Thursday, June 6, 2019

SEMUA YANG SEDANG DIDAKWA DI MAHKAMAH ITU FITNAH - YANG KENA FITNAH TANPA DAKWA ITU BENAR PULA AGAKNYA...

Kerap umrah dan mendekatkan diri kepada Allah ketika bermasalah itu cara yang betul, normal, masih ADA ingatan...sekurang²nya.

Benarlah, setiap musibah, ADA rahmatnya, baru tahu tanah dan langit tinggi rendah..

Tetapi dalam pendekatan tersebut, JANGAN ulangi kesilapan dan pembohongan..Saya difitnah?

JANGAN sihat, tapi ponteng mahkamah dengan sijil SAKIT..nak membohong lagi.

Kalau difitnah, JANGAN Cari alasan ponteng, lupa - patutnya ADA kekuatan KE mahkamah untuk lawan - berani kerana benar

INI KESIMPULAN TAZKIRAH RAYA KEDUA.

13 comments:

  1. Macam skrip Tun je...bila soal cakap lupa...

    ReplyDelete
  2. Kalau ke mahkamah ajaklah geng malu apa bossku.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Hari raya kedua , tajuk serupa syaiton nir rojim .

    ReplyDelete
  5. Melayu muslim keliru keliru dan terus keliru
    Tak dapat beza realiti dari fantasi
    Tak faham antara fakta dan auta
    Tak mampu pilih antara kebenaran dan kepalsuan

    OTSB kata melayu muslim lebih percaya Extra Quranic Verses dari AlQuran itu sendiri.
    Melayu muslim cuba tampil imej mereka lebih arab dari arab
    Perkenakan Jubah hilang identiti melayu
    Perletakkan serban bergaya macam ustaz dan ulama
    Ulama agamawan sepatutnya bersuara namun dapat dibisukan dipekkan di butakan asal ada ganjaran yang lumayan.

    Inilah REALITI MELAYU BERPAKSIKAN KEADAAN SEMASA YANG TIADA JALAN PENYUDAH. Moga Allah membuka minda dan hati kita melayu muslim supaya jadi manusia yang betul2 mengamalkan islam sebahai addin bukan superficiality dan atau hipokrisi.. .wallahuaklam

    ReplyDelete
  6. dalam berkomen di sini, dasarnya..
    jika ia satu fitnah, pembohongan atau apa sahaja, yang memberi komen perlu tanggung 100% dosa atau pahalanya...termasuk yang menyebarnya.

    apa yang dokomen, bukan tanggungan pihak lain dosa atau pahalanya..

    dan apa yang dikomen bukan untuk menjadi kita hukum salah atau benar, halal atau haram, semuanya ditanggung oleh si komen dunia dan aqirat.

    berani buat berani tanggung

    ReplyDelete

  7. TUN M PATUT LETAK JAWATAN SEKIRANYA BELIAU SENDIRI TIDAK PERCAYA KEPADA KABINET YANG BELIAU BENTUK

    Jangkaan saya tepat, apabila Tun M sendiri mengakui bahawa perlantikan Lateefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dibincangkan di dalam Majlis Presiden jauh sekali melalui Kabinet.

    Kenyataan PM itu disahkan sendiri oleh Dato' Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN. Ini juga bermakna KEADILAN sendiri tidak dimaklumkan tentang perlantikan mengejut menjelang Aidil Fitri.

    Tun M dengan selamba menyatakan bahawa beliau sendiri perlu buat keputusan tanpa rundingan dengan Kabinet bagi mengelakkan beliau terikat dengan keputusan yang beliau hajati. Apakah Tun M mahu mencorakkan kerajaan PH ini sama seperti kerajaan Umno/Bn yang beliau pernah terajui? Apakah Tun M telah bersedia untuk menjadi diktator kembali? Mengapa Tun M berfikir bahawa keputusan melalui perbincangan sesama rakan komponen PH akan menyusahkan beliau?

    Tun M seharusnya menghargai kepercayaan rakan-rakan di dalam PH yang mengharapkan beliau berubah dan mampu melaksanakan reform di dalam negara ini apabila PH sebulat suara mengangkat beliau sebagai PM sejurus PH berjaya menumbangkan rejim Umno/Bn. Jangan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada beliau. Negara tidak perlu kepada rejim Umno/Bn 2.0.

    Apa hebatnya Lateefa Koya sehingga beliau dilantik secara bersendirian oleh Tun M? Wanita yang terkenal dengan sikap emosi dan sering berbicara kasar dan celupar itu dianggap layak mengetuai SPRM? Kita tidak nampak hebatnya Lateefa Koya ini, bahkan sepanjang beliau di dalam parti pun beliau tidak pernah dipilih oleh ahli-ahli parti untuk sebarang jawatan kecuali melalui lantikan. Beliau dikenali di dalam parti hanya kerana "mulut besar'nya itu sahaja.

    Ini bukan soal peribadi. Ini bukan soal Lateefa Koya mampu menyelesaikan kes RM90 juta yang dibabitkan dengan Pas atau mampu mencari salah laku pemimpin Umno/Bn. Ini soal ketelusan dan integriti serta maruah PH. Di mana maruah kerajaan PH sekiranya keputusan yang penting ini dibuat secara mengejut oleh satu kepala iaitu Tun M? Apakah Tun M sudah tidak yakin dengan kabinet atau Majlis Presiden?
    Kalau Tun M merasa beliau sering ditekan atau diikat di dalam perbincangan di dalam Kabinet mahupun Majlis Presiden, beliau tidak seharusnya malu untuk mengumumkan meletak jawatan sebagai PM dan menyerahkan kepada Anwar.

    Kita menerima Tun M sebagai PM kerana kita yakin Tun M akan bekerjasama dengan PH bagi merealisasikan reform ke atas negara ini. Malangnya, sedikit demi sedikit Tun M mahu mengheret PH ke arah cara Umno/Bn.

    Tun M dipilih sebagai PM atas perbincangan sesama PH. Susah senang kita tanggung bersama sebelum ini. Mengapa setelah berada di kedudukan PM, Tun M tidak lagi mahu mendengar pandangan rakan-rakan di dalam PH bahkan Kabinet sendiri? Kita beri masa kepada Tun M mengikut masa yang beliau sendiri tetapkan iaitu lebih kurang dua tahun untuk melaksanakan tugas sebagai PM bukannya untuk dia membuat keputusan ikut kepalanya sendiri. Jika beliau beranggapan sedemikian, beliau ternyata silap. PH bukan tempatnya.

    Saya mengharapkan Tun M masih waras untuk memikirkan semula keputusan yang telah beliau buat. Tolong hormati pimpinan-pimpinan PH, Majlis Presiden dan Kabinet yang beliau bentuk sendiri. Kalau dengan Kabinet yang beliau bentuk itu pun beliau tidak percaya untuk dibawa berbincang, eloklah beliau letak jawatan.

    WFAUZDIN NS

    ReplyDelete
  8. WFAUZDIN NS,

    Sebagai seorang Perdana Menteri, Dr.Mahathir tak ada keperluan bincang dengan sesiapa pun untuk lantik KPN, Ketua Hakim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Itu memang hak Perdana Menteri.

    Dr.Mahathir tak payah terhegeh2 nak semak kan diri pikul tanggungjawab memulihkan Malaysia kembali. Tapi memandangkan sebelum dan masa berkempen PRU14. tak ada seorang lain pun dari kepala2 PH yang ada kelayakan memegang jawatan PM yang boleh diterima serata rakyat Malaysia selain Mahathir. Orang yang seorang tu belum dapat kelayakan. Kelayakan yang ada sekarang ni pun di-shortcut kan. Ikut konvensyen, belum layak lagi. J

    Now kerajaan PH ni umur dah lebih setahun. Progress memang slow. Mahathir tak biasa kerja dengan slowfolk dan dia kenal benar dengan pe'el ratu2 & raja 2 PH ni..melambatkan process. Ada parliament committee nak soal Mahathir pi la soal. Actually 3 lantik yang Mahathir tak bincang ni, memang lantikan yang bagus dan we Malaysians can see why.

    As for me, right and wrong or conventional or not, simpan la atas para sekejap. We need quick action and quick recovery. This must be in place 1st walaupun dengan menteri2 blur melambatkan hasil. Bila ni dah dicapai, kalau rakyat nak Anwar sambung, sambung la.

    Mahathir is not going to leave a void unless God calls for him. Sepatutnya DPM pun Mahathir dah tukar lain..tapi mana yang lain nya ? Ada ? Kita ni nasib baik la jugak orangtua ni sayang negara dia. Selagi boleh dia nak betulkan.

    Aku tengok Fasa 2 Mahathir dah petik suiz, KD. The continuity of reform ni Mahathir has begun to place his guns. Dia tak dapat nak buat sendiri la tu dan yang lain dalam kabinet macam kelapa tak ada minyak.

    ReplyDelete