Monday, May 20, 2019

MENTERI MEMBERI JAWAPAN YANG SALAH, BUKAN BUAT PERKARA YANG SALAH..


https://www.malaysiakini.com/news/476846

9 comments:

  1. Kouta matrikulasi masih perlu dikekalkan untuk bumi tapi mungkn perlu sedikit pindaan...

    Petisyen dari gerakan cina di cop sebagai DAP...ini yg tak betulnye...

    Kerajaan perlu tegas...madey sendiri mcm tak berape suka dgn matrikulasi dgn kenyataannye matrikulasi jadi pintu belakang untuk melayu masuk u....mcm perlekeh melayu...

    ReplyDelete
  2. Jawapan nenteri tak ada salahnye....hanye andaian sesetengah orang saja....

    Sudah berlaku kouta bahasa mandarin sejak seblm tahun 2000 lagi...

    ReplyDelete
  3. Kalo bagi jawapan yg salah buat benda yg salahlah.....benda yg betul bila bagi jawapan yg betul saja....

    ReplyDelete
  4. Sdr KD, mohon tampal.

    ----------

    Entry yang mengesahkan bahawa sebahagian manusia sememangnya dianugerahkan mata dan telinga tetapi mereka tetap buta dan pekak untuk menilai kebenaran.

    Di atas isu ini PPBM membela penuh Dr Maszlee daripada serangan DAP, MCA dan GERAKAN. Armada dan Srikandi sama2 bersuara tegas dan malahan petisyen juga dilancarkan untuk menyatakan sokongan kepada Dr Maszlee.

    Ia amat berbeza dengan UmNo dan PAS yang hanya menyerang DAP tetapi tidak berani berkata apa-apa kepada MCA dan GERAKAN yang juga senada dengan DAP di dalam isu yang sama.

    Walaupun berbangga memiliki kerusi Parlimen yang lebih banyak daripada PPBM, lebih banyak daripada MCA dan lebih banyak daripada GERAKAN tetapi UmNo telah tumpul habis sebagai wadah dan payung bangsa Melayu.

    Inilah dia kaum yang berpaling daripada jalan kebenaran sehinggakan PPBM dimunculkan sebagai kaum yang didatangkan.

    UmNo sibuk dengan isu dua kumpulan yang sedang berebut kedudukan, iaitulah di antara kumpulan pro Najib-Zahid dengan anti Najib-Zahid di dalam UmNo ketika PPBM dengan solidnya menujukkan keprihatinan kepada isu bangsa.

    Bagaimana ketua begitulah pasukannya. PPBM memiliki ketua yang mempunyai rekod perjuangan bangsa yang hebat dan demikianlah PPBM kelihatan hebat walau dengan angka yang sedikit.

    Dahulu ketika Tun M sebagai PM-4 mahu mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam dan ditentang oleh DAP dan malahan juga PAS, Tun tetap teruskannya.

    PKR? Mereka hanya mengambil pendirian melihat sahaja walaupun kepimpinan utama mereka adalah daripada bangsa Melayu sendiri.

    Apa diharap kepada sebuah parti yang tunjangnya ialah Melayu tetapi Presidennya sendiri mencari kawasan majoriti bukan Melayu untuk masuk ke Parlimen.

    (Dan apa diharap kepada seorang anak tempatan Parlimen berkenaan yang berdegar-degar mahu masuk gelanggang sehinggakan memohon sumbangan dana, tetapi kemudian menarik diri dari walaupun selepas menerima sumbangan, dan kini hanya tahu menyalahkan orang lain sahaja di atas keadaan semasa. Sumbangannya? Hehehe, tiada ).

    Petunjuk jelas bahawa hanya PPBM yang boleh diharapkan untuk menjaga hak keistimewaan orang-orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum lain.

    Lain-lain pasukan di kalangan bangsa Melayu hanya tahu politiking semata-mata. UmNo garang terlebih kepada DAP tetapi menikus terhadap MCA dan GERAKAN pada isu-isu yang bersifat kebangsaan menandakan mereka hanya bermain politik.

    PAS pula sibuk merubah-rubah fatwa mengikut kepentingan semasa. Dulu UmNo kafir, wajib undi DAP dan haram undi UmNo sampai kiamat dan kini terbalik kuang pula.

    Angka yang sedikit tidak bermakna sesuatu pasukan itu lemah dan akan tewas kepada pasukan yang mempunyai angka yang lebih besar daripada mereka.

    "Berapa banyakkah di antara kumpulan2 yang kecil yang menewaskan kumpulan2 yang besar dengan izin Allah. Sesunguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah : 249).

    314 anak2 Bani Israel telah diberi kemuliaan menjadi ahli pasukan tentera Raja Thalut menewaskan pasukan yang lebih besar.

    314 anak2 Bani Ismael telah diberikan kemuliaan menjadi ahli pasukan tentera Badar menewaskan pasukan yang lebih besar.

    Dengan kehendak Allah, kelak akan muncul 314 anak2 Bani Tamim yang akan diberikan kemuliaan yang sama menewaskan pasukan2 bathil di kalangan bangsa mereka yang jumlahnya lebih besar.

    Tun masih PM dan Dr Maszlee masih Menteri Pendidikan. Pembenci pula langsung tiada sumbangan kecuali hanya tahu mengkondem sahaja.

    Petunjuk bahawa apabila tempoh permainan tamat, PPBM yg bakal muncul pemenang.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. Hangpa semua tak sedar lagi kah berapa ramai orang melayu yang tak tahu cakap mandarin kerja dengan towkey Cina.

    ReplyDelete
  6. Fakta.

    Masih ada yang keliru dan tak tahu bagai mana Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali kepada Dato Seri Anwar Ibrahim?..sebelum PRU 14 menurut dinamika politik.

    1. Ketika Tun berada dalam Umno dan berusaha menjatuhkan Dato Seri Najib atas sebab tidak dapat mengawalnya lagi, tembahan pula Dato Najib tidak mahu selamanya ikut telunjuk Tun. Pelbagai cara dan kaedah digunakan oleh Tun ketika dalam umno untuk menjatuhkan Dato Najib tetapi gagal,akhirnya Tun terdesak dan keluar dari Umno.

    Tun keluar dari Umno sebelum dipecat kerana gagal menjatuhkan Dato Najib.

    2. Pada mulanya Tun berniat hanya untuk menjatuhkan Dato Najib,apabila beliau gagal,Tun mengubah fikiran keluar dari Umno dan menubuhkan Bersatu.

    3. Tun tahu kekuatan Anwar Ibrahim,Tun juga tahu Umno/Bn ' Lumpuh ' oleh Anwar Ibrahim selepas pada PRU 12.

    Tun tahu pada PRU 13 Anwar Ibrahim berjaya menjadikan Umno/Bn ' Koma. '

    Tun tahu dan sedar Umno/Bn tidak mungkin dapat diselamatkan lagi pada PRU 14.

    Akhirnya Tun membuat U Turn dan kembali mencari Anwar Ibrahim.

    4. Setelah Tun berjaya menubuhkan Bersatu akhirnya Tun mahu ' Mohon Kerjasama ' dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

    Tun kemudian jumpa dengan Dato Seri Azmin Ali dan Azmin Ali menyampaikan hasrat Tun kepada Anwar Ibrahim.

    5. Akhirnya Azmin Ali bawah Tun berjumpa Anwar Ibrahim ketika Anwar hadir perbicaraan di Mahkamah.

    6. Perundangan membataskan Anwar Ibrahim yang tidak dibenarkan berjumpa dengan orang awam kecuali Isteri dan anak-anaknya serta peguam atau pengamal Undang-undang.

    7. Akhirnya Tun mengarahkan kawannya, Tun Daim memperbaharui lesennya untuk kembali aktif sebagai Peguam atau pengamal undang-undang agar dapat berjumpa dengan Anwar Ibrahim dalam penjara untuk proses perundingan dan persafahaman.

    8. Tun mahu jumpa Anwar Ibrahim dengan tujuan dan niat memohon kepada Anwar Ibrahim masuk bergabung dalam PAKATAN pembangkang yang telah diasaskan oleh Anwar Ibrahim.

    9. Anwar Ibrahim terima permohonan Tun dengan ' BERSYARAT. '

    Syarat pertama adalah, Tun kena AKUR dan PATUH kepada ' AGENDA REFORMASI ' dan Tun bersetuju.

    Syarat kedua, Tun akan dilantik sebagai Perdana Menteri ' SEMENTARA ' Tun bersetuju.

    10. Dato' Seri Anwar Ibrahim menerima Tun sebagai rakan kerjasama dalam Pakatan kerana beberapa sebab.

    Pertama, Tun yang terlebih dahulu menghulurkan ' Ranting Jaitun ' sebagai tanda persahabatan.

    Dengan bahasa yang mudah Tun yang datang atau kembali kepada Anwar.

    Tidak seperti yang tersibar di alam maya, Anwar Ibrahim di ' Fitnah ' melutut kembali kepada Tun.

    Wal hal Tun yang menghulurkan persahabatan terlebih dahulu bukan Anwar Ibrahim.

    Anwar Ibrahim seorang yang berprinsip tidak akan tunduk dan melutut kepada sesiapa.

    Kedua,Tun SETUJU, AKUR dan PATUH kepada ' AGENDA REFORMASI ' dimana matlamatnya ialah menumbangkan Umno/Bn yang sombong,bongkak,rakus menggunakan kuasa,perasuah dan salah guna kuasa dalam konteks mengubah kerajaan dan membuat pembaharuan Institusi bukan sekadar menjatuhkan Dato Najib.

    Ketiga, Anwar terima Tun sebagai satu langkah STRATEGIK.

    Keempat, Mematahkan STRATEGI Najib dalam konteks perang psikologi kerana
    Najib menjangka Anwar tidak akan menerima Tun.

    Anwar menerima Tun kerana Tun sendiri yang datang kepada Anwar,kedua Tun bukan lagi musuh kerana sudah keluar dari Umno/Bn.

    ReplyDelete
  7. 11. Anwar Ibrahim seorang yang luar biasa bayangkan dalam penjara walau pun beliau tidak dapat bertanding tetapi Anwar Ibrahim masih boleh mengawal dan dapat menantukan percaturan politik diluar yang menjadikan beliau sebagai ' King Maker ' dalam kitaran politik Malaysia masa kini.

    12. Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang berfahaman ' DEMOKRATIK ' dan menggunakan pendekatan Islam dalam politik.

    13. Dalam politik tiada kawan dan musuh yang kekal, yang kekal adalah prinsip perjuangan,Ideologi,moral,maruah dan harga diri.

    Anwar Ibrahim tidak mengubah prinsip perjuangannya menentang rasuah,salaguna kuasa,kronisme,kerajaan yang sombong bongkak dalam konteks 'Menentang Kemungkaran dan Menegakkan Keadilan' sebagai seorang demokratik yang menggunakan pendekatan Islam dalam politik.

    Sebaliknya musuh-musuh nya yang berfahaman DIKTATOR mengubah prinsip dan kembali kepadanya.

    ARJ

    #ANWARPM8
    Cnp FB Abd Rauf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendekatan dalam islam? Segi sodomy sehingga dijel? Video seks gambarkan realiti fakta dan kebenaran? Salahguna kuasa sehingga dijel?

      Ini bukan fitnah. Inikah pendekatan islam...?

      Biar betul...

      Delete