Saturday, June 15, 2019

VEDIO ITU TULIN ATAU PALSU - AZMIN PERLU JAWAB YES OR NO?

Yang lain² TU betul lah polis akan siasat.

Bukankah Azmin sudah nafikan?
Nafi APA?
Nafi itu bukan dia?
Nafi itu bukan Haziq?
Nafi vedio itu palsu?

Sudah tentu setakat ini sesiapa pun tidak boleh mengesahkan vedio itu palsu atau tidak.

Haziq sendiri tidak LAYAK mengesahkan vedio itu palsu atau tidak, dia hanya mengesahkan, SALAH seorangnya dia dan menuduh pasangannya adalah Azmin?

SIAPA yang mengedarkan?
Azmin? Tak masuk akal?
Haziq? Dia kata itu rakaman tanpa izinnya?

Azmin akan "bermasalah" jika mengesahkan vedio itu palsu.

Azmin menafikan itu bukan dia, tidak melakukan - adalah jawapan yang tepat, mencukupi dan selamat.

Pihak polis perlu mengesahkan.
Jika palsu - Haziq akan didakwa.
Jika tidak palsu - Azmin akan turut didakwa.

Masa DEPAN politik mereka terjejas? Berani buat berani tanggung.

Apakah polis tidak berminat untuk siasat lanjut - DALANG?

Ulasan awal MAHATHIR bahawa vedio itu palsu atau doctorate - sangat tidak dialu²kan dan berat sebelah.
Rakyat bimbang penegasan itu MEMBERI pengaruh kepada siasatan???

SIAPA SALAH atau SIAPA benar - mungkin agak awal untuk ditentukan tetapi rakyat ingin lihat pengurusan kes bermula dan berakhir tanpa keraguan manasabah.
Tidak pincang seperti kes Adib atau lain² yang sama waktu.

Kali in MAHATHIR sendiri kena pastikan ia berjalan secara Adil dan dilihat Adil.
Jika pincang, kredibiliti MAHATHIR akan turut terjejas kerana dia (Tun) adalah sebahagian dari sasarannya dalam insiden/KONSPIRASI ini.

52 comments:

  1. I support you in this article. Malaysia Baharu must maintain it course. No matter who and what! Syabas bro. Kalau tak salah why worry?

    ReplyDelete
  2. Sdr KD dan sahabat-sahabat lain.

    Entry yang baik dari sdr KD. Asalnya saya nak tidur saja sebab kepenatan bersyawal tetapi nampaknya entry sdr KD memanggil2 saya untuk memberikan komen. Huuuh, kena komen juga ni baru boleh lelapkan mata dengan kesedaran bahawa saya telah pun memberitahu dan berkongsi pengetahuan supaya sahabat yang ikhlas tetapi keliru akan diberikan kefahaman dan natijahnya, ketenangan.

    Begini:-

    Saya telah beberapa kali menulis bahawa Tun Mahathir adalah seorang pejuang kebenaran yang diberikan hikmah untuk melakukan perkara yang betul di dalam setiap keadaan.

    Di dalam kes video yang didakwa sbg Azmin ini, ia sekali lagi melakukan perkara yang betul dan mengikut ilmu hikmah.

    Tun telah menjawab bahawa dia "tidak percaya pada ketulenan video tersebut." Perhatikan jawapan tersebut baik-baik, Tun tidak berkata "video itu adalah palsu" sebaliknya dia keluarkan satu ucapan yang betul bagi seseorang yang belum melakukan tabayyun dan mengetahui dengan pasti tentang sesuatu perkara. Itu sesekali tidak bermakna bahawa dia mengesahkan bahawa video tersebut memang palsu. Bgmn mahu percaya sebelum tabayyun selesai.

    Inilah ucapan yang sama yang Tun pernah keluarkan 20 tahun yang lalu apabila dakwaan homoseksual mula disebarkan ke atas Anwar Ibrahim. Tun pada awalnya mengatakan dia tidak percaya tetapi akhirnya dia sendiri yang memecat Anwar selepas dia telah bertabayyun dan berpuas hati bahawa Anwar memang terlibat dgn aktiviti songsang ini.

    Dari precedent tersebut Azmin tidak 'dibersihkan' oleh Tun sebaliknya Tun sedang membuka peluang untuk kedua-dua pihak membuktikan kes masing-masing, sama sepertimana pada 1998 Tun telah membuka peluang kepada Anwar dan Umi Hafilda untuk membuktikan kes masing-masing.

    Itu yang pertama, dan yang kedua pula adalah tidak kurang penting.

    Katakan Tun telah percaya Azmin memang terlibat dengan aktiviti songsang ini tetapi Tun memilih untuk tidak memecat Azmin sebagaimana dia memecat Anwar dulunya. Adakah itu double standard? Jawabnya tidak kerana input yang tidak sama akan menghasilkan output yang berlainan. Keadaan semasa di tahun 1998 dan 2019 kedua-duanya mempunyai input yang berlainan maka outputnya juga berlainan.

    Di dalam ilmu hikmah adakalanya seseorang itu tidak bertindak ke atas sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh seorang yang lain bukanlah disebabkan ia bersetuju dan redha dengan pelakuan salah itu tetapi disebabkan ia telah dapat menilai bahawasanya mengambil tindakan akan mengakibatkan malapetaka dan mudharat yang lebih besar kepada masyarakat.

    Kita selalu mendengar orang menyebut sepotong ayat AlQuran yang bermaksud "fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh" (Al-Baqarah : 191), tetapi tidak memahami hikmah mengapa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Ini adalah disebabkan fitnah boleh menyebabkan malapetaka dan huruhara ke atas masyarakat berbanding pembunuhan yang tidak berunsur fitnah. Malapetaka dan huru-hara adalah fitnah terbesar ke atas umat.

    Memelihara masyarakat daripada huru-hara yang besar itu adalah jauh lebih penting daripada bertegas dengan menghukum seseorang pesalah dan menyebabkan huru hara berlaku.

    Mari kita lihat di dalam sejarah Islam bagaimana dua orang manusia yang dianugerahkan ilmu hikmah daripada Allah membuat keputusan tidak mengambil tindakan ke atas golongan pesalah disebabkan mahu memelihara masyarakat daripada huru-hara yang lebih besar sekiranya tindakan diambil. Seorang manusia bertaraf Nabi dan seorang lagi bertaraf wali.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  3. (Sambungan 1)

    1. Nabi Allah Harun a.s.

    Harun a.s adalah kekanda kepada Nabi Allah Musa a.s. dan dilantik menjadi pembantu kepada Nabi Musa a.s. Di antara Musa a.s dan Harun a.s, Musa memiliki mukjizat yang jauh lebih besar daripada Harun a.s. dan dengan mukjizat yang besar inilah Nabi Musa a.s menjaga dan sekaligus mengawal Bani Israel daripada menjadi durhaka kepada Allah swt.

    Ketika Nabi Musa a.s meninggalkan kaumnya di Padang Pasir dan beruzlah di Bukit Tursina, Nabi Harun a.s telah dilantik menjadi ketua kaum sementara ketiadaan Nabi Musa a.s.

    Pada ketika Nabi Harun a.s memimpin kaumnya tanpa kehadiran Nabi Musa a.s berlakulah satu fitnah yang besar ke atas Bani Israel iaitulah si Samiri yang membuat 'Tuhan' berbentuk lembu dan mengajak Bani Israel menyembah lembu itu sebagai Tuhan. Sejumlah besar Bani Israel telah akur dengan ajakan itu dan melakukan syirik besar menyembah makhluk yang dibuat oleh seorang makhluk lain.

    Ketika melihat perkara itu berlaku apakah Nabi Harun a.s telah mengambil apa-apa tindakan untuk menghentikannya ataupun menghukum Samiri? Jawapannya ialah tidak. Baginda tidak mengambil apa-apa tindakan melainkan memberikan nasihat semata-mata, dan selebihnya baginda membiarkan perbuatan syirik itu berlaku. Adakah membiarkan syirik itu berlaku menunjukkan ia redha dengannya? Sudah tentu tidak.

    Apabila Nabi Allah Musa a.s pulang dari beruzlah dan melihat perbuatan syirik tersebut lantas ia marah kepada kekandanya itu kerana melihat tiada tindakan penguatkuasaan diambil, inilah jawapan yang Harun a.s berikan kepada adindanya Musa a.s. :

     "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku; "Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrael sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! '". (Thaha : 94).

    Daripada jawapan ini jelaslah Harun a.s takut sekiranya ia mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Samiri, dan tindakannya itu menyebabkan perpecahan dan huru hara ke atas Bani Israel maka ia akan membawa kemudaratan yang lebih besar dan sudah tentu Musa a.s akan lebih marah lagi. Sekurang-kurangnya dengan membiarkan perbuatan syirik itu berlaku, Harun a.s tahu ahli kaumnya yang tidak durhaka masih boleh hidup aman, sedang yang durhaka itu boleh terhukum apabila Musa a.s pulang.

    Sebesar-besar dosa manusia ialah melakukan syirik kepada Allah swt dan dengan dosa sebesar itupun Harun a.s tidak mengambil tindakan penguatkuasaan, maka apa lagi dosa liwat yang tidak dihebahkan, sudah tentulah ia dosa yang lebih kecil berbanding syirik.

    Mengapa mahu mendesak Tun mengambil tindakan? Tun yang memiliki hikmah telah menilai keadaan semasa dan sedang memilih membiarkan kejahatan yang lebih kecil demi menjaga bangsanya daripada kemudharatan yang lebih besar.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  4. (Sambungan 2)

    2. Khalifah Ali r.a.

    Khalifah Ali r.a. adalah salah seorang di antara 10 sahabat yang telah diberikan khabar gembira bahawa mereka telah dijamin syurga. Kekaramahannya sebagai seorang Wali Allah tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

    Ali r.a naik takhta menjadi khalifah selepas sahabatnya Uthman bin Affan r.a mati dibunuh oleh sekumpulan pemberontak.

    Cabaran pertama yang ia hadapi ialah tuntutan daripada Bani Umayyah untuk menyiasat, menangkap dan menghukum para pembunuh Khalifah Uthman r.a.

    Walaubagaimanapun Ali r.a. enggan mengambil apa-apa tindakan penguatkuasaan sebaliknya memilih untuk membiarkannya.

    Adakah Ali r.a telah suka dengan pembunuhan sahabatnya Uthman r.a? Sudah tentu tidak. Sebaliknya Ali r.a yang memiliki ilmu hikmah mengetahui bahawa sekiranya ia mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas para pembunuh Khalifah Uthman r.a, ia boleh mencetuskan huru-hara dan perpecahan di kalangan umat sedang huru-hara adalah fitnah yang terbesar yang boleh melanda umat. Ali r.a memahami secara hakikat dan hikmah maksud ayat "fitnah itu lebih besar daripada membunuh" (Al-Baqarah : 191).

    Ini sebahagiannya adalah disebabkan orang-orang yang didakwa dan dipercayai terlibat di dalam pembunuhan Uthman r.a bukanlah calang-calang orang dan mereka juga memiliki pengikut yang besar. Salah seorang di antara mereka ialah Muhammad bin Abu Bakar, anak khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq.

    Membunuh seorang khalifah yang telah diberi khabar gembira dijamin syurga oleh Nabi Muhammad saw sudah tentu lebih besar kesalahannya daripada pelakuan homoseksual secara tertutup tanpa paksaan. Itupun Khaifah Ali r.a memutuskan untuk tidak memanjangkan kisah pembunuhan tersebut demi mengelakkan kemudhratan yang lebih besar ke atas umat.

    Di atas alasan yang sama tidak perlulah kita berlebihan mendesak Tun kerana seperti yang telah saya beritahu Tun memiliki hikmah yang membolehkannya mengetahui apa tindakan yang betul yang perlu diambil di dalam setiap keadaan.

    Walaupun penyebaran video ini adalah disasarkan untuk mendesak Tun segera berundur dan memberikan laluan segera kepada Brader untuk menjadi PM, hakikatnya penyebaran video ini membuktikan Brader tiada apa-apa bahan solid ke atas batang tubuh Tun dan perlu menembak Timbalannya sendiri yang 20 tahun setia bersamanya menggunakan modal yang sama yang menjadi punca kejatuhan Brader 2 dekad yang lampau, semata-mata untuk melemahkan Tun.

    Peperangan menggunakan alasan kunyit oleh Presiden sebuah parti yang kemaruk nak jadi PM dengan Timbalannya yang berangan nak jadi PM sedikitpun tidak akan menggugat Tun yang sedang menjadi PM.

    Sebaliknya peperangan ini hanya akan menyebabkan Presiden dan Timbalan Presiden berkenaan sama-sama tumbang, dan seorang yang benar-benar layak yang akan muncul sebagai PM-8 dan bukan salah seorang di antara keduanya.

    Kunyit telah menjadi alasan tertubuhnya parti ini dan kunyit juga akan menjadi alasan binasanya parti ini.

    Hadith ada menyebut 'kama tadiinu tudanu' yang bermaksud 'sebagaimana kamu perbuat sebegitulah kamu akan diperbuat'.

    AlQuran pula ada menyebut 'kama badaakum ta'uuduun' (Al-A'raaf : 29) yang bermaksud 'sebagaimana kamu bermula sebegitulah kamu akan berakhir'.

    Binasanya Parti Kunyit Rabak akibat Perang Kunyit Presiden dan Timbalannya bakal membuktikan kebenaran kedua-dua wahyu di atas.

    Pada akhirnya hanya satu Panji yang akan berkibar menaungi seluruh bangsa Mim.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jon doo

      Madey bukan ade kepakaran dan makmal untuk analisis vedeo...macam mana madey boleh cakap vedeo ni palsu?...

      Pejuang jebenaran tidak bercakap bohong mcm madey....pembohong layak kibar panji hitam kegam jon doo saja...jon doo jami temberang lagak pandai..

      Delete
    2. Kejora Bapuk Bodo

      Silakan kata apa sahaja asal jangan lupa perjanjian kita, sekiranya benar Tun M adalah Pembawa Panji Hitam kamu bersedia dipanggil di hadapan thaifah untuk bertanggungjawab ke atas segala fitnah, tohmahan dan cercaan yang kamu lemparkan ke atas Tun M ketika umat masih berada di dalam zaman fitnah.

      Asal kelak jangan kamu kata tiada sesiapa yang telah memberikan nasihat dan peringatan.

      Asal kelak jangan kamu kata John Doe tak payung.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  5. kalau tak slh kenapa takut??? Takkan nak guna ayt tu kat UMNO dan PAS saja?Woi macai PH, begitu mudah korang slhkan Haziq kata fitnah tanpa ada seruan utk siasat samaada yg berasmara dgn Haziq tu "makhluk kesayangan" korang ke tidak. Taraf macai dan seluruh kepimpinan PH lebih teruk dari anjing kurap skrg. Rasakan balasan Allah bila naik dgn cara menipu. Menjadi kewajiban utk disiarkan artikel yg dikarang dgn lemah lembut tp ada cilo bo ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen kepala lutut

      Tidak ADA seorang pun yg kata jangan siasat Azmin.

      Komen akan di delete sekejap lagi..

      Delete
  6. Issues

    1. Fake or genuine
    2. Carnal intercourse
    3. Reports by victims/viralled video
    4. Moral
    5. Motive

    Difference/similarity between Sodomy 1 & 2 (PKR No.1 vis PKR No.2)

    1. Former proven in the court of law whilst the latter was still an allegation yet to proven.

    2. The former was proven agressor whilst the latter was alleged participant

    3. In sodomy 1 & 2 based on reports by both victims. Current case it was based on video viralled and confession by the alleged participant

    4. Both cases morally wrong and unfit to lead as PM of Malaysia (assuming video case is true)

    5. Sodomy 1&2 were purely criminal acts whilst viralled video is assumed to have political agenda. No one in good and healthy mental state would circulate and viralled his own filth video!!!!!

    So let the law takes its course.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wau bule blm berhenti loyar burok dgn teori bodoo tak ade bukti..

      Delete
  7. Reporter bertanya, Tun Mahadir kena jawab. Itu pandangan dia. Dulu pun, dia tak percaya Anwar buat kerja ni sedangkan polis sudah lama ada failnya. Sehingga mendiang Karpal Singh mendedahkannya di Parlimen barulah Tun M interview 10 orang yg terlibat utk dapat jawapan dan akhirnya dia terpaksa terima. Kes Azmin ni pun, polis kena selidik ketulinan video tu. Ada beberapa org pakar video sudahpun bersuara menyatakan, video sukar didokterate. Apa pun kalau video itu disahkan tulin, Azmin kena berhenti. Tak sanggup ada pemimpin macam ini kerana nanti ramai anak muda rosak binasa kerana mengejar mimpi idealisme politik. Mereka yg rosak skrg ni pun, kerana mengejar idealisme politik. Akhirnya terjebak dan sukar melepaskan diri. Ikan, rosak dari kepala. Kepala merosakkan seluruh badan. Begitulah kerosakan dalam PKR berlaku. Seperti juga UMNO, pemimpin yg rosak kena buang. Otherwise, PKR jadi sarang Lgbt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak kah boleh Tun menggunakan jawapan secara natural.
      Persepsi rakyat (fobia zaman umno) kerajaan Cuba kaberap..

      Delete
    2. org lain pun ada andaian masing2..
      Cuma..pengakhiran nya nanti ditungu2..apa tindakan tun..
      Kalau anwar.tun sendiri jumpa saksi...sebelum bicara dh pecat..harap2 ni pun tun sendiri siasat..jumpa la haziq..cari la kebenaran..mengikut jhon doe tun yg mrmpunyi hikmah..
      Hikmah menyelamat kan tengkuk..atau hikmah utk kebenaran..

      Delete
    3. Sdr KD

      Tun memberi jawapan secara berhikmah dan tidak kelihatan memutuskan sesuatu yang belum sahih, dan lebih penting lagi jawapan itu ibarat menarik rambut di dalam tepung.

      "Saya tidak percaya ketulenan video tersebut" sekali-kali tidak bermaksud "video tersebut adalah palsu". Sbg seorang peguam saya pasti sdr KD dapat membezakan di antara keduanya.

      20 tahun yang lampau Tun telah memberikan jawapan yang sama ketika mula dimaklumkan keterlibatan Anwar di dalam aktiviti songsang ini. Selebihnya adalah sejarah.

      Puluhan tahun Tun berjuang di atas kebenaran, dia tidak pernah succumb kepada golongan yang tidak memahami sesuatu tindakannya dan mengecamnya kerananya, sebaliknya dia akan berusaha untuk memahamkan mereka. Sejarah menunjukkan setiap tindakannya akan berakhir dengan kejayaan walaupun tidak semua rakyat dan malahan pengikutnya yang menyetujui tindakan tersebut atau salah sangka dengannya.

      Setuju dgn sdri Cik Minah bahawa Azmin perlu menarik diri. Tapi perlu diingat Azmin mempunyai seorang guru yang telah dua dekad mengajarnya walaubagaimana terkantoi pun jangan sesekali mengaku dan berusaha sekuat mungkin untuk menunjukkan diri sendiri telah menjadi mangsa konspirasi kerana akan ada juga orang yang mempercayainya. Kali ini kelihatan Azmin akan mengaplikasi ajaran gurunya tersebut ke atas gurunya sendiri.

      Apabila Azmin telah berputus asa dan tahu dirinya tidak boleh diselamatkan lagi, dia pasti akan menarik gurunya itu untuk tumbang bersamanya.

      "Kama tadiinu tudaanu"
      "Kama badaakum ta'uudduun".

      Wallahu a'lam.

      Delete
  8. Kata pepatah orang Melayu: Jgn jadi macam kera kena belacan. Tak tentu aruah (tergaru sama sini).Allah Maha Adil.

    ReplyDelete
  9. Geng pro Anwar suruh Azmin bercuti; UMNO pun ada cucuk2 sikit. Why should he take leave? Dia bukan berkuasa mempengaruhi sisatan polis. Want to make him slowly disappear? Otai reformasi patut duduk diam2. No credibily anymore, plainly biased. Just shup up!

    ReplyDelete
  10. Kalau haziq itu palsu kenapa haziq ori digantung tugas pulak..
    kemapa azmin ori tak digantumg tugas skli..

    kikikilioookkikikikuk

    kikikukiki.... kui. kui.. kuii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku biarkan Komen cetek ini SEBAGAI selingan..

      Kalau insan, dia ADA OTAK untuk Komen dangkal mcm tu

      Rule of laws..sepotong ayat pun dia Tak faham.

      Delete
    2. Kalo ikut rule of laws semua yg terbabit di siasat...tali haziq sirang aje disiasat...rule of laws separuh....tak gitu KD?...hahaha..

      Delete
    3. soalan atau statement awak itu tidak ujud jika faham rule of laws..
      awak mngkin guna rule of kayu.

      Siasatan ada S.O.P
      soal siasat loqman untuk lebih penjelasan dan kesasihan..dia ditahan sebab kepala batu, angkuh lawan polis

      kedua siasat haziq sebab dia mengaku..dari haziq muncul beberapa nama lagi yang mungkin perlu disiasat..

      siasat setiausa sulit Azmin sebab dia juga buat laporan polis / sama keadaan dengan lokman.
      mungkin dia tidak ditahan kerana bekerjasama dengan baik

      diikuti siasat ketulinan vedio dan azmin dipanggil jika relevan

      Banyak lagi detail S.O.P nya..

      otak jangan fikir yg buruk dan jahat shj.

      Delete
  11. Masih mengharapkan tun lagi ka? Selama ini,,bukankah tun yg digelar " perosak negara " oleh reformis " ? Tun menambahkan lagi kerosakan negara sebaik sahaja dilantik pm ke 7. Dendam kesumat kpd org2 melayu semakin jelas. Peguam negara,,org kafir, menteri kewangan org kafir, ketua hakim org kafir, raja2 dimusuhi dan diugut,,perkara dlm siasatan,,tp tun dah kata " tidak percaya ",,mendahului siasatan polis. Ini kali,,baru betul2 malaysia lingkup,,

    ReplyDelete
  12. Azmin tak perlu jawab. Jawab hanya dlm mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut tk sempat jawab dlm mahkamah jew..dh buang kes..maklum la...malaysia baru..

      Delete
  13. Kepada saudara Joe saya sarankan Komen biar rengkas dan padat, seumpama sebiji bom atom gugur di Hiroshima.

    Message Tak akan sampai kepada pecacai sebab pecacai malas baca.
    Kalau rajin membaca tidaklah mereka dangkal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu matematik jangan komen cikgu bm pun jangan komen... hahahaha. terima kasih

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Terima kasih sdr KD.

      Komen saya mempunyai tujuan serampang 3 mata :-

      1. Untuk para penyokong Tun yang keresahan. Mereka menyokong Tun M dan yakin dengan keikhlasan Tun. Walaubagaimanapun mereka tidak dapat memahami mengapa Tun melakukan atau mengucapkan sesuatu perkara. Tulisan saya bertujuan menenangkan mereka dari keresahan apabila mereka memahami mengapa Tun melakukan atau mengatakan sesuatu yang mereka tidak faham.

      2. Untuk para pendusta. Mereka memfitnah, mentohmah dan mencerca Tun dengan sepenuh kesedaran dan pengetahuan di dalan diri mereka bahawa mereka adalah pendusta. Tulisan saya bertujuan menghilangkan alasan ke atas mereka apabila mereka tewas mutlak kelak.

      3. Untuk orang-orang yang tidak menyokong mahupun menentang Tun. Supaya mereka dapat menjadi saksi bahawa para pendusta yang ditewaskan itu telah pun diberikan nasihat dan peringatan dan mereka telah mengambil nasihat dan peirngatan itu sebagai olok-olokan dan main-mainan, dan mereka sebenarnya tidak teraniaya.

      In shaa Allah salah satu di antara 3 serampang ini pasti mengena sasaran. Maka sekiranya para pendusta itu tidak membaca tulisan saya pun tidak mengapa kerana ada dua serampang lain lagi. In shaa Allah salah satu pasti mengena.

      Apapun berdasarkan kegemaran para pendusta memperolok-olokkan perkongsian saya dan memutarbelit apa yang saya tulis saya kira mereka sebenarnya telah benar-benar membaca tulisan saya.

      Biarkan mereka bersukaria selagi masih ada tempoh kerana tempoh itu pasti akan tamat.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    4. maknanya kalau teori ko salah.. ko lah pendusta yang menyebarkan fitnah...

      kueh sera sera.. Ani !! angkat kain hujan... jemuran dah turun...

      Delete
  14. Jkn Doe tu bodoh KD tapi kau sllu jilat bontot Jon Doe... mcm aku main pantun jer.... setiap baris pantun seumpama sebiji bom atom kelapap jatuh kat macai bodoh pH...nama bom sentap sentap santai..!!



    kikikikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tentu mamat ni 829 Tak baca Komen Jhon doe..
      Sebab TU dia gelojoh, masuk bangkul angkat sendiri..

      Delete
    2. Anon 829, boleh Tak kau jangan guna ayat aku "bom atom Hiroshima"..
      Tak ADA idea sendiri KE
      Kikikiki

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. komen tak ada isi..
      kalau setakat nak komen..
      beruk dalam hutan pun boleh komen..

      Delete
  15. Meleret2.banyak lg komen lain nk di baca..ni dh sama mcm nenek tempoyak..merapu2..
    Berpusing2..
    Ringkas..padat..mudah di fahami..

    ReplyDelete
  16. The biggest problem came after Tun gives comment macam backup Azmin. Kalau Tun gv verdict like we will wait for police investigation, that would be proper way. No perception of abusing power and corrupt decision. If you hv power and you give just a little smile, penjawat awam bawahan akan presume that as approval! Apa lagi kalau sudah cerita pong pang-pong pang macam kes sudah selesai disiasat dan sudah ada keputusan. Thats not Malaysia Baharu at all. Wait for police to give report and then follow the report without fear or favour. Otherwise you are making your own rule of laws. Lepas ini kalau report pun kena tempered I don't gv a damn anymore. Wrong decision lead to wrong result. This case already doom to be PH biggest perception. Just like 1MDB to UMNO BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LKS pun agree case Azmin rosak PH. Patut bersyukurlah dia as Chinese in DAP tak interfere macam Tun buat. Kalau tak lagi jahanam dibuatnya. Undi Melayu bukan senang nak swing dengan fakta. Tapi dengan persepsi dalam seminggu boleh swing 2-3 kali. Hahahahahaha.

      Delete
  17. aku baca setiap tulisan jon doe...

    tulisan bodoh ulang ulang sebanyak mungkin... di.mulai dengan wirid memuja muji atok fitnah tua bangka di iringi dengan kalimat panji panji panji hitammm yg sebanarnya panji kuning
    kunyit

    di pertengahan jon doe akan tasbih pula bani tamim tamim timun timun200x

    di akhiri dengan bacaan dan nyanyian koir marina gereja q serra seraa... sampai abis...!!


    asyik ulang dan melekehkan ayah nubbuwah nubbuwah sedangkan yg afe skg buahbuah kunyit atok dan kejaan pH


    sedangkan telahan aku jadi kenyataan panji tolo labuh aljub vs tolo labuh clamping top dog ternyata benar skg ini


    hahahhaha tepukkk..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr KD,

      Kan saya dah kata para pendusta ini memang membaca tulisan saya.

      Biarkan mereka mencerca kerana kelak mereka akan kehilangan alasan apabila ditimpa oleh apa yang mereka dustakan dan persendakan.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  18. Madey bukan pakar vedeo untuk sahkan palsu ato tulin...polus pon tiada makmal untuk analisis ketulinan vedeo...vedeo perlu dihantar ke makmal luar negara...

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ko tak mampu lawan hujjah ko akan kata merapo,tak ade isi dll lagi..itulah tahap kemampuan ko KD...kalo ko siarkan penjilat2 madey boleh lawan hujjah..hihihihi..

      Delete
  21. Dalam kes video Anwar ada jam Omega. Kes Azmin ada jam dinding kot.

    ReplyDelete
  22. adoiii..peringkat awal sedap² komennya..

    lepas tu hampeh bila komen² sampah masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 seksyen siasat Haziq,..satu pon tak lekat...

      Ini pengajaran kpd Jemin dan konco2 nye yg gila nak kemewahan…..jangan nak tunjuk besar kapla kpd anwar bila madey bagi janji manis….cakap madey bukan boleh dipegang yg penuh dgn belit2….takkan kamu semua dah jadi bahlol percaya kpd madey bulat2…

      Jemin dan konco2 nye sepatutnye teguh di belkang anwar supaya PKR lebih kuat untuk bela nasib rakyat…madey telah 22 tahun buktikan bela nasib kroni dan anak branaknye….hasil negara berpuluh bilion lesap hingga rakyat kena tanggong tol dan ipp dan ptptn…
      Penjilat2 madey pon kena kencing dgn madey…

      Jemin jangan berharap polis boleh lindongi ko dgn krisis moral ni…haziq terpaksa polis bebaskan kerana tak ade bukti kukuh untuk pendakwaan dan tutup kes walopun Jemin menteri proksi harapan madey…

      Untuk bacaan KD saja yg kurang pengetahuan...hihi

      Delete
    2. Hampeh kalo tak ikut selera kluangman...tak gitu KD?...komen temberang jon doo yg panjang ulang2 hari2 tak hampeh kerana ikut selera KD julang madey kaki kencing rakyat...hahahaha...ko pon bongok jugak KD..

      Delete
  23. Macais of director of whole scandal poked fun at theories mooted by john doe KD wau bule cik minah etc etc.

    To me leave these theories as where they are. Let investigations by the Police flow unimpeded....at the end who would have the last laugh...

    ReplyDelete
  24. DOSA PAHALA FITNAH LIWAT KUNYIT MERECIK MASAM HAWAW DAH TAK PENTING DLM KJAAN PH.. AZMIN LEBIH PENTING SAPA TUBUHKAN KUMPULAN 'WASSUP' PKR, SAPA ADMIN..?

    Azmin minta pemimpin PKR jelaskan: Siapa bagi maklumat nombor telefon?

    Mungkin UMNO agaknya yang simpan nombor telefon pemimpin PKR �� ��

    Sekarang ini soal bersemburit bukan lagi kesalahan atau dosa begitu juga soal fitnah tidak timbul, yang diberi perhatian siapa yang menyebar dan siapa yang mempergunakan Haziq Aziz.
    …………

    Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR perlu menjelaskan kenapa pihak yang menyebarkan video seks yang dikatakan memaparkan individu miripnya itu boleh memiliki nombor telefon semua pemimpin cabang parti.Siapa admin wassup..??Admin wassup kena jawab segera atau SKMM perlukan akta Admin wassup satu hari nanti.. kikikiki..!!

    Azmin berkata malahan dirinya yang juga merangkap timbalan presiden PKR itu tidak memiliki akses terhadap maklumat sedemikian.

    “Ini sudah tentulah mencemaskan, bahawa kepimpinan mestilah memutuskan untuk menyiasat perkara tersebut.

    “Kumpulan WhatsApp (yang menyebarkan video itu) mengandungi semua nombor telefon pemimpin cabang dan juga pemegang jawatan lebih rendah pada peringkat cabang (PKR).

    “Saya tidak ada akses terhadap maklumat sedemikian. Jadi soalannya sekarang, siapa yang menyediakan maklumat ini dan siapa yang menubuhkan kumpulan WhatsApp Siapa Admin Wassup.. polis tak nak siasat pulak ke... kenapa polis lambat menyiasat... video fake atau tak masih tak disiasat lagi..!!! Azmin lebih pentingkan Admin Wassup PKR dari menjawab beban kunyit Azmin sendiri..!!

    Jangan harap kat atok lagi... dia pasti dan semestinya jawab TAK TAHU, TAK INGAT, TAK DIBERITAHU itu jawapan atok berhadapan karma fitnah ciptaanya.

    ReplyDelete