Tuesday, May 7, 2019

ANWAR MEMPERKUKUHKAN MAHATHIR, INI MACAMLAH RAKYAT NAK TENGOK..



11 comments:

  1. KD,

    Tun M bolehlah, dia berani.

    Tapi rakyat biasa Johor takut.

    Mengikut cerita, Sultan Johor dulu, Sultan Mahmud yang mati dijulang boleh jatuhkan sumpah tujuh keturunan masuk Kota Tinggi boleh muntah darah.

    Orang Johor takut, kena sumpah.

    Kalau kena sumpah masuk JB, susah nanti nak pergi kerja ke Singapore pasal kena lalu Johor Bahru. Zaman sekarang nak cari kerja pun susah.

    Ada orang kata, keturunan laksmana Bentan yang pening-pening dan muntah bila masuk Kota Tinggi bukan kerana sumpah tapi kerana pencemaran udara macam di Sungai Kim-Kim.

    Walau apa pun, Tun M banyak amalan-amalan dia, jadi dia kebal kena sumpah. Lagi pun kalau ikut hukum syarak, kita tak boleh percaya cerita yang merapik.

    Pasal itu Tun M berani.

    Tapi orang Johor memang suka percaya cerita merapik.

    ReplyDelete
  2. Siapa kata orang Johor Penakut..?
    Dua kes di bawah ini membuktikan sebaliknya. Kes pertama berlaku di abad 18. Zaman tu, takda perlembagaan. Sultan Mahmud Mangkat dijulang dibunuh kerana kejam. Kekejaman abad 18 dgn abad 21 berbeza. Di abad 18 rakyat dianyaya dan dibunuh secara kejam. Rekod-rekod Belanda menceritakan kisah kekejaman Sultan Mahmud membunuh dan merampas hak rakyat.Last sekali dia belah perut bini Laksmana bentan kerana seulas nangka. Masa itu Laksmana sdg berperang di Linggi untuk Sultan. Di abad 21, sekali lagi mereka bangkit.Melayu Johor bangsa beradab. Mereka tak tunjuk marah dgn berdemo. Mereka bangkit secara berhemah - melalui perlembagaan. Akibatnya, Umno jatuh tersungkor. Yang muntah darah cuma geng dedak. Hahahaha..........
    Tuhfat Al-nafis takda sebut pun pasal muntah darah. Benda ni tersebar dari mulut ke mulut untuk halang rakyat menderhaka. Org bodoh je percaya dongeng ni.Datanglah ke Kota Tinggi. Takda siapa muntah darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Very much in agreement with you

      Delete
    2. Asal jngn ada yg kena sumpah muntah keluar tahik udah le.

      Delete
  3. LOKMAN adam.pun orang JOHOR juga

    THE BLACK 905

    KEMPEN BERBAJU HITAM SEMPENA SETAHUN NEGARA DIBAWAH REGIM PEMUSNAH

    - KEMUSNAHAN HARAPAN RAKYAT AKIBAT KEGAGALAN TUNAI JANJI

    - KEMUSNAHAN KESELESAAN RAKYAT DENGAN PENARIKAN BALIK KEMUDAHAN DAN SUBSIDI YANG DIBERI ZAMAN BN

    -KEMUSNAHAN KEDUDUKAN ISTIMEWA ISLAM, HAK PRIBUMI, BAHASA MELAYU DAN KEDUDUKAN RAJA-RAJA

    - KEMUSNAHAN EKONOMI

    - KEMUSNAHAN PERPADUAN KAUM

    - KEMUSNAHAN BUDAYA DAN NILAI

    TIDAK PERLU BERHIMPUN, TIDAK PERLU MENJERIT, TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA. ANDA HANYA PERLU BERBAJU HITAM TANDA PROTES PADA 9 MEI, 2019 DAN MELETAKKAN GAMBAR PROFILE WHATAPP, FACEBOOK, TWITTER, INSTAGRAM DLL DENGAN WARNA HITAM. JANGAN LUPA UPLOAD GAMBAR ANDA MEMAKAI BAJU HITAM PADA HARI TERSEBUT DIMEDIA SOSIAL DAN LETAK #TheBlack905 PADA POSTING ANDA. MOHON SEBARKAN KEMPEN INI.

    50 HELAI BAJU PERCUMA

    PADA HARI KHAMIS 9/5/2019 INI JAM 6.00 PETANG, SAYA AKAN KE MID VALLEY BERJALAN-JALAN SAMBIL MEMAKAI BAJU BERWARNA HITAM. SESIAPA YANG MAHU TURUT SERTA DIJEMPUT UNTUK BERKUMPUL DI HADAPAN PINTU MASUK MID VALLEY BERHAMPIRAN BOULEVARD HOTEL. HANYA 50 PESERTA PERTAMA AKAN DIBERIKAN TSHIRT HITAM PERCUMA. YANG LAIN KENA BELI ATAU PAKAI BAJU HITAM APA SAHAJA.

    Dato’ Lokman Noor Bin Adam
    Pengerusi
    Sekretariat Suara Rakyat
    0123320000

    https://youtu.be/zi-WlcLNG_A

    ReplyDelete
  4. Regim pemusnah korup..
    Yang sokong korup sila pakai baju hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg korup sudah tak ade lagi dlm umno....senua sudah masuk mahkamah...

      Masalah besar sekarang atok kencing dan gagal uruskan ekonomi negara....suka bergaduh...

      Delete
    2. Kau MENGAKU pula di umno ADA korup, kau MENGAKU pula duu ksu Kenna KENCING dengan pemimpin umno.

      Di PH, rasuah 0..
      Gagal uruskan NEGARA?
      ADA rakyat kebulor? Mati Tak makan?
      KFC lengang?
      Bazar Ramadhan lengang?
      Kereta Tak laku?

      Delete
  5. Bro KD,

    Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

    Batu api sedang membuat rencana.

    Mari kita baca tulisan sdr Amin Iskandar di MKini.

    Baca juga statement akhirnya bahawa Tun M tidak pernah kalah, sama seperti yang selalu saya ceritakan.

    Pertempuran Klimaks? Silalah buat penilaian sendiri.

    --------------

    Batu api pertembungan Putrajaya-istana Johor

    Amin Iskandar
    Mei 7, 2019 (Dikemaskini Mei 7, 2019)

    A A

    ULASAN | Hubungan antara Putrajaya dan istana Johor berterusan keruh.

    Serang menyerang antara Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berterusan.

    Terbaru, dalam wawancara bersama media sempena setahun pemerintahan Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir menyifatkan TMJ sebagai "budak hingusan yang bodoh".

    "Saya tidak mahu mengulas mengenai sultan kerana sekiranya saya mengatakan apa-apa yang tidak baik, maka ia tidak elok kerana baginda ialah seorang sultan.

    "Tetapi TMJ (Tunku Ismail) ini seorang budak ... Dia ini 'budak bodoh' kerana dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.

    "Jadi jangan cakap, kalau kamu tidak tahu apa-apa, jangan berkata-kata," katanya.

    Dr Mahathir diminta mengulas mengenai kenyataan Tunku Ismail perbuatan baik ayahandanya, seperti mengurniakan tanah kepada rakyat dan kerajaan, tidak ditonjolkan.

    Kenyataan yang dikeluarkan pada hari pertama bulan Ramadan itu memperlihatkan bahawa Dr Mahathir tidak akan berundur dalam perang bersama Istana Johor kali ini.

    Walaupun usia tidak berpihak kepadanya, Dr Mahathir tetap menunjukkan "taringnya" sebagai seorang yang menjadi perdana menteri sebanyak dua kali.

    Sebelum itu, Putrajaya dan Istana Johor bertegang urat dalam beberapa isu seperti isu tanah Bukit Chagar, Statut Rom, pengganti menteri besar Johor dan rombakan exco kerajaan negeri.

    Sebelum digelar "budak hingusan yang bodoh", TMJ juga beberapa kali mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Dr Mahathir seoalah-olah perdana menteri itu sebaya dengannya.

    Siapa batu api?

    Ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya "batu api" dalam kekeruhan hubungan antara Putrajaya dan istana Johor pada hari ini.

    Sebenarnya, yang perlu ditanyakan, siapa yang bakal mendapat keuntungan daripada ketegangan hubungan antara Johor dan Putrajaya?

    Secara zahirnya, parti pembangkang Umno dan PAS dilihat mendapat keuntungan daripada pertembungan ini.

    Dalam demonstrasi di ibu negara pada Sabtu, ahli-ahli Umno dan PAS secara terang-terangan menyatakan sokongan terbuka kepada TMJ.

    Kerajaan pimpinan Dr Mahathir dihina dan dicerca dan digambarkan seolah-olah langsung tidak memberikan sebarang jasa kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

    Namun secara batinnya, siapa yang bakal mengaut keuntungan?

    Dalam PH, siapa yang akan mendapat keuntungan sekiranya Putrajaya terus berbalah dengan istana Johor?

    Apakah terdapat pihak yang mahu kekeruhan ini berterusan demi keuntungan politik mereka?

    Apakah pertembungan ini merupakan langkah awal sebelum satu gerakan lebih besar dimulakan untuk menjatuhkan Dr Mahathir?

    Dan pihak yang terlibat dengan gerakan ini dikatakan sudah mengadakan beberapa pertemuan untuk merancang gerakan menggulingkan Dr Mahathir termasuk di ibu kota dan selatan tanah air.

    Gerakan ini juga dikatakan mendapatkan tajaan yang besar.

    Akan tetapi pihak-pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan PH secara tidak demokratik ini diharapkan menilai fakta ini terlebih dahulu sebelum meneruskan gerakan jahat mereka:

    "Dr Mahathir tidak pernah kalah dalam setiap pertempuran politiknya."

    ReplyDelete