Sunday, April 7, 2019

SETAKAT MANA KITA SEDIH HIBAH TH TERENDAH..

Sedih kerana angka nya yang rendah atau sedih atas punca yang menyebabnya jadi rendah?

Sebagai penyimpan yang tidak mencapai ratusan ribu, dan berbalik kepada niat awal menyimpan, ada atau tiada hibah langsung bukan satu persoalan pun.

Paling sedih si penyamun² juga pura² sedih.

Paling sedih ada penyimpan suka kepada hibah tinggi walaupun pengumuman hibah tinggi sebelum² ini adalah gula² politik yang disuap untuk tunjuk mereka pandai uruskan, hakikatnya di jalan yang salah.

Melayu Islam kian tersepit dari segi akidah kerana beroegang kepada pemimpin, berpegang pada idola, berpegang pada parti, berpegang kepada cap dan logo.

Sekarang paling teruk, berpegang kepada dollar and cents.
Khalifah yang terbaik ialah yang boleh hulur pitih terbanyak?
Amanah dan akhlak bukan lagi ukuran!


Confirm sangat sedikit yang boleh habis baca artikel di bawah...

TABUNG HAJI 1.25 % : MENGAPA, KENAPA DAN BAGAIMANA ?

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan Nabi Muhammad kekasih Allah dan hambanya. 

Ada yang bertanya mengapa hibah tabung haji sangat rendah? lalu muncul sedikit kepanikan dan ketidakpuasan hati, sebahagian didasari kebimbangan tulen, sebahagian yang lain pula hanya bersumber kepada sebab kebencian dan perseteruan politik. Adalah diingatkan tulisan ini bukan dari orang politik, saya sekadar usaha berkongsi ulasan untuk bacaan orang ramai yang bertanya.

Info dan fakta dalam ulasan saya ini bersumber dari pihak Tabung Haji sendiri dan saya tiada kepentingan dalam TH malah saya telah pun beberapa menunaikan haji melalui perjalanan sendiri sewaktu belajar dahulu, tiada satupun bersama TH. 

Ulasan ini dibuat bagi melaksanakan tugasan menjawab soalan mereka yang cintakan ilmu dan kebenaran. Saya hanya sekadar menyampaikan maklumat sebenar sekdar yang saya faham, saya juga tiada sebarang autoriti atau kuasa untuk menjustifikasi berlebihan, mempertahankan atau mempengaruhi sebarang keputusan komersial, operasi dan penstrukturan oleh pihak TH. 

Justeru, jika ada keputusan dan tindakan TH yang tidak dilihat tepat dari sudut komersial, itu adalah perbezaan biasa sudut pandangan komersial dari seseorang individu atau institusi dengan pengurusan TH. Ia tidak semestinya lebih tepat atau lebih baik dari keputusan TH, kerana TH diyakini lebih fahami luar dalam organisasi yang diurusi mereka. 

Telah beberapa bulan saya dan TH memberikan gambaran bahawa hibah memang akan rendah tahun 2018, malah saya juga telah berkongsi info bahawa 1-2 % adalah kemungkinan besar hibah TH bagi tahun 2018, hasil kajian dari kaedah pensturktuan semula yang dilaksana oleh TH. Justeru, sesiapa yang ikuti isu ini sejak dari awal, sudah tentu tidak pelik dan tidak mengejutkan dengan kadar 1.25 % tersebut. Lihat gambar

INTRODUKSI

Hibah itu dari Bahasa arab yang ertinya adalah hadiah. Dari sudut kontrak dalam fiqh muamalat, adalah pelik dan tiada kewajaran untuk penerima hibah memarahi hadiah yang kecil diberi oleh pemberi hadiah. Maka hibah kecil berbanding sebelum tentunya bersebab. Kerana kontrak syarah yang digunapakai oleh Tabung Haji dengan penyimpan adalah Wadi’ah Yad Dhamanah yang beerti kontrak pinjaman wang. Maka hadiah dan jumlahnya mestilah diberi secara tanpa paksa dan sukarela oleh pemberi hadiah bagi mengelakkan elemen riba. Hal ini juga telah diteliti oleh Majlis Penasihat Shariah TH.

SEKARANG, APA SEBAB HIBAH TH TERLALU RENDAH?!

1. Baiklah, namun apa sebabnya ia terlalu rendah ? Ada pelbagai sebabnya yang tercantum dan membarah antaranya :- 

a) Kelemahan pengurusan TH yang dahulu (kerana hibah 2018 adalah refleksi tugasan dan keputusan pengurusan TH sejak dari tahun sebelumnya sehinggalah tahun 2017 & 2018), sebahagian keputusan ini tidak dianggap jenayah kerana menurut undang-undang, kelemahan ‘certain type of bad investment decision is not a crime’, maka tidak semua jenis kelemahan boleh diheret ke mahkamah. Sebahagian lagi yang lain, telah pun dilaporkan kepada polis dan dalam siasatan iaitu kes yang merugikan Tabung Haji. Antara kes-kes yang membawa kerugian  seperti arahan untuk tidak menjual saham FGV sehingga kerugian RM 1.1 bil, TH menyelamatkan Ramunia (nama lama sebelum ditukar kepada nama TH heavy) sehingga kerugian RM 670 juta dan TH membeli 30 % peilikan dalam syarikat Putrajaya Perdana melibatkan RM 144 juta kerugian.

Menurut laporan TH, Lembaga Pengarah TH baharu telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli lembaga pengarah dan pengurusan lama.

Laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22.0 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik. Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH 

Laporan kedua dibuat ke atas beberapa pengurusan TH yang lalu berhubung dengan salah nyata dan penyembunyian maklumat penting yang melibatkan penjualan saham TH dalam tahun 2012 sebanyak 95% dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM 3.7 billion).

Laporan ketiga dibuat pada bulan Januari 2019 berhubung dengan akaun kewangan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 (FY17). Laporan ini melibatkan pembentangan laporan kewangan oleh bekas para eksekutif utama TH sehingga berjaya mengisytiharkan hibah walaupun keuntungan tidak mencukupi, bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995.

Pihak polis sedang membuat siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Selain itu, SPRM juga sedang menyiasat ahli lembaga pengarah dan pengurusan yang lama. Lebih banyak laporan polis akan dibuat pada masa hadapan berkaitan dengan kerugian yang dialami oleh TH. Rujuk 

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kenyataan-akhbar/fri-11302018-1200/tabung-haji-membuat-dua-laporan-polis-terhadap-mantan-pengerusi)

Juga baca ( http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jsjk-jalankan-siasatan-susulan-laporan-polis-tabung-haji-192732)

b) Melanggar Akta Tabung Haji 1995

Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pernah menulis surat kepada Mantan Menteri yang bertanggungjawab pada 23 Disember 2015 untuk memberi amaran bahawa TH mengalami masalah kekurangan aset.

Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak mengambil iktibar daripada amaran tersebut dan terus membenarkan TH membayar hibah (dividen) yang tinggi, walaupun keuntungannya tidak mencukupi.

Melihat laporan kewangan TH tahun 2017, hanya mencatatkan rosot nilai sebanyak 120.4 juta sahaja, maka seolahnya TH tiada kerugian dan serta asetya melebihi liabiliti termasuk kerugian, namun hakikat sebenarnya ukur rujuk rosot nilai telah diubah, menyalahi standard piawaian perakaunan yang dipakai oleh TH sendiri iaitu menurut Financial Reporting Standard Consensus no 14 di bawah ‘impairment’ mengkehendaki TH merekodkan semua ini sebagai kerugian, apabila ia dikembalikan menurut standard yang betul, rosot nilai tahun 2018 menokok sebanyak 12.5 kali ganda sehingga menjadi 1.507 bilion. Inilah yang menjadikan TH kekurangan asset berbanding liabiliti serta MENYEKAT PEMBERIAN HIBAH YANG LEBIH BESAR.

c) Faktor politik dan ekonomi dalam negara dan juga faktor ekonomi luar negara seperti Federal Reserve USA menaikkan kadar faedahnya sebanyak 4 kali pada tahun 2018, naik dari 2 $% kepada 2.25 %, ini menyebabkan pelabur global mengutamakan Pasaran Saham USA yang lebih menyakinkan berbanding pasaran negara-negara membangun termasuk Malaysia, Trade War di antara China & USA turut beri kesan besar kepada kesatabilan pasaran sahama (rujuk https://www.businessinsider.my/global-stock-markets-tumble-after-weak-china-trade-data-2018-12/?r=US&IR=T ). 

Begitu juga juga kekalutan isu Brexit yang pengaruhi seluruh pasaran saham serantau termasuk Asia. Ini tentunya menjadi salah satu penyebab tambahan bagi jatuhnya nilai pelbagai saham yang dipegang oleh TH juga. Tidak dinafikan, perubahan kerajaan PH dari BN buat pertama kali dalam sejarah Malaysia turut menambah lagi perisa ketidaktentuan pasaran saham di Malaysia. Ia perkara lumrah bagi sebuah perubahan besar dalam sesebuah negara.

HIBAH DAN AKTA TABUNG HAJI 

Berpegang kepada Akta Tabung Haji. Menurut CEO Tabung Haji Datuk Seri Zukri Ab Samat dalam sidang media pengumuman hibah, akta TH menghadkan pemberian hanya pada lebihan (surplus) aset berbanding liabiliti, maka walaupun keuntungan semasa TH adalah RM2.014 bil, tetapi jumlah yang boleh diagihkan berdasarkan Akta TH (bagi memastikan agar liabiliti tidak lebihi asset lagi) HANYALAH RM913 JUTA SAHAJA. Itulah jumlah yang membentuk 1.25 %  hibah tahun 2018 yang terendah dalam sejarah. 

Dijelaskan juga oleh pengurusan terkini TH, sejak beberapa tahun dahulu TH mampu memberikan hibah tinggi kerana wujud manipulasi piawaian perakaunan TH dan juga ketidaktepatan kedudukan akaun TH. Akibatnya hibah bagi beberapa tahun lalu adalah datang dari wang depositor bukannya dari untung perniagaan sebenar. Ia adalah resepi keruntuhan TH sekiranya diteruskan serta tidak diperbaiki dan diperbetulkan. Bermakna, Hibah tinggi masih boleh diberi tetapi dengan cara melanggar akta TH, mengubah ambang rosot nilai secara salah sekaligus melanggar piawaian perakauan TH sendiri dan menggunakan deposit penyimpan. Ini semua kalau dilakukan pada tahun 2018, pasti boleh memberikan lebih dari 6 % hibah tetapi ia salah di sisi undang-undang dan juga syara’ serta menjatuhkan standard TH seperti skim cepat kaya pak man telo yang menggunakan duit pelabur awal untuk membayar pelabur terkemudian, bukan didasari oleh untung perniagaan tetapi memusing-musing wang penyimpan.

BAGAIMANAKAH TANGGUNGAN KOS PENYELAMATAN TH AKAN DIBIAYAI OLEH KERAJAAN? 

Berdasarkan maklumat dari siding akhbar TH, Iaitu melalui suntikan dana bersih sejumlah RM17.8 bilion ke dalam TH akan dibiayai oleh Kerajaan dalam tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 2020 sehingga tahun 2030.

BAGAIMANAKAH KERAJAAN SEDANG MENYELAMATKAN TABUNG HAJI?

i. Kerajaan menerusi sebuah syarikat tujuan khas atau special purpose vehicle (SPV), iaitu Urus Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang diketuai oleh  CEO yang baru dilantik iaitu Sdr Izad Shahadi, membeli aset TH yang kini bernilai hanya RM9.7 bilion dengan harga yang lebih tinggi pada RM19.9 bilion.

ii. Pembayaran RM19.9 bilion ini terdiri daripada:

a. RM10.0 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.05% setahun bertempoh 7 tahun.

b. RM9.6 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.10% setahun bertempoh 10 tahun.

c. RM0.3 bilion dalam bentuk bayaran tunai yang dijana menerusi aset RM9.7 bilion yang telah dijual kepada SPV (dividen dan sewa yang diperolehi).

iii. Dengan penerimaan aset-aset bernilai RM19.9 bilion, nilai aset TH akan bertambah dan melebihi liabilitinya sambil mematuhi piawaian yang sepatutnya.

iv. Dengan peningkatan nilai asetnya, TH akan terus mampu membayar hibah menurut keuntungan yang diperolehi pada masa depan.

Dengan kata lain, Kerajaan akan menanggung beban kewangan sebanyak RM19.6 bilion untuk menyelamatkan TH. Kos yang akan ditanggung oleh Kerajaan ke atas sukuk bernilai RM19.6 bilion tersebut dianggarkan sebanyak RM7.9 bilion, dan ini juga akan dibiayai oleh Kerajaan. Ini menjadikan tanggungan kasar Kerajaan untuk menyelamatkan TH sebanyak RM27.5 bilion yang disandarkan kepada aset bernilai RM9.7 bilion. Selepas menolak nilai aset sebanyak RM9.7 bilion, Kerajaan akan membuat suntikan dana bersih sebanyak RM17.8 bilion ke dalam TH yang akan dibayar dalam tempoh 10 tahun. 

KESIMPULAN 

Berdasarkan kenyataan CEO TH, rumusannya keadaan TH sekarang adalah

1. Defisit telah berjaya ditutup. Hibah boleh diagihkan mengikut Akta Tabung Haji

2. Semua kerugian rosot nilai telah direkodkan. Dijangka tiada lagi kejutan di masa hadapan

3. Kedudukan Kewangan telah pulih. Pulangan yang stabil daripada aset yang berdaya saing

4. Sokongan daripada Kerajaan melalui peruntukan tahunan diberikan untuk memastikan semua Sukuk ditebus semula oleh SPV

5. Hak Keutamaan dimiliki TH yang mana TH boleh mengambil semula aset yang telah dipindahkan setelah dipulihkan

6. Tadbir Urus dan Ketelusan yang lebih baik. Pengawalseliaan yang diperkukuhkan serta pengurusan pelaburan dan risiko yang lebih mampan.

7. Subsidi haji masih ada bagi mereka yang ingin menunaikan haji termasuk pengiring.

8. Simpanan penyimpan semua selamat malah dijamin 100% oleh kerajaan. 

9. Aset yang dipegang oleh SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) kini diuruskan sendiri oleh UJSB yang diketuai oleh CEO Melayu Muslim bernama Izad Shahadi Mohd Sallehuddin dengan dibimbing oleh 5 orang ahli Lembaga Pengarah yang semuanya Islam. Prokhas dan CEO berbangsa Cina tiada lagi peranan dalam hal ini.

10. Keputusan besar dan penting berkaitan urusan TH semuanya dibawa ke Kabinet Menteri dan tiada sama sekali dikawal oleh Menteri Kewangan atau mana bukan muslim. TH adalah di bawah tugasan YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Hal Ehwal Agama sahaja.

11. Pandangan saya bagi pendepositor, bagi sesiapa yang menyimpan untuk menunaikan haji, terlebih baik untuk mereka kekal dalam TH bagi melunaskan hasrat mulia dan kewajiban haji terbabit serta mendapat subsidi haji dari TH.  Bagi penyimpan untuk keuntungan yang lain dari itu termasuklah 1.3 % penyimpan kaya di TH yang merupakan pemegang RM 37 bil dari keseluruhan jumlah simpanan RM 74 bil wang penyimpan, bertenanglah sekejap dan kemudian dengar dan fahami penjelasan pihak tabung haji dan bukan orang politik dari mana-mana parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan (mereka saling melobi sokongan). 

Sebaiknya fahamkan penjelasan CEO Tabung Haji Datuk Zukri Samad sebagaimana yang beliau huraikan dalam sidang media tadi. Biarlah kita mengambil maklumat dari bukan orang politik, ia lebih terpercaya. Insha ALlah. ( https://www.youtube.com/watch?v=3GwJvbc_sKw&t=26m43s). 

Jika masih tidak percaya, maka duit simpanan itu adalah duit anda, anda paling berhak menentukan keputusan terbaiknya. Tahniah bagi mereka yang mampu membaca dan berusaha faham dari awal sehingga di para terakhir ini. Semoga hidayah dan kebenaran milik kita bersama.

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Prof Adjung UNISEL
Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn Bhd 
(www.elzarshariah.com)
4 April 2019


14 comments:

  1. Norway Tarik Balik Pelaburan RM55 Bilion, Bond &Sukuk M'sia..
    ,
    Media Marhaen - Blog PakDin.my

    Norway tarik balik pelaburan RM55 bilion, tidak akan melabur dalam bond dan sukuk Malaysia kata Najib
    Hari ini, Tabung Amanah negara Norway telah mengumumkan mereka tidak akan melabur di dalam bon dan sukuk Malaysia lagi.Tabung milik kerajaan Norway ini mempunyai dana mencecah US$1 trilion (RM4.1 trilion) dan merupakan pelabur terbesar di dunia.
    Ini adalah pengumuman mengejut kerana mereka sudah berpuluh tahun melabur di sini semasa BN menjadi kerajaan.
    Ini bermakna #MalaysiaBaru akan mengalami pengaliran keluar pelaburan asing sebanyak US$1.9 bilion (RM7.8 bilion) dari Tabung Norway ini tidak lama lagi.
    Pada anggaran kasar saya, pelaburan asing sebanyak RM55 bilion telah ditarik keluar dari pasaran ekuiti dan pasaran bon Malaysia sejak PH menang PRU14.
    Tapi tak apa. Negara masih ada banyak lagi aset negara yang dibina masa BN untuk dilelong oleh PH.
    Rujukan:
    Norway drops Malaysia, 9 others from fixed income benchmark
    https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/04/06/malaysia-others-ousted-from-worlds-largest-sovereign-wealth-funds-fixed-income-benchmark/
    Facebook Najib Razak

    ReplyDelete
  2. Mujahid cakap tiada lagi subsidi haji untuk tahun depan...kalo tak mampu jangan naik haji...


    Binawe betul mujahid....wang pelabor TH nak disonglap oleh lembaga pengarah TH dgn gaji dan elauan yg lumayan?...

    ReplyDelete
  3. Bagus juga kalau MACAI & WALAON keluarkan duit memasing dari Tabung Haji.
    Ini membuktikan, mereka bukanlah benar-benar nak mengerjakan Haji tapi sebenarnya nak melabor, cari keuntungan. Orang yang benar-benar nak mengerjakan haji, tak kisah pun sebab memang tahu akan dapat subsidi RM12 ribu bila sampai turn mereka mengerjakan Haji. Jumalh yang on the waiting list bukan sikit 3.4 juta orang. Bermakna, setiap seorang pendeposit kena tunggu 100 tahun, kata CEO TH. Jadi, kalau Macai & walaon keluarkan semua duit simpanan mereka, jumlah on the waiting list akan menyusut dan masa menunggu juga menyusut.
    Sesiapa yang tak puasa hati dan nak keluarkan simpanan seperti BLOGGER-BLOGGER Hussien Lempoyang, Taipingmali, Cucu Tok selampit, Rocky Bru, etc yg memekak dalam blog memasing....silakan. Awak semua menyimpan duit di TH bukan kerana nak mengerjakan Haji tapi nak melabor. Lainlah zaman Najib dulu, memang sah kebas duit TH beli ladang 10X ganda mahal daripada harga pasaran. Paksa TH beli tanah 1MDB, akhirnya TH menghadapi masalah kecairan. Kena lagi bayar dividen 4.25% kpd pelabor nak tunjuk terer. Kering kontanglah duit PENDEPOSIT.
    Nak melabor masuklah KLSE.
    UNTUNG SABUT, TIMBUL, UNTUNG BATU TENGGELAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan tak de subsidi daah...mujahid dah tahu TH tak boleh ontong lagi...aset TH 20 B mujahid tak tahu pon diuruskan oleh bukan islam...

      Delete
    2. Dah xde alasan lg nk jilat kerajaan zalim, mula la rekayasa mcm² alasan. Duit pendeposit, apahal kau sibuk? Lagi 1, duit tabung haji tu duit kerajaan ke? Apahal kerajaan melalui menteri jaga agama sibuk nak sekat itu ini. Berapa bnyk dana kerajaan yg disuntik masuk ke dalam t.haji? Yillek! So, pada aku sejak kerajaan ph dpt kuasa ni seumpama beruk dpt bunga. Untung batu tenggelam, untung sabutpun tenggelam...

      Delete
  4. Statement yg mcm ni jahanam habis ekonomi org melayu. Mamat zaharuddin ni apa fakta dia? Semua kepada hearsay dan speculation. KD nak ambik statement dia lantak lah..

    Tulis la drp unisel padahal kau drp PAN..

    Tanya zaharuddin apa jadi dgn skim cepat kaya dia tuuuu

    ReplyDelete
  5. Ada yang kata, dia ahli PAN barua DAP...
    Bagi aku barua DAP dengan barua Najib sama je..haprak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tu, kutip tulisan dia buat apa? Haprak sebab dah terperangkap kot. Nak puji orang dah bedal. Sambil sebut haprak kt zaharudin pekena sekali penyokong najib. Hahahaha...sebenarnya yg haprak tu blogger mcm kau kd. Dah tahu tulisan oleh org yg bukan pakar bidang, dikutip jugak. Dia tu ilmu syariah dan usuluddin, bukan bidang bisnes dan perundangan. Kes t.haji adalah kes bisnes dan perundangan, bukan syariah komplien. Payah nak cakap kalau dah taksub bodoh gini.

      Delete
    2. gelak ketawa kita org..utk pengetahuan KD aku ngan member semua pakat ramal siapa bila kau akan tetap sembang najib..aku yg berjaya...kali ni kami buat ramalan berapa banyak kd akan sebyut najib...KD aku sokong engkau...kih kih

      Delete
  6. Kenapalah sibuk-sibuk sangat. Tak puas hati dividen 1.25%,.keluarkan duit anda dari TH. Kamu nak melabor, cari keuntungan. TH bukanlah tempatnya. Keluarkan duit kamu semua. Tak perlu memekak.

    ReplyDelete
  7. Kalau melayu muslim itu berealiti berfakta berkebenaran mereka akan terima penjelasan ini...insha Allah Allah akan kembalilan kekuatan TH yang diterajui oleh pengurusan bahharu

    Bagi mereka yang masih idolakan cadh is king dan pengurusan lama meteka ajan terus berfantasi berauta dan berkepalsuan

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  8. Tak kisah pun. Tapi th boleh kembali pada cara lama, pencarum boleh keluar duit 6 bulan sekali. Mesti duit jadi banyak sebab terkumpul lebih lama. Aku suka cara tu. Susah nak keluar. Bila tiba masa, masalah dah setel.

    ReplyDelete
  9. Salam KD
    Ok ini semua pemjelasan.
    Kesian org melayu san islam di Malaysia di auta jan dgn technical.
    Apa itu semua betul jika tabung haji itu BANK..
    Tapi sekarang harus semua tahu yg tambung haji bukan bank
    Sukuk? Tahu tak apa itu sukuk
    Sukuk sebenarnya lebih kurang sama mcm PA power attorney.. kebenaran penuh memberi kuasa pd org lain untuk menhurus kan harta kita mengikut suka hati mereka dan bayaran mcm interest di beri 4% pd tuan yg punya harta.. dan jika harta dapat di jual harga jualan semasa sukuk di keluar kan di bayar pd tuan harta. Keuntungan yg lain di sebat oleh org yg dapat kuasa.
    Fakta dengan auta
    Market share jatuh salah jerajaan kerana fundamental lemah jadi nilai tabung haji pun ranap..
    Nilai rnggit jatuh 20% bermakna org malaysia yg punya ringgit automatic miskin 20% utk penduduk dunia.. kuasa membeli turun 20%
    Mcm mcm lagi lah fakta dan auta.
    Klu siapa pakar kewangan hubungi saya terus mari saya beritahu fakta dan auta.
    Najid and the group tak di nafi kan memang sikit atau banyak terpalik dgn kerugian negara.. dan BN dah pun kalah tapi tak perlu lah menyalah kan yg dah kalah jika kita gagal..
    Ini mcm cerita rompak bank . Bank di rompak sebenarnya 1juta tapi manager bank and the group beritahu polis rompakan telah berjaya melarikan senayak 10juta..

    Ini yg berlaku kuatir nilai yg hilang tak sama dgn apa yg dilapur kan..

    Jgn lah pakar pakar ekonomi dan accountant yg kurang faham dok kelentong org kampung dgn technical yg ramai tak faham
    ..

    ReplyDelete
  10. Mcm² la kau ni kd. Tak pelikpun hibah 1.25%. Dah jangka. Itukan strategi dap nak kacau ganggu emosi para pendeposit. Yg tak sabar akan bawa keluar deposit. Makin miskinlah ekonomi melayu Islam. Yg dh haji lepas ni tak boleh daftar utk haji. Bunyinya baik tp tujuannya sama spt di atas. Bawalah keluar deposit masing². Lama² deposit terkumpul th akan merosot dan lama² bungkus keok! Bijak kafir berstrategi, dgn bantuan malaun² melayu Islam yg otak letak di lutut. Sejak ph jd kerajaan ni, apa yg bagus diterima dan dinikmati rakyat? Yg ada dipotong, yg baru, haram tak mampu buat. Janji bulan bintang. Nk cover bodoh, salahkan kerajaan lama. Skil ni nak pakai berapa tahun? Agak boleh laku sampai pru15 kot?

    ReplyDelete