Friday, April 19, 2019

KELEMAHAN SEKARANG BERSIFAT SEMENTARA..

ADA 1001  kesilapan lagi yang akan dilakukan oleh kerajaan PH sebelum menjelang PRU15, so what?

Tetapi lumrah akan ADA pembaikan dalam tempoh masa yang sama..

Tempoh yang lepas, pembangkang pada masa itu juga menzahirkan ribuan kesilapan dan kesalahan kerajaan pada masa itu, parti yang memerintah juga tewas dalam beberapa PRK.. tetapi mereka terus memerintah sehingga 60 tahun

Dalam tempoh tersebut juga ADA pemimpin yang dipenjarakan, ADA yang diselamatkan..
Cuma nasib baik PM pada masa itu kekal bersih dan dilihat bersih..

Kemuncaknya sejak 2003 kerajaan BN hilang dua pertiga majoriti dan paling terpancut bila tersungkur di 2018 dalam kontroversi akhlak dan amanah.
Hari ini bekas PM di dakwa.. OKT.
Kalau bersalah..bossmu bakal ke penjara..

MENGAKU bersih tetapi dilihat tidak bersih?
Ini kah penjaga Melayu Dan Islam?
Turut terpalit juara isle yang sudah mula hilang label?



Apakah pada masa itu umno BETUL² jaga Islam dan Melayu..kalau betul, kenapa PAS tetap kuat didefinasikan lebih Islam dan umno hanya lebih Melayu (?) malah umno dikafirkan oleh PAS (?) Dan Melayu pimpinan Musa hitam bertempur dengan Islam pimpinan Ibrahim Libya..itu perang APA?

Oleh itu prose's kerajaan PH terutama sesebuah kerajaan serba baru akan mengalami prose's gangguan kerana kelemahan dan kekurangan sendiri ditambah dengan pembangkang yang cuba mempertahan diri suci dan mendedahkan kelemahan kerajaan.

Kerajaan dulu yang rasional dan toleransi KINI mahu JADI juara BANGSA Dan UGAMA demi survival periuk nasi dan parti mereka.

Jika benar jati Melayu Islam, berapa ramai yang tampil  buat pengakuan sepanjang jadi pemimpin, berapa billion dah rembat...pulangkanlah harta pencarian dari jalan yang salah dan subahat??? ADA???

Kerajaan PH wajar terus mara dengan segala PERANCANGAN yang sedia ADA..
Selangor dan Penang JUGA dipersenda di peringkat awal tetapi hingga sekarang masih kekal ditangan kerajaan sekarang.



https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/18/in-src-trial-najibs-cheques-to-umno-upko-lawyer-hafarizams-firm-surface/1744472

12 comments:

  1. Tulisan agen² Israel tidak dapat dosiarkan.

    ReplyDelete
  2. Agen2 israel tu sekutu dajjal...nyahkan aje dari blog kd.

    ReplyDelete
  3. "Kerajaan PH wajar terus mara dengan segala PERANCANGAN yang sedia ADA.." Oooo! Rupanya tidak melaksanakan janji dlm manifesto itu satu PERANCANGAN......

    ReplyDelete
  4. Bn lebih 60 tahun tu barang perlu diingat 1/3 adalah di bawah mahathir sebagai pm. Sepanjang era mahathir menjadi pm, mengkayakan anak²nya, kroni²nya, malah menggunakan harta negara utk bail out syarikat² yg ada kepentingan anak²nya, sudah berapa kali mahathir mengaku menjarah harta negara? Untuk bahan bukti, tak perlu tanya kepada pembangkang sekarang. Soalan itu boleh sahaja ditanya kepada anwar ibrahim atau lim guan eng atau lim kit siang atau juga mat sabu. Adakah tulisan ini nampak pro israel? Kd boleh nilai sendiri. Kerajaan baru yg ketuanya adalah bekas penjarah harta negara suatu ketika dulu tidak akan kemana... Aura kerosakan dulu sedang melanda negara keseluruhannya. Ekonomi makin hancur, kemasyarakatan makin terancam, liberalisme agama Islam makin menjadi-jadi. Mahathir sudah terlalu tua untuk menjadi ketua. Umpama singa yg pernah jadi ketua kawanan semasa muda, bila dah tua hanya layak jadi maskot dan akan sampai masanya dihalau keluar dari kawanan dan akhirnya tamat riwayatnya. Sekali lagi, ada nampak macam pro israel ke tulisan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuduhan basi diulang kepada Tun..

      Satu kes mahkamah pun Tak muncul?

      Apakata mahkamah rakyat???
      Lima Kali PILIHANRAYA rakyat tetap menangkan Tun dengan majoriti 2/3..

      Amerika Dan Israel memang anti MAHATHIR, malangnya ADA Pula barua di sini jadi talibarut tanpa sedar..


      Delete
    2. Maknanya apa yg dikatakan oleh kit siang, anwar ibrahim, guan eng, mendiang karpal singh serta mat sabu pasal mahathir adalah bohong belaka, begitu ke kd? Kd lupa, mahathir melepaskan kuasa kpd org kepercayaannya dan bukan kpd musuh politiknya. Ketika mana mahathir memilih musuhnya sebagai penggantinya? Yg berlaku adalah mahathir memusuhi pulak org kepercayaannya yg tidak mahu mengikut kata²nya. Inilah yg berlaku kpd paklah serta najib. Mahkamah dunia bukan sentiasa adil kd. Polis yg kaya raya dgn makan duit rasuah tepi jalan akhirnya dapat bersara dgn selesa tanpa ditangkap. Ini biasa. So, mahathir terlepas dpd pendakwaan atas salah laku bukan bukti bahawa mahathir adalah suci. Di dunia mungkin terlepas tapi tidak di akhirat kelak.

      Delete
    3. APA sahaja yang dikatakan kepada MAHATHIR oleh SESIAPA sahaja, lawan kawan atau musuh ,termasuk Dari rumah agam memang firnah, tembak angin Dan tin kosong..MAHATHIR TIDAK pernah di heret ke mahkamah, belum pernah jadi OKT samada sedang berkuasa atau tiada kuasa.

      MAHATHIR TIDAK pernah tentang pengganti yang dipilihnya atas nama Abdullah Dan Najib, yang ditentangnya adalah kemungkaran akhlak Dan AMANAH mereka.

      Delete
  5. Ini berbeza kerana BN membina negara dari awal dan ada evolution semasa evolution lah ada banyak pekara berlaku termasuk salah guna kuasa dan perkara ini mula berlaku di erah 80an dan menjadi rumit di zaman Najib bila ramai leader leaders politik lama yg telah berjuang utk negara hilang satu persatu akhirnya muncul lah sampah penyamun politik..yg hypocrite..

    Berlaku lah pertempuran di dalam team sendiri sehingga berpecah..dan wujud lah parti parti serpihan..

    Tun M ada lah satu satunya org asal yg masih hidup dari leaders perjuang lama
    Tapi sayang Tun kesuntukan masa Tun kesuntukan team..
    Suka atau tidak Tun sukar dan buntu untuk kali ini kerana ini adalah pengalaman pertama nagara terutamanya TunM dalam era pertukaran kerajaan. Apa yg Tun M fikir dan cadang kan telah tersasar.. 4 team yg berbeza tidur seruma tapi mimpi yg berlainan..
    Kegagalan akan terus gagal
    PH tidak seharusnya gagal kerana segala kemudahan dan
    Infrastructure pentabiran telah di sedia kan oleh kerajaan terdahulu.. seolah olah makan telah siap hanya perlu masak dan makan sahaje
    Menunding jari adalah perkara yg di laku kan oleh pengecut menyalah kannotg lain juga adalah pandangan penakut ...

    ReplyDelete
  6. Berbuih mulut Tun 'penjarah'
    Konon untuk kroni dan anak
    Ada bukti kenapa tak serah?
    Di suruh lapor lari mencanak!

    Pro Israel memang tak nampak
    Hanya yg jelas pro makbadak
    Tuduh melulu berbau hapak
    Akal bagai seorang budak!

    Tun guna harta negara?
    Berapa, bagaimana tolong beritahu
    Laporlah polis dengan segera
    Dah ada bukti, kenapa tak mahu?

    60 tahun Umno perintah
    Satu pertiga Mahathir ketua
    Negara maju..betul ke entah?
    Mahathir cemerlang..awak kecewa?

    Katanya tua, Mahathir tak layak
    Agak atoknya lebih wibawa
    Ajak Mahathir berlumba kayak
    Ditinggal jauh oleh si tua!

    Kerana keliling ada DAP
    Konon Mahathir..Melayunya hilang
    Mahathir 'tolak Islam' ke tepi
    Allah tahu siapa jembalang!

    Baiki umno bersihkan lendir
    Wang,jawatan bukan pilihan
    Jika dengar nasihat Mahathir
    Takkan DAP dalam kerajaan!

    Macam bagus dia menuduh
    Setakat cakap siapa pun boleh
    Sokong Klepto perangai hodoh
    Takde Mahathir..negara tak pulih!



    ReplyDelete
  7. Asalkan kerajaan PHDAP tumbang di PRU PRU akan datang.Aku tersilap bagi undi pada kerajaan PHDAP dulu.Tak mungkin aku akan silap lagi

    ReplyDelete
  8. Masa akan menentukan bahawa pilihan Rakyat pada Pru14 adalah TEPAT..

    ReplyDelete
  9. Berani berkata2 tapi tk berani di cabar dan di cela..tu la agen israel..posting sampah di angap intan permata..

    ReplyDelete