Wednesday, April 10, 2019

POLITICAL.MILEAGE UNTUK MAHATHIR DAN PH (?)




Sesuatu yang bukan baru buat MAHATHIR...

21 comments:

  1. Tidak mengherankan jika TDM tidak suka dengan waris² "$ultan" yg kebanyakannya sultan lantikan atas sokongan British zaman dulu dan waris sultan sebenar (ada susur galur rahsia) di kebanyakan negeri dinyah oleh Sultan lantikan British.

    Cuma nasib waris sebenar sultan sebenar di Malaya lebih beruntung tidak dihapus bunuh keturunannya spt apa yg berlaku kpd kerajaan kesultanan Sumatera.

    Ada sebabnya Allah memelihara mereka dan nasab keturunannya hingga sekarang.

    Anda fikir siapa TDM dan susur galur keturunan nya? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Kerengge,

      Saya juga turut melihat apa yang sdr dapat lihat ketika kebanyakan manusia langsung terhijab daripada melihat.

      Ada sebab mengapa Allah menetapkan bumi Malaya ini memilik 1/3 drpd jumlah monarki yang masih berbaki di dunia akhir zaman ini, dengan mereka masing-masing mengambil giliran untuk menjadi Raja Terulung di antara mereka.

      Ada sebab mengapa Allah menetapkan Brunei yg masih bersultan tetapi bukan sebahagian daripada Malaya tidak menjadi sebahagian daripada Malaysia.

      Ada sebab mengapa Allah menetapkan Arab Saudi dan Brunei menjadi negara monarki mutlak di kalangan negara-negara Islam di dunia.

      Ketika para raja yang masih berbaki di bumi Malaya ini berbangga dengan keturunan mereka yang membolehkan mereka bergelar raja, mereka tidak sedar kehebatan keturunan yang ada pada TDM. Datuk TDM berasal dari Kerala India, tetapi bapa kepada datuknya ini berasal dari Yemen. TDM mempunyai susur galur keturunan yang hebat di atasnya dan demikian itulah ia mempunyai kehebatan seorang raja. Hanya sahaja ia tidak memiliki takdir untuk menjadi seorang Raja. Takdirnya adalah Pemasyhur Raja, dan sudah 5 orang Raja yang dimasyhurkannya.

      Ketika anak-anak Raja perlu menunggu bapa-bapa mereka meninggal dunia dahulu sebelum mereka boleh menggunakan gelaran Maha pada nama mereka, Tun M pula memiliki pada namanya kalimah Maha sejak lahir.

      Semuanya berlaku kerana bersebab dan kebanyakan manusia hanya akan dapat melihat sebab itu apabila segala rahsia telah pun terbongkar.


      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Mahalingam pun memiliki pada namanya Maha sejak lahir. Takde isu pon

      Delete
  2. Sarang tembuan jangan dijolok. HAHAHAHA..........


    PENUMPANG LUPA DARATAN

    Tamrin Tun Ghafar

    Selasa - 09/04/19 ( 1 - 46 )

    1. 'Seperti Belanda Minta Tanah, Dah Bagi Betis Nak Paha Pulak’.

    2. Itulah ragam hampir kesemua mereka yang diangkat sebagai Sultan; malangnya mereka ini hanya mahu mendapat kesenangan TANPA perlu berusaha seperti rakyat biasa; apa yang lazim didengar ialah “Beta Murka atau Sultan Murka” jika sekiranya permintaan mereka tidak dilayan.

    3. Mereka tak puas - puas meminta itu dan ini seolah - olah harta yang menggunung yang dikumpulkan boleh melindungi mereka di alam barzakh (kubur) dan di akhirat kelak.

    4. Bukan itu sahaja, apabila meninggal, jenazah mereka hanya dikafankan dengan kain berwarna putih sahaja, bukan kain kuning. Segala harta terkumpul tidak dibawa bersama.

    5. Tidak seorang pun termasuk anggota Askar Timbalan Setia atau Johor Military Force (JMF) yang akan menjadi pengawal peribadi ketika di liang lahat nanti.

    6. Tugas utama Mufti Johor dan Penasihat Agama Sultan, Dato’ Nooh Gadut, ialah memandu mereka (Sultan dan keluarga) ke jalan yang dituntut Allah.

    7. Mereka bertanggungjawab menasihat Sultan BUKAN membisu sahaja kerana takut hilang jawatan; ulama KENA BERCAKAP BENAR.

    8. Dari dulu hingga sekarang rakyat khasnya rakyat Johor tak putus - putus didendangkan dengan karenah Sultan dan ahli keluarganya.

    9. Dari penipuan hinggalah kezaliman dan pembunuhan - itulah mercu tanda atau ‘trade mark’ Kesultanan Johor.

    10. Peristiwa bagaimana bapa Sultan sekarang, Sultan Mahmood Iskandar mencederakan malah membunuh beberapa orang rakyat sesuka hati masih terbayang dalam ingatan.

    11. 10 tahun dahulu Raja Muda yang kini bergelar Tengku Mahkota Johor (TMJ) dengan dibantu oleh beberapa orang pengawal peribadinya daripada JMF telah mencederakan dengan teruk cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

    12. Walaupun Tengku Nadzimuddin telah membuat tidak kurang 10 laporan polis tetapi sehingga kini kes itu ditutup begitu saja.

    13. Jika Perdana Menteri mahu kes Pastor Raymond Goh dan Amri disiasat semula, MENGAPA TIDAK kes Tengku Nadzimuddin? APA ISTIMEWANYA TMJ ini sehingga polis ketika itu sanggup melindungi perbuatan keji itu; SIASATAN SEMULA MESTI DILAKUKAN SEGERA.

    14. Difahamkan tidak berapa lama dulu beberapa orang termasuk seorang pemain bola telah dipukul oleh TMJ; pun Polis tutup mata dan telinga saja.

    15. Mungkin Ketua Polis Negeri dan beberapa Ketua Polis Daerah harus ditukar dengan pegawai yang lebih berani dan adil dalam menjalankan tugas - bukan semata-mata menjadi orang suruhan Istana sahaja.

    16. RAKYAT MENUNTUT PERLINDUNGAN DAN KEADILAN.

    17. Sejak menjelang pilihanraya umum ke 14, kedua-dua anak beranak ini telah mencampuri politik; mereka menyerang Tun Mahathir bertubi-tubi dengan pelbagai tohmahan.

    18. Kini sekali lagi mereka khususnya TMJ bersikap kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri yang dipilih rakyat; sepatutnya beliau menunjukkan sifat baik yang boleh dihormati.

    19. ‘Burung Gagak Itu, Walaupun Dimandikan Dengan Se-kolah Air Mawar Sekali Pun Tidak Akan Menjadi Putih Bulunya’.

    20. Begitu juga ‘Seekor Anjing, Meski Dirantai Dengan Emas Pun, Nescaya Berulang-Ulang Juga Ke Tempat Najis’.

    21. Pepatah ada menyebut ‘BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA’.

    22. Mungkin darah lanun Bugis (Wallahhualam) masih mengalir di tubuh mereka yang menampakkan tingkahlaku dan perangai mereka sedemikian itu.

    23. Mengikut sejarah, sebenarnya Tengku Ibrahim (apatah lagi dari kacukan Bugis dan British), Sultan sekarang sehingga datuk moyangnya Sultan Abu Bakar Ibrahim BUKAN dari keturunan Sultan yang sebenar.

    Bersambung di bawah........

    ReplyDelete
  3. Sambungan dari atas..........

    24. Daeng Abdul Rahman seorang keturunan Bugis yang berasal dari Kepuluan Sulawesi, Indonesia yang telah diberi kepercayaan sebagai Temenggong atau Menteri Keselamatan oleh Sultan ketika itu telah belot terhadap Sultan yang melantiknya.

    25. Tindakan beliau mengenepikan Sultan adalah hasil pakatan sulit beliau dengan pihak penjajah British.

    26. Selepas meninggal dunia tempat beliau diganti oleh anaknya, Daeng Ibrahim sebagai penjaga Negeri Johor.

    27. Daeng Abu Bakar Daeng Ibrahim pula dipilih menduduki jawatan Temenggong menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia.

    28. Gelaran Temenggong yang digunapakai mulai 2hb Februari 1862 telah ditukar kepada gelaran Maharaja Johor.


    29. Mulai 13hb Februari 1886 atas permintaan Temenggong Abu Bakar, Ratu Victoria atau Queen Victoria, Great Britian bersetuju gelaran Maharaja Johor ditukar kepada Sultan Johor.


    30. Cuba bayangkan bagaimana seorang pendatang Bugis yang pada mulanya menjadi orang kepercayaan Sultan sebagai Temenggong akhirnya sanggup menggigit tangan yang menyuap makanan ke mulutnya; dari jawatan Temenggong akhirnya menjadi Sultan.

    31. Beliau yang dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura telah mendapat pelajaran awal dari sebuah sekolah yang diusahakan oleh British.

    32. Gaya hidupnya yang lebih British dari British itu telah menyebabkan beliau digelar Sir Albert Backer.

    33. Perlembagaan Negeri Johor yang dibangga-banggakan oleh Sultan Ibrahim kini sebenarnya adalah Perlembagaan British yang diubah-suai bagi kepentingan Abu Bakar dan keturunannya sehingga sekarang.

    34. Oleh kerana masa itu tidak wujud Dewan Negeri bagi membincangkan Perlembagaan tersebut, ditambah pula majoriti rakyat ketika itu adalah nelayan dan petani yang kais pagi makan pagi, maka segala kata Sultan mesti dipatuhi dan dilaksanakan tanpa soal jawab.

    35. Bukankah selepas kesemua Sultan termasuk Sultan Johor, yang pada mulanya menentang Kemerdekaan Negara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan, Perlembagaan dan Undang Persekutuan MENGATASI segala undang - undang tubuh negeri?

    36. Bagi menjaga kepentingan keluarga, beliau telah mengisytiharkan keturunan darah daging beliau akan terus menjadi Sultan Negeri Johor sehinggalah selagi ada bulan dan matahari.

    37. Sir Albert Backer atau Sir Abu Bakar Daeng Ibrahim yang meninggal di kota London pada 4hb Jun 1895 hanya dikebumikan di Makam Di Raja Johor 3 bulan kemudian iaitu pada 7hb September dalam tahun yang sama - terserahlah kepada alim ulama khasnya Mufti memberi ulasan atau penjelasan berhubung kelewatan mengkebumikan jenazah orang Islam itu.

    38. Difahamkan keluarga SEBENAR KETURUNAN Sultan Johor masih berada tetapi atas sebab - sebab tertentu pihak media khususnya TIDAK DIBENARKAN menceritakan perkara yang sebenar.

    39. Terserahlah sama ada Sultan yang sekarang ini yang BUKAN dari darah Raja mahu mengundurkan diri atau sebaliknya, rakyat Johor boleh membuat keputusan memulihkan Sultan sebenar.

    40. Hanya melalui pungutan suara atau referendum di kalangan rakyat Johor yang berhak membuat penentuan sama ada mahu berajakan seorang keturunan Bugis yang belot terhadap Sultan atau mahukan seorang Sultan yang dari keturunan Raja yang sebenar.

    41. Sultan dan keluarganya adalah TERTAKLUK kepada Perlembagaan dan undang - undang Negara.

    42. Bak kata Tun Mahathir, Perdana Menteri, sesiapa yang melakukan kesalahan termasuk mereka yang berada di istana pasti akan ditangkap dan dihukum.

    43. Dengan amaran Perdana Menteri itu khusus kepada mereka yang terlalu celupar dan biadap, rakyat Johor TIDAK perlu takut mengeluarkan pandangan mereka terhadap Sultan yang BUKAN BERDARAH RAJA itu.

    44. TANPA RAKYAT MAKA TIDAK ADA RAJA.

    45. Pedulikan mereka yang menjadi tali barut; mereka ini akan mengutuk, menakut-nakutkan rakyat yang dahagakan kebenaran.

    46. Semoga Ibrahim dan anaknya Ismail mengambil tindakan mahkamah terhadap saya diatas tulisan ini, namun saya yakin 'Anak Kambing Tidak Akan Jadi Anak Harimau’.

    Terima Kasih.

    Tamrin Tun Ghafar

    ReplyDelete
  4. Sarang Tembuan jangan dijolok!
    Ini satu lagi.............

    Tunku Mahkota Johor (TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam mengeluarkan kenyataan di Twitter bertitah jika perjanjian antarabangsa itu bagus mengapa rakyat Palestin masih dizalimi.

    Tunku, saya mohon untuk tunku berhenti mengelirukan rakyat Malaysia. Apa yang Tunku tahu mengenai campur tangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dalam isu Palestin?

    Biar saya beritahu Tunku apa yang sedang dilakukan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa dalam isu Palestin.

    Pada 1 Januari 2015 Palestin mengeluarkan suatu perisytiharan di bawah Perkara 12 (3) Statut Rom untuk membuka laluan kepada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuka siasatan.

    Pada 16 Januari 2015, Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa telahpun membuka siasatan awal ke atas Palestin.

    Setelah siasatan awal, pada 13 Julai 2018, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (PTC 1) telah bersidang dan telah mengeluarkan keputusan memerintahkan pendaftarnya "untuk mewujudkan, secepat mungkin, sistem maklumat awam dan outreach activity ke Palestine untuk manfaat mangsa dan komuniti terjejas di Palestin.

    Hak kepada mangsa beri keterangan

    Perkara ini terpaksa dilakukan untuk menggalakkan mangsa dalam keganasan Palestine berpartisipasi dalam prosiding mahkamah tersebut.

    Statut Rom memberikan hak kepada mangsa untuk tampil memberi keterangan semasa kes berlangsung di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

    Untuk menggalakkan mangsa mangsa tersebut tampil memberi kenyataan, outreach activity ini ke Palestine adalah satu langkah yang patut dilakukan.

    Jika Tunku sendiri terkeliru dan tertanya kenapa ambil masa yang sangat lama untuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa bertindak, ingin saya jelaskan bahawa sememangnya mereka mempunyai kekangan terutamanya kerana ia melibatkan kedaulatan dua buah negara di mana mereka perlu berhati-hati mengorak langkah supaya tidak mencabar atau campur tangan dalam kedaulatan negara negara tersebut.


    Tunku, di saat etnik Rohingya terseksa di Malaysia akibat tidak diberikan hak bekerja dan hak untuk pendidikan, pada 19 September 2018, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah memulakan siasatan awal ke atas Myanmar atas laporan yang telah dibuat oleh kerajaan Bangladesh.

    Tunku, jika Perjanjian Antarabangsa seperti ini tidak berguna, mengapa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mahu menarik balik visa yang diberikan kepada Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Fatou Bensouda pada 5 April 2019 kerana mahkamah tersebut telah memulakan siasatan ke atas keganasan yang dilakukan oleh Amerika di Afghanistan dan juga kerana siasatan telah dibuka ke atas Israel?

    Tunku, ingin saya ingatkan bahawa rakyat bawahan tidak mempunyai kapal terbang emas seperti Tunku. Rakyat tidak mempunyai kuasa dan kekayaan seperti Tunku.


    Statut Rom ini akan beri perlindungan kepada rakyat supaya tidak dizalimi oleh mereka yang memegang takhta dan kuasa.

    Jadi Tunku, berhentilah mengelirukan rakyat jelata. Jangan mempergunakan isu ini untuk kepentingan peribadi Tunku.

    ASHEEQ ALI SETHi ALIVI ialah mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dan Presiden Gabungan Pembebasan Akademik IPT (GPA-IPT).

    ReplyDelete
  5. Jeng jeng jeng...

    Bukankah John Doe dah bagitau ayam-ayam masih berlaga dan sekalipun Tun menarik balik ratifikasi Statute of Rome, itu hanyalah strategi berudur setapak dan mengatur semula langkah untuk tetap maju ke medan. Tun masih PM, bermaksud dia masih lagi ketua pasukan, dan pasukannya masih belum tewas.

    Dengan izin Allah, Tun dan pasukannya akan menang mutlak di klimaks. Sementara itu kita lihat saja bagaimana kesemua para pembenci Tun daripada kesemua pasukan-pasukan yang ada merancang sehingga pecah kepala untuk menjatuhkannya tetapi tetap mereka tetap gagal.

    Perancangan mereka hanya akan membawa ke pertempuran klimaks dan apabila pertempuran klimaks itu selesai, Tun dan pasukannya akan muncul pemenang mutlak.

    Tak perlu percaya apa-apa. Memadailah untuk bersaksi bahawa John Doe telah menyatakannya.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg menang jadi arang yg kalah jadi abu. Kedudukan arang jauh lebih baik dari abu sebab arang boleh dijadikan sebagai alat pembakar walaupun warnanya hitam legam.

      Delete
  6. Sudah Tun mengangkat sumpah
    Di depan Agong pegang jawatan
    Air di gelas jangan ditumpah
    takdir Allah sudah suratan!

    Yang di atas rakyat sanjung
    Asal jangan mengganggu gugat
    Yang bulat tak boleh lonjong
    Yang perlahan jangan diligat!

    Ketua kerajaan, PM berkuasa
    Selagi kerajaan masih berfungsi
    Mesti semua bertimbangrasa
    Rakyat melihat, rakyat menyaksi!

    Menteri Besar pilihan Perdana
    Sudah termaktub dalam negara
    Tak mahu ikut sesuatu tak kena
    Jawatan PM diambil kira!

    Jangan sampai orang perkata
    Sejarah lama kembali disebut
    Kita rakyat menjunjong tahta
    Agar aman tak jadi ribut!

    Biarkan PM buat keputusan
    Banyak difikir masa hadapan
    Silap salah itulah insan
    Kita baiki segala kesilapan!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padan muka tak malu ko komen taik kena removed.

      Delete
  9. Komen² yg kontra habis didelete oleh blogger kd. Baik tak siar dpd kena delete. Apa ntah pelik buat gitu.

    ReplyDelete
  10. Padan muka Kejora kena delete, tambah2 lagi bila blog budin pun dah 'meninggal'....!!

    ReplyDelete
  11. Aku sampai sekarang masih hairan kenapa tun mahathir sentiasa mengambil pendekatan kontroversi dgn pihak istana dan raja. Sejak menjadi pm ke 4 dan kini pm ke 7. Apa salah jika beliau mengambil pendekatan mesra istana dan raja² melayu. Mungkin tun tidak mempunyai skil berbincang yg baik dgn pihak istana, hanya yg mampu hanyalah menyerang dan serangan balas. Seolah tun tidak memahami perlembagaan negara yg masih meletakkan raja² melayu dlm klausa kuasa eksekutif selain kuasa parti politik yg memenangi pilihanraya. Jika pendekatan mesra diambil, aku yakin tidak akan timbul isu kekalutan hubungan kerajaan - istana spt yg berlaku sekarang. Soalnya, apa sebab tun mahathir memilih pendekatan bermusuh berbanding berbaik? Adakah cuba menunjukkan bahawa kuasa politik lebih dominan atau juga memang dlm hati tun menang nawaitunya ingin menamatkan sistem monarki? Jika itu pilihannya aku jangka tun akan berhadapan dgn bukan shj tentangan rakyat Melayu dan Islam, mungkin juga akan berhadapan pemberontakan dpd pihak tentera Melayu Islam. Biarlah itu tidak terjadi kerana tempiasnya sgt buruk hingga mungkin mengakibatkan kematian dan kehilangan jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalan yang menarik.

      Kita kembali ke ajaran Islam, sokong yang benar sahaja.

      Delete
    2. Anon 8.29PM....Kenapa Megat Sri Rama dan Jebat je yg berani menderhaka.....? Takda jantankah di zaman mereka....? Lihat Nepal, sebuah negeri dunia ketiga yg miskin berbanding Malaysia. Rakyatnya conservative dan kuat beragama. Tapi bila raja melibatkan diri keterlaluan dlm politik, mereka buat refrendom bukan bangkit memberontak, menjatuhkan kerajaan yg dipilih rakyat. Bagaimana kalau kita juga buat refrendom.....Ada berani menongkah arus mcm org Nepal....????

      Delete
    3. TENTERA tahu PERLEMBAGAANla Anon 8.29. Tentera takkan bodohkan diri, campur dalam urusan politik. Ini RAJA yang faham apa itu Sistem RAJA BERPERLEMBAGAAN. Dia takkan sibuk main politik.

      TAHTA BERPINDAH KE MUZIUM- Jika Kehendak Rakyat Dimakbulkan Allah

      Inilah titah almarhum SULTAN AZLAN SHAH YANG TERBAIK ....

      “Walau seberapa banyak sekalipun Askar, Polis atau pengawal Istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi Kehendak dan Aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.

      Jika kehendak Rakyat Jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari Istana ke Muzium Seni dan Budaya” .

      – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

      https://ejournal.um.edu.my/index.php/JMCL/article/view/15350/9182

      Delete
  12. Anon 3:28:00 PM..kenapala kamu ni bangang sangat?...kalau komen2 yang tak disiarkan oleh tuan blog itu bermakna komen2 itu komen2 yang tidak beratikal dan kurang ajar la!!...itu pun kamu nak tanya ka??...dasar BODO.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. Masih keliru, apa sebabnya statut rom diratifikasi secara tergesa-gesa, malah untuk membatalkannya juga secara tiba². Bukan cara tun sebelum-sebelum ini untuk tunduk dgn desakan pembangkang. Mesti ada sesuatu. Mungkin tun juga tak bersungguh utk ratifikasi statut rom, tinggal lagi ia adalah atas desakan abang besar aka parti dap. Bila nampak bahawa pembangkang mula menolak, ada alasan besar untuk membatalkannya dgn meletakkan kesalahan kepada pembangkang konon menghasut raja² melayu. Sebenarnya tun bersembunyi di sebalik sehelai lalang, dia yg tak mau tapi dipetiknya pembangkang sebagai dalangnya. Paling tidak, dirinya masih boleh dilihat suci dimata kit siang dan guan eng aka anak beranak dap.

    ReplyDelete