Friday, May 10, 2019

MANIFESTO PH BUKAN LAGI ISU BESAR DAN AKAN JADI BASI DI ERA TAHUN KEDUA DAN SETERUSNYA..

Selagi MAHATHIR PM, kabinet akan TERUS progresif, sesuatu yang tidak boleh disangkalkan kerana kelajuan Tun bekerja tidak DAPAT tidak setiap ahli kabinet terpaksa mengejar, lebih lebih lagi tukang report (rakyat) semakin cerdik.

Kemajuan Dan prestasi ekonomi NEGARA akan turut terkawal stabil apabila tambahan peluang pekerjaan kemahiran tinggi DAPAT diujudkan..Setakat ini pelan TINDAKAN belum nampak kecuali penerusan projek² mega menjanjikan lebih peluang pekerjaan kepada netizen.

Pengurusan pentadbiran Dan kewangan NEGARA akan diurus dengan baik.

Perlantikan Ketua Hakim NEGARA yang baru, penubuhan IPCMC Dan tambahan kuasa kepada SPRM Alan melengkapkan lagi halatuju rule of laws Dan pemansuhan beberapa akta akan menjamin kebebasan suara yang lebih dinamik.

Tetapi Dan hanya sesuatu yang lebih bimbang ialah berhubung penyatuan Melayu itu sendiri yang terbahagi kepada empat parti politik.

Perpecahan akan menjadikan Melayu minoriti Dan KETINGGALAN.

Kewajarannya umno PERLU diharamkan tetapi sekaligus ini akan menguatkan PAS.

Rekod menunjukan MAHATHIR selalu gagal mengawal Dan mengekang PAS.
kerana orang Melayu masih ditahap menghayati Islam secara kosmetik.

Benar Dan sejauh Mana pun MAHATHIR betul tetapi orang Melayu tetapi undi jubah dari ilmu.

Inilah nasib orang Melayu yang dikhinati pemimpin umno sepuluh tahun kebelakangan sebelum ini Dan kini rosak di tangan lebai.


satu pandangan

6 comments:

  1. Sdr KD,

    Ketika Al-Arqam Tersungkur Di Pintu Syurga di tangan pasukan yang diketuai oleh PM-4, sebahagian di antara ahli-ahli hardcore pasukan ini masih berharap dan percaya mereka akan buat come back dan kemudian menang ke atas kerajaan pimpinan PM-4. Walaubagaimanapun harapan ini semakin hari semakin kelam dan akhirnya hancur berkecai. Hari ini mereka hanya tinggal di dalam lipatan sejarah.

    Demikianlah hari ini UmNo pula telah Tersungkur Di Persada Takhta di tangan pasukan yang diketuai oleh PM-7. Sebahagian ahli-ahli mereka yang rindukan zaman dedak masih berharap UmNo akan membuat come back dan menewaskan PH pimpinan PM-7. Ia adalah harapan palsu sama seperti harapan Al-Arqam dulu mahu membuat come back dan menewaskan PM-4.

    Tidak lama lagi UmNo akan mengalami nasib yang sama yang menimpa Al-, Arqam iaitulah lenyap sama sekali dan hanya tinggal sejarah selepas 'tersungkur'. Hanya masa yang memisahkan.

    Sdr KD juga telah berkata : "Rekod menunjukan MAHATHIR selalu gagal mengawal Dan mengekang PAS kerana orang Melayu masih ditahap menghayati Islam secara kosmetik".

    Jawapan saya ialah ini tak betul. PAS telah sebenar-benarnya dikekang oleh Tun daripada memperolehi kuasa yang utama di negara ini sejak Tun menjadi PM-4 sehingga ke hari ini.

    Setakat menguasai satu negeri dan memiliki beberapa kerusi di Parlimen, ataupun berjaya menghasilkan sekumpulan pemberontak yang membunuh anggota keselamatan tetapi telah ditewaskan habis selepas itu, ia bukanlah satu "kemenangan". Ia hanya berstatus 'kacau daun'.

    Kemenangan sebenar pada setiap pertempuran adalah di tangan Tun dan pasukannya yang kekal menang dan kekal memegang kekuasan Perdana Menteri, kuasa eksekutif tertinggi di negara ini yang hanya akan dapat diatasi oleh YDPA di dalam situasi darurat.

    Sekiranya Tun telah tewas kepada Tiga Serangkai yang menggelar diri mereka sebagai 'Kepimpinan Ulamak', sudah tentu negara ini akan ditadbir oleh golongan khawarij takfiri yang mengkafirkan orang Muslim yang lain di atas alasan perselisihan pendapat pada perkara-perkara yang dibenarkan untuk berselisih.

    Sekiranya Tun telah tewas kepada UmNo pula sudah tentu negara ini akan kekal ditadbir oleh sebuah kerajaan kleptokrat.

    Tun telah menang ke atas PAS, menang ke atas UmNo, dan malah menang ke atas kesemua lawan-lawannya yang pernah bertembung dengannya.

    In shaa Allah apabila mereka semua bersatu untuk jatuhkan Tun, mereka akan kena checkmate serentak oleh Tun dan pasukannya. Hanya itulah sahaja alasan dan sebab musabab yang kelihatan pada pandangan saya mengapa kedua-dua pasukan yang telah tewas ini masih dibenarkan untuk membuat 'kacau daun'. Ia adalah tempoh untuk bersukaria sebelum mereka merasai pula tempoh berputus asa.

    Sampai masanya mereka akan benar-benar tinggal di dalam lipatan sejarah, sama seperti Al-Arqam pada hari ini, in shaa Allah.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbanding dengan pendirian MAHATHIR yang keras kepada PAS, selalu mengungkit-ungkit SILAP Dan salah PAS...pendekatan Anwar Dan Najib lebih lunak dengan PAS tetapi tujuan mereka lebih kepada keuntungan Dan sokongan politik Dan bukannya memartarbatkan nilai Islam itu.

      Paklah dengan Islam Hadhari telah berjaya di separuh jalan untuk menampakan umno juga Islamic malangnya Konsep Hadhari itu di bawa secara berlebihan dan melampau.

      Malah paklah sendiri tidak amalkan Hadhari dengan membiarkan urusan NEGARA di tangan Khairi.

      Delete
    2. Aku tetap percaya bahawa Tun adalah pembawa panji Pitam.

      Delete
  2. Episode memalukan (sejak Tun Tun serah kuasa pd orang2 tak kompeten 2003 sampai 2018) di mana kedaulatan & maruah negara dgn mudah dihinjak-hinjak oleh kuasa2 besar, yahudi zionis & Spura telah berakhir.

    Ini berlaku kerana ketika itu negara dipimpin oleh individu2 tak ada jati diri, tak ada keberanian, malas, kuat tidur, korup & kaki songlap.

    Kini keadaan ekonomi, amalan rasuah, sikap bermaha-rajalela, boros serta tanggapan klepetokrasi-sakau menyakau sudah menampakkan tanda2 positif. Justru itu, Tun M dinobatkan sebagai salah seorang pemimpin yg paling berpengaruh di dalam dunia oleh masyarakat antarabangsa & media2 utama dunia.

    ReplyDelete
  3. Sdra KD,JD and Othman

    All of your comments are significant and credible albeit varying degrees of truth. I for one keep tab on Mahathir's continuous effort to build a truly progressive muslim nation with multiracial multicultural and multi religious background.

    This is by no mean an easy task for mahathir. What the muslim malays and other races from various faith need to uphold and believe is living together in reality based and facts and truths.

    Being born before Malaya achieved her independence and later formation of Malaysia (and later exit of Singapore) I have seen the country going from strength to strength. No one can deny that it was PM4 who reakly put Malaysia in the world map. PM5 unfortunately put this beautiful nation to sleep and PM6 further brought the country to the dogs with his pillaging of nation's wealth and left the country with historic high debt. Again dengan izin Allah swt, PM7 made a comeback attempting to make corrections on a new coalition platform. Inspite of obstacles from within and without he managed to steer the nation back to its normal and correct course albeit slowly but surely...insyaAllah.

    On mahathir to pass over the baton to anwar PM in waiting, I personally do not agree as his character smacks of dirt and lust and too compromising for PM's position. I am looking at our country's future sovereignity



    ReplyDelete
  4. Aminnnnnnnnnnnn......semoga berkekalan. Harap siapa pun pengganti Tun, janganlah mementingkan popularity dan mengenepikan harapan rakyat. Jika ini berlaku lagi, rakyat jadi putus harapan dan kecewa. Kesannya, malas nak turun mengundi.

    ReplyDelete