Wednesday, May 15, 2019

ISU EKONOMI MAMPU RUNTUHKAN KERAJAAN PH

Seolah tiada pakar ekonomi di Malaysia dan paling teruk, tiada TINDAKAN drastik untuk membendung kejatuhan ringgit.


Saranan Ku Li kurangkan pekerja asing, hentikan pengambilan pekerja asing tanpa skill BUKAN sahaja membantu nilai ringgit sekaligus mengurangkan masalah sosial.

Ini kritikan membina yang PERLU kerajaan fokus.



https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/14/pakatans-honeymoon-is-over-and-the-economy-is-faltering-says-gerakans-lau/#fh15qcmvehjcwJj8.41

19 comments:

  1. waaaa ini bukan batu api... ini musuh atok dolu ni S46 mungkin batu ronson nihhh...!!

    apa apa pun kita support dan kuat kuat kasi tepukkkkkk...!!!

    ReplyDelete
  2. Tukarje kerajaan PH, kalau susah sangat tukar Nobita tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun dikata nobita tu bodoh, tapi Dia tak pandai curi duit rakyat masuk poket dia.. Dia beli banglow murah tu lantak dia la. Mcm pa korang beli brg tak mintak murah kat tokey cina tu.

      Delete
    2. Daim lah pakar ekonomi paling pakar di malsysia...

      Anak saudarannye PhD penasihat ekonomi madey....

      Madey ade majlis penasihat orang2 tua yg pakar dlm ekonomi...

      Ku li hanye ahli ekonomi...

      Delete
  3. Aku kopipes yg berguna kpd pembaca..

    'Kalau undi PH, pergilah cari kerja dengan DAP'
    9:22 pagi (Dikemaskini 9:22 pagi)

    A A
    Belum reda isu dakwaan salah laku pengurusan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) ditimpa pula dengan kontroversi terbaru.

    Satu video beredar di media sosial semalam memaparkan ucapan seorang individu dipercayai pegawai kanan Yapeim ‘mengugut’ kakitangannya supaya ‘jangan undi Pakatan Harapan (PH)’.

    Video berdurasi hampir dua minit itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

    Individu itu pada awalnya dengan nada bergurau berkata beliau akan memeriksa satu persatu undi setiap kakitangan Yapeim.

    “Saya tahu di kalangan kita ni ada yang memilih Pakatan Harapan, saya tahu,” katanya di awal rakaman, disambut gelak tawa penonton.

    Turut kedengaran ada penonton yang menjawab undi sebagai “rahsia”.

    “Ya, rahsia, tapi saya akan periksa satu persatu. Saya akan periksa bersama SPR. Semua staf Yapeim ada 1401, saya akan periksa satu persatu di mana anda mengundi dan undi apa," jawab pegawai terbabit.

    Ketawa daripada kakitangan Yaepim tidak lagi kedengaran apabila individu tersebut menyatakan dengan tegas bahawa penyokong PH tidak layak berkhidmat dalam yayasan tersebut.

    “Kalau anda mengundi PH, anda tak layak duduk di Yapeim. Ya? Pergilah cari kerja dengan DAP,” katanya.

    Video itu kemudiannya disunting ke bahagian seterusnya dalam ucapan sama, di mana lelaki itu memberi amaran Yapeim akan 'ditiadakan' jika kerajaan bertukar.

    “(Yapeim) adalah sebahagian daripada sistem yang sedia ada sekarang ini. Kalau kerajaan bertukar, bermakna kita pun tidak ada. Percayalah.

    “Saya dah pastikan, tidak ada kalau kerajaan bertukar. Ya? Yang ada di belakang, di depan anda ni semua, semua tidak ada.

    “Balik kampung, tanam jagung. Ya? Balik kampung, tanam kangkung,” katanya lagi.

    Video itu beredar semalam, pada hari yang sama Yapeim mengakui wujud kemungkinan salah laku dan kecuaian terhadap pihak pengurusan yayasan itu sejak beberapa tahun lepas.

    Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim yang baru Dr Mohd Daud Bakar berkata pandangan itu diperoleh selepas meneliti laporan audit luar oleh firma PwC.

    ReplyDelete
  4. apa yang Dr M buat segalanya adalah strategi yang terhebat dalam dunia. U.S., China, E.U, semuanya takkan dapat mengatasi kecerdikan beliau. rakyat malaysia jangan risau, teruskan memberi sokongan padu yang tak berbelah bahagi, teruskan memuja dan memuji sesama kita.

    ReplyDelete
  5. Kejatuhan mata wang memang payah nak dikawal. Matawang diapong. Ia jadi bahan dagangan mcm saham. It is always up and down. Takkan nak sentiasa backup. Nanti lenyap 30 billion, tubuh Sutuhsnjaya diraja, tuduh Tun M songlap. Rome tak dibina dalam sehari. Begitu juga Malaysia. Kalau tak sabar, apa susah.Pru15, tukar lagi. Nak balik ke BN ke.......?????
    Are u sure BN bole naikkan ekonomi mcm sebelum tahun 2010..? Setuju dgn Tg.Razali. Kontrol kemasukan warga asing. Jangan mulia sgt, semua bangsa asalkan Islam, nak ditolong. Kita bukan lagi Harimau Asia. Kita dah jadi tikus Asia. Rakyat Malaysia sudah terlalu manja macam bangsa Arab. Semua tak nak buat kerja 3D. Panggil orang asing. Mereka hantar balik wang setiap tahun rm 60++++++ billion. Matawang mengalir keluar. Belum cakap passl export-import. Jadi, siapa pun PM tak kira dari party apa, takda tiori ekonomi yg boleh diikuti. Puncanya, DISIPLIN. Tengok Cina. Dalam tempoh 30 tahun, dia dah menguasai ekonomi dunia. Padahsl, matawang Yuan, paling murah. Bahkan Cina enggan devalu Yuan walupun dipaksa oleh US. Jadi, masalah ekonomi bukan berpunca dpd matawang. Ia berkaitan pengurusan asset negara. Rakyat adalah sebahahian dpd asset negara. Rakyat kena b
    .sanggup bekerja keras menghadspi cabaran macam rakyat Cina. Survival ialah kuncinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilai matawang bergantung kpd permintaan dlm pasaran...kenape matawang mesia kurang dapat permintaan?....matawang negara lain stabil jeer....

      Delete

  6. Caj Hospital Swasta Naik Mendadak - CUEPACS

    KUALA LUMPUR 15 Mei - Kadar caj perubatan di hospital swasta kini semakin tinggi sehingga disifatkan tidak masuk akal dan berkemungkinan wujud unsur penipuan yang boleh membebankan pengguna.
    Malah, kos tersebut yang semakin meningkat memberi kesan kepada penjawat awam dan masyarakat yang perlu membayar peningkatan premium insurans atau takaful.
    Sehubungan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda menggesa kerajaan menetapkan garis panduan kepada semua hospital swasta untuk mengenakan sebarang caj perubatan.
    "Ada trend peningkatan mendadak kepada caj perbuatan di hospital swasta . Bayangkan ada yang kenakan bayaran walau sebatang jarum dan sehelai benang sekalipun. Kerajaan galakkan rakyat untuk ambil insurans. Akan tetapi, ia tidak memberi apa-apa jika tidak ada dasar yang baik.
    "Penjawat awam juga ada yang perlu tambah premium sendiri kerana caj yang dikenakan semakin hari semakin tinggi.Ini akhirnya membuatkan mereka tidak mampu pada masa akan datang.
    "Jadi kita minta kerajaan merangka dasar tertentu untuk mengawal caj hopital swasta,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Iftar Ramadan CEUPACS dan Media bersama Kakitangan Kumpulan Mediacare di sini hari ini .- UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
  7. Kat posting atas ni, saya kata orang Melayu dah jadi mcm bangsa ARAB. Manja, sombong dan malas. Hidup nak senang tanpa berusaha. Nak yg bulat datang bergolek dan yg pipih datang Melayang. Susah sikit, dah merungut dan mengugut. Kalau terus begini, kita pun akan ends up jadi macam negeri-negeri Arab. Berperang dan berbunuh sesama sendiri kerana terasa lebih Islam dari yg lain. Bukan nak berusaha membangunkan bangsa dan negara. Wallahhualam.

    ReplyDelete
  8. Bubar parlimen . Itu yg majoriti voters nak. Tk payah bagi alasan

    ReplyDelete
  9. Dengan izin tuan blog,

    Mohon tampal komen saya di blog lain.

    GENG NAJIB = PASUKAN PANJI HITAM PALSU (siri 1/2)

    -----------------

    Saya tertarik dengan kewujudan satu entiti baru yang menggunakan nama Jundullah @ Ashabu Raayati Suud.

    Jundullah bermaksud tentera Allah sedang Ashabu Raayati Suud pula bermaksud Pasukan Panji Hitam. (Sepatunya Ashaabu Ar-raayatu As-suud, Arrayatu diletak secara marfu' kerana ia kembali menjadi mudhaf dan As-suud pula menjadi mudhafun ilaih kepadanya).

    Selepas membaca gaya penulisannya maka nyatalah bahawa dia adalah GENG NAJIB.

    Hahahaha, bukti nyata GN keresahan apabila saya memberitahu bahawa Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam yang pasukannya bakal menang mutlak di Al-Malhamah Al-Kubra yang sering saya sebutkan sebagai Pertempuran Klimaks, dan untuk menutup keresahan dirinya dia sendiri menggunakan nama Jundullah @ Ashabu Raayati Suud.

    Inilah orangnya yang sebelum ini memetik ucapan Ustaz Zulkiflee dari Indonesia yang mengatakan bahawa Pasukan Panji Hitam itu datangnya dari Khurasan dan ia adalah Taliban.

    Wahai GN, kalau sdr benar-benar percaya dengan pendapat Ustaz Zulkiflee tersebut maka sudah tentulah sdr sebagai bukan anak Khurasan tidak layak menggunakan nama tersebut. Nyatalah sdr hanya beralasan.

    Apapun ia bukanlah isu besar bg saya kerana apabila sampai masanya kebathilan itu pasti akan lenyap, dan sebagaimana Al-Alrqam yang turut pernah menyangka mereka adalah Pasukan Panji Hitam telah lenyap, maka sedemikianlah sdr dan golongan pendusta seperti sdr yg mengaku Pasukan Panji Hitam juga akan lenyap, tewas di tangan Pasukan Panji Hitam yang sebenar.

    Baiklah, sedikit perkongsian pada ilmu dan hikmah.

    Ashaabu Raayatu Suud yang bermaksud Pasukan Panji Hitam dikhabarkan memiliki seorang ketua dan ketua mereka bergelar Sohibu Rayatu Suud yang bermaksud Pembawa Panji Hitam. Ashaab adalah jamak kepada sohib yang secara akarnya bermaksud 'tuan punya'.

    'Tuan Punya Panji Hitam' secara jamak adalah Pasukan Panji Hitam dan secara mufrad atau tunggal pula ialah Pembawa Panji Hitam iaitu ketua kepada pasukan ini.

    Nama kod sang Pembawa Panji Hitam ini yang disebut di dalam hadith ialah Shuaib Bin Soleh yang dengan gelarannya ialah At-Tamimi. Shuaib bin Soleh At-Tamimi ini telah pun John Doe kenalpasti iaitulah Mahathir Bin Mohamad At-Tamimi. At-Tamimi secara hikmahnya ialah Ta untuk Tun dan Mim untuk Mahathir dan Ta untuk Tanah dan Mim untuk Melayu. Secara hikmahnya Bani Tamim ialah bangsa Melayu dan Pemuda Tamim ialah Tun Mahathir.

    Shuaib Bin Soleh bermaksud 'bangsa kecil yang baik' menepati ciri bangsa Melayu dan Tun M pula adalah 'The Grand Old Man' bagi bangsa Melayu ini.

    Nama lain bagi Pembawa Panji Hitam yang disebut di dalam hadith pula ialah 'Fata At-Tamimi' yg bermaksud 'Pemuda Tamim'

    Hadith menggunakan kalimah 'fata' yang bermaksud pemuda dan bagi kalimah fata yang digunakan di dalam AlQuran ia turut boleh ditafsirkan secara majazi yang bermaksud 'muda dari semangat dan kekuatannya' dan tidak semestinya muda pada usia hakikatnya.

    Siapakah yang lebih hebat 'kepemudaannya' dari sudut semangat dan kekuatan bagi bangsa Melayu ini berbanding Tun M? Jawabnya ialah tiada.

    Ia berlainan dengan kalimah syabab yang membawa maksud 'pemuda' atau 'belia' kerana 'syabab' hanya boleh ditafsirkan secara hakiki iaitulah 'muda pada usianya' dan bukan selainnya.

    ReplyDelete
  10. GENG NAJIB = Pasukan Panji Hitam Palsu (siri 2/2)

    -------------

    Di dalam hadith juga disebutkan bahawa Pasukan Panji Hitam ini tidak pernah tewas kepada mana-mana pasukan pun. Ustaz Zulkiflee telah melihat hadith ini tanpa melihat hadith-hadith lain dan membuat kesimpulan mudah Pasukan Panji Hitam adalah Taliban kerana Taliban muncul di Afghanistan dan Afganistan adalah sebahagian dari Khurasan dan Taliban juga tidak pernah tewas.

    Sekiranya Taliban adalah Pasukan Panji Hitam, maka siapakah pula ketua mereka yang bergelar 'Pembawa Panji Hitam'? Jawabnya ialah tiada. Maka telahan ini tidak mungkin benar disebabkan ia bersalahan dengan hadith lain tentang Pembawa Panji Hitam yang bernama Shuaib Bin Soleh At-Tamimi.

    Mengapakah ia bukan mana-mana pasukan di Khurasan termasuklah Taliban? Banyak sebabnya tetapi saya hanya akan berkongsi pada ilmu bahasa dan geografi sahaja.

    'Khurasan' adalah kalimah bahasa Parsi yang bermaksud 'Timur'. Di dalam Bahasa Arab, Timur disebut 'Al-Masyriq'. Orang-orang Parsi di Iran sejak zaman Sasanid memanggil kawasan di Timur mereka iaitu Iran Timur, Afghanistan dan Pakistan sebagai Khurasan kerana Khurasan bermaksud Timur di dlm bahasa mereka. Selepas ribuan tahun, pada zaman Nabi saw sehingga ke hari ini tempat ini dikenali sebagai Khurasan walaupun di kalangan orang-orang yang tinggal lebih Timur daripada kawasan ini, contohnya orang Malaysia. 'Khurasan' telah berevolusi daripada bermaksud arah di dlm bhs Parsi menjadi nama khas bagi kawasan itu.

    Hadith2 tentang Pasukan Panji Hitam ada yang menggunakan kalimah Al-Masyriq dan ada yang menggunakan kalimah Khurasan. Kurang kritikal maka pembuat telahan terus membuat kesimpulan bahawa keduanya adalah sama. Hakikatnya keduanya tidak sama sbgmn bezanya maksud qabla dan qibal.

    Kitab2Arab dahulukala tidak meletakkan baris pada kalimah. Maka 'qabla' dan 'qibal' kedua-duanya ditulis sama iaitu qa ba lam (قبل). Dibaca 'qabla' maksudnya 'sebelum' dan dibaca 'qibal' maksudnya 'arah'.

    Kedua2 kumpulan hadith Panji Hitam menggunakan qa-ba-lam di dalam tulisan. Begini :-

    من قبل المشرق
    من قبل الخراسان

    Khurasan adalah satu nama khas yang merujuk kepada satu tempat spesifik. Kalimah sebelumnya tidak boleh dibaca sebagai 'qibal' yang bermaksud arah. Arah hanya untuk Timur Barat Utara dan Selatan, sepertimana hadith menyebut 'min qibalil masyriq' yg bermaksud 'dari arah Timur'.

    Bagi nama tempat yang khusus seperti Khurasan ataupun sesuatu kejadian khusus qa-ba-lam sebelumnya
    mesti dibaca 'qabla' yang bermaksud sebelum. Contohnya ialah ayat 10 surah Al-Hadid yang berbunyi 'min qablil fath' yang bermaksud 'sebelum pembukaan'.

    Maka bacaan yang betul (من قبل المشرق) dibaca 'min qibalil masyriq' dan (من قبل الخراسان) dibaca 'min qablil Khurasan' yg bermaksud 'sebelum Khurasan'. Maka pasukan ini tidak muncul di Khurasan sebaliknya di satu kawasan yang secara geografinya ia terletak di timur dan timurnya adalah sebelum Khurasan.

    Saya telah memberitahu bahawa ia adalah Malaysia. Walaupun demikian ia sudah tentu bukan Najib dan Gengnya kerana mereka telah tewas sdg hadith memberitahu pasukan ini tak pernah tewas. Maka tindakan GN menggunakan nama ini adalah satu kepalsuan.

    Dahulu Al-Arqam pernah menyatakan mereka adalah Pasukan Panji Hitam. Mereka Tersungkur di Pintu Syurga dan akhirnya lenyap di tangan PM-4.

    Kini GN pula memanggil pasukannya sebagai Pasukan Panji Hitam, selepas
    Najib dan pasukannya 'Tersungkur di Persada Takhta' di tangan PM-7.

    Maka, secara hikmahnya UmNo bakal mengalami nasib yg sama sebagaimana Al-Arqam.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  11. Tun madey jangka dgn pengalaman dan kekuatan fikirannya dia mampu menjadikan malaysia lebih baik berbanding musuhnya najib razak. Mungkin dia lupa musuh yg dijadikan rakan kawtim utk menjatuhkan najib razak menjadi duri dlm daging dlm perancangannya. Siapa lg kalau bukan kit siang. Dan satu lg yg dia lupa, umurnya dh terlalu lanjut.

    ReplyDelete
  12. KD.... ko ni percaya cerita rekaan ularmak jon doo yg taksub menjilat madey...

    Perang klimaks berkait dgn perang untuk islam tewaskan kapir tapi ularmak taksub tafsirkan perebutan kuasa tuk madey di putrajaya plak...ularmak jon doo ni bukan ahli ilmu hadis dan quran..

    Ularmak jon doo memesongkan maksud khabaran nubuwah demi ketaksubanye....

    Jon doo ....bila tempua bersarang tinggi ape maknanye?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap tu.

      John Doe tidak pernah sesekali memaksa sesiapa pun percaya, cuma minta bersaksi sahaja John Doe telah mengatakannya. Supaya kelak tiada sesiapa yang dapat beralasan bahawa tiada sesiapa yang memberikan peringatan.

      Selebihnya, masa yang akan membuktikan.

      Yang akan berlaku tetap akan berlaku, que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Maknanya ko dah jdi pondan tua bodo lagi pekak.

      Delete
  13. Salam tuan kat tempat saya bekerja sekarang pelaksanaan pertukaran pekerja asing sedang giat dilaksanakan kerana dasar baru kerajaan tidak lagi memberi permit kerja/batalkan permit pekerja asing dimana pekerja tempatan saja di beri keutamaan utk bekerja waima jawatan gantian adalah kontrak..sekarang dah banyak masuk pekerja kontrak dr sabah dan dari pantai timur

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

SPEKULASI TERKINI

Banyak sangat SPEKULASI MENJELANG keputusan mahkamah rayuan besok dan kemungkinan perubahan hukuman DIBUAT keseluruhan atau sebahagian tidak...