Thursday, May 9, 2019

SUDAHKAH KERJA² PEMBERSIHAN DI UMNO DAN PAS SELESAI?

Apakah ada tanda² pemimpin umno sekarang anti rasuah jijik rasuah jika diberi peluang semula memerintah?
itu persoalan pokok?

Soal umno akan menjaga kepentingan melayu dan Islam hanyalah retorik.
Apa yang mereka mampu kalau sendiri pun susah nak berenggang dengan rasuah, kroni dan salahguna kuasa?

SPRM belum kutip habis pemimpin umno yang boleh dikaitkan dengan korup, terbaru hanya bung mokhtar..apakah lain²nya sudah bersih?
Apakah sudah SPRM declare pemimpin umno lain bebas korup?
Atau SPRM tangguh dulu kerana terbeban dengan kes² yang sedia ada?

Kalau lihat kepada lokman adam, nyata umno masih jauh perjalannya untuk suci diri..

PAS lebih wajar menjadi sandaran kepada orang Islam dan melayu berasaskan kepada akhlak dan amanah mereka sangat jauh dari korup.
Kelemahan dari segi pengurusan, lebih cakap dari kerja, lebih celupar dari otak adalah kelemahan yang boleh dibaiki.

Di harap Kerajaan Negeri Terengganu akan melahirkan pemimpin² yang ada kualiti nasional dan international untuk dijadikan contoh kepada pengurusan negara akan datang.

Pemimpin² Melayu dan Islam selepas Mahathir ada potensi untuk porak peranda dan bertelingkah sesama mereka.

21 comments:

  1. Mohon boss ku buat lawatan dan ziarah di bazar bazar ramadhan terutama di Bazar Kg Baru (tempat kesukaan atok fitnah) Bazar di Johor di Pasar Rabu Kedah ,Langkawi dan tempat strategik yg lain yang sesuai... Mohon juga Bossku buat lawatan di Bazar Darataran Merdeka yang sudah berpindah dari Jalan TAR dan Masjid India KL dengar khabar tempat baru Dataran tiada samubutan lansung di sana. Jalan TAR dan Masjid India sudah tiada sambutan disebabkan laluan awan di sekat dan parking kereta pun sudah tiada lagi. Kawasan masjid india seperti padang jarak padang tekukur sekarang....!!


    Mohon atur dan segrakan lawatan Bossku di tempat strategik sempana Ramadhan ini...

    mohon VIRALKAN...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apasal nak diviralkan.........?????
      Pasar Ramadan memang banyak tak laku dan kosong.
      Kat Melaka ni pun sama je.......beli pun untuk dibuang.
      Mahal berdengung pulakj tu!
      Lebih baik masak sendiri.

      Delete
  2. KD ada baca senarai 365 kegagalan Kerajaan PH oleh seorang pensyarah yang mengikuti program ijazah Phd di Belanda........?
    Wah!!!!!........semua blogger umno bukan main kagum dengan pensyarah ni.Padahal, senarainya semua datang dari blog mereka. Hehehehe.......jadi, saya rasa pensyarah ni bila balik UKM akan jadi profesor kangkong macam 4 orang professor undang-undang yg tak tahu apa itu Status Rom. Sebab mungkin thesis Phdnya adalah hanya kajian book review sama macam senarainya yag di ambil daripada blog-blog usingtemberang, rokieblue, kikingku, Amoi Annie dan sebagainya. Budak tadika pun boleh senaraikan lebih banyak.Google je, keluarlah beribu-ribu senarai blog-blog yg menyenaraikan beribu-ribu kelemahan.
    Boleh ke senari ni mencerahkan minda kita...........??????
    Saya akan kagum kalau mamat pensyarah ni menyenaraikan kaedah macm mana nak ubah minda Melayu supaya mampu berdayasaing dengan kaum lain dan bangsa asing yg datang ke Malaysia sehelai sepinggan dan berakhir jadi jutawan dan bilyawan sampai menteri Melayu sendiri macam Wak Zahid sanggup berkhidmat dgn mereka untuk cari kekayaan. Kemampuan menghantar duit balik ke negara masing-masing sampai 60 billion setiap tahun! Mampu ke belia-belia Melayu yang nak semua benda free, buat macamni...???
    Beri cadangan macam mana nak ubah minda anak-anak manja ni jadi kaum yg ada naluri survival untuk menghadapi apa bentuk tekanan sekali pun.
    Atau menyenaraikan cara-cara atau kaedah macam mana nak bangunkan orang Melayu seperti yg dibuat Profesor Ungku Aziz, Said Naqib, Tun Razak, Tun Ghafar Baba, Tun Mahadir dll yg dah melaksanakan macam-macam tabungan dan program seperti MARA, FELDA, TABUNG HAJI, PNG, RISDA, dll untuk orang Melayu. Atau menyenaraikan cadangan, macam mana nak upkan Pertumbuhan Kasar Negara kepada 8-9%.Barulah kita boleh kagum dengan otak geliganya. Menyenaraikan kegagalan memang senang. Google je, keluarlah beribu blogg dengan pelbagai senarai.
    Bodoh piang mereka yg kagum dengan senarai bodoh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikminah....

      Boleh tak ko tolak kenyataan pensyarah tersebut dgn fakta...bukan merapoo...

      Ape yg ko paham statut rom?...ICC boleh dakwa Agong atas 4 perkara jenayah...

      empat jenayah utama dalam statut iaitu jenayah perang, jenayah pencerobohan, jenayah kemanusiaan dan jenayah pembunuhan beramai-ramai...

      Agong raja berpelembagaan memberi kelulusan atas nasihat PM yg menguruskan negara...adakah agong tidak boleh didakwa kerana tandatangan jenayah perang dan pencerobohan?....siapa yg boleh bagi jaminan?..

      Delete
    2. Yg merapu merepek tuu kamu, bongok.

      Kamu terlalu goblok untuk membezakan Raja Berpelembagaan & Raja Berkuasa Mutlak. Apakah Raja UK & EmperorJepun didakwa terhadap perang dunia ke dua yg mengakibatkan jutaan manusia terkorban........??

      Delete
  3. ada satu tak tersenarai... Fake degree puak bodo ni... Fake Degree lan fakta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fake degree is a common case. Azeez Tabung Haji pun holds a fake degree from a fake universiti in Us. Cuma mat maslan ada degree betul dgn gps 3.85 from Australia. Tapi tengok, otak Azeez TH lebih geliga dpd Mat Maslan. Dia membuktikan fake degree lebih baik dpd degree tak fake. Buktinya, Azeez pandai buat fake report keuntungan TH sampai boleh sorok kerugian TH 4 billion! Sampai ke sudah, semua org umno caya dgn fake laporan ni. Semuanya bergantung pd on whose side u are. Yb Mat Sabu cuma ada sijil masak from MARA tapi ok je takda songlap duit berbilion. Jadi, apa ada pada fake degree...?

      Delete
    2. Menteri dengan fake degree ni pun satu hal..
      Dah jadi menteri la... kalau sekolah sampai darjah 6 pun apa nak malu. Yang penting nya tahu dan pandai kerja. Bossku yang degree tak siap pun tak tau malu la.

      Cikgu Tun Ghafar berkhidmat cemerlang tanpa degree2 pun. This counts. Pejuang Melayu tulen ni..bukan macam pejuang Pas & Umno.


      Delete
  4. Menteri PH tak mahu letak jawatan ke bila TunM beri markah 5/10
    Tak malu ke?
    Nak tunggu TunM tendang baru nak letak jawatan ke?
    Rasa lah malu sikit renung kan KPI masing2...
    Kalau di negara Jepun ramai dah naik naik kereta terbang mengunakan bulu untuk dah letak jawatan

    ReplyDelete
  5. Kes rasuah LGE banglo tanpa swimming pool kenape tarik balik?...mahkamah saja yg boleh bersihkan LGE bukan pendakwaraya...

    kena bersihkan PH dulu senlm suruh bersihkan pembangkang..

    ReplyDelete
  6. Ada lagi tk tersenarai ...gugur kes mahkamah walau pun ada saksi .

    ReplyDelete
  7. Antara Kejayaan Tuk Madey dan PH 1 Tahun.

    1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN.

    2. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.

    3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019.

    4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia.

    5. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN.

    6. KDNK negara pada tahun 2019 dijangka pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019

    7. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.

    8. Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS jatuh.

    9. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg

    10. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di Asia oleh Nikkei.

    11. Peruntukan kepada subsidi baja padi dipotong daripada RM465 juta (2018) kepada RM232.5 juta dalam bajet 2019.

    12. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.

    13. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019.

    14. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.

    15. Program Food and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan dalam bajet 2019 berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta pada 2018.

    16. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.

    17. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018.

    18. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.

    19. Pemindahan Khazanah daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri

    20. Penjualan pegangan 0.66 peratus Khazanah dalam bank yang kedua terbesar di Malaysia iaitu CIMB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikminah ngok ngek...

      Sila bangkang dgn fakta....kalo nak merapoo baik ko blah...

      Delete
    2. Sampai Bila Tuk Madey nak menipu?….

      Baru sedar tidak mampu hapus tol- Dr Mahathir

      By Norlaile Abd Rahman – 8 Mei 2019

      Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap semasa temubual khas di Bangunan Perdana Putra (PMO), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 06 MEI 2019.

      PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui kerajaan tidak mampu untuk menghapuskan kutipan tol seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14) yang lalu.

      Selepas setahun berlalu, kerajaan katanya sedar terlalu banyak beban kewangan yang perlu ditanggung sekiranya kutipan tol dihapuskan di samping merencatkan penyertaan swasta di dalam sebarang projek pembinaan lebuh raya selepas ini.

      “Sebelum ini apabila kami membuat pengumuman untuk menghapuskan tol, kami tidak tahu akibatnya tetapi sekarang kami sudah sedar iaitu apabila mahu menghapuskan tol kerajaan perlu membeli kesemua lebuhraya dan ia memerlukan wang yang banyak.

      “(Penghapusan tol) PLUS sahaja menyebabkan kerajaan perlu membayar sebanyak RM30 bilion, jadi persoalannya adakah kita mahu menggunakan wang berkenaan untuk perkara itu sahaja atau kita mahu menggunakan RM30 bilion untuk tujuan lain lebih penting

      Delete
    3. Tak faham apa yg awak bebelkan ni, En.Anon 10.34. Setahu saya dari apa yg saya baca from artikel tulisan BEKAS HAKIM NEGARA, Tun Hamid Mohammad. Status Rome ni, untuk melindungi negara dari pencerobohan asing sperti yg Amerika buat kat atas Iraq dan Libya. Atau berlaku ethnic clensing sprti di Mayanmar atau pembunuhan beramai mcm Potlot buat kat Viatnam. Jadi, saya tak nampak macam mana Agong dan raja-raja Melayu boleh terlibat. Lainlah kalau umno merancang nak serang Siam yg nak teruskan juga buat terusan di Segenting Kera, barulah minta Agong tanda tangan pengistiharan perang. HAHAHA....tak pikir Tun M nak berperang. Baik dia urus ekonomi negara yg teruk hasil perbuatan Bosskurrrt ni. Kalau kita nak saman mengguna Status Rome pun mungkin berkaitan kapal terbang Mas yg ditembak peluru berpandu Russia dulu. Lebih 200 orang mati katak tanpa pembelaan. Kalau adik sudara jadi mangsa MAs 017 tu, tak nak ke saudara menuntut bela....????

      Delete
  8. cik minah amat maslan dpt CGPA 3.85 buksn GPS 3.85

    bodo cik minah ni...!!!

    GPS tu atok kau punya degree atas jalan raya tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayoyo....otak aku cuma pikir gps je.
      Ok...thanks Anon 11.59 Awak memang pintar tak mcm mat maslan walupun cgpnya 3.85. Zaman saya cuma ada 1st, 2nd & 3rd class je. Sebab tu tersilap jadi gps.hehehe

      Delete
  9. Cikminaah...

    Jom masuk blog budin ..ada entry pasal madey nak belit..nak 3 tahun plak... Dlm blog budin kita boleh debat tanpa sekatan...dlm blog budin aku dah tenyeh geng2 pembelit....dlm blog ni ade komen aku disekat..tak syook nak berdebat dgn penjilat madey termasuk kluangman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah le cik minah, buang tenaga dengan DANGOI²..

      Bukan dia Tau debat pun, dia Tau copy paste je..

      Delete
    2. Hahaha... KD saya memang malas layan orang otak pintar mcm Anon 11.59 kat atas ni. Sebab tu malas masuk blog En. Shahbuddin. Penat kena scroll beratus posting nak cari patun, posman, foreman bawah pokok. Tsk kuasa aku.

      Delete