Saturday, May 18, 2019

Sebelum sahur..

Marilah Kita banyak salahkan DIRI sendiri, BANGSA sendiri, orang sendiri...
Kerana itu lebih membaiki dan membina...

Abu jahal itu KAPIR harbi terkenal  jahat dan sentiasa memerangi MENGHINA Rasullullah Dan Islam..

Tetapi apabila ADA umat Islam mungkar, ADA atau tidak di dalam Al
Quran atau Hadith disebut semua itu disebabkan Abu jahal?
Ini pertanyaan?

Dan Allah ADA turunkan ayat yang lebih kurang berbunyi, sesungguhnya manusia itu (kamu) menzalimi DIRInya sendiri..




# Saban tahun, orang Taman Kita orang kampong  Kita berebut Dan berlumba PERGI umrah Dan haji..
Tapi dah berbelas tahun surau kamponh Kita Taman kita, solat subuh tetap 4-6 orang..
Pak imam, Bilal, noja Dan makmum seorang dua ...
Mana mereka?

# Hari ini sahaja berapa kali dah kita GHAIRAH layari blog itu ini, keluar MASUK berkali-kali, berbanding berapa Kali dah Kita surf Al Quran?

Kantoi


17 comments:

  1. Ape brg salahkan diri sendiri. DAP kan ade. Baik dijadikan kambing purple. Bangsa kkta yg merempat Kat tempat sendiri kerana cuma tahu minta2 dan malas nak berusaha, tapi tu salah dap. Kaum lain pandai rebut peluang dan rajin nak berusaha pun salah dap. Senang cakap yg bebudak merempit atas jln tu pun punca dap punya pasal la. Sape suruh cina buat kilang motor kat malaysia. Dah tu cina spare part plak pegi jual barang bagi moto laju. Semua salah cina dan dap. Cina mca baik. Dia org baik2 belaka. Kalau tak, takkan la lebai puji. Takkan la lebai nak menipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sejak kebelakangan ini,,sudah tidak kedengaran suara2 sumbang dari TMJ.......

      Delete
  2. Jangan salahkan Melayu. Mereka tiru budaya ARAB. Sebelum harga minyak jatuh, bangsa Arab semua manja. Pompuan tak boleh kerja. Kerja 3d semua warga asing pegang. Bahkan hospital negeri Arab dari tukang sapu, jururawat sampai ke doktor, semua org Asing. Orang Arab cuma jadi pegawai tadbir kerajaan mcm Melayu - makan disuap, berak cangkong. Bila harga minyak jatuh, ekonomi pun jatuh sebab asik berperang sesama sendiri. Siang malam merengek sebab banyak subsidi kena tarik.Nasib baik Arab bersatu pegang Mekah dan Madinah, kalau tak lagi merundum ekonominya. Orang Melayu mcm nilah perangainya, ikut stail Arab. Tak lama lagi berbunuh sesama sendiri sebab ada yg merasa orang semua tak seIslam dia. Tunggu jelah. Biarkan Zakar Naik berceramah di universiti. Semua akan jadi mcm Islam India dan Paki. Letop sana, letop sini. Lepas tu berbunuh sesama sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu masih mahu menyalahkan pihak lain atas segala panau Dan kurap dibadan?

      Delete
    2. Melayu kena muhasabbah diri mereka,,bukan menyalahkan bangsa-bangsa lain.

      Delete
    3. yelah... betul la tu... merengek tu orang melayu miskin je...

      orang cina ngan india kat malaysia ni ...sorang pun yang aku jumpa tak merengek... semua sangat berpuas hati dengan ekonomi sekarang ...

      oh .. aku jumpa dalam mimpi.

      yang sebenarnya puak kononya tak merengek tu merengek juga.

      oh ...aku rasa kalau umno bn masih peritah .. mungkin bunyinya lain sikit dari cik minah..

      kd mungkin juga tak tuntut bonus rm2k penjawat awam... yang mana ia adalah celah gigi je nak bayar bagi kd..

      yang aku pelik sekarang ni ada subsidi lagi ke?.. adoi cik minah ko hidup zaman bila ni

      Delete
  3. Don calls out ‘hypocrisy’ in action against Shia group

    Sdra KD,

    Apa yang menarik dengar komen Prof dari USM ini adalah double standard on treatment on muslims from different leanings.

    Saya lebih yakin salafi, wahabi akan memecahbelahkan melayu muslim pada hari ini dan masa akan datang. Ada golobgan melayu muslim berpuak2 dari leanings yang masing2nya mempromosi kepercayaan mereka bahawa merekalah yang betul lebih mantap lebih berwibawa dsbnya. Sesiapa yang pernah menunaikan ibadah haji akan melihat ramai syiah muslims yang menunaikan rukun islam ke5 ini. Bolehkah kita percaya Allah tak terima haji mereka? Yang saya pelajari selam ini hanya ALlah swt yang maha nengetahui dan maha pengasih dan penyayang...

    Kalau melayu muslim dari berbagai leanings ini terus berbalah kemungkinan sehingga kiamat pun kita akan berbalah2 macam orang arab/persia di timur tengah. Khutbahlah ceramahlah buat seminarlah usrahlah tablirlah... tiada akan titik keamanan kerana kita hanya tahu kita leaning kita sahaja yang betul.....wallahuaklam

    ReplyDelete
  4. WRITER: Husni Zakaria

    Who is this writer....a johor royal loyalist or an umno mercenary writer?



    .

    ReplyDelete
  5. Ternyata, sangat mudah nak menipu dan memfitnah jijik..orang sllu berduha, hari-hari dengar taskirah, tudung labuh, serban tebal, janggut, bijak pandai taraf professor, nnpk alim cakap sopan santun sebelum PRU 14 paling mudah jadi 'ulam' fitnah Tun Mahathir. Ini lah fakta orang Melayu Malaysia seperti duha,taskirah,serban, janggut, tudung labuh tak memberi manfaat berguna dari jadi 'ulam' fitnah jijik Tun Mahathir dan kuncu-kuncu nya.

    Mainkan sentimen emosi,persepsi dan tuduh sahaja seseorang itu mencuri dan memakan harta anak yatim secara sembarangan, akhirnya ramailah yang akan percaya dan ramailah yang akan jadi ustaz jadian....

    Menghairankan, sebab ramai yang termakan dengan hasutan fitnah jahat dan menjijikkan tu, majoririnya orang Islam...sesungguhnya kami sudah mengingatkan peranan 'sang fitnah sambil membatu api...'

    Bukankah kita dah di beri peringatan oleh junjungan besar baginda Rasulullah SAW, bahawa zaman akhir zaman adalah zaman fitnah :

    يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُوْنَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُوْنَ لِلنَّاسِ جُلُوْدَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ، أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ، وَقُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الذِّئَابِ، يَقُوْلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَبِي يَغْتَرُّوْنَ، أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئُوْنَ؟ فَبِي حَلَفْتُ لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الحَلِيْمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا

    Mafhumnya :

    Akan keluar di akhir zaman nanti beberapa orang yang mencari dunia dengan amalan ugama, mereka mengenakan pakaian di tengah-tengah manusia dengan kulit kambing yang lembut, lisan mereka lebih manis dari pada gula, tetapi hati mereka adalah hati serigala...

    Allah Subhanahu Wata’ala berfirman, “Apakah terhadap-Ku mereka berani menipu ataukah mereka berani melawan Aku?

    Maka dengan Kebesaran-Ku, Aku bersumpah, Aku benar-benar akan mengirim kepada mereka fitnah yang mengakibatkan ulama yang teguh hati pun menjadi bingung.”

    Hadis Riwayat :

    At-Tirmidzi, Sunan At-Tirmidzi...
    Kitab Az-Zuhd, Nombor 2515...

    Bukankah Allah SWT ada memberi peringatan kepada kita, apabila datang berita dan perkhabaran dari orang2 fasik, hendaklah kita siasat terlebih dahulu, seperti dalam firmanNya :

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

    Mafhumnya :

    Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu

    Al Hujarat : Ayat 6

    Sebagai orang Islam, adalah WAJIB untuk kita menilai dan mencari maklumat terlebih dahulu, bukan dengar cerita terus buat kesimpulan, sebab itulah yang di perintahkan oleh Allah SWT dan RasulNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samdol jika nak khutbah tunggu hari jumaa,,dulu Najib buat taik kau senyap...??

      Delete
  6. Artikel di atas menasihat supaya salah diri sendiri...... kenapa tukang komentar asyik salahkan org lain? Salahkan org yg salahkan Cina dan DAP, salahkan org Melayu tiru Arab......... kenapa tukang komentar yg bijaksana di atas tak salahkan diri sendiri???

    ReplyDelete
  7. apa yg najib buat taik tu...!! cer citer.... mahkamah dah sidang buat keputusan ka blom....?? ceciter..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahkamah blom buat keputusan tapi bukti sudah jelas....peguam pembela dah mula kelam kabut menekan saksi pendakwa...

      Delete
  8. 23 August 2012
    Iblis dan syaitan itu adalah musuh kita yang nyata

    “It’s better to work with the devils you know than with the angels you don’t know,” kata Dr Mahathir dalam usaha beliau mempertahankan BN. Dengan kenyataan bekas Perdana Menteri ini mengakui yang UMNO itu adalah syaitan (devil) dan rakyat mesti memihak kepada syaitan kerana kita semua sudah mengenali syaitan itu. Beliau juga sekali gus beranggapan yang PR itu adalah malaikat (angel) tetapi meminta kita supaya menolaknya kerana kita tidak mengenali malaikat itu.

    Mengambil seruan beliau itu secara ‘literal’ Mahathir hanya mengenali syaitan sahaja dan beliau tidak mengenali malaikat dan meminta kita menyokong hanya yang kita kenali, walaupun kita tahu dan mengenali syaitan itu. Oleh kerana kita mengenali syaitan (BN) maka kita diminta oleh beliau untuk menyokong syaitan itu.

    Sebagai seorang yang beragama suci ini kita tahu dari kecil lagi yang syaitan dan iblis itu telah berjanji kepada Allah swt untuk menyesatkan manusia dan iblis tidak patuh kepada perintah Tuhan untuk tunduk kepada Adam. Maka dalam perjuangan hidup manusia, perjuangan yang sebesar-besarnya ialah untuk melawan diri sendiri atau dalam kata lain untuk melawan nafsu amarah kita terus-terusan sehingga akhir kalam kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEBAGAI seorang Melayu perlu kenal Dan tahu peribahasa, simpulan bahasa, bahasa Kias Dan andaian..

      Kejahilan diri sendiri JANGAN Cuba disandar kepada Islam.

      Delete
  9. Satu kesilapan melayu ialah taksub kpd satu2 golongan tanpa menilai sejauh mana betulnye pihak yg di sokongnye...

    Yg taksub kpd Pas ape presidenye buat semua betul....yg taksub kpd madey hanye madey yg boleh perintah malaysia...

    Otak jadi sempit dan tertutup tak boleh terima lagi fakta ape yg salah dan kelemahan terhadap pojaan hatinye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri Pak Lah kuat tidur,,
      Beri Pada MO1 Kuat mentekedarah wang Negara & Rakyat.................!!

      Delete