Wednesday, April 24, 2019

JOHOR MB NAK EXCO YANG HENGGEH, ANGGUK DAN YES BOSS SAHAJA?


12 comments:

  1. Bagilah peluang pada MB ni.Dia ni muda dan masih belum nyanyok lagi

    ReplyDelete
  2. Saya mempunyai pendapat yang berbeza tentang kemelut yang sedang berlaku di Johor. Ia bukan tentang percaturan politik sesiapapun tetapi lebih kepada situasi negeri Johor sendiri yang berlainan dengan negeri-negeri lain.

    Hakikatnya di Johor bukan saja MB yangbmempunyai halangan tersendiri untuk membuat kerja secara benar-benar demokratik, pasukan keselamatan dan juga anggota penguatkuasa juga mempunyai masalah yang sama. Malahan pejabat tanah juga tidak terlepas daripada masalah yang sama ini.

    Ia sudah menjadi rahsia terbuka yang diketahui khalayak bukan sahaja rakyat Johor bahkan seluruh rakyat Malaysia bahawa di Johor situasi mereka adalah berlainan.

    Saya sendiri mempunyai seorang saudara yang bekerja sebagai penguatkuasa sebuah agensi kementerian dan pernah bertugas di banyak negeri di Malaysia termasuklah negeri Johor dan dia pernah ceritakan betapa penguatkuasa di Johor amat berlainan keadaan mereka dengan di negeri-negeri lain yang ia pernah bertugas.

    Johor pada namanya sahaja adalah sebuah negeri demokrasi raja berpelembagaan tetapi negeri masih terperangkap di dalam budaya dan mentaliti feudalisme yang sangat tebal.

    TSMY seperti juga Syed Saddiq mereka hanya berada di dalam keadaan terperangkap memandangkan sekalipun mereka adalah pejuang2 PPBM, tetapi mereka tetap rakyat negeri Johor, dan suka atau tidak mereka terperangkap di dalam situasi budaya feudalisme tersebut.

    Tun M pula lebih bertuah kerana dia anak Kedah di mana sikap golongan istana tidak pernah menjadi isu. Bahkan negeri Kedah pernah menyaksikan seorang anak raja yang keluar dari sangkar emas dan terjun ke dunia politik sehingga menjadi Perdana Menteri.

    Maka sekiranya sesiapa yang mahu menyalahkan mana-mana ahli politik asal Johor baik dari parti manapun, silalah letak diri anda di tempat YB-YB asal Johor ini dan fahami betul-betul situasi negeri Johor, nescaya anda akan bersimpati dan bukan mencemuh.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Sape nak pasukan yg tak ikut cakap ketua?...madey pecat anwar dulu kerana tak ikut perintah....madey desak pak lah dan najib undur kerana tak ikut perintah...alasanye mungkar.....najib mungkar bilion2... Pak lah mungkar banyak mana?...

    ReplyDelete
  4. Tiada manusia normal yang boleh tahan dengan karenah Istana.........!! Hati nak kena kering baru boleh kerjasama dengan pihak Istana

    ReplyDelete
  5. Apa ke teruk sgt kerajaan ph ni menjaga hubungan kerajaan pusat dgn istana. Asal krisis berlaku antara kerajaan pusat dan istana adalah ketika pm dijawat oleh tun madey. Kenapa tun madey begitu gemar bertelagah dgn istana? Kuasa raja² dipinda dahulu adalah ketika beliau menjadi pm. Kini bila beliau menjadi pm semula, ada je isu digunakan utk berkrisis dgn istana. Kini isu urus tadbir kerajaan negeri johor pulak. Ingat isu fitnah prebet adam hingga sultan johor dihina begitu sekali? Kenapalah pendekatan musyawarah tidak digunakan oleh tun madey? Ada org kata tun madey gemar bertelingkah dan beliau paling gembira jika beliau adalah pemenang. (gaya budak²). Beliau menggunakan tafsiran undang² sendiri tanpa merujuk kpd perlembagaan. Kalaupun beliau betul, beliau boleh menggunakan perundingan pusat-negeri johor utk mengelakkan perbalahan yg tidak bergunakan kpd rakyat, terutamanya rakyat johor. Adakah jika pusat menang rakyat johor senang? Usia pemimpin yg panjang tetapi banyak menyusahkan rakyat sgt merugikan diri beliau sendiri. Rakyat susah dan beliaupun akan susah menanggung t.jawab. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. Blog ni dah nak bungkus ke?

    ReplyDelete
  7. Isu mb johor tak perlulah diheboh-hebohkan sgt sbb tidak membantu perut dan poket rakyatpun. Paling tidak hanya utk kepentingan peribadi dan tunjuk siapa kuat. Faktor ekonomi malaysia yg makin jahanam jarang pulak dihighlightkan oleh blogger penjilat ph. Sepatutnya sebagai blogger yg menyokong kerajaan, berilah nasihat kepada kerajaan bagaimana untuk mensejahterakan rakyat. Bloomberg telah menarafkan bahawa kejatuhan ekonomi malaysia adalah terburuk di di asia. Tak pernah berlaku begitu. Perbandingan pada tahun 2017, ekonomi malaysia adalah dalam kalangan 10 terbaik. Kenapa? Sebab menteri kewangan yang bodoh, sombong dan berlagak tahu semua segi. Nasihat pembangkang dianggap remeh. Gst dilupuskan ganti sst. Aset² dijual dan projek² berdaya maju dibatalkan (akhirnya dihidupkan dgn brand lain). Kalau nak salahkan menteri kewangan seorang diri agak tidak adil kerana org yg patut menanggung beban kebodohan termasuklah org yg melantik menteri kewangan. Bodoh dan sombong yg akhirnya menjerut leher rakyat. Wajar lepaskan jawatan atau fikirkan cara lain...

    ReplyDelete
  8. Hutang Kerajaan Rejim Pakatan Harapan Naik Mencanak

    By Editor

    Akhirnya, Timbalan Menteri PH terpaksa mengaku di Dewan Negara bahawa hutang rasmi negara telah naik ke RM741 bilion (51.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2018 berbanding RM686.8 bilion (50.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2017.
    Sekarang hutang sudah mencanak naik ke RM785.2 bilion pada hari ini kerana kerajaan PH banyak meminjam pada suku pertama 2019 ini). Ini membuktikan bahawa bukan sahaja hutang mutlak naik dengan banyak tetapi nisbah hutang juga meningkat di bawah PH.
    Ini sekaligus membuktikan lagi bahawa PM ke-7 dan Menteri Kewayangan telah berbohong dalam Dewan Rakyat bahawa hutang negara telah turun di bawah kerajaan PH.

    Tetapi, apa yang aneh dengan jawapan Timbalan Menteri dalam Dewan Negara semalam ialah kenyataan dia bahawa jumlah hutang campur liabiliti (tidak lagi dikatakan hutang sahaja kerana ini Dewan Negara) masih RM1.1 trilion.
    http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1719360


    Bagaimana ini berlaku?
    Inilah permainan PH sebelum PRU, ketika menang dan dah habis PRU pun masih temberang yang sama.
    Menteri Kewayangan pernah diminta memberi butiran tentang “hutang RM1 trilion” pada sesi parlimen bulan Oktober tahun lalu.
    Dia menjawab secara bertulis bahawa hutang RM1 trilion ini sebenarnya termasuk pembayaran pajakan sehingga tahun 2045!

    Madey kaki auta...

    ReplyDelete
  9. Untuk Jon Al Boodoo....madey kutty hanye pakar Pinda Perlembagaan...Proffessor Aziz Bari di akui pakar perlembagaan mesia...

    Perlembagaan terbatal hanya pandangan Mahathir, bukan fakta – Aziz Bari
    17 HRS AGO
    Facebook

    IPOH 25 April – Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan sekadar pandangan Perdana Menteri.

    Menurut Abdul Aziz, betul atau salah pandangan itu ia tidak penting kerana ia sekadar pendapat dan bukan keputusan mahkamah.

    Beliau berkata, ini berbeza jika keputusan mahkamah kerana sama ada betul atau salah maka ia perlu dipatuhi dan dilaksanakan jika tidak hukuman akan dikenakan hukuman kerana menghina mahkamah.

    Dalam hal ini, Speaker DUN Johor semacam membayangkan perasaan itu.

    “Kalau dirasakan penting, isu Perlembagaan boleh dirujuk kepada Mahkmah Persekutuan,” katanya kepada Utusan Malaysia malam tadi.

    Menurut Abdul Aziz, ada pendapat Mahathir yang jelas salah dan tidak mengikut Perlembagaan seperti dalam isu peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan hakim beberapa hari lalu.

    “Dalam isu ini, Yang di-Pertuan Agong perlu berbincang dengan Majlis Raja-Raja dan tidak hanya mengikut nasihat Perdana Menteri,” katanya.

    Perdana Menteri menerusi catatan dalam laman blog beliau, chedet.cc menjelaskan Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

    Mahathir berkata, kegagalan mematuhinya akan menidakkan kedaulatan undang-undang.

    Kenyataan Mahathir itu dibuat selepas pertelingkahan dengan istana Johor dalam isu pemilihan menteri besar dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri. – UO

    © Perlembagaan terbatal hanya pandangan Mahathir, bukan fakta – Aziz Bari – Abu Leman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya 4 perkataan ini sahaja cukup untuk menjawab Kejora Bapuk Bodo.

      "Supreme Law of the Land".

      Cari ja maknanya sendiri. Kalau disuap pun kamu bukan mampu faham. Kopipes kosong ja kamu mampu ibarat keldai yang membawa garam. Ahaks.

      Delete
    2. Kalau ko dibungkus oleh panji hitam legam ciptaan john doe baru padan muka ko. Jngn main2 dgn pencipta panji hitam.

      Delete