Sunday, June 16, 2019

PERTAMBAHAN LEBIH DUA KALI GANDA KERUSI DAP DI PARLIMEN DAN NEGERI JIKA PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHANRAYA BERDASARKAN JUMLAH PENGUNDI..

Update

https://m.malaysiakini.com/news/356282#.XQdvPY98JJc.whatsapp





Cabaran utama untuk orang Melayu yang akan menjadi minorities kerusi walaupun majoriti (60+%) penduduk.

Tuntutan yang akan dibuat oleh DAP bila²  masa disokong oleh MCA MIC GERAKAN, tidak dapat dielak dan APA helah politik Melayu BERSATU UMNO PAS AMANAH  untuk mengatasinya.

Apakah Melayu boleh duduk semeja satu hati walau berbeza PANDANGAN dan perjuangan politik.
Melihat kepada perkembangan pemimpin politik semasa tidak ADA sebab penyatuan hati Dan matlamat tidak boleh berlaku.

Perkara pokok, buang yang keruh ambil yang jernih, saling bermaafan, lupakan kesilapan yang lalu (yang bersalah-undang² yang tentukan)
Duduk bersama satu meja perlu disegerakan tanpa muslihat.

Sudah sampai masanya orang Melayu berhenti membenci pemimpin Melayu dengan mengambilkira kepentingan rakyat Dan NEGARA.

Ruang Dan peluang untuk pemimpin Melayu BERSATU harus dijadikan gagasan baru sebelum terlewat.

Penyatuan melalui saluran yang lebih afdhal dan meliputi semua.


10 comments:

  1. Takkan kawasan Parlimen persempadanan DAP je akan diubah ikut jumlah pengundi. Jika berlaku perubahan persempadanan, semua sempadan Parlimen akan di ubah ikut jumlah pengundi dgn menetapkan jumlah - katakan setiap Parlimen 200 ribu pengundi. Jadi, Parlimen Melayu yg lebih 200 ribu pun kena ubah persempadanan. Leave this to SPR. Biar mereka tentukan persempadanan. Tak perlu goyah tanpa tujuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik minah

      Satu Parlimen 100 ribu sebagsi contoh..
      Cuba bilang dengan jari BERAPA kawasan Melayu yg terlibat?
      UMNO/SPR dah banyak Kali dengan pelbagai format ubah kawasan pilihanraya untuk mempertahankan kerusi Melayu - dah maksimum.

      DAP sudah lama minta PERSEMPADANAN dibuat berasaskan pecahan jumlah pengundi Dan sekarang mereka sebahagian kerajaan!!!!!

      Cubs kira BERAPA kerusi yang DAP dapat BERDASARKAN ibu negeri Dan bandar besar?

      Saya akan dapatkan stastik terkini untuk analisa di atas

      Delete
  2. Ok....Tq. Dapatkan juga stastik terkini persempadanan Parlimen Melayu. Kita banding-bandingkan

    ReplyDelete
  3. KD, sementara u nak kumpul stastik Parlimen DAP, mari kita bincang dulu pasal pergolakan Mahyiddin & Tun M yg berpunca dpd perlantikan 2 exsko di Johor. Khabarnya, teruk juga pergolakan ni, sampai Tun M sekali lagi nak letak jawatan. Saya baca ni kat blog 'Dialog Rakyat' tapi tak boleh masuk beri pendapat kat blog tu. Cer u bukak topik ni. Berapa ramai sokong Mahyiddin nak ikut kehendak royalty, kembali jadi umno....? Kalau macam ni, buat apa org Johor tukar kerajaan. Elok biar umno je jadi kerajaan. Kami nak kerajaan yg mampu membela rakyat bukan kerajaan boneka.

    ReplyDelete
  4. Gutter politics and SPR boundaries system manipulation masih menjadi isu survival politik Melayu Islam. No wonder Tun M said we can never achieve W2020 even sudah masuk 2019.

    ReplyDelete
  5. Persempadanan semula satu hal. Kawasan yang dah yakin menang lepas tu majoriti besar nak buat apa? Pindahkan pengundi kat kawasan kalah tipis. Kedua2 berjalan serentak tapi yang kedua memang sedang berjalan tunggu lulus yang pertama.

    ReplyDelete
  6. Kebimbangan yang berasas tetapi tidaklah pada skala yang disebut oleh sdr KD sehingga pertambahannya menjadi sekali ganda.

    Sebab Artikel 46 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan nombor yang khusus bagi bilangan wakil rakyat dari setiap negeri di dalam Persekutuan, manakala Jadual 13 pula menetapkan beberapa faktor untuk diambil kira di dalam menentukan persempadanan semula kerusi Parlimen dan DUN di antaranya, jumlah penduduk dan keluasan kawasan dan kemudahan lain-lain.

    Sekiranya persempadanan hanya berdasarkan jumlah penduduk maka sudah tentu Bukit Bintang itu sendiri akan memiliki beberapa kerusi parlimen kerana ia memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

    Sebab itulah parlimen Jeli yang mempunyai jumlah pengundi yang jauh lebih sedikit berbanding Bukit Bintang mempunyai satu kerusi parlimen sama seperti Bukit Bintang sebab dari sudut keluasan, Parlimen Jeli jauh lebih luas berbanding Parlimen Bukit Bintang.

    Apapun dengan jumlah penduduk Melayu-Muslim (bangsa Mim) di Malaysia menyamai 2/3 daripada jumlah sekalian penduduk, apa-apa persempadanan semual kerusi-kerusi di Parlimen tidak akan memberi apa-apa kesan sekiranya seluruh bangsa Melayu bernaung di bawah hanya satu Panji sahaja. 2/3 adalah majoriti yang mencukupi.

    Sekiranya sesuatu kumpulan itu memiliki majoriti 3/4 pun tetapi berpecah kepada banyak kumpulan yang berlawan sesama sendiri maka mereka boleh menjadi lemah dan menjadi 'minoriti' disebabkan perpecahan itu.

    Pokok pangkalnya terletak kepada perpaduan bangsa Mim.

    Dan bagi mereka yang ikhlas mahukan perpaduan bangsa Mim, mereka tidak dapat menafikan apa yang saya selalu sebutkan iaitulah perpaduan sebenar tidak akan dapat dicapai selagi mana bangsa Mim ini memiliki banyak panji-panji berasingan di kalangan mereka dan setiap panji memiliki ketua yang berlainan.

    Apatah lagi ada di kalangan ketua panji ini yang yang menjual agama dan menuntut wala mutlak daripada pengikut tanpa soal dan ada pula yang bingung hanya menurut sahaja kerana takutkan neraka seolah-olah ketua panji ini adalah pemegang kunci syurga dan neraka.

    Itu tidak kira lagi orang-orang bingung yang lain yang turut hanya mengikut sahaja disebabkan kebingungan dan tidak mampu menilai di antara kebenaran dan kebathilan.

    Hanya dengan kesemua ahli bangsa Mim ini bernanung di bawah satu Panji, barulah akan wujud perpaduan yang sebenar.

    Dan bernaungnya seluruh bangsa Mim di bawah satu panji yang sama pula tidak akan berlaku selagi ada parasit di kalangan bangsa ini yang mewujudkan perpecahan kerana mahu kekal di dalam pedustaan dan mengambil hasil daripada pendustaan itu.

    Que sera sera, bernaungnya seluruh bangsa Mim di bawah satu panji yang sama akan berlaku in sjaa Allah dan hanya masa yang memisahkan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://m.malaysiakini.com/news/356282#.XQdvPY98JJc.whatsapp

      Rujuk update/link/vedio

      Delete
    2. Salam tuan John Doe

      Sudah baca cerita yang ditulis oleh Niel Keenan dipautan berikut?

      http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-what-goes-up-must-come-down/

      http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-they-are-all-watching-you-malaysia/

      http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-malaysian-dead-man-walking-caper-part-2/

      Kalau dah baca apa komen tuan. Apa kaitan dengan apa yang akan berlaku pada negara kelak?

      Terima kasih

      Delete
  7. Umno bn dh bergabung dgn pas..tk mustahil sebahagian pbbm..pkr..pan akan bergabung..di bantu oleh mic..mca..maka tertegak la panji2 hitam..dikibar kan oleh pemuda bani tamim..mudaa..pemudaaa..bukan petua yek..

    ReplyDelete