, Ainina Sofia Adnan, Nurhuda Ramli, Suhail Wan Azahar, Ahmad Taqiyuddin Shahriman, Wong Yan Ke, Chong Kar Yan, Nik Azura Nik Nasron dan Siti Nurizzah Mohd Tazali.

    Petisyen penuntut universiti itu menyatakan Statut Rome diperlukan untuk membawa pihak yang bertanggungjawab menembak pesawat Malaysia Airlines itu ke muka pengadilan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

    "Sehingga kini, ahli keluarga kesemua penumpang dan kru MH17 masih tidak mendapat keadilan. MH17 ditembak menggunakan peluru berpandu Rusia dan apabila Malaysia cuba untuk membawa masalah ini ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia telah di-veto dan ditendang keluar oleh kuasa besar di dunia, iaitu negara Rusia itu sendiri.

    Peluru berpandu Rusia

    “Jadi siapakah yang dapat memberi keadilan kepada kesemua 298 nyawa yang terkorban? [...] Jawapannya ialah ICC. Sudah lima tahun berlalu, mengapa penjenayah tersebut masih tidak dihadapkan ke ICC?

    "Jawapannya adalah kerana Malaysia bukan negara anggota Perjanjian Statut Rom,” kata petisyen itu lagi.

    MH17 terhempas akibat ditembak pada 17 Julai 2014 ketika merentasi wilayah timur Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Semua 298 mangsa dalam pesawat itu terkorban.

    Satu pasukan penyiasat yang diketuai Belanda merumuskan pesawat itu ditembak peluru berpandu Rusia dari unit ketenteraan Rusia.

    Kerajaan Rusia menafikan mereka bertanggungjawab. Pada 2015, Rusia menggunakan kuasa vetonya di PBB untuk menyekat draf resolusi untuk menubuhkan satu tribunal antarabangsa.

    Setakat 9.41 malam ini, petisyen yang ditujukan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad itu telah mengumpul 3,911 tandatangan.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Betul tu bro.

      Amerika Syarikat tidak meratifikasi Statue of Rome sebab mereka telah membunuh dan mengusir Muslimin Iraq dan Afghanistan.

      Israel tidak meratifikasi Statue of Rome sebab mereka telah membunuh dan mengusir Muslimin Palestin.

      Komunis China tidak meratifikasi Statue of Rome sebab mereka telah membunuh dan mengusir Muslimin Uighur.

      Myanmar tidak meratifikasi Statue of Rome sebab mereka telah membunuh dan mengusir Muslimin Rohingya.

      Apabila Malaysia menarik balik ratifikasinya ke atas statute ini maka Malaysia telah meletakkan tarafnya sama dengan negara-negara pembunuh kaum Muslimin di atas.

      Cuma alasan Malaysia sedikit berbeza iaitu di Malaysia, ia adalah untuk membolehkan seseorang memukul orang lain. Hahaha.. Kelakarnya.

      Jangan risaulah, kedua-dua pindaan perlembagaan yang Tun lakukan untuk menghapuskan kuasa veto YDPA dan juga menghapuskan kekebalan Raja-raja, kedua-duanya dibuat dengan Tun perlu berhadapan dengan MRR yang diketuai oleh seorang YDPA yang paling keras di antara kesemua YDPA yang Malaysia pernah ada, dan juga Sultan yang paling garang dan 'berkuasa' di antara semua para sultan yang ada di Malaysia.

      YDPA yang sama juga telah mendapat pembelaan Tun di dalam kes Tun Salleh Abbas sehinggakan Tun ditohmah padahal Tun melakukan perkara yang betul dan mengikut lunas undang-undang.

      Kalau YDPA-8 berjaya dijinakkan dan ditenteramkan oleh Tun, apa lagi kali ini ia hanya seorang royalti yang hanya bertaraf seorang putera yang sebaya dengan cucu Tun. Sap sap soi ja in shaa Allah.

      Kadang-kadang manusia menjadi terlalu sombong dan menyangka tangan mereka boleh menyentuh langit. Mereka hanya akan sedar apabila yang berlaku adalah sebaliknya.

      Kita tunggu saja apabila ayam-ayam berhenti berlaga, ayam mana yang muncul pemenang.

      JD dah pun beritahu, ayam yang bernama Ta-Mim itu yang akan muncul pemenang, in shaa Allah.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  9. John Doe

    What can you figure out from comments by Anonymous 4.46 pm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro I know the story. You've told me. Hahaha..

      The ruler from the same state.

      The only state with her own army for her ruler's personal reason.

      The only state with a crown which is not a Malay headgear.

      I myself am a monarchist but that doesn't mean that I will blindly support any monarch.

      My love for the Sultan of Perak, and his late farther the former Sultan. Both understand very well that a ruler's place is on the throne and understand what does that means.

      It is the institution that I am in love with and not a particular person sitting on the throne.

      Long Live The King!!!!

      Hahaha...

      Delete
  10. Sikit sikit nak keluar dari M'sia. Apa punya penghianat negara. Mcm negara bapak dia yang punya.

    ReplyDelete
  11. Tarik balik statut rom ada aku kesah? Kerajaan u-turn berkali-kali ada aku kesah? Kerajaan kencing rakyat berbulan-bulan ada aku kesah? Yg aku kesah kenapa ada lagi manusia bodoh yg masih percaya kpd ph yg memang berprestasi buruk. Takde satu apa yg boleh dibangga. Itu jer...

    ReplyDelete
  12. Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has stressed that nobody in Malaysia is above the law and this includes Johor crown prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim

    Tahniah Dr Mahathir. A true leader calls a spade a spade. May Allah gives you good health and strength to continue leading malaysia to greater height

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tapi dah berapa kali madey ni tak follow the law? ni bukan zaman dia jadi presiden BN

      Delete
  13. "Orang-orang yang benar-benar ikhlas menyimpan di dalam TH sebab mahu menunaikan haji sedikitpun tidak akan mengambil tahu tentang jumlah hibah TH. Bagi mereka yang penting ialah kesempatan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu."...........OLEH ITU, SIMPANLAH BAWAH BANTAL DAN TILAM.....BARU IKHLAS, TAK KISAH HIBAH DAN HEBAH TUNJUK BAIK LANGSUNG!!!

    ReplyDelete

CARA LAYERING

www.quantumnrich.com  Kami  Quantumnrich Resources 👉Klasifikasi Konsultan Emas Quantummetal  👉Mempunyai lebih 1000 rangkaian di seluruh ne...