Friday, May 24, 2019

POLITIK MAKIN MEMBOSANKAN RAKYAT

Menyelam politik Malaysia Hari Demi Hari memualkan terutama atas sikap pemimpin² PH umpama lalat dalam botol, mereka pening sesama sendiri.

Tiada pendirian, tiada TULANG belakang, blur halatuju, goyah bila dikritik pembangkang.

Pembangkang Pula sudah tiada ISU rakyat, ISU sekecil kuman pun kalau dikira menguntungkan, di-up-kan untuk nampak relevan.

Parti Melayu baru, baju serba kuning, mungkin akan datang kepala pun kuning, ditubuhkan untuk APA?

Parti Melayu samalah juga dengan DAP kalau Tak main ISU racial, memang pupus.

Kelebihan kaum cina, politik mereka seiring dengan ekonomi, Dua Dua jalan.

Politik Melayu hingga lupa Dan lalai kepada ekonomi, APA agenda ekonomi Melayu, BERNIAGA habuk...

Samada Tun ataupun siapa selepasnya, samada kerajaan bertukar tangan sekali lagi, JANGAN impikan sesuatu yang indah.

Memang Melayu akan Makin teruk dalam semua segi.

ADA SESIAPA nampak cahaya Masa DEPAN yang lebih baik untuk Melayu?

8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Soalan sdr KD:- "ADA SESIAPA nampak cahaya Masa DEPAN yang lebih baik untuk Melayu?"

    Izinkan saya menjawab; Ya saya nampak masa depan yang gemilang untuk bangsa Melayu hasil daripada perjuangan ayahanda Tun, selama lebih 3/4 abad. Ia akan berlaku in shaa Allah.

    Hayati bait-bait sajak ayahanda Tun 'Perjuangan Yang Belum Selesai' nescaya kita akan dapat selami azam ayahanda Tun yang amat kuat untuk melihat umat Melayu membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

    Baca dan fahamkan karya ayahanda Tun Dilema Melayu nescaya kita akan dapat melihat keprihatinannya terhadap bangsanya terutama pada beberapa perkara yang menyebabkan kekangan kepada bangsa ini untuk merubah nasib kaumnya.

    Baca bukunya 'Menghadapi Cabaran' dan kita akan memahami mengapa dia benar-benar dihadapkan dengan cabaran demi cabaran dan sentiasa berjaya mengatasi segala cabaran tersebut.

    30 tahun dahulu ketika ia baru menjadi PM-4, ayahanda Tun ada memberikan idea membuat sebuah drama Melayu bertajuk 'wali'. Ia mengisahkan mengenai seorang lelaki di kampung yang disangka wali oleh orang-orang kampung maka dia pun cubalah membetuk dirinya untuk kelihatan di mata orang kampung seperti apa yang disangka oleh orang-orang kampung ke atasnya, padahal dia hanyalah seorang bingung yang tidak memahami agama.

    Saya masih ingat drama tersebut dan mesej-mesej tersurat yang cuba disampaikan, tetapi hanya selepas 30 tahun saya sudah memahami mesej tersirat ayahanda Tun kepada bangsa ini dan tentang dirinya sendiri; "Dia mengetahui tentang kamu ketika Dia menciptakan kamu daripada tanah dan ketika kamu masih menjadi janin di dalam perut ibumu, maka janganlah kamu mengatakan diri kamu itu suci, dia lebih mengetahui siapa di kalangan kamu yang bertaqwa".

    Ayahanda Tun telah cuba menyampaikan kpd bangsanya bahawa Islam tidak terletak kepada jubah janggut dan serban. Dia akan berjaya in shaa Allah.

    Dia juga telah membina Putrajaya dan memberi mesej tersirat bahawa Bandaraya Islam adalah pada keadaannya dan bukan kepada slogan seperti yang dijaja PAS Kelantan ke atas Kota Baharu. Dia akan berjaya in shaa Allah.

    Bangsa Melayu memang kelihatan merudum dengan begitu banyak isu seperti rasuah, penyelewangan yang diberi wajah agama, dengki khianat dan macam-macam penyakit jiwa lagi. Tetapi tidak perlu terlalu takut dan risau kerana bangsa ini memang akan melalui tempoh kejatuhan sebelum ia kembali melonjak melalui perantaraan sebuah thaifah penyokong Tun M. Melalui thaifah ini, bangsa ini akan membina mercutanda sebagai bangsa yang berjaya.

    Dan sejujurnya, saya melihat ada seorang lagi sahabat alam maya yang turut dapat melihat perkara yang sama yang saya telah lihat. Sahabat itu tiada lain adalah saudara Kerengge.

    Pembenci, pendusta dan orang-orang yang gemar memperolok-olokkan, biarkan sahaja kerana sesetengah manusia memang ditakdirkan memiliki jiwa yang sakit sehingga akhir hayat. Yang pentingnya mereka itupun sedar mereka hanyalah 'golongan yang tewas'. Biarkan mereka mati di dalam keadaan hati yg bernanah.

    Tun akan benar-benar selesaikan perjuangannya sebelum ia menutup mata in shaa Allah. Wawasan 2020 akan tercapai in shaa Allah.

    Apa yang akan berlaku tetap akan berlaku, que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf, idealnya hanya oada Tun tetapi jati diri pemimpin selepasnya tidak kentao, Alan tunduk pada nafsu.

      Dari situ lah muncul SOALAN Saya, adakah ADA cahaya Masa DEPAN Melayu?

      Delete
    2. Fikir logiklah sikit Bro...Parti bunga boleh kekal ke bila Tun M mengundur diri tahun depan.Tak usahlah mimpi nak capai Wawasan 2020 dalam keadaan sekarang bila hala tuju ekonomi negara masih lagi terumbang ambing.

      Delete
  3. Baru sedar ke Kluangman...Saya rasa jangan salahkan politik..Orang Cina guna politik untuk mendapatkan hak mereka terjamin dan mereka dapat walaupun mereka minoriti dalam negara ni. Orang Melayu main politik nak jatuhkan sesama Melayu, hujung hujung orang Melayu kelabu asap.

    ReplyDelete
  4. Parah dah angan2 jendole ni..dh umpama nabi di angkat2 nya atok ni..ko ingat bani tamim tu calang2 ka..ko ingat bani tamim tu munafikun kaa..
    Yg aku setuju di bahagian tutup mata tu..hari semakin hampir..jika telahan jendole..januari 2020..sepas tu..mungkin jan 2021..2022..2023..yg tepat 2024..itu pengakhiran bani tamim jendole..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasulullah SAW sendiri tidak mewasiatkan siapa pengganti beliau.

      Kenapa pulak budak cik garu sekorlah haramjadah asyik menyibuk siang malam PM ke 8......??

      Delete

MALAY-SIA TANAH AIR BANGSA MELAYU WAJAR DIPERTAHAN TERUS - KEWARGANEGARAAN WAJAR DIPERHALUSI - RAYUAN KERAJAAN PERLU DITERUSKAN - YANG MENIPU KEWARGANEGARAAN PUN SUDAH BERAT DAN BELUM DITANGANI

Tarik balik rayuan - Sultan Johor : JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menarik balik ra...