Monday, May 27, 2019

NAJIB BERJAYA MEMBERI PERSEPSI KERAJAAN HARI INI DITUBUH ATAS DASAR FITNAH DAN SEDIKIT MASA LAGI AKAN DIKENALI SEBAGAI KERAJAAN GILA BAYAR HUTANG RAKYAT JADI MANGSA..


Politik seharus digunakan untuk MEMBERI keselesaan kepada rakyat Dan bukan sebaliknya.

Jika rakyat MEMBERI undi untuk memenangkan sesebuah kerajaan berbaloi KE kalau selepas itu, SEPENGGAL rakyat yang SALAH Dan KALAH setiap Hari.

Kenapa rakyat PERLU mengemis kepada manifesto yang dijanjikan. Kalau tidak ditunaikan sepenuh, tunaikan separuh, kecuali kamu golongan pendusta.

Jika gagal, berundur sepertimana dulunya kamu minta  Najib berundur..

Rekod lampau bukan jaminan kamu mampu TERBAIK sekarang kerana rakyat yang kamu didik berilmu Dan berdikari sekarang mahukan sebuah perjalanan yang lebih pantas.

Generasi baru tidak ADA Masa melayan ISU perkauman, ISU kepartian yang kamu dendangkan.
Generasi sekarang bertanya di Mana peluang Perniagaan Dan peluang pekerjaan kerana bukan semua bapanya Menteri Dan bukan semua anaknya billionaire.


# Masa depan Najib dah boleh Agak di Mana penghujungnya tetapi Masa depan PH selepas di ANGKAT ke Mana Pula? Apakah Kos Sara hidup merudum rendah jika kerajaan asyik Gila bayar hutang?

24 comments:

  1. Jika saudara sebagai ketua rumah ada menpunyai hutang. Sangup kah anda lupus kan hutang dulu sebelum memberi keselesaan kpd anak2 anda. Jika anda bebuat sebaliknya, anda sebagai ketua rumah tak bertangguag jawap jerana hutang itu pasti akan di jelas olih anak2 and cucu2 anda. Apa beza dgn negara

    ReplyDelete
  2. Apa ni.......???????
    Mana ada hutang, tak perlu dibayar kecuali peminjam hutang PTPTN. Ini manifesto. Pelajar berhutang tak perlu bayar tapi kerajaan yang kena bayarkan. .........puiii.
    Semua hutang kena bayar termasuk hutang yg dibuat oleh Najib. Kalau tak bayar hutang rumah, rumah kena lelong. Bapa kita berhutang, bila dia mati anak-anak kena bayar. Islam mengajar, hutang mesti dibayar. Umpamanya, tak puasa satu hari, kena ganti atau bayar fidyah. Kalau tak bayar hutang negara, bunga berlipat kali ganda akhirnya, negara terlelong. Duit dalam bank kering kontang mcm yg berlaku di Greece. BN naik balik pun, hutang tetap kena bayar dan tak jamin kos hidup akan turun. Barang kalau dah naik, nak turun memang payah. Tukarlah kerajaan setiap tahun, hidup rakyat tetap merana selagi hutang masih menimbun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutang memang PERLU dibayar, siapa yang bayar hutang?
      Rakyat yang bayar hutang, bukan kerajaan.
      Maksudnya pembayaran hutang perlu diteruskan Dan ditingkatkan tetapi mengurangkan beban rakyat secara langsung perlu juga ada.
      Tol tidak boleh dihapuskan, boleh akur, kenapa tidak dikurangkan?
      Dulu Kita bising GST 6%..kenapa tidak mulakan 3%..Dan akhirnya BN tumbang atas persepsi akan Naik 12%..
      Rakyat sedia Bersama membantu kerajaan bayar hutang dengan pelbagai cara (contoh:secara infak) jika kerajaan juga dilihat mengutamakan rakyat Dan berhenti pembaziran atau tidak mengutamakan sesuatu belanja yang tidak PERLU.
      Sudahkah PM mengarahkan tiada jamuan AIDILFITRI tahun ini di kalangan Menteri Dan Istana melibatkan duit rakyat?
      Yakinkah Kita tiada sambutan AIDILFITRI tahun ini?

      Sudah ADA cadangan tol dibayar lebih tinggi kepada kereta mewah..satu cadangan yang baik, kenapa tidak dilaksanakan?

      Bayar hutang tetapi keseimbangan kepada rakyat juga perlu di UTAMAKAN.

      Delete
    2. hutang janji pun kena bayar woo. cik minah masih dalam gua ?.. mmg nak duk dalam gua sepenggal ke macam mana?

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Jika persepsi sudah melekat di kepala rakyat, sudah terlewat untuk kerajaan lakukan sesuatu malah Kena buang Masa Pula untuk explain.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yg percaya Najib difitnah cuma macai umno dan Pas. Orang berakal, takkan termakan fitnah ini. Bukan kami takda mata dan telinga. Biarlah Najib meroyan. Semua orang tahu, dia bak cacing kepanasan. Menunggu masa utuk jadi penghuni tetap hostel Bambo River.

      Delete
    2. jangan lupa cik minah, rule of laws..tidak bersalah selagi mahkamah belum putuskan, itu juga kena diambilkira sebab ia mempengaruhi 66% minda pengundi Melayu.

      Hanya 33% pengundi Melayu yang sokong PH di PRU14 dan ikut kajian, makin kurang.

      ini negara demokrasi.
      Jangan yang dikejar (bayar hutang) tak dapat, yang dikendung (sokongan rakyat) tercicir...

      jangan cakap kd tak payung
      kikikiki

      Delete
    3. Saya ulangi.....

      Ular mati tinggalkan bisa
      Hatimau pula tinggalkan belang
      Mahathir pergi tinggalkan jasa
      Najib pulak menimbunkan hutang

      ps:
      Waktu jebon najib pinjam kemudian sakau duit berbilyon-bilyon, kerajaan BN (Borosmah Najib) tidak terbeban bayar hutang sebab ada tempoh grace period. Setelah habis edah grace period itu, kini kerajaan PH terpaksa menanggung bala bayar semula hutang pokok + bunga riba yg paling tinggi dalam sejarah dunia perbanking.

      Ini yg budak kecik Tikus AnonyMOUSE Kejora tidak faham2 tapi masih juga nak tunjuk pandai.

      Delete
  5. Saya membeli sebuah apartmen lelong di Perdana Putera dgn harga rm33K. Inilah jumlah hutang bank yg tak dibayar oleh tuan punya rumah itu. Tetapi rumah itu lengkap dgn segala kemudahan sprti streamex, Astro dan airkon di semua bilik. Kerana mementingkan keselesaan keluarganya, ansoran bulanan rumah tak dilangsaikan. Akhirnya,apartmen dilelong bank. Bila saya ambil apartmen itu, saya dapati semua benda dia tak bayar - cukai pintu, service charge, bill api dan air beribu lemon. Inilah perangai Melayu yg mengutamakan keselesaan hidup mengatasi hutang.Akhirnya, hilang segalanya. Dia terpaksa menyewa di apartmen lain. Saya kena jelaskan semua hutangnya. Skrg saya selesa memungut hasil sewaan apartmen itu. Dah pun pulang modal pun.Jadi, tak rugi melangsaikan hutang. Berakit-rakit ke hulu. Berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudia. Ini pepatah Melayu yg Melayu sendiri lupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus dan betul

      semasa membeli apartment lelong (kemudian membayar pinjaman bank) dan mungkin membayar hutang loan rumah yang diduki sekarang adakah keluarga kena ikat perut dan berkorban?
      no more kfc dan mcd..duit belanja sekolah dikurangkan? sebab nak bayar hutang?
      SUDAH SEMESTINYA TIDAK

      sebab anda bijak menguruskan kewangan dan berhemah berbelanja, cut off yg kurang perlu.. tanpa anak² terasa hilang semuanya semata mata nak bayar hutang.

      kena seimbang, itu yg saya sarankan.

      Delete
    2. Burung jelatek burung jeladan
      Ayam itik tetap di darat
      Dua-dua baik contoh teladan
      Kias kritik demi rakyat

      Syabas cikminah & bro kluangman.....!!

      Delete
    3. haha... melayu? melalyu je ya?.. melayu sahaja lah ya?.. bagi contoh hanya melayu.. sebenarnya tak perlu letak melayu... bukan hanya melayu yang macam tu... semua orang nak selesa hidup.. ada juga yang sanggu jual dadah .. ada yang jadi pelacur... ada yang jual agama... ada yang joint konsi gelap semata2 nak selesa

      Delete
  6. Kerajaan buat segala usaha bayar hutang - bagus
    Tetapi kenapa tidak lebih bagus dengan meringankan beban rakyat secara langsung.

    Rakyat mahu kerajaan yang lebih cerdik dari rakyat.

    ReplyDelete
  7. Nak byr hutang apa sebenarnya??
    Kerajaan PH menipu rakyat.
    Dulu kerajaan BN hanya hutang 688 billion....
    Skrg hutang dh naik ke 788 billion.
    Kerajaan byr hutang atau buat hutang??

    Dulu masa BN pembayaran hutang tak ada masalah...

    Tulah bila ekonomi teruk skrg dh GST yg dh dihapuskan, negara boleh bangkrap. Sbb setiap bulan LGE buat hutang baru..

    Sila siarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.....tengok ni, KD. Ini mesti macai umno or Pas dengan persepsinya terhadap hutang. Biarlah si luncai terjun dgn labu-labunya. Tak perlu ambil hati dgn kata-kata orang kalah judi.....hehehe

      Delete
    2. anon 804..lebih baik jadi burung kakatua daripada jadi manusia. Orang komen kau komen, orang mendarat kau ke laut.

      Delete
    3. Ha ha ha

      You make my day, bro KD.

      Padan muka si luncai bengap yg terjun ke laut dgn labu2nya.

      Ha ha ha

      Delete
  8. Sabarlah KD. Tahun pertama membeli memang sakit. Kena ikat perot ketat-ketat. Tapi masuk tahun kedua dan ketiga, ikatan dilongarkan. Akhirnya, selesai. Begitu juga hutang negara. Semakin masa berlalu, banyak benda akan dapat dibaiki. Tol pun mungkin akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Dengar cerita, nak diperkenalkan balik gst. Eloklah tu. Orang nak kata U-turn, suka hati dialah. Yang penting, hutang dapat diurus dgn baik dan kehidupan rakyat, bertambah selesa......Aminnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. u turn dah banyak kali..

      Kaedah penyelesaian hutang PTPTN belum selesai, belum muktamad, belum ada kaedah mentap - bengap sangat ke buat kerja

      Delete
    2. Takpalah. Mungkin akan dilangsaikan semakin dekat Pru15 utk dapat undi mereka. Rm56 billion tu pun mungkin dah kurang jadi bolehlah kita, rakyat marhaen tolong bayarkan. Tapi, saya tak halalkan satu sen pun duit tu mereka gunakan. Meranalah kau sepanjang hayat sebab saya sendiri langsaikan setiap sen loan study MARA.

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

SPEKULASI TERKINI

Banyak sangat SPEKULASI MENJELANG keputusan mahkamah rayuan besok dan kemungkinan perubahan hukuman DIBUAT keseluruhan atau sebahagian tidak...