Saturday, June 22, 2019

PH MASIH GAGAL YAKINKAN MELAYU ISLAM

Kalau kita buat analisa pendek tentang politik, ekonomi dan kerajaan semasa. ISU yang lebih panas dan paling banyak mendapat responses adalah samada ISU Anwar going to be PM or not?

ISU ekonomi, kos sara hidup yang tinggi?
Langsung tidak begitu panas, gara² harga barang tidak naik mendadak atau melampau kerana di stabilkan oleh harga runcit petrol yang lebih rendah atau terkawal.

ISU kerajaan zalim, tidak Adil atau ketidakpuasan atau lebih tepat ISU manifesto I gave sudah reda.

Rakyat masih meneliti kes perbicaraan Najib Dan sekali sekala terkejut beruk apabila didedahkan bagaimana duit billion atau ratus juta berlegar dengan begitu mudah seolah duit mak bapak mereka.

Kesimpulannya no big ISU.

ISU utama yang PH perlu fokus sekarang adalah meyakinkan Melayu Islam BUKAN SAHAJA terpelihara di era PH tetapi perlu menunjukan kesungguhan memartabatkan jauh lebih baik dari sebelum ini.

Inilah persepsi yang masih gagal ditangani dengan baik.