Thursday, May 16, 2019

KOMEN YANG TIDAK DISIARKAN


https://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2019/05/on-dr-mahathir-losing-his-grip-dap.html?m=0

Ini artikel yang komentar aku tidak DISIARKAN .
Aku Tak ADA masalah jika Komen tidak DISIARKAN kerana itu hak pengarang.

Tetapi oleh sebab aku ADA blog sendiri, aku siarkan artikel tersebut beserta komen aku yang tidak DISIARKAN..

Lebih kurang Komen aku..

Tuan Syed, you pun macam Asri, PEKAK..


Tentulah maksud aku blogger tersebut gagal melihat APA yang telah MAHATHIR lakukan..
MAHATHIR tidak hilang kawalan kerana MAHATHIR KINI lebih kepada penjaga rules of laws..

Hak samarata rakyat Malaysia selagi mematuhi procedure dan undang²..inilah asas kuat sebagai legacy yang akan MAHATHIR TINGGALKAN kepada Kita.

17 comments:

  1. Dulu aku selalu aje singgah kat blog outsyedthebox ni, dalam sehari sampai dua tiga kali, sekarang tidak lagi.
    Ada kalanya aku hantar komen dan aku perhatikan jika komen itu pro kepada dia, ia akan siarkan.
    Jika kita tidak setuju dengan pendapat dia memang takkan keluar la komen kita itu.
    Dia memang poyo punya blogger, kononnya dia hebat dalam semua bidang - poitik, ekonomi, agama, Al-Quran dan sebagainya.
    Sebenarnya itu semua auta saja lebih.
    Orang lain atau kaum lain semuanya tak bagus bagi dia, terutamanya orang Melayu, memang dia kutuk habis.
    Kalau kaum dia iaitu pariah tamil dan mamak bukan main melambung pujian dia.
    Tak rugi kita kalau tak baca blog dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecuali ugama, lain² ISU adalah sangat menarik untuk pelbagai perbezaan PANDANGAN.

      Tetapi apabila ugama dihujah berlebihan secara logik dan tanpa bidangnya, ia lebih merosakan.

      Delete
    2. Samalah mcm KD..komen yg hentam madey KD takkan siarkan...kalo pujian dia siarkan..

      Delete
    3. Lidah kau memang pendusta.
      Banyak sangat aku siarkan yang HENTAM Tun....

      Prinsipnya, ialah sopan dan ADA asas..

      Delete
    4. KD lebih pekak dari madey...hihihihi..

      Delete
    5. Aku pun tak berkenan jugak dgn Outsidethebox tuh..

      Konon mcm dia pandai semua..

      Dia igt senang nak manage negara yg ada 30 juta lebih penduduk sama mcm
      jaga kedai emas dia agaknya..

      Kalau google nama dia ada jer org tulis pasal dia tak pandai
      jaga persatuan blogger ke ntah apa dulu tu..

      jadi dia tak ada lah terer mana pun..

      Tapi kita kena jugak baca blog dia dan blog pro pembangkang

      Tak boleh la baca blog pro PH sahaja..

      Sekali sekala kena jugak bukak MyKmu dgn Cucu tok selampit
      supaya maklumat yg kita dpt tak adalah satu jenis jer..

      Celah gelegar dah hilang..
      Walaupun dia bukan Pro PH

      Blog Shahbudin "Peminat Anwar" aku dah lama tak bukak..
      tak tau lah kenapa..

      Pandai pandai lah tapis lepas baca blog Pembangkang..

      Delete
    6. Kalau kaum dia iaitu pariah tamil dan mamak bukan main melambung pujian dia

      Madey tu mamak...syed tak puji pon..

      Delete
    7. Nampak sangat anon 1:38 memang betul2 PEKAK.

      Delete
    8. OTB adalah penyokong setia Tun, anti Anwar tegar, cuma sebulan dua bulan ini dia PANAS hati dengan PH dan Tun.

      Itu normal.

      Delete
  2. Setuju dgn KD..hujah beliau berkaitan ugama sekadar logik akalnya shj.
    .logiknya pula sgt dangkal..menyerlahkan kecetekkan pengetahuannya berkaitan islam..agak lama meninjau penulisan dlm blog beliau untk melihat bukti kewujudan pemikiran liberal.. org melayu memang hina sgt bgnya.

    ReplyDelete
  3. Patut lah outsyed the box tak mau siarkan komen KD.... Komen ko bodooh sangat...syed banyak bagi fakta kenape madey hilang grip terutamanye dari segi ekonomi....ko bukan nak bagi fakta lawan hujjah syed...simply tuduh syed pekak lebih dari Asri...Asri bedal madey pon ade asasnye....

    Rekod rule of the laws madey pon burok selama 22 tahun dulu..

    ReplyDelete
  4. Adakah cengkaman Tun M ke atas negara ini, kerajaan, dan segala-galanya telah longgar?

    Jawapan saya ialah ya sudah tentu, sebab kelonggaran pada cengkaman inilah yang akan membawa kepada berlakunya pertempuran klimaks di antara pasukan Tun dan pasukan-pasukan lawannya, kerana hanya dengan mereka melihat, menyangka dan membuat kira-kira bahawa mereka boleh menang ke atasnya, barulah mereka akan meneruskan langkah untuk menewaskannya.

    Nabi Muhammad saw diriwayatkan pernah melihat Saiyidina Mu'awiyah Bin Abi Sufyan dan berkata kepadanya "Satu hari nanti kamu akan menjadi pemerintah, maka perintahlah dengan adil".

    Ketika berlakunya perbalahan di antara kem Saiyidina Ali sebagai khalifah dengan kem Saiyidina Muawiyah sebagai gabenor Damsyik, sememangnya kelihatan Saiyidina Mu'awiyah tidak boleh menang. Bagaimana dia mahu menjadi pemerintah sekiranya dia tidak boleh menang ke atas khalifah. Nampak seperti tiada harapan, tetapi khabar nubuwwah itu tetap berlaku kemudiannya.

    Akhirnya Saiyidina Mu'awiyah menjadi khalifah apabila takhta itu diserahkan kepadanya oleh anak Saiyidina Ali iaitu Saiyidina Hasan Bin Ali yang menjadi khalifah menggantikan bapanya yang wafat. Saiyidina Hasan menjadi khalifah hanya selama 6 bulan dan kemudian menyerahkan takhta itu kepada Mu'awiyah dan melengkapkan khabar nubuwwah Baginda Rasulullah apabila baginda berkata kepada Mu'awiyah "satu hari kamu akan menjadi pemerintah".

    Ia malah melengkapkan khabar nubuwwah ke atas Saiyidina Hasan sendiri apabila Nabi Muhammad saw pernah diriwayatkan berkata kepadanya lebih kurang maksudnya 'semoga satu hari nanti cucuku ini akan menjadi punca berdamainya dua pasukan besar di antara kaum Muslimin yang bertelagah".

    Memang benar khabar nubuwwah tersebut, penyerahan takhta khalifah oleh Saiyidina Hasan kepada Saiyidina Mu'awiyah telah menghapuskan sama sekali pertelingkahan di antara pasukan penyokong Khalifah Ali dengan pasukan penyokong Gabenor Mu'awiyah kedua-duanya dengan penyokong yang amat besar.

    Kemudian Nabi juga pernah bersabda 'Konstantinopel akan dibuka', mengkhabarkan bahawa kota terhebat pada zaman Nubuwwah ini satu hari akan jatuh ke tangan kaum Muslimin.

    Pada zaman khilafah Bani Umayyah berlaku begitu banyak cubaan untuk menawan Konstantinopel oleh khalifah tetapi gagal. Pada masa itu mereka menyangka bahawa dengan mereka telah bertapak di Iberia (Andalus), maka mereka mesti mencuba dapatkan Konstantinopel dan barangkali mereka akan berjaya. Mereka gagal bahkan sejarah menunjukkan Bani Umayyah telah tewas oleh pemberontakan Bani Abbasiyyah disebabkan banyak sekali perwira-perwira mereka tumbang di dalam usaha untuk menawan Konstantinopel dan menyebabkan tentera mereka lemah dan dapat dikalahkan oleh pasukan pemberontak.

    Walaubagaimanapun Konstantinopel akhirnya jatuh juga ke tangan kaum Muslimin yang diketuai oleh Sultan Muhammad Al-fateh yang ketika itu bukan pun khalifah bagi kaum Muslimin. Siapa sebelum itu yang dapat menyangka yang akan menawan kota Konstantinopel ini bukan pun seorang khalifah umat dan hanya bertaraf Sultan satu bangsa Ajam.

    Khilafah hanya berpindah tangan daripada Bani Abbasiyyah kepada Uthmaniyyah pada zaman Sultan Selim 1 pada tahun 1517 sedang Konstantinopel jatuh ke tangan Uthmaniyyah pada 1453.

    Ketika Sultan Muhammad Al-fatih mencuba menakluki kota ini, baginda sampai peringkat hampir berputus asa dan mahu mengalah sahaja.

    Walaubagaimanapun ketika baginda memilih untuk 'final try' akhirnya mereka benar-benar berjaya. Mereka hanya berjaya apabila melalui klimaksnya.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  5. (Sambungan)

    Kesemua khabar-khabar nubuwwah tersebut telah berlaku. Kini kita berada di akhir zaman fitnah yang juga mempunyai khabar-khabar nubuwwah tentang apa yang akan berlaku terutamanya tentang bagaimana perubahan zaman akan berlaku dari zaman fitnah ke zaman khilafah kedua iaitu ia akan bermula dengan munculnya panji-panji hitam yang berkibar di Timur menandakan kemenangan mutlak Pasukan Panji Hitam yg sebelum itu tidak pernah tewas kpd mana-mana lawan mereka pun.

    Ramai orang memperolok-olokkan saya apabila saya bercerita tentang Pasukan Panji Hitam dan bahawa Tun M adalah Pembawa Panji Hitam yang dikhabarkan dan demikian ia dan pasukannya akan menang mutlak apabila berlakunya pertempuran klimaks di antara mereka dengan lawan2 mereka yg bersekutu.

    Sikap dan kedudukan mereka ini semua bagi saya sama taraf sahaja dengan orang-orang di zaman Khalifah Ali yang memperolok-olokkan sesiapa sahaja yang berkata Muawiyah akan menjadi khalifah dan beralasan pula "Mu'awiyah tidak mungkin menjadi khalifah sebab dia takkan mampu menang ke atas khalifah Ali", dan juga orang-orang yang mempersendakan Sultan Muhammad Al-Fateh konon Konstantinopel tak mungkin tumbang dan dia hanya membuat perkara yang sia-sia.

    Jawapan saya ialah silakan terus memperolok-olokkan. Perbuatan memperolok-olokkan itu tidak akan dapat menghalang berlakunya satu khabar nubuwwah. Malahan perbuatan itulah yang akan menghilangkan alasan apabila mereka benar-benar tewas mutlak kelak.

    Tun M memang mempunyai cengkaman yang lemah sekarang tetapi hakikatnya ialah dia kekal menang di dalam semua pertempurannya dan kekal menjadi Penguasa Putrajaya, sebagai Pusat Pentadbiran di negaranya.

    Kelemahan cengkamannya inilah yang akan dieksploitasi oleh lawan-lawannya yang menyangka mereka boleh menang ke atasnya.

    Hari ini pula Tun M tetap PM walaupun ditekan dari segenap sudut dan demikian dia masih memiliki kuasa Perdana Menteri.

    PPBM hanya ada 13 ahli Parlimen dan keahlian yg sedikit? So what? Pasukan Panji Hitam yang dikhabarkan akan menang mutlak ini pun dikhabarkan hanya mempunyai 314 ahli. Ahli-ahli PPBM sudah melebihi jumlah yang diperlukan.

    Tun tak mungkin menang kalau benar klimaks itu akan berlaku? Ya ka? Kalau begitu silakan mencuba. Rasa sesuatu kek itu hanya boleh diketahui selepas memakannya.

    Cuma ingatlah bahawa khalifah Mu'awiyah tetap menjadi khalifah walaupun pada zaman Saiyidina Ali sebagai khalifah ia kelihatan mustahil untuk merampas takhta itu daripada Saiyidina Ali disebabkan Saiyidina Ali bukan sahaja incumbent malahan juga lebih besar sokongan berbanding Mu'awiyah semasa menjadi gabenor.

    Dan Sultan Al-Fateh pula tetap berjaya membuka Konstantinopel dan menamakannya Istanbul sekalipun pada ketika kedua-dua pihak berada hampir di klimaks kelihatan seperti Sultan Al-Fateh dan pasukannya tidak mampu menang dan mereka hanya menang selepas melepasi klimaks tersebut yang menyaksikan Byzantine tewas mutlak dan lenyap sama sekali dan hanya dibaca di dalam buku sejarah.

    Tidak perlu percaya apa2. Bersaksi sahajalah saya telah mengatakannya.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. Betul....saya juga sudah mula berasa cuak baca blog OTB. Kalau kita tak setuju dgn pandangan dia, memang posting kita takkan disiarkan. Kemarahannya kpd Tun Mahadir kerana Tun tak ikut nasihat dia, halau Zakar Naik balik ke India dan Menteri Willayah pindah pasar Ramadan jauh dari jalan mesjid India. Peniaga-peniaga geng dia kat Mesjid India dan Jalan TAR marah konon pemindahan ini menyebabkan perniagaan mereka merosot. Sejak itulah dia mula meroyan, marah kat Tun M. Saya pun suka masuk blog dia, baca pandangan dia. Lebih baik dpd blog Chaya yg konon ikut Sunnah Nabi...hehehe. Dan beberapa blog pro pembangkang lain. U name it, semua saya masuk. Memang boring baca royanan mereka. Baca sebaris awal, tengah dan penutup dah cukup. Blog lengang pun saya masuk mcm Jalin-Luin dan WZWZ. Setisp blog, berbeza. Biasanya, mereka siar komen saya kecuali Bani Hasyim. Dia ni suka delete posting kita yg tak sehsluan dgn dia.Saya dah tak masuk blog ni sekarang. Blog Shahabuddin Hussin dah lama saya tak masuk. Penuh sampah sarap. Teruk nak scroll. Not worth it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog budin sudah berubah..ko tak perlu scroll banyak lagi....cuma tinggal yg gila aje sokong madey..

      Delete
  7. Khas utk jhon doe
    Saya kompius..pengibar panji2 hitam tu..nk bertempur dgn siapa..pas dh di tewaskan..bn pun sudah..adakah pengibar panji2 hitam ni akan menumbang kan anwar..yg ni hanya kiasan sahaja..musuh2 pembawa panji2..akhirnya bani tamim akan mengibar panji2..akhir nya apa???klimax tu bila..khabar nya awal tahun hadapan..

    ReplyDelete

TUNGGU KEPULANGAN SAJAT DAN MEMERHATI PERLAKSANAAN UNDANG UNDANG DI MALAYSIA

Apa khabar kes nelofa, tangguh???