Wednesday, June 12, 2019

APA BENIH YANG KAMU TANAM DAN SEBAR, KEBAIKAN ATAU FITNAH..


Menarik kempen nie...

Salamm Rakan-rakan yg dikasihi


Tidak lama lagi musim buah-buahan seperti mangga,
durian,
rambutan,
langsat,
duku,
manggis,
nangka
& lain-lain akan tiba.

Permintaan saya kepada kita semua adalah TIDAK membuang biji benih ini ke tong sampah anda,
tetapi sebaliknya membasuh nya,
keringkan (di bawah sinar matahari)
&
bungkusnya dlm surat khabar
& simpan di dalam  kereta anda.

Setiap kali anda keluar
& terjumpa tanah terbuka semasa perjalanan, sama ada di jalan kampung,
di lebuh raya yg kosong, buang biji-bijian ini.

Dia akan bercambah dengan mudah pada musim monsun musim hujan yg akan tiba.

Jika dengan tindakan sederhana ini, kita dapat menyumbang walaupun satu pokok setiap musim ke dunia kita, misi penghijauan dunia ini akan berjaya.

Kerajaan Thai telah mempromosikan ini kepada semua warganegara sejak beberapa tahun lalu.

Banyak pegawai daerah disana telah memandu kempen ini secara agresif yg telah berjaya.

Bilangan pohon buah-buahan di kawasan terbiar liar telah tumbuh dengan banyaknya  terutamanya di daerah Utara Thailand.

Mari kita rakyat Malaysia juga menyertai rakyat Thai dalam inisiatif cemerlang ini untuk menyebarkan banyak sifat
& cara yg mudah namun berkesan ini
& menyumbang kembali kepada generasi akan datang.

Selain bersedekah drp hasil bunga dan buahnya, kesegaran udara turut menjadi maal jariah kita bersama.

Niatkan dlm hati kita untuk memberi sedekah kpd haiwan, manusia yg mendapat manfaat drp biji benih yg kita tabur.



Ikhlaskan dalam hati untuk bersedekah kerana sebaik-baik amalan adalah bersedekah.

In Shaa Allah....aamiin.

Cnp


#

UMNO adalah gerakan amal bakti yang dipimpin oleh kematangan dan profesionalisme. Adalah menjadi amalan UMNO untuk memilih jalan yang baik dan berhikmah dalam setiap tindakan yang kita lakukan.

Oleh itu, rentetan tersebarnya video skandal seks orang berjawatan dalam kerajaan, yang kini hangat diperkatakan di media sosial, saya menyeru dan menganjurkan supaya semua pemimpin, ahli dan pendukung UMNO, untuk tidak terlibat. Apatah lagi mengambil kesempatan dan melakukan perkara yang hanya memburukkan keadaan.

UMNO tidak akan terlibat dengan perkara yang mengaibkan mana-mana pihak dan tidak akan menjadi parti atau gerakan sosial yang menerima perkara sedemikian.

Marilah kita doakan agar sebarang kekhilafan yang dilakukan oleh mana-mana pihak akan berakhir dengan cara yang terbaik untuk semua. UMNO akan memfokuskan masa dan tenaganya untuk terus menyantuni masyarakat dan membawa kepimpinan kepada bangsa ini.

Kegagalan kita untuk berbakti dan menjalankan amanah rakyat adalah jauh lebih mengaibkan dari sebarang skandal yang sarat dengan ketidakpastian.

TokMatHassan




No comments:

Post a Comment