Wednesday, May 8, 2019

RENTETAN SKANDAL 1MDB

Sudah ADA yang MENGAKU salah..
Sudah ADA yang dijatuhkan HUKUMAN bersalah..
Sudah ADA yang MENGAKU tidak bersalah..
Sudah ADA yang sedang dalam prose's perbicaraan..
Masih ADA dungus yang mempertahankan..

Cuma yang tiada setakat ini..
Tiada yang dilepaskan dan dihukum tidak bersalah..

Skandal 1MDB, (Satu Malaysia Di Bodohkan) kini bukan lagi fitnah.


6 comments:

  1. Apabila skandal 1MDB mula diperkatakan seluruh masyarakat di malaysia berkata ianya FITNAH. Dari segelintir rulers ke pembesar rejim Umno/bn ke pimpinan pas ke mifti ke para agamawan ke kakitangan kerajaan ke orang ramai termasuk di luar bandar dan kampung semua berkata FITNAH FITNAH DAN FITNAH..

    dimanakah pro aktif melayu muslim?
    Nasi dah jadi bubur. Baru nak bertibdak? Dah kenyang makan baru berkata saya tak tahu itu ini tak boleh mskan etc etc.

    Sekarang jari tunjuk mahathir salah. Dap salah. Islam dihina. Raja di hina etc etc.

    INIKAH ISLAM? MY VIEW IS ISLAM IS A PROACTIVE RELIGION...BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT...BERHENTI SEBELUM KENYANG...etc etc

    ReplyDelete
  2. Kluangdiamond,

    Orang melayu taklah terasa marah sangat kalau ada banyak kes-kes rasuah, kecurian sampai berbillion banyak.

    Yang orang melayu hilang sabar adalah bila janji-janji tidak dilaksanakan.

    Ini ibarat orang melayu kena kecing sampai basah kuyup dan bau hancing.

    Kalau berbillion atau bergunung duit rakyat hilang kena curi atau rasuah, orang melayu tak terasa bau hancing. Jadi itu, tidaklah marah sangat. Kata penyokong Bossku, "Nak malu apa"?.

    Jadi itu, Pakatan kena peka bahwa orang melayu tidak kisah sangat pasal rasuah tapi lebih ambil berat kalau janji tak ditepati.

    Kalo orang Korea, Orang Jepun, orang Mat Solleh, memang tak boleh terima rasuah dan curi duit rakyat, tapi orang melayu kata "Nak malu ape"?

    Itu sebabnya, orang melayu kalo nak maju kena tunggu lama sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tidak bersetuju..

      vedio Rafidah sebelum ini relevan dengan apa yg tuan ungkapkan, sekaligus menjawab.

      adalah menjadi tugas minda segelintir melayu itu kena dibetulkan, pemikiran yang mundur, silap dan salah jangan ikut.

      jangan ikut lembu tapi sekolahkan dia supaya jadi pandai.

      mencuri atas tamak haloba, rasuah boleh musnahkan bangsa, ugama dan negara.
      Jenayah dan dosa besar.

      Tidak menepati janji, masih dalam istilah belum dilaksanakan atas beberapa kekangan, masih dalam tempoh, masih mengambil tanggungjawab dan masih boleh dibetulkan dan masih boleh dinasihat dan diingatkan.

      Delete
  3. selagi mahkamah belum jatuh hukum /buat keputusan camner bole rampas..??

    bailout beratus billion anakcucu perlu tubuh RCI dan bayar semula bailout yg dikenakan.... tangkap anakcucu nnti..

    ReplyDelete
  4. Yg tak betul dan tak kena ialah bila menembak tidak memilih sasaran yg betul. Asal boleh tembak, tembak sahajalah asal boleh beri keuntungan politik. Nak rampas kuasa perlukan kekuatan fitnah utk mengaburi pandangan umum dan masyarakat. Peluru ditabur merata-rata dan memang mengena. Namun tuduhan berkaitan 1mdb boleh disalahkan terus kpd najib masih dangkal. Kalau ada yg mengaku, ada yg dihukum tu ada yg bernama najib razak ke. Kalau anak @ cucu mencuri, adakah salahnya kpd datuk atau ayahnya? Begitu juga kalau anak² jutawan dan bilionare, nak salahkan bapak dia ke? Mesti jawapannya TAK! Tau dah jawapan yg akan diberi. So, boleh fikir panjang lebar sikit dan tak terperuk bwh tempurung fitnah kpd salah sasaran. Jangan tembak kaki sendiri ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib masih di kategori MENGAKU tidak bersalah di mahkamah.

      1MDB sudah ADA yang MENGAKU bersalah, sudah ADA yang didapati bersalah Dan dihukum.

      Yang lain SABAR, JANGAN mengelabah.
      Dulu takut nak ke mahkamah, sekarang dah kena seret.

      Dulu tak mahu jawab, sekarang kena jawab.

      Dulu Jho low tiada kaitan, Tak kenal, sekarang kata kena tipu Pula, Mai kot Mana kena tipu KALAU tiada kaitan?


      JANGAN tembak kaki sendiri sebelum sampai masa

      Delete